Pekerja Berkualiti
Pekerja di Jepun rata-rata dapat melakukan pekerjaan yang dibuat oleh lima ataupun enam orang. Jika di Malaysia, 15 orang mungkin diperlukan bagi membaiki sebatang jalan kampung yang rosak. Bermula daripada kerani yang menerima aduan, penyelia yang mengeluarkan arahan, tukang angkat peralatan, pemanduan sehinggalah kepada kepada mereka yang dipertanggungjawab bagi membancuh tar dan menurap jalan yang rosak. Di Jepun, pekerjaan ini dapat dilakukan secara serentak oleh 3 orang sahaja - Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Jepun, 2004
Mencari pekerja yang berkualiti adalah sukar, mendidik pekerja supaya menjadi pekerja yang berkualiti lebih susah. Tetapi keuntungan daripada pelaburan ini, syarikat akan menikmati produktiviti yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan perniagaan.
Adalah tanggungjawab dan kemahiran yang perlu bagi seorang pemilik perniagaan agar mendidik pekerja untuk lebih bermotivasi dan berkemahiran tinggi supaya syarikat akan meraih keuntungan yang lebih tinggi lagi.
Salah satu cara yang terbaik adalah pelaburan ilmu. Pekerja perlu didedahkan dengan segala ilmu berkaitan pengurusan agar mereka dapat mengoptimakan masa yang singkat untuk menyumbangkan produktiviti yang tinggi.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Leave a Reply