dapatkan sekarang ebook

Archive for February, 2010

Kelebihan Pelaburan Hartanah (2)

Posted by ferouxe on Thursday 25 February 2010

Bagaimana kita boleh menjana keuntungan melalui pelaburan hartanah. Secara umumnya ada 2 keuntungan utama yang kita boleh perolehi melalui pelaburan ini. 

1.Sewa

Penyewa hartanah yang mendiami kediaman milik kita perlu membayar sewa. Jika kita telah membeli hartanah ini dengan tunai, kita boleh perolehi keuntungan 100%. Jika kita membeli dengan pinjaman bank, keuntungan boleh diperolehi jika jumlah sewa melebihi jumlah kos bayaran hutang dengan bayaran penyelenggaraan.

2.Kenaikan harga

Jika kita telah membeli sebuah apartment bernilai RM100,000 pada tahun 2010, dengan permintaan yang tinggi serta kedudukan strategi,  apartment itu boleh bernilai RM120,000 (sebagai contoh) sepuluh tahun kemudian. Ini bermakna kita seolah-olah mendapat keuntungan dividen RM2000 setahun.

Selain daripada itu juga hartanah yang dimiliki boleh menjadi cagaran jika kita ingin membuat pinjaman, hartanah boleh menjadi dana simpanan untuk mendidikan anak apabila dewasa kelak. Selain daripada itu juga memiliki hartanah boleh dijadikan satu perniagaan tanpa kawalan yang maksima, seolah-olah mesin pencetak wang bagi tabung persaraan kita.  

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Hartanah | Comment

Usahawan Graduan

Posted by ferouxe on Tuesday 23 February 2010

BinaUsahawan.com memuji beberapa agensi kerajaan yang mula membantu secara praktikal untuk membawa bakal graduan untuk menjadi usahawan. Hasil usahasama FAMA dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan untuk melahirkan usahawan pasar tani adalah amat di alu-alukan.

Bakal graduan diberikan tapak di pasar tani manakala institusi pengajian tinggi memberikan modal peralatan untuk menjual di pasar tani dan bakal graduan diberi latihan untuk menjual di pasar tani di lembah klang. Ini secara tidak langsung akan memberi pengalaman kepada bakal usahawan bagaimana menjadi usahawan sebenar di alam nyata.

Adalah lebih baik jika disebalik praktikal di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, bakal siswazah boleh menjadikan pengalaman ini sebagai praktikal sebelum menjadi usahawan selepas tamat pengajian kelak.

Hasil temubual, beberapa siswazah yang juga bukan daripada pengajian bidang perniagaan, berminat untuk meneruskan perniagaan sendiri selepas tamat belajar kelak. Perniagaan adalah punca utama untuk mendapatkan pendapatan, malah lebih banyak daripada mengejar peluang makan gaji yang memberikan pendapatan yang terhad. 

Diharapkan agar siswazah lain membuka mata kerana peluang perniagaan terbentang luas di bumi Malaysia jika kita rajin untuk berusaha. Tiada yang mustahil.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Keusahawanan | Comment

Keselamatan Sistem Pengangkutan Awam

Posted by ferouxe on Friday 19 February 2010

“Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan, saya pemandu anda bagi perjalanan daripada Birmingham ke London Victoria. Terlebih dahulu peraturan penting dalam bas ini, sila pakai tali pinggang keledar anda. Anda dilarang untuk merokok dan minum minuman beralkohol. Saya berhak mengenakan tindakan tegas sekiranya tuan-tuan dan puan-puan tidak mematuhi peraturan ini. Pintu kecemasan ada satu di hadapan dan satu di belakang. Dan alat pemadam kebakaran ada di sebelah pintu ini. Saya berharap agar anda gembira menikmati perjalanan ini. Terima kasih”

    Antara peraturan baru kerajaan Britain dalam memastikan keselamatan penumpang bas terjamin. Taklimat ringkas ini diberikan sejurus sebelum memulakan perjalanan, dan seharusnya negara kita juga perlu mencontohi peraturan ini agar sistem pengangkutan awam akan diyakini oleh pengguna.

