dapatkan sekarang ebook

Mari Kita Hijaukan Bumi

Posted by ferouxe on Monday 11 January 2010

Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah memulakan langkah awal bagi menghijaukan bumi. Arahan pada Sabtu 9 Januari yang lalu kepada semua pasaraya di Selangor untuk tidak memberi bag plastik kepada pelanggan. Bermula pada hari itu juga dan setiap hari Sabtu akan datang, kita perlu membawa bekas / bakul sendiri ketika ingin membeli belah di pasaraya dalam negeri Selangor.

Selangor adalah negeri yang mempunyai penduduk yang padat dalam Malaysia dan bayangkan jika sampah hanya daripada bag plastik boleh menyumbangkan kepada banyak pencemaran dan masalah kepada pengurusan sampah itu sendiri jika tidak diurus dengan teliti. Kita sebagai rakyat seharusnya juga tidak lari untuk mengambil bahagian dalam usaha pengawalan sampah “percuma” ini

Daripada tinjauan, situasi agak kelam kabut pada hari tersebut, namun perubahan sedikit demi sedikit perlu ada dalam kehidupan jika kita ingin mencapai objektif yang diinginkan. Kita mungkin agak terkejut dengan peraturan ini namun sesetengah tempat di negara barat telah lama mengamalkan membawa bakul sendiri ke pasaraya. Penulis pernah ditegur semasa di Frankfurt Jerman kerana meminta bag plastik untuk mengisi barang yang telah dibeli di pasaraya sana.

Peraturan ini perlu dicontohi oleh kerajaan negeri lain malah  disyorkan agar kerajaan Persekutuan juga harus memulakan peraturan ini dan tidak mustahil kita SATU Malaysia bersama boleh mengurangkan penggunakan bag plastik pada tahun ini. Tinggalkan sementara segala perselisihan pendapat dalam fahaman politik, jadikan agenda menghijaukan bumi sebagai tanggungjawab bersama.

Selain daripada itu juga kita boleh menyokong agenda menghijaukan bumi dengan pelbagai cara mudah seperti :

1.Jangan meminta bag plastik jika membeli satu / dua barang.

2.Bawa bakul / bekas sendiri ketika ingin membeli belah dipasaraya.

3.Cuba untuk menggunakan kenderaan awam / berjalan kaki jika ke tempat yang berhampiran.

4.Tutup segala suis elektrik dan air jika sudah selesai menggunakannya.

5.Kitar semula botol plastik dan kaca. Jangan campurkan barangan ini dengan sampah lain.

6.Gunakan kertas di bahagian belakang jika boleh digunakan. Kurangkan penggunaan kertas dalam urusan harian. Komunikasi melalui email / sms / telefon boleh membantu dalam mengurangkan penggunaan kertas.

7.Mendidik / mengingati orang lain betapa pentingnya kita menghijaukan bumi.

Jangan rosakkan bumi kita, miliki sifat keperhatinan untuk menjaga alam sekitar dan tanam sifat tanggungjawab dalam memelihara bumi ini. Peliharalah segala kehijauan kerana bumi ini akan kita warisi kepada generasi akan datang.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa

Leave a Reply