Pelajari Kemahiran Komunikasi Perniagaan
Sering kali dilaporkan dalam akhbar beberapa kelemahan mahasiswa apabila memasuki alam pekerjaan. Kegagalan mendapat pekerjaan akibat kelemahan berbahasa Inggeris adalah satu perkara. Perkara yang pokok dalam masalah ini adalah kemahiran berkomunikasi dengan yakin perlu di ambil berat.
Sama seperti bidang pekerjaan, menjadi usahawan juga menghendaki kita untuk mahir dalam menguasai komunikasi. Di alam pembelajaran, khasnya di Malaysia, kita banyak dilatih untuk memahami subjek, menghafal dan mengeluarkan kembali semasa menjawab soalan peperiksaan. Jarang kita gunakan dalam perbincangan secara langsung antara satu sama lain.
Mempelajari ilmu komunikasi tidak memerlukan kita menghadiri kursus komunikasi yang mengenakan yuran yang terlalu mahal. Bagi penuntut banyak aktiviti persatuan dan gerak kerja sukan yang boleh kita ceburi. Kenapa penulis menyarankan menyertai aktiviti sedemikian..?
Melalui penyertaan aktiviti-aktiviti seumpama ini, kita boleh melatih diri berkomunikasi dengan pelbagai orang dan ragam disamping menggerakkan tubuh badan melakukan aktiviti tertentu. Kemahiran ini perlu ada jika kita dalam bidang pekerjaan dan lebih-lebih lagi jika anda ingin menjadi usahawan.
Cuba kemahiran ini, sertai pelbagai aktiviti di kawasan persekitaran rumah atau pusat pengajian anda. Gunakan akal yang matang dalam berkomunikasi disamping melakukan aktiviti. Ini antara asas untuk menambah keyakinan anda dalam komunikasi perniagaan.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###






Leave a Reply