dapatkan sekarang ebook

Archive for March, 2010

Kelebihan Pelaburan Hartanah 5

Posted by ferouxe on Tuesday 30 March 2010

REIT adalah salah satu pelaburan berkaitan hartanah yang mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. REIT adalah singkatan daripada (Real Estate Investment Trust). Bagaimana pelaburan ini berfungsi?

Syarikat yang mendapat lesen menguruskan REIT mendapatkan dana daripada pelabur seterusnya membeli hartanah seperti hospital, pejabat, lot kedai dan kilang. Kutipan sewa daripada hartanah yang dimiliki setelah ditolak wang pengurusan akan dikembalikan kepada pemegang saham sebagai dividen.

Rekod dividen yang dirujuk melalui akhbar menunjukkan peratus dividen yang baik sekitar 7% hingga 8% untuk tempoh yang lalu. Ini membuktikan pelaburan REIT berupaya memberi keuntungan yang stabil pada jangka masa panjang.

Pesara warga Singapura juga adalah antara pelabur utama dalam REIT kerana faktor pelaburan yang stabil dan keuntungan yang baik. Bagi pelabur di Malaysia harga saham-saham REIT masih murah sekitar RM1, dan semua mampu membeli saham ini. Sesuai bagi anda yang mula-mula ingin melabur dalam saham hartanah tetapi mempunyai modal yang kecil.

Bagi muslim terdapat juga REIT yang berlandaskan syariah. Ini bagi menjamin keuntungan daripada sumber yang halal kaunter REIT yang halal boleh di rujuk di akhbar dan internet. Belian saham ini hanya melalui urusniaga di Bursa Malaysia sahaja.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Hartanah | Comment

Fokus Usahawan

Posted by ferouxe on Monday 29 March 2010

Usahawan perlu fokus kepada kerjaya mereka. Dan usahawan juga perlu lebih fokus kepada perkara-perkara penting yang memberi kemajuan kepada syarikat mereka. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu menjadi perhatian apabila kita ingin menaikkan produktiviti syarikat.

Pelanggan

Menumpukan kepada hubungan dengan pelanggan. Menjamin hubungan yang baik dengan pelanggan bermakna kita boleh mengekalkan jumlah jualan kerana pelanggan yang setia akan datang lagi berurusan dengan kita. Menaikkan jenama syarikat membolehkan kita dapat menarik pelanggan baru daripada pasaran.

Matlamat

Mensasarkan jumlah angka yang jelas dari segi kutipan jualan, keuntungan dan mengurangkan kos operasi menjamin perjalanan syarikat dengan lancar. Catatan yang rapi dan kemas perlu ada dalam merekodkan graf keluar masuk duit syarikat. Melalui matlamat ini kita boleh merangka perjalanan syarikat untuk 5 tahun / 10 tahun / 20 tahun akan datang.

Aktiviti produktif

Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menjana kepada pertumbuhan syarikat. Pantau perjalanan operasi perniagaan dari semasa ke sama. Dapatkan maklum balas daripada pekerja bagi memperbaiki syarikat. Lakukan pemasaran nama syarikat bagi menambahkan keuntungan untuk jangkamasa panjang.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

Komunikasi Perniagaan : Mata

Posted by ferouxe on Thursday 25 March 2010

Angggota mata memainkan peranan dalam membantu memperbaiki mutu komunikasi kita. Apa akan jadi sekiranya kita bercakap dengan orang yang tidak memandang kepada kita ataupun si pendengar memandang ke tempat lain.

Ia sedikit sebanyak akan mencacatkan perhubungan ini dan kelemahan akan nampak jelas jika kita tidak menggunakan sepenuhnya anggota mata semasa melakukan perbualan atau penyampaian di khalayak ramai.

Memberi contoh penyanyi yang mengadakan persembahan di pentas, nyanyian beliau tidak akan menjadi hebat dan mungkin akan di kritik jika mata si penyanyi tidak memandang ke audien. Sama juga senario jika kita mengadakan taklimat kepada sekumpulan pendengar, mata bertindak sebagai penghubung antara penyampai dengan kumpulan pendengar.

Menggunakan mata sebagai alat perhubungan memberi impak yang besar dalam komunikasi. Apabila kita memandang pendengar / orang yang sedang bercakap menandakan kita mengambil serius dalam topik perbincangan. Ini akan mencapai hasrat topik yang dibincangakan.

