Pewarisan Harta
William Chen (bukan nama sebenar) warga Malaysia berketurunan Cina, telah menamakan kekasihnya sebagai penama semasa mula-mula membuka akaun KWSP. Namun jodoh mereka tidak panjang, William akhirnya berkahwin dengan wanita lain. Akibat kesibukan dengan kerja, William terlupa menukar penama untuk akaun KWSP.
Hayat William tidak panjang, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berumur 37 tahun semasa kerjaya beliau sedang meningkat naik. Apa yang menimbulkan permasalahan ialah balu beliau terpaksa berhadapan bahawa harta dalam KWSP milik mendiang William yang bernilai hampir RM500,000 akan diberikan kepada bekas kekasih William.
Ini adalah sebahagian cerita-cerita benar yang terjadi akibat tiada perancangan dalam urusan pewarisan. Ada terjadi kisah perebutan harta tinggalan yang berlaku kepada seorang lelaki yang berkahwin kali kedua secara senyap dan bermacam-macam lagi, yang penting kita semua perlu ambil tahu sebagai persiapan sebelum memejamkan mata buat kali terakhir.
Selesaikan urusan pewarisan dengan bijak agar pihak lain tidak akan menerima kesusahan kemudian hari.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###






Leave a Reply