Menjaga Kepentingan Pelanggan
Pelanggan adalah nadi dalam perniagaan. Tanpa pelanggan, perniagaan tidak akan bergerak maju. Sumber kewangan syarikat adalah melalui pelanggan yang membayar duit semasa membeli produk atau menggunakan perkhidmatan syarikat kita.
Sehubungan dengan itu, seharusnya usahawan yang memiliki perniagaan meletakkan kepentingan pelanggan di tangga yang teratas sekali. Antara perkara yang boleh kita aplikasikan semasa menjaga pelanggan adalah :
1.Memastikan pelanggan berpuas hati dengan barangan yang mereka beli.
2.Menunjukkan kesungguhan melayan pelanggan yang ingin berurusan dengan syarikat kita.
3.Menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Letakkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjaga hubungan bisnes dengan pelanggan.
4.Mengambil perhatian dalam segala aduan dan cadangan yang di salurkan oleh pelanggan. Jika cadangan itu anda boleh laksanakan, segerakan pelaksanaan itu.
5.Senyuman adalah terlalu mudah, tetapi sering diabaikan semasa melakukan urusniaga.
6.Jangan libatkan masalah peribadi yang akan mengganggu situasi semasa berurusan dengan pelanggan. Pelanggan tidak mahu mendengar segala kesusasahan anda.
7.Ikhlaskan diri untuk membantu pelanggan supaya urusan perniagaan kita dapat menyenangkan kehidupan mereka.
8.Sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan bersama pelanggan kepada yang lebih baik.
9.Pastikan pelanggan tidak menunggu terlalu lama menerima produk / perkhidmatan anda. Sentiasa memberi maklum balas / perkembangan dengan segera jika pelanggan menghadapi masalah.
Mulakan melayan pelanggan yang hadir ke premis perniagaan anda dengan layanan yang mesra agar mereka berpuas hati dan kembali membawa pelanggan baru untuk anda.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan





