MemBina Pengurus
Ahmad adalah salah seorang jurujual yang paling berjaya dalam syarikatnya. Setiap bulan beliau berjaya membawa banyak hasil jualan kerana kepandaiannya menarik pelanggan dan menjaga perhubungan dengan pelanggan. Syarikat mendapat banyak keuntungan hasil mutu kerja Ahmad yang diyakini. Sebagai membalas budi hasil penat lelah Ahmad, pihak pengurusan syarikat menawarkan jawatan yang lebih besar; Pengurus Jualan. Ahmad diberi tanggungjwab agar menjaga kelompok jurujual bagi memastikan mereka mampu membawa banyak jualan.
Beberapa bulan selepas menjawat jawatan baru, pihak pengurusan mendapat aduan bahawa Ahmad tidak cekap dalam memimpin pasukan ini. Beliau kadangkala beremosi dalam mesyuarat, sering marah walaupun kesalahan yang kecil, mementingkan kepentingan peribadi dan tidak pandai bergaul dengan ahli pasukan.
Ini adalah salah satu perkara yang biasa berlaku dalam pengurusan kumpulan. Menjadi jurujual yang hebat berbeza dengan menjadi pengurus yang hebat. Menjadi jurujual yang hebat memerlukan kemahiran individu sendiri dan dia menguruskan dirinya sendiri untuk berjaya.
Berbeza dengan pengurus, kejayaan pengurus adalah bergantung kepada kejayaan pasukannya. Ini bermakna pengurus perlu menguruskan orang lain dengan cekap bagi mencapai hasrat cita-citanya. Kejayaan jurujual bergantung kepada tangan juru jual itu sendiri tetapi kejayaan pengurs bergantung kepada kejayaan tangan orang lain.
Ruangan baru “Bina Pengurus” banyak berkisarkan pendidikan melahirkan ketua yang cekap dari segi kepimpinan, intergriti, karisma, kebolehan memindah kemahiran dan daya juangnya bagi memberi inspirasi kepada orang bawahannya. Menjadi pengurus yang hebat perlukan satu proses dan bagi anda ini belum terlambat untuk menjadi pengurus yang berkarisma.
Usahawan tidak lari daripada menguruskan pentadbiran syarikatnya. Dan sebelum mengetuai kumpulan yang besar, mari kita mulakan mengurus syarikat yang kecil atau setidak-tidaknya kita berlatih mampu menguruskan syarikat yang mempunyai seorang pekerja terlebih dahulu.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Leave a Reply