Usahawan Graduan
BinaUsahawan.com memuji beberapa agensi kerajaan yang mula membantu secara praktikal untuk membawa bakal graduan untuk menjadi usahawan. Hasil usahasama FAMA dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan untuk melahirkan usahawan pasar tani adalah amat di alu-alukan.
Bakal graduan diberikan tapak di pasar tani manakala institusi pengajian tinggi memberikan modal peralatan untuk menjual di pasar tani dan bakal graduan diberi latihan untuk menjual di pasar tani di lembah klang. Ini secara tidak langsung akan memberi pengalaman kepada bakal usahawan bagaimana menjadi usahawan sebenar di alam nyata.
Adalah lebih baik jika disebalik praktikal di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, bakal siswazah boleh menjadikan pengalaman ini sebagai praktikal sebelum menjadi usahawan selepas tamat pengajian kelak.
Hasil temubual, beberapa siswazah yang juga bukan daripada pengajian bidang perniagaan, berminat untuk meneruskan perniagaan sendiri selepas tamat belajar kelak. Perniagaan adalah punca utama untuk mendapatkan pendapatan, malah lebih banyak daripada mengejar peluang makan gaji yang memberikan pendapatan yang terhad.
Diharapkan agar siswazah lain membuka mata kerana peluang perniagaan terbentang luas di bumi Malaysia jika kita rajin untuk berusaha. Tiada yang mustahil.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Leave a Reply