dapatkan sekarang ebook

Beli Kereta Atau Beli Rumah

Posted by ferouxe on Tuesday 3 November 2009

Ahmad telah membeli sebuah kereta bernilai RM75,000 pada tahun 1999. Sebuah kereta sport jenama tempatan setanding dengan jiwa beliau yang baru memulakan pekerjaan. Kereta ini cukup disayangi dipandu kemana-mana lambang kebanggaan beliau, tambahan pula status yang masih bujang, cukup melengkapkan pakej beliau untuk menarik perhatian wanita sekeliling.

Namun tidak bagi Ali rakan serumahnya, beliau tidak mengambil keputusan membeli kereta yang mahal, memandangkan masih bujang beliau membeli kereta jenama murah bernilai RM25,000 untuk kegunaan peribadi beliau. Sebaliknya beliau juga membeli flat kos rendah dengan harga RM50,000 dan disewakan. Duit sewa itu sudah cukup untuk melangsaikan bayaran hutang rumahnya dan ada berbaki hampir RM100 sebagai pendapatan tambahan.

Kini selepas 10 tahun, Ahmad sudah cukup bernasib baik jika dapat menjual kereta sport kepunyaannya dengan harga RM15,000. Namun Ali boleh tersenyum lebar kerana nilai hartanah miliknya tidak akan kurang RM50,000, malah pembinaan stesen lrt berdekatan hartanahnya menaikkan lagi nilai sewa rumahnya. Lagipun dia tidak perlu pening membayar hutang rumahnya kerana penyewa yang menyewa rumahnya sudah menjadi pembayar hutang bagi pihaknya.  

Kegilaan kepada pemilikan kereta yang bergaya hanya bersifat sementara, kerana nilai kereta akan menurun tahun demi tahun. Namun pembelian hartanah yang strategik akan memberikan pulangan lumayan kepada pemiliknya. Nilai hartanah akan meningkat tahun demi tahun dan satu pelaburan bijak jika anda memiliki berpuluh-puluh jenis hartanah yang meningkat nilainya pada masa akan datang.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Hartanah

Leave a Reply