Kelebihan Pelaburan Hartanah (3)
Salah satu pengendali takaful di Malaysia, Takaful Ikhlas Sdn Bhd mengumumkan pelaburan hartanah komersial sebagai salah satu punca pendapatan bagi syarikat pada masa akan datang. Ini menjadikan Takaful Ikhlas mula melebarkan pendapatan pelaburan selain tunai, bon dan ekuiti.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, mengumumkan perkara ini semasa majlis pelancaran ibupejabat baru Takaful Ikhlas di Ikhlas Point Bangsar pada hari Isnin lalu, salah satu kawasan komersial yang pesat membangun.
Ikhlas Point yang terdiri daripada 2 bangunan di beli dalam Julai 2008 pada harga RM87 juta dan nilai hartanah ini naik 26% pada hari ini. Ini menujukkan di musim kegawatan adalah peluang emas untuk melabur dalam pelaburan hartanah kerana tawaran harga yang menarik.
Berita-berita ini banyak tertulis dalam akhbar-akhbar tempatan. Kita boleh mengambil contoh syarikat lain yang asalnya bukan dalam bidang hartanah tetapi mengembangkan pendapatan syarikat melalui pelaburan ini. Nama-nama seperti Naza Group, AirAsia Petronas, IOI dan Sime Darby sudah menjadi nama besar dalam pemilikan atau perniagaan berkait hartanah.
Kegemaran syarikat melabur dalam hartanah bagi menjana pendapatan syarikat tidak menjadi rahsia lagi. Sama juga kepada individu, pelaburan hartanah juga berupaya menjana pendapatan yang stabil pada masa hadapan. Keupayaan menjana pendapatan sewa yang stabil memberi pulangan pelaburan 7%-15% setahun.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Leave a Reply