Orang Tengah (Trader) vs Pengeluar (Manufacturer)
Beberapa info yang dipetik daripada buku hasil kajian beberapa profesor yang mengkaji jenis perniagaan mendapati kerjaya perniagaan menjadi orang tengah lebih memberi keuntungan daripada pengeluar.
Ini bermaksud, jika kita mengambil contoh 2 orang yang membuat perniagaan menjadi orang tengah; dia bertanggungjawab mencari penjual dan pembeli dan seorang lagi pengeluar; menghasilkan produk. Diberikan masa 2 individu ini bekerja 60 jam seminggu.
Keputusan mendapati kerjaya sebagai orang tengah memberi keuntungan yang lumayan berbanding pengeluar. Ada kebenaran terhadap teori ini. Kita boleh lihat syarikat pengeluar kenderaan dan pengedar kenderaan adalah contoh yang tepat.
Menghasilkan produk memerlukan masa yang lama tetapi belum lagi boleh mendatangkan hasil dari segi kewangan kerana produk ini masih belum di jual di pasaran, tetapi apabila kita menjadi orang tengah, kita boleh terus mendapat keuntungan dalam masa yang singkat hasil jualan kita.
Kumpulan NAZA adalah contoh bagaimana syarikat yang besar ini memulakan operasi menjadi orang tengah dan hingga kini mereka menjadikan bisnes pengedaran sebagai pendapatan utama syarikat.
Jika anda ingin berjinak-jinak menceburi perniagaan, saranan utama ceburi perniagaan sebagai orang tengah. Dapatkan produk daripada pengeluar dan cari pasaran. Banyak produk dan perkhidmatan yang anda boleh hubungkan dan yang penting tidak memerlukan kos yang tinggi sebagai permulaaan.
Kerjaya sebagai usahawan takaful juga memberikan keuntungan yang lumayan dan boleh dikategorikan sebagai bisnes orang tengah. Hanya menghubungkan pengeluar (produk daripada operator takaful) dengan pengguna (orang ramai). Tanpa memerlukan modal permulaan yang terlalu besar tetapi anda boleh meraih keuntungan jika bersabar dalam kerjaya ini.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###





