dapatkan sekarang ebook

KERJAYA

dsc00143.JPGADAKAH ANDA…

Bakal graduan / graduan yang sedang mengganggur
Anda sedang dalam tahun akhir pengajian atau sudah lama tamat pengajian. Masih tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mungkin kelulusan anda perolehi tidak menepati pasaran pekerjaan di Malaysia.

Sukar mendapatkan pekerjaan
Anda sudah beberapa kali pergi temuduga tetapi masih belum mempunyai pekerjaan yang di idamkan. Atau mungkin anda mencari pekerjaan yang memberikan kebebasan masa dan peluang pembangunan karier yang lebih cerah untuk masa depan anda.

Ingin mencari pendapatan sampingan
Anda sudah masuk dalam alam pekerjaan lebih setahun / 5 tahun / 10 tahun / 20 tahun. Keperluan untuk menyimpan dengan lebih banyak lagi untuk hari persaraan dan kos pendidikan anak anda yang semakin meningkat tahun demi tahun dan anda perlu bertindak mencari sumber kewangan yang lebih. Menyedari perkara demikian anda memerlukan pendapatan tambahan sebagai memenuhi tanggungjawab anda sekeluarga.

Baru menerima skim VSS
Anda baru/akan menerima tawaran skim VSS. Apakah perancangan anda? Ingin memulakan perniagaan dengan risiko yang rendah tetapi pulangan yang tinggi ini adalah caranya. Anda perlu merancang jumlah wang yang akan diterima supaya tidak di salahguna dalam masa yang singkat. Perancangan perlu bermula dari sekarang.

Sedang mencari peluang perniagaan
Anda sedang menanti-nanti peluang membuat perniagaan. Tetapi anda tidak tahu bagaimana hendak bermula, bila hendak memulakan, bimbang dengan masalah-masalah yang akan di hadapi atau masalah yang sering di fikirkan ialah MODAL.

Memajukan diri dan lari daripada kepayahan hidup
Tahniah!!!! Ini adalah langkah pertama dalam mencapai kejayaan. Anda perlu ada keinginan untuk mengubah hidup anda dan keluarga anda. Derita dengan kepayahan hidup atau menanggug pelbagai masalah kewangan bukanlah titik nokhtah dalam hidup, anda seharusnya tidak menyerah kalah. Hijrahkan diri anda dengan menceburi kerjaya sebagai usahawan.

Saya sedia membantu anda menjadi usahawan takaful yang berjaya. Mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ini, saya mempunyai kepakaran melatih bakal-bakal usahawan takaful untuk meraih pendapatan yang lumayan. Anda boleh memulakan kerjaya sebagai sepenuh masa atau separuh masa pada permulaan. Sila tekan klik disini untuk pendaftaran.

Kelebihan menjadi usahawan takaful

1.Komisen di bayar maksimum selama 6 tahun
Komisen akan diberikan setiap kali anda mendapatkan peserta menyertai pelan takaful. Bayaran akan dikreditkan dalam akaun bank anda selama maksimum 6 tahun bergantung tempoh penyertaan peserta dalam pelan itu. Ini bermakna anda akan menikmati pendapatan selama 6 tahun atau dengan kata lain anda menerima “passive income” untuk beberapa tahun akan datang.

2.Bonus di bayar 6 kali setahun
Sekiranya anda melepasi kuota yang di tetapkan oleh syarikat pada tempoh tertentu, anda layak menerima bonus sebagai pendapatan tambahan untuk perniagaan anda. Jadi hanya tingkatkan produksi inshaallah komisen anda meningkat dan bonus anda pun meningkat sekali.

 

 3.Peluang percutian dalam / luar negara
Sama seperti bonus di atas, ini juga adalah bonus tambahan kepada usahawan takaful yang memenuhi kuota / syarat dalam tempoh tertentu. Percutian luar negara meliputi kos penginapan, makan minum, tiket penerbangan dan pengangkutan di lokasi percutian.