Pemandu bas juga diberikan tanggungjawab agar memandu mengikut masa yang ditetapkan dan tidak dalam keadaan merbahaya. Skrin perjalanan bas dipaparkan (mungkin direkodkan) dan ini boleh menggambarkan bagaimana sikap sebenar pemandu itu memandu bas.

Selain daripada itu juga, pelaburan kepada pembinaan stesyen bas yang mesra pelanggan dapat menjamin penumpang daripada kelompok pelancong warga asing dapat menikmati kemudahan ini semasa percutian mereka di Malaysia tanpa ragu-ragu.

Penumpang hanya perlu berehat menunggu di bilik menunggu melihat skrin bila perjalanan basnya akan bergerak. No perkhidmatan bas, arah tuju perjalanan dan pintu berlepas akan sentiasa dipaparkan di skrin dan pelanggan akan selesa untuk mengatur perjalanannya. Tiada lagi kecoh sana sini bertanyakan lokasi bas dan arah tuju bas itu.

Jadual perjalanan bas dalam skrin ini dipaparkan sama seakan seperti jadual perjalanan bagi pengangkutan udara. Dan setiap bas wajib agar mematuhi masa perjalanan ini.

Lebih cekap lagi bagi setiap pintu berlepas disediakan juga skrin yang memaparkan perjalanan bas pada waktu semasa dan di hadapan bas juga terpapar besar arah tuju ke mana bas itu akan pergi. Ini mampu menjamin kelancaran pergerakan pengguna bas lebih-lebih lagi dalam waktu puncak.

Tindakan tegas juga patut dikenakan kepada penjual tiket haram yang sering berada berhampiran premis stesyen bas menegur orang ramai yang datang. Ini mencalarkankan imej negara Malaysia jika ingin menjadi salah sebuah negara yang maju.

Kemampuan kerajaan menguruskan perjalanan pengguna dalam pengangkutan awam hingga ke titik destinasi terakhir tidak kira melalui darat, udara dan laut mampu memberikan anjakan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pelancong asing akan datang lagi kerana yakin menggunakan kemudahan ini tanpa seribu satu masalah. Ahli-ahli perniagaan besar ataupun kecil akan mudah datang ke Malaysia berurusniaga dengan selesa kerana perjalanan yang lancar. Dan ini juga boleh memberikan peluang perniagaan baru dan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia hasil limpahan sistem kemudahan pengangkutan yang cekap.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

MemBina Pengurus

Posted by ferouxe on Thursday 18 February 2010

Ahmad adalah salah seorang jurujual yang paling berjaya dalam syarikatnya. Setiap bulan beliau berjaya membawa banyak hasil jualan kerana kepandaiannya menarik pelanggan dan menjaga perhubungan dengan pelanggan. Syarikat mendapat banyak keuntungan hasil mutu kerja Ahmad yang diyakini. Sebagai membalas budi hasil penat lelah Ahmad, pihak pengurusan syarikat menawarkan jawatan yang lebih besar; Pengurus Jualan. Ahmad diberi tanggungjwab agar menjaga kelompok jurujual bagi memastikan mereka mampu membawa banyak jualan.

Beberapa bulan selepas menjawat jawatan baru, pihak pengurusan mendapat aduan bahawa Ahmad tidak cekap dalam memimpin pasukan ini. Beliau kadangkala beremosi dalam mesyuarat, sering marah walaupun kesalahan yang kecil, mementingkan kepentingan peribadi dan tidak pandai bergaul dengan ahli pasukan.

Ini adalah salah satu perkara yang biasa berlaku dalam pengurusan kumpulan. Menjadi jurujual yang hebat berbeza dengan menjadi pengurus yang hebat. Menjadi jurujual yang hebat memerlukan kemahiran individu sendiri dan dia menguruskan dirinya sendiri untuk berjaya.

