Melancong : Perbelanjaan Atau Pelaburan
Musim cuti sekolah ditambah cuti hari Jumaat berturut-turut membuatkan ramai pekerja senyum selalu pada bulan ini. Mengambil kesempatan musim cuti ini, ramai orang membuat perancangan berjalan-jalan dalam atau luar negeri. Hotel dan rumah penginapan dilaporkan penuh dengan tempahan sejak awal bulan lagi.
Kos untuk melancong dalam ataupun luar negara bergantung kepada pakej yang diambil, menempah hotel lima bintang sudah tentu lebih mahal daripada harga rumah tumpangan / chalet di pusat peranginan. Memang tidak salah kita luangkan masa untuk mengambil cuti berjalan-jalan bersama kawan / keluarga sebagai penghargaan kepada diri sendiri setelah setahun penat bekerja.
Membayar perbelanjaan untuk bercuti mungkin boleh di anggap sebagai perbelanjaan semasa ataupun pelaburan untuk masa depan. Ia bergantung kepada bagaimana individu itu sendiri yang menggunakan peluang melancong sebagai satu peluang untuk berhibur ataupun peluang melancong sebagai satu proses pembelajaran di alam realiti.
Percutian boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan untuk masa depan jika kita gunakan sepenuhnya masa percutian itu dalam mengenali keadaan sekeliling. Pergaulan dengan penduduk setempat menambahkan ilmu dalam kebudayaan dan corak masyarakat setempat. Memerhati dengan teliti suasana kehidupan masyarakat lain memberikan input yang berguna lebih daripada pembacaan.
Bagi perspektif seorang usahawan, banyak pembelajaran yang akan diperolehi apabila mereka bercuti lebih-lebih lagi berada jauh daripada masyarakat sendiri. Jauh perjalanan luas pandangan, begitu ungkapan yang boleh diberikan jika kita boleh mencedok corak kehidupan masyarakat luar yang sesuai boleh dibawa kedalam masyarakat sendiri.
Gunakan masa percutian anda sebagai masa beharga yang memberikan pulangan pelaburan untuk masa depan.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###






Leave a Reply