Teknik jualan tambahan berkesan
Jualan adalah nadi sesebuah perniagaan, tanpa jualan syarikat tidak akan mendapat pendapatan untuk meneruskan perjalanan operasi perniagaannya. Untuk menjamin perjalanan syarikat lancar, mereka memerlukan sumber kewangan untuk membayar perbelanjaan tetap seperti sewa, gaji pekerja, bil telefon / elektrik / air, alatulis, aset baru, bahan mentah dan pelbagai perbelanjaan lain.
Sumber kewangan ini datang daripada hasil jualan perniagaan tersebut. Oleh yang demikian pekerja yang terlibat dengan jualan adalah orang yang terpenting dalam menggerakkan operasi syarikat. Pengendali syarikat ataupun CEO secara tidak langsung juga adalah orang yang terlibat dalam membantu meningkatkan jualan syarikat. Beliau bertanggungjawab menjadi jurucakap syarikat membantu meyakinkan pengguna di luar.
Teknik “Up Sell” yang digunakan oleh beberapa syarikat besar banyak membantu meningkatkan jualan. Mungkin ada diantara kita terperasan ketika membeli makanan di restoran segera, kita selalu ditanya “Ingin tambah makanan lain seperti ais krim?”, Hanya dengan satu pertanyaan, akan ada pembeli yang akan membeli ais krim walaupun pada mulanya hanya ingin membeli burger.
Sedikit order tempahan tambahan walaupun dengan nilaian yang rendah, jika dikumpul akan menjadi banyak, tentu sekali akan memberikan bonus tambahan kepada perniagaan itu sendiri. Contoh lain, kita tentu terperasan semasa beratur untuk membayar di pasaraya besar, akan ada rak-rak jualan yang menjual barangan kecil seperti coklat, gula-gula, biskut dan pelbagai lagi. Dalam masa itu juga akan ada pelanggan yang membeli barang walaupun tidak dirancang pada mulanya.






Leave a Reply