Berbeza dengan pengurus, kejayaan pengurus adalah bergantung kepada kejayaan pasukannya. Ini bermakna pengurus perlu menguruskan orang lain dengan cekap bagi mencapai hasrat cita-citanya. Kejayaan jurujual bergantung kepada tangan juru jual itu sendiri tetapi kejayaan pengurs bergantung kepada kejayaan tangan orang lain.

Ruangan baru “Bina Pengurus” banyak berkisarkan pendidikan melahirkan ketua yang cekap dari segi kepimpinan, intergriti, karisma, kebolehan memindah kemahiran dan daya juangnya bagi memberi inspirasi kepada orang bawahannya. Menjadi pengurus yang hebat perlukan satu proses dan bagi anda ini belum terlambat untuk menjadi pengurus yang berkarisma.

Usahawan tidak lari daripada menguruskan pentadbiran syarikatnya. Dan sebelum mengetuai kumpulan yang besar, mari kita mulakan mengurus syarikat yang kecil atau setidak-tidaknya kita berlatih mampu menguruskan syarikat yang mempunyai seorang pekerja terlebih dahulu.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Percutian Ekonomi Di Eropah Tengah : Zakopane Poland

Posted by ferouxe on Wednesday 17 February 2010

Ingin menikmati cuti musim sejuk di Eropah Tengah dengan kos yang murah?, Zakopane Poland adalah antara pilihan terbaik kerana pertukaran matawang negara ini hampir sama dengan Ringgit Malaysia. Negara Poland tidak menggunakan matawang Euro, sebaliknya menggunakan matawang yang dikenali sebagai Zolty, 1 Zolty hampir bersamaan RM1.20.

Zakopane terletak di selatan Poland, mempunyai banyak lapangan meluncur ski dan snowboard yang menawarkan harga yang murah serta kualiti lapangan luncur hampir menyamai pusat peranginan ski di Switzerland dan Hokkaido Jepun. Anda boleh menyewa peralatan ski dengan harga RM25 dan menggunakan kemudahan dawai kabel untuk naik ke puncak dengan anggaran RM30 sehari.

Untuk sampai ke Zakopane, kita boleh memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Tambang Murah Krakow, banyak syarikat penerbangan tambang murah Eropah seperti EasyJet dan RyanAir menyediakan penerbangan terus daripada Britain dengan harga menarik, harga tiket boleh dibeli dengan nilai GBP20 jika menempah awal. Belian boleh dibuat melalui online.

Daripada Lapangan terbang Krakow, kita boleh mengambil bas penghantaran terus ke stesyen keretapi dengan percuma. Perjalanan daripada stesyen keretapi Lapangan Terbang Krakow hingga ke pusat bandar Krakow mengambil masa kurang 1 jam dengan kos RM4. Seterusnya kita boleh menggunakan perkhidmatan bas terus ke Zakopane yang mengambil masa 2 jam dengan harga RM18.

Zakopane menarik jutaan peminat sukan ekstrem ski, snowboard, jump ski dan ice skating dengan kos yang murah berbanding di negara Eropah yang lain. Terdapat banyak lapangan ski bagi semua peringkat kemahiran daripada permulaan, pertengahan dan pakar. Ramai penuntut Malaysia di UK memilih tempat ini berbanding ke Scotland kerana kos yang teramat murah.

Selain daripada itu juga kita boleh menikmati pemandangan kawasan Eropah Tengah yang indah di musim sejuk, rumah kayu tradisional yang unik senibinanya, merasai makanan laut yang segar dan sedap disamping minum air paip yang manis rasanya. Terdapat juga barangan kraftangan tradional tempatan daripada kayu dan kulit dijual di pusat bandar. Jangan lupa untuk merasai kuih cheese berbentuk seperti baulu dengan harga 10 sen

Perkara-perkara penting semasa sampai ke negara ini :

1.Pemeriksaan Imigresen di Krakow agak ketat, sila sediakan bukti tiket pulang dan dokumen penginapan yang lengkap bagi proses kemasukan.

