Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Nama tokoh perniagaan ini sering kali disebut dalam pelbagai tulisan semenjak beliau disenaraikan dalam 10 orang terkaya di Malaysia yang mempunyai nilai kekayaan lebih daripada 1 Billion USD.
Kedudukan terbaru pada akhir Februari 2010, beliau masih menduduki tangga ke tujuh, seperti tahun-tahun yang lain. Seolah-olah sudah menjadi kegemaran mendudukan angka menarik ini.
Kenapa beliau terlalu hebat sehinggakan nama beliau selalu disebut ? Khusus kepada kaum bumiputra, Syed Mokhtar Al Bukhary telah membuka minda kepada segenap lapisan bahawa semua orang berhak menjadi kaya asalkan sanggup membayar dengan usaha yang gigih. Kemahiran perniagaan boleh dipelajari dan bukan kepandaian mutlak kepada seseorang.
Kekayaan yang beliau kejar bukanlah bermotifkan kemewahan, populariti, sanjungan tetapi lebih kepada kerohanian. Hasrat beliau menonjolkan kerja kebajikan tidak perlu kita salah tafsir sebagai perkara riak.
Sebaliknya beliau membuat kebaikan ini agar kita semua mengikuti jejak beliau dan tidak salah jika kita semua berlumba-lumba membuat kerja kebajikan bagi menolong orang-orang yang susah.
Mari kita contohi semangat yang ditonjolkan agar kekayaan yang dikecapi akan memberi kesenangan kepada orang lain kelak. Tiada yang mustahil.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###






Leave a Reply