dapatkan sekarang ebook

Keselamatan Sistem Pengangkutan Awam

Posted by ferouxe on Friday 19 February 2010

“Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan, saya pemandu anda bagi perjalanan daripada Birmingham ke London Victoria. Terlebih dahulu peraturan penting dalam bas ini, sila pakai tali pinggang keledar anda. Anda dilarang untuk merokok dan minum minuman beralkohol. Saya berhak mengenakan tindakan tegas sekiranya tuan-tuan dan puan-puan tidak mematuhi peraturan ini. Pintu kecemasan ada satu di hadapan dan satu di belakang. Dan alat pemadam kebakaran ada di sebelah pintu ini. Saya berharap agar anda gembira menikmati perjalanan ini. Terima kasih”

    Antara peraturan baru kerajaan Britain dalam memastikan keselamatan penumpang bas terjamin. Taklimat ringkas ini diberikan sejurus sebelum memulakan perjalanan, dan seharusnya negara kita juga perlu mencontohi peraturan ini agar sistem pengangkutan awam akan diyakini oleh pengguna.

Pemandu bas juga diberikan tanggungjawab agar memandu mengikut masa yang ditetapkan dan tidak dalam keadaan merbahaya. Skrin perjalanan bas dipaparkan (mungkin direkodkan) dan ini boleh menggambarkan bagaimana sikap sebenar pemandu itu memandu bas.

Selain daripada itu juga, pelaburan kepada pembinaan stesyen bas yang mesra pelanggan dapat menjamin penumpang daripada kelompok pelancong warga asing dapat menikmati kemudahan ini semasa percutian mereka di Malaysia tanpa ragu-ragu.

Penumpang hanya perlu berehat menunggu di bilik menunggu melihat skrin bila perjalanan basnya akan bergerak. No perkhidmatan bas, arah tuju perjalanan dan pintu berlepas akan sentiasa dipaparkan di skrin dan pelanggan akan selesa untuk mengatur perjalanannya. Tiada lagi kecoh sana sini bertanyakan lokasi bas dan arah tuju bas itu.

Jadual perjalanan bas dalam skrin ini dipaparkan sama seakan seperti jadual perjalanan bagi pengangkutan udara. Dan setiap bas wajib agar mematuhi masa perjalanan ini.

Lebih cekap lagi bagi setiap pintu berlepas disediakan juga skrin yang memaparkan perjalanan bas pada waktu semasa dan di hadapan bas juga terpapar besar arah tuju ke mana bas itu akan pergi. Ini mampu menjamin kelancaran pergerakan pengguna bas lebih-lebih lagi dalam waktu puncak.

Tindakan tegas juga patut dikenakan kepada penjual tiket haram yang sering berada berhampiran premis stesyen bas menegur orang ramai yang datang. Ini mencalarkankan imej negara Malaysia jika ingin menjadi salah sebuah negara yang maju.

Kemampuan kerajaan menguruskan perjalanan pengguna dalam pengangkutan awam hingga ke titik destinasi terakhir tidak kira melalui darat, udara dan laut mampu memberikan anjakan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pelancong asing akan datang lagi kerana yakin menggunakan kemudahan ini tanpa seribu satu masalah. Ahli-ahli perniagaan besar ataupun kecil akan mudah datang ke Malaysia berurusniaga dengan selesa kerana perjalanan yang lancar. Dan ini juga boleh memberikan peluang perniagaan baru dan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia hasil limpahan sistem kemudahan pengangkutan yang cekap.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa

Leave a Reply