Jangan Takut Dengan Pesaing
Jangan takut kepada pesaing. Ada individu yang tidak suka pesaing, tetapi jangan mudah terlupa yang kita juga pesaing kepada pesaing perniagaan kita.
Ini adalah lumrah dalam perniagaan, persaingan adalah perkara biasa dan jika diambil daripada sudut positif pesaing sentiasa memperingati diri kita agar tidak mudah lupa dengan kesenangan. Mutu perniagaan akan jatuh jika biasanya mereka menjadi kumpulan monopoli.
Sistem pemerintahan demokrasi juga menghendaki kumpulan pembangkang agar kumpulan pemerintah tidak mudah menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan.
Situasi yang sama juga boleh diertikan apabila kita melihat pesaing dalam perniagaan. Pesaing akan memastikan bahawa kita sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Jika tidak, pelanggan akan memilih pesaing yang akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada yang ditawarkan.
Manakala pesaing negatif tetap akan wujud. Mereka cuba menggunakan unsur-unsur yang melanggari undang-undang negara dalam mencapai keuntungan peribadi. Kegiatan cetak rompak, menjual barangan secara tipu helah adalah contoh pesaing negatif.
Mereka tidak akan bertahan lama, hanya boleh mendapat untung jangka pendek dan lambat laun pihak berkuasa akan membenteras kumpulan ini.
Oleh yang demikian, wujudkan persaingan sihat agar kita sentiasa memperbaiki mutu perniagaan syarikat kita.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###






Leave a Reply