dapatkan sekarang ebook

Cabaran Perniagaan

Posted by ferouxe on Friday 17 July 2009

Cabaran adalah perkara yang sering disebut berulang kali dalam pelbagai buku motivasi. Perkara sebenar berkaitan cabaran perlu diketahui kerana ini adalah situasi yang perlu anda hadapi semasa mula / sedang menguruskan perniagaan.

Motivasi kegembiraan selalu ditulis menyebabkan pembaca sering alpa dengan perkara yang manis sahaja daripada merasai kepahitan menelan cabaran. Bagaimana rupa bentuk cabaran ? Disini penulis menyenaraikan sebahagian cabaran yang perlu dihadapi apabila menjadi perunding takaful.

  1. Tidak tahu membuat persembahan produk.
  2. Masalah segan apabila bertemu dengan bakal pelanggan.
  3. Bakal pelanggan tidak berminat dengan produk yang ditawarkan.
  4. Tiada pengalaman apabila menghadapi situasi dengan bakal pelanggan.
  5. Motivasi hilang apabila jualan tiada mendapat sambutan.
  6. Tiada sokongan daripada ahli keluarga terdekat.
  7. Ditipu semasa membuat temujanji dengan bakal pelanggan.
  8. Ditawarkan untuk membuat perniagaan lain.
  9. Gangguan masalah kewangan / peribadi / masalah luar
  10. Hilang rentak semasa menguruskan perniagaan.

Situasi diatas pernah dialami oleh semua orang termasuk penulis sendiri. Kita tidak boleh lari daripada mengalami masalah ini. Tetapi kita boleh menghindarkan masalah ini daripada meruntuhkan perniagaan kita. Bagaimana…? bersambung…

Posted in Keusahawanan

One Response to “Cabaran Perniagaan”

  1. mohd affendy

    salah satu cabaran besar yang bakal atau sering dihadapi oleh usahawan adalah dalam menguruskan maklumat pelanggan. bisnes tak ke depan kerana pelanggan. dan bisnes yang maju juga akan jadi lemah kerana tiadanya sistem urus maklumat pelanggan. ramai usahawan yg saya jumpa memang suka menjual tetapi tidak sukakan pelanggan kerana melayan kerenah mereka dianggap beban bagi mereka.

Leave a Reply