2.Cuaca sejuk yang sangat dingin dibawah paras beku walaupun pada bulan Februari, sila bawa pakaian panas yang secukupnya.

3.Hampir semua penduduk Poland tidak fasih berbahasa Inggeris, gunakan daya kreativiti anda berkomunikasi melalui pen, kertas, bahasa isyarat dan juga tidak lupa ”Bahasa Malaysia”.

4.Terdapat banyak hidangan ikan yang segar tetapi agak mahal harganya terutama restoran yang beroperasi berhampiran lapangan ski dan snowboard. Satu hidangan ikan beserta kentang goreng boleh mencapai RM50. (boleh tahan harganya menyamai hidangan di restoran Suria KLCC)

5.Terdapat banyak lapangan ski dan snowboard yang jauh sedikit (dalam lingkungan 5 minit perjalanan) daripada tempat penginapan. Dapatkan pemandu yang menawarkan harga yang berpatutan. Struktur jalan yang licin dan sempit agak merbahaya bagi pelancong yang ingin menyewa kenderaan persendirian.

6.Sukan ski dan snowboard agak merbahaya jika meluncur berseorangan, perlukan pengawasan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman

7.Wanita Poland mempunyai rupa paras yang cantik; bermata biru, berkulit putih, berambut hitam dan tubuh yang langsing, jangan mudah tergoda dengan teguran ramah untuk berbicara kerana wujud sendiket menipu warga asing.

AirAsia X menawarkan penerbangan murah setiap hari daripada LCCT Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Tambang Murah Stansted London. Melalui jaringan penerbangan kos rendah Eropah, anda boleh mendapat sambungan penerbangan ke Krakow dengan tempoh penerbangan selama 2 jam.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Aktiviti | Comment

Membaca Sijil Pelan Perlindungan Anda

Posted by ferouxe on Wednesday 10 February 2010

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai pengguna adalah tidak mengetahui hak mereka semasa menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Lebih teruk daripada itu pengguna tidak tahu ciri-ciri produk yang boleh dinikmati dengan sepadanan dengan harga yang dibayar.

Jika memperkatakan dari segi konteks ini, masih ramai lagi pengguna pelan insurans hayat / takaful keluarga tidak mengetahui apakah ciri pelan yang mereka boleh nikmati semasa tempoh mencarum.

Kecelaruan sering berlaku apabila pelanggan ingin membuat tuntutan dan sering syarikat pengendali takaful dan insurans akan dipersalahkan jika tidak berjaya membuat tuntuan. Inilah akibat kealpaan diri pengguna itu sendiri.

Oleh yang demikian berikut adalah langkah yang disarankan :

1.Membaca semula dan memahami apa yang terkandung dalam buku polisi pelan takaful anda. Buku polisi adalah dokumen perundangan yang sah.

2.Hubungi wakil / pengendali takaful jika anda sudah lama tidak mendapat buku polisi.

3.Sila buat rujukan sekiranya anda tidak memahami pelan yang diambil.

4.Buat aduan sekiranya terdapat kesilapan pemahaman yang dibentangkan oleh wakil syarikat semasa dalam proses pendaftaran.

5.Ketahui ciri-ciri pelan yang anda pilih dan terma syarat yang tidak membolehkan kita membuat tuntutan.

Jangan mengambil pelan takaful hanya kerana ikutan rakan / paksaan oleh pihak tertentu. Pilih pelan perlindungan kewangan anda sebagai salah satu perancangan kewangan anda yang serius.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

MemBina Generasi Bakal Usahawan

Posted by ferouxe on Tuesday 9 February 2010
  • Kenapa semua merah?
  • Awak buat apa di kelas??
  • Pergi masuk bilik belajar sekarang !!!

Itu antara kemarahan seorang ayah apabila melihat laporan prestasi anak yang lemah. Kelemahan demi kelemahan jika ditambah dengan kemarahan menjadikan anak itu tidak mempunyai