Kelebihan Pelaburan Hartanah (1)
Pelaburan hartanah adalah salah satu pilihan pelaburan utama jutawan di seluruh dunia. Kenapa mereka memilih pelaburan ini sebagai tempat menyimpan duit? Ted Tunner pengasas CNN mempunyai banyak hartanah dan menerima sewa 7 angka sebulan. Donald Trump, Oprah Winfrey, kelompok selebriti Holllywood, kelompok ahli sukan dan ramai jutawan yang bukan daripada latarbelakang hartanah juga memiliki banyak pelaburan hartanah.
Kembali ke dalam negara, nama seperti Azizi Ali dan Renesial Leong giat mengadakan pelbagai ceramah pendidikan kearah kelebihan melabur dalam sektor hartanah. Selain daripada individu-individu jutawan yang tidak ternama, banyak syarikat juga membuat pendekatan pelaburan hartanah sebagai mengembangkan aliran tunai dalam kantung syarikat. Kumpulan syarikat ini memiliki bangunan / wisma untuk kegunaan pentadbiran syarikat dan lebihan ruang pejabat yang kosong akan disewakan kepada syarikat luar.
Laporan khas bulan ini mengkaji kelebihan pelaburan hartanah sebagai salah satu sumber kewangan yang lumayan. Apa yang membuatkan ramai individu yang bertaraf jutawan begitu berminat dalam pelaburan ini. Bagaimana memulakan pelaburan ini jika tiada keyakinan. Kajian ini merujuk kepada beberapa bacaan buku dan internet serta pengalaman peribadi penulis sebagai perkongsian dengan pembaca untuk memulakan pelaburan hartanah.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###





