dapatkan sekarang ebook

Percutian Ekonomi Di Eropah Tengah : Zakopane Poland

Posted by ferouxe on Wednesday 17 February 2010

Ingin menikmati cuti musim sejuk di Eropah Tengah dengan kos yang murah?, Zakopane Poland adalah antara pilihan terbaik kerana pertukaran matawang negara ini hampir sama dengan Ringgit Malaysia. Negara Poland tidak menggunakan matawang Euro, sebaliknya menggunakan matawang yang dikenali sebagai Zolty, 1 Zolty hampir bersamaan RM1.20.

Zakopane terletak di selatan Poland, mempunyai banyak lapangan meluncur ski dan snowboard yang menawarkan harga yang murah serta kualiti lapangan luncur hampir menyamai pusat peranginan ski di Switzerland dan Hokkaido Jepun. Anda boleh menyewa peralatan ski dengan harga RM25 dan menggunakan kemudahan dawai kabel untuk naik ke puncak dengan anggaran RM30 sehari.

Untuk sampai ke Zakopane, kita boleh memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Tambang Murah Krakow, banyak syarikat penerbangan tambang murah Eropah seperti EasyJet dan RyanAir menyediakan penerbangan terus daripada Britain dengan harga menarik, harga tiket boleh dibeli dengan nilai GBP20 jika menempah awal. Belian boleh dibuat melalui online.

Daripada Lapangan terbang Krakow, kita boleh mengambil bas penghantaran terus ke stesyen keretapi dengan percuma. Perjalanan daripada stesyen keretapi Lapangan Terbang Krakow hingga ke pusat bandar Krakow mengambil masa kurang 1 jam dengan kos RM4. Seterusnya kita boleh menggunakan perkhidmatan bas terus ke Zakopane yang mengambil masa 2 jam dengan harga RM18.

Zakopane menarik jutaan peminat sukan ekstrem ski, snowboard, jump ski dan ice skating dengan kos yang murah berbanding di negara Eropah yang lain. Terdapat banyak lapangan ski bagi semua peringkat kemahiran daripada permulaan, pertengahan dan pakar. Ramai penuntut Malaysia di UK memilih tempat ini berbanding ke Scotland kerana kos yang teramat murah.

Selain daripada itu juga kita boleh menikmati pemandangan kawasan Eropah Tengah yang indah di musim sejuk, rumah kayu tradisional yang unik senibinanya, merasai makanan laut yang segar dan sedap disamping minum air paip yang manis rasanya. Terdapat juga barangan kraftangan tradional tempatan daripada kayu dan kulit dijual di pusat bandar. Jangan lupa untuk merasai kuih cheese berbentuk seperti baulu dengan harga 10 sen

Perkara-perkara penting semasa sampai ke negara ini :

1.Pemeriksaan Imigresen di Krakow agak ketat, sila sediakan bukti tiket pulang dan dokumen penginapan yang lengkap bagi proses kemasukan.

2.Cuaca sejuk yang sangat dingin dibawah paras beku walaupun pada bulan Februari, sila bawa pakaian panas yang secukupnya.

3.Hampir semua penduduk Poland tidak fasih berbahasa Inggeris, gunakan daya kreativiti anda berkomunikasi melalui pen, kertas, bahasa isyarat dan juga tidak lupa ”Bahasa Malaysia”.

4.Terdapat banyak hidangan ikan yang segar tetapi agak mahal harganya terutama restoran yang beroperasi berhampiran lapangan ski dan snowboard. Satu hidangan ikan beserta kentang goreng boleh mencapai RM50. (boleh tahan harganya menyamai hidangan di restoran Suria KLCC)

5.Terdapat banyak lapangan ski dan snowboard yang jauh sedikit (dalam lingkungan 5 minit perjalanan) daripada tempat penginapan. Dapatkan pemandu yang menawarkan harga yang berpatutan. Struktur jalan yang licin dan sempit agak merbahaya bagi pelancong yang ingin menyewa kenderaan persendirian.

6.Sukan ski dan snowboard agak merbahaya jika meluncur berseorangan, perlukan pengawasan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman

7.Wanita Poland mempunyai rupa paras yang cantik; bermata biru, berkulit putih, berambut hitam dan tubuh yang langsing, jangan mudah tergoda dengan teguran ramah untuk berbicara kerana wujud sendiket menipu warga asing.

AirAsia X menawarkan penerbangan murah setiap hari daripada LCCT Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Tambang Murah Stansted London. Melalui jaringan penerbangan kos rendah Eropah, anda boleh mendapat sambungan penerbangan ke Krakow dengan tempoh penerbangan selama 2 jam.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Aktiviti

Leave a Reply