dapatkan sekarang ebook

Penipuan Ada Di Mana-Mana

Posted by ferouxe on Wednesday 27 January 2010

Amin sedang leka membeli belah barang keperluan di hypermarket berdekatan rumahnya. Sedang sibuk memilih barang, dirinya merasakan diperhatikan oleh seseorang. Lalu beliau memandang kebelakang ada kelibat seorang wanita tua yang berumur lewat 50an sedang asyik memandang beliau.

Wanita tua tu memandang sayu ke muka amin dan menghampiri Amin sambil berkata, “Nak, rupa anak ni iras arwah anak makcik yang meninggal setahun yang lalu”, Amin terkejut lalu menteteramkan hati makcik itu sambil berkata “Sabarlah makcik, ajal maut ditangan tuhan, tabahkan diri makcik ye” sambil berkata dengan penuh hormat.

Selepas memilih barangan 10 minit kemudian, Amin menuju ke kaunter bayaran dan kebetulan ada makcik yang menegurnya tadi berada di hadapannya semasa beratur. Amin melihat banyak barang yang dibeli oleh makcik itu. Amin menegurnya lagi “Wah banyak beli barang makcik”, “Biasalah nak, minggu ni cucu-cucu datang rumah, kenalah masak lebih sedikit”, jawabnya tersenyum.

Sebelum beredar, makcik itu berkata kepada Amin, “Nak, jika tak keberatan, boleh tak nak ucap selamat tinggal sebelum makcik beredar, mungkin kita takkan berjumpa lagi”. Melihat kasihan dengan kesedihan makcik itu, Amin pun bersetuju, dan setelah makcik itu beredar, Amin pun mengucapkan “Jumpa lagi mak !” sambil melambaikan tangan…  

Kelibat makcik tua itu sudah tiada, dan Amin sibuk menyusun barangan yang dibelinya untuk dikira oleh juruwang. Selang beberapa minit ketika hendak membuat bayaran, beliau terkejut apabila diberitahu oleh juruwang bahawa jumlah yang perlu dibayar lebih kurang RM200. Walhal Amin tidak membeli begitu banyak nilai barang seperti yang tercatat dalam mesin juruwang.

Apabila ditanya kepada juruwang itu, lantas sambil tersenyum juruwang itu menjawab ”Kan mak Encik yang pesan agar semua pembayaran akan dibayar oleh Encik…” 

Penipuan ada di mana-mana dengan berbagai cara. Berhati-hati dalam kehidupan. Kita cepat mudah mempercayai seseorang yang tidak dikenali hanya dengan keramahan yang ditunjukkan…

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Motivasi

Leave a Reply