Modal Atau Minat
“Apabila diajukan soalan, apakah batasan yang membantutkan kita untuk menceburi bisnes, jawapan yang sering di sebut adalah modal“
Apabila anda diberikan RM1 juta apa anda akan lakukan?. Situasi ini boleh kita andaikan jika berlaku kepada orang yang tiada kemahiran usahawan. Mereka akan membelanjakan duit ini kerana ghairah tidak pernah memegang duit sebegitu banyak.
Sama juga apa yang sering berlaku kepada individu yang mendapat duit pampasan VSS (pemberhentian kerja secara sukarela). Kebanyakan “joli” sakan hingga titisan sen terakhir baru tersedar perlu mencari wang semula.
Sebaliknya, ada usahawan yang tiada langsung modal tetapi boleh menjana perniagaan dengan baik adalah hasil persediaan yang telah dirancang rapi sebelum melakukan bisnes itu sendiri. Ini menunjukkan kemahiran usahawan lebih penting daripada selalu memikirkan perkara modal.
Modal bukan perkara utama untuk menjadi penghalang bagi membuat bisnes, sebaliknya usaha yang gigih, perancangan teliti disamping membuat pekerjaan dengan penuh minat akan menggerakkan diri kita untuk maju dalam perjalanan sebagai usahawan.
Bagaimana kita perlu menanamkan sifat ini agar ia terus berada dalam jiwa kita?. Minat dan usaha yang gigih dikupas dengan lebih lanjut dalam Bab 3 bertajuk Dayajuang dalam Ebook : “MemBina Usahawan”.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Leave a Reply