4.Kenaikan pangkat dalam kerjaya
Saya yakin anda tentu ingin melihat perniagaan anda bertambah maju bukan??. Kenaikan pangkat disini bermaksud anda mula menukar status perniagaan anda daripada bekerja seorang diri (self employed) kepada pemilik perniagaan (business owner). Saya sedang mengalami perubahan ini dan anda tentu ingin ada kemajuan dalam kerjaya anda.

5.Elaun tambahan selepas kenaikan pangkat
Kesinabungan daripada kenaikan kerjaya, anda berhak mendapat elaun tambahan, bonus tambahan dan juga upah daripada jualan kumpulan atau senang di sebut “overriding”. Ganjaran ini semua lebih tinggi daripada semasa anda berada dalam status agent. Oleh yang demikian letakkan cita-cita dan perancangan untuk kenaikan pangkat apabila mula mendaftar sebagai agent lagi.

6. ROI yang tinggi
Return On Investment (ROI) ialah bermaksud pulangan daripada pelaburan perniagaan anda. Ini adalah contoh ringkas pengiraan akaun pendapatan dan perbelanjaan seorang agent di bawah seliaan saya bagi tahun kewangan berakhir Disember 2006.

Pendapatan (komisen+bonus+elaun) = RM52,232.75
Perbelanjaan (pengangkutan+telefon+alatulis+seminar+kos promosi) = RM8,645.90
Lebihan = RM43,586.85
ROI : (RM43,586.85 / RM8,645.90 ) * 100 = 504%

Wow!!! Saya tak sabar memulakan pernigaaan ini. Adakah pengiraan ini benar? Kenapa perniagaan ini hanya memerlukan kos yang sedikit?? SILA KLIK DISINI untuk mendapatkan maklumat lanjut…

7.Skim simpanan APF
Agent Provident Fund (APF) hampir sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tetapi dalam konteks APF hanya syarikat yang akan mencarumkan simpanan untuk agent yang telah mengikat kontrak. Simpanan ini akan di carumkan kepada kategori Penolong Pengurus Unit dan keatas berdasarkan produksi dan peratusan tertentu.

8.Perlindungan takaful percuma
Untuk agent yang telah mencapai kategori pangkat Penolong Pengurus Unit dan ke atas berhak mendapat perlindungan takaful kelompok yang di carumkan oleh syarikat.

9.Latihan dan tunjuk ajar
Anda tidak perlu risau bagaimana hendak bermula kerjaya ini. Pihak syarikat dan agensi khususnya bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar sejak daripada bermula anda melangkah ke industri ini. Kursus-kursus yang diberikan oleh syarikat menepati keperluan terhadap budaya kerja yang cemerlang dan pihak agansi juga akan membantu dalam pengembangan kerjaya anda.

10.Kemudahan sistem maklumat
Bagi melicinkan lagi urusan perniagaan anda, sistem maklumat melalui internet disediakan bagi memudahkan anda mengetahui maklumat terkini berkenaan proses pendaftaran dan pembayaran setiap pelanggan anda. Disamping itu pelbagai maklumat anda boleh dapat seperti penyata komisen dan maklumat terkini syarikat daripada semasa ke semasa.

11.Masa kerja yang fleksible
Bekerja sendiri sebagai usahawan sudah tentu anda mempunyai masa harian yang fleksible. Tetapi ini bukan alasan untuk anda perlu bersenang lenang sepanjang hari tanpa membuat sesuatu perancangan. Ingat; ramai yang tidak mahu merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang.

12.Modal kecil, risiko rendah dan pulangan tinggi
Ya, perniagaan ini adalah daripada sektor perkhidmatan. Dengan hanya memerlukan modal yang sedikit, mempunyai risiko rendah dan tidak pernah sampai ke tahap muflis dan inshaallah hasil kerja yang bersungguh-sungguh pulangannya sangat lumayan. Harap ambil perhatian ini bukan skim cepat kaya, anda perlu berusaha gigih dan tabah menghadapi masalah.

Saya mengalu-alukan email daripada anda yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih terperinci atau terus ingin memulakan kerjaya sebagai usahawan takaful.

SILA KLIK DISINI