Dan dalam perbincangan yang penting, mata berfungsi sebagai memastikan maklumat yang disampai benar-benar relevan dalam topik. Mata kita boleh menjadi sebagai kamera boleh memastikan pengucap adakah dia berkata benar ataupun tipu ataupun ingin bergurau sahaja.

Mata juga mampu memberi reaksi dalam seni komunikasi. Ia berfungsi sebagai pengekspresi dalam suasana sedih, gembira, cemas, simpati, takut dan serius. Anggota mata adalah satu ciptaan yang menarik kerana ia bukan sahaja memberi imej dalam penglihatan tetapi membantu dalam kemahiran manusia berkomunikasi.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Insan | Comment

Kelebihan Pelaburan Hartanah (4)

Posted by ferouxe on Tuesday 23 March 2010

Jangan terburu-buru keluar membeli hartanah dan jangan cepat jatuh cinta dengan hartanah yang baru anda jumpa. Ini antara pesanan pakar pelabur hartanah. Berikan sedikit masa dengan melakukan beberapa kerja rumah agar memastikan pelaburan anda akan berbaloi.

Apa yang anda boleh lakukan sementara menunggu wang deposit pinjaman perumahan anda berjaya dikumpul…

1.Dapatkan bahan rujukan mengenai hartanah, melalui internet, buku, akhbar dan majalah. Berbincang dengan rakan-rakan yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang pelaburan ini adalah cadangan yang baik.

2.Peguam sangat arif dengan urusan jual beli hartanah. Jika ada rakan yang bertugas sebagai peguam, dapatkan nasihat perkara-parkara yang terselindung / atau jarang dibincangkan semasa melakukan urusniaga jualbeli hartanah.

3.Lakukan rondaan sekali-sekala di kawasan yang menjadi sasaran pelaburan anda. Cadangan rondaan dilakukan pada hari kerja dan hari minggu bagi memastikan suasana kawasan tempat pelaburan anda pada waktu yang berlainan.

4.Bagi memastikan kawasan hartanah itu ramai penduduk, buat rondaan pada waktu malam kerana kita boleh nampak jumlah bilik yang mempunyai penyewa terpasang lampunya.

5.Sekolah, perhubungan jalan raya, LRT, pasaraya hypermarket, balai polis antara daya penarik yang akan menaikkan nilai hartanah dan keinginan penduduk untuk mendiami kawasan hartanah itu.

6.Elakkan kawasan hartanah yang berhampiran loji kumbahan najis, mempunyai rekod jenayah yang tinggi dan tiada kemudahan seperti di atas (no 5).

7.Bertanyakan peduduk setempat berkenaan pasaran harga sewa bagi hartanah yang anda ingin miliki. Pegawai keselamatan khasnya di kawasan kondominium selalunya memiliki maklumat rumah kondo untuk dijual / untuk disewa.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Hartanah | Comment

Tips Ringkas Mengurus Kumpulan

Posted by ferouxe on Monday 22 March 2010

Menguruskan pasukan ataupun sekumpulan pekerja akan lebih menjadi mudah jika kita mempunyai beberapa petua / standard bekerja yang mudah dan selalu di amalkan. Memandangkan kumpulan akan membesar hari demi hari, kita perlukan suatu cara yang tersusun agar kumpulan ini boleh dimajukan.

Berikut adalah cara ringkas yang boleh dirumuskan bagaimana menguruskan sesebuah kumpulan untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi : 

Recruit :

Tugas mencari tenaga yang baru perlu dilaksanakan tanpa henti. Ini akan menjamin kesinabungan kemajuan syarikat. Pekerja-pekerja yang sedia ada, mungkin akan berhenti ataupun bertukar ke tempat lain dan ini akan menyukarkan diri pengurus untuk meningkatkan produktiviti kumpulannya.

Train :

Latih pasukan anda agar mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang mantap. Proses meningkatkan tahap kebolehan ini berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain. Oleh yang demikian, ajar ahli dalam pasukan anda dengan penuh kesabaran.

Monitor : 

Pantau segala gerak kerja pasukan anda. lakukan pemerhatian dalam progres kemajuan ilmu dan kemahiran mereka. Jika terdapat masalah dalam kemajuan mereka, perbaiki dan ajar semula tanpa rasa putus asa. Pastikan mereka dapat melaksanakan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Care :

Berikan perhatian dalam apa keadaan jua yang dihadapi oleh pasukan anda. Jika mereka gembira libatkan sekali kegembiraan bersama mereka, jika mereka menghadapi kesusahan, tenteramkan hati mereka dan berikan kata-kata motivasi yang akan memberi semangat dalam hidup mereka.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Pembaharuan Dalam Bisnes

Posted by ferouxe on Tuesday 16 March 2010

Apabila pertama kali melangkah ke premis ini, penulis membayangkan bahawa perniagaan ini adalah hasil pelaburan syarikat besar dan ternama. Namun setelah mendapat liputan dalam beberapa akhbar tempatan, agak terkejut juga, MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn Bhd bermula menjual buah-buahan dengan basikal roda tiga di tepi jalan sahaja.

Pada permulaannya, legasi perniagaan keluarga Lee bermula dengan menjual buah-buahan di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Bukit Bintang dalam tahun 1960an, 1970an dan 1980an.

Seiring dengan arus pemodenan, timbul pula idea yang menarik dalam memajukan perniagaan menjual buah-buahan. Kini buah-buahan sudah di jual di gedung membeli belah ternama seperti di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, The Curve dan Avenue K. Corak susunan buah-buahan yang tersusun rapi, mirip seolah kita sedang membeli belah di Harrods; gedung perniagaan yang mewah di Knightsbridge London.

Penjenamaan syarikat, susunan produk yang menarik, kualiti buah yang segar, harga yang berpatutan dengan hiasan dalaman menarik perhatian pembeli untuk datang membeli menaikkkan nama MBG yang kini sudah mempunyai 16 cawangan di Lembah Klang termasuk satu di Melaka.

Nama syarikat itu sendiri telah memberi jaminan bahawa jika pelanggan tidak berpuas hati dengan barangan yang di beli, mereka berhak memulangkannya dan syarikat akan mengembalikan duit mereka.

Bagi Adnan Lee generasi ketiga yang mewarisi perniagaan ini berpendapat bahawa beliau tidak mahu ketinggalan dalam bisnes, beliau tidak ragu-ragu untuk melabur bagi membesarkan perniagaannya walaupun keluarganya tidak bersetuju pada permulaannya. 

Dan kini MBG telah mengembangkan perniagaannya dengan menjual buah-buahan melalui online dan penghantaran terus ke rumah pelanggan. Ini bagi memudahkan pelanggan baru / sedia ada membeli buah-buahan dengan cara moden tanpa perlu bersusah payah ke kedai ini. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Keusahawanan | Comment

Empati

Posted by ferouxe on Monday 15 March 2010

Keupayaan untuk memahami dan memberi respon yang berkesan terhadap sesuatu kejadian yang baru adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang pengurus.

Menjadi ketua dalam sesebuah organisasi meletakkan diri kita di atas sekali dalam tahap jawatan. Kita berkuasa memberi arahan dan orang bawahan perlu mematuhi segala arahan yang telah diberikan.

Kuasa yang diberikan bukanlah pasport untuk kita tidak boleh mengambil berat hal ehwal orang bawahan. Ada sesetengah ketua tidak langsung mengambil berat perihal kebajikan pekerja, yang penting kerja yang diberikan perlu diselesaikan.

Dan ada juga yang sering menjaga protokol dimana akan jatuh darjat ketua yang turun keperingkat bawahan. Menjaga status pangkat yang dimiliki kononya.

Pekerja di bawah selian perlu diambil tahu kebajikan mereka, manusia perlu mendapat perhatian lebih-lebih lagi jika ia melibatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Melakukan lawatan / datang terus ke tempat mereka, bertanyakan permasalahan dan jika ada boleh dilakukan segera penyelesaian lakukan sekarang. Ini akan secara tidak langsung akan memacu produktiviti kumpulan dengan lebih baik.

Kekuatan sesebuah kumpulan adalah hasil kerjasama semua ahli dalam membawa produktiviti. Jika salah satu ahli kumpulan yang lemah, bantulah mereka dengan keupayaan yang boleh.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Komunikasi Perniagaan : Pengetahuan Am

Posted by ferouxe on Friday 12 March 2010

Membaca dan mengambil tahu segala pengetahuan am sangat penting dalam kita mengambil bahagian dalam sessi berkomunikasi. Kita berkomunikasi bukan sahaja di pejabat malah secara tidak langsung kita akan berkomunikasi di restoran, majlis keramaian, pusat membeli belah, tapak projek dan pelbagai lagi.

Jadi akan nampak kelemahan jika kita hanya tahu bercakap soal-soal perniagaan sahaja. Pengetahuan am meliputi pelbagai topik dan kita boleh dapatkan maklumat ini melalui pembacaan di  internet, akhbar, televisyen, majalah dan juga buku.

Pengetahuan am meliputi pelbagai aspek meliputi ekonomi, sukan, agama, geografi, berita jenayah, hiburan, seni, teknologi maklumat, sains, sains angkasa, perubatan, ilmu tahyul, kemanusiaan, sejarah, psikologi, makanan, dunia luar, dan bermacam-macam lagi.

Tidak perlu kita menguasai pengetahuan ini sehingga faham keseluruhannya. Cukup sekadar asas pengetahuan dan kita boleh jadikan ini sebagai modal untuk membuat pertanyaan kepada orang lain sebagai menambahkan pengetahuan disamping melancarkan komunikasi yang lebih baik.

Rakan komunikasi tentu akan seronok berbual jika kita juga tahu berkenaan ilmu yang memang mereka kuasai. Ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan dengan kita. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Insan | Comment

Jangan Takut Dengan Pesaing

Posted by ferouxe on Wednesday 10 March 2010

Jangan takut kepada pesaing. Ada individu yang tidak suka pesaing, tetapi jangan mudah terlupa yang kita juga pesaing kepada pesaing perniagaan kita.

Ini adalah lumrah dalam perniagaan, persaingan adalah perkara biasa dan jika diambil daripada sudut positif pesaing sentiasa memperingati diri kita agar tidak mudah lupa dengan kesenangan. Mutu perniagaan akan jatuh jika biasanya mereka menjadi kumpulan monopoli.

Sistem pemerintahan demokrasi juga menghendaki kumpulan pembangkang agar kumpulan pemerintah tidak mudah menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan.

Situasi yang sama juga boleh diertikan apabila kita melihat pesaing dalam perniagaan. Pesaing akan memastikan bahawa kita sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Jika tidak, pelanggan akan memilih pesaing yang akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada yang ditawarkan.

Manakala pesaing negatif tetap akan wujud. Mereka cuba menggunakan unsur-unsur yang melanggari undang-undang negara dalam mencapai keuntungan peribadi. Kegiatan cetak rompak, menjual barangan secara tipu helah adalah contoh pesaing negatif.

Mereka tidak akan bertahan lama, hanya boleh mendapat untung jangka pendek dan lambat laun pihak berkuasa akan membenteras kumpulan ini.

Oleh yang demikian, wujudkan persaingan sihat agar kita sentiasa memperbaiki mutu perniagaan syarikat kita.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Niaga | Comment

Menjaga Kepentingan Pelanggan

Posted by ferouxe on Tuesday 9 March 2010

Pelanggan adalah nadi dalam perniagaan. Tanpa pelanggan, perniagaan tidak akan bergerak maju. Sumber kewangan syarikat adalah melalui pelanggan yang membayar duit semasa membeli produk atau menggunakan perkhidmatan syarikat kita.

Sehubungan dengan itu, seharusnya usahawan yang memiliki perniagaan meletakkan kepentingan pelanggan di tangga yang teratas sekali. Antara perkara yang boleh kita aplikasikan semasa menjaga pelanggan adalah :

1.Memastikan pelanggan berpuas hati dengan barangan yang mereka beli.

2.Menunjukkan kesungguhan melayan pelanggan yang ingin berurusan dengan syarikat kita.

3.Menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Letakkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjaga hubungan bisnes dengan pelanggan.

4.Mengambil perhatian dalam segala aduan dan cadangan yang di salurkan oleh pelanggan. Jika cadangan itu anda boleh laksanakan, segerakan pelaksanaan itu.

5.Senyuman adalah terlalu mudah, tetapi sering diabaikan semasa melakukan urusniaga.

6.Jangan libatkan masalah peribadi yang akan mengganggu situasi semasa berurusan dengan pelanggan. Pelanggan tidak mahu mendengar segala kesusasahan anda.

7.Ikhlaskan diri untuk membantu pelanggan supaya urusan perniagaan kita dapat menyenangkan kehidupan mereka.

8.Sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan bersama pelanggan kepada yang lebih baik.

9.Pastikan pelanggan tidak menunggu terlalu lama menerima produk / perkhidmatan anda. Sentiasa memberi maklum balas / perkembangan dengan segera jika pelanggan menghadapi masalah.

Mulakan melayan pelanggan yang hadir ke premis perniagaan anda dengan layanan yang mesra agar mereka berpuas hati dan kembali membawa pelanggan baru untuk anda.    

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Pasaran | Comment