Pemimpin Yang Dihormati
Menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi perniagaan bukan lesen untuk kita menunjukkan kuasa, bukan jalan mudah untuk kita mengerahkan orang bawahan sesuka hati dan bukan cara untuk kita boleh menindas orang lain.
Kita tidak boleh menjadi pemimpin dengan mempunyai sikap lagak yang bongkak, mementingkan diri sendiri, ingin menunjukkan bahawa kita adalah yang hebat, tidak hormat dengan orang bawahan kita, mencari jalan untuk menjatuhkan orang lain, sentiasa merendahkan martabat orang lain dan mengambil kesempatan keatas kelemahan orang lain.
Sememangnya sifat yang keji ini akan membuatkan orang bawahan kita akan benci dengan keperibadian pemimpin itu dan mereka tidak sekali-kali akan hormat dengan pemimpin yang keji ini. Lama kelamaan pemimpin yang mempunyai sifat yang keji akan hilang pengaruh dan akan memakan diri sendiri.
Diceritakan bahawa panglima perang semasa zaman Perang Salib; Salahuddin Al Ayubi memasuki kota Baitulmaqdis dengan sifat rendah diri selepas berjaya menawan kota suci itu. Tiada kekecohan dan tiada peristiwa memburukkan pihak lain. Ini mengajar kita bahawa semaki tingggi kita dalam darjat kepimpinan, kita perlu menunjukkan perasaan rendah diri lagi kepada orang bawahan kita.
Jadilah pemimpin yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji, jangan mudah termakan dengan pujian orang ramai, sentiasa mengingati orang yang susah semasa semasa kita diperingkat atasan dan jadilah pemimpin yang sentiasa merendah diri.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Leave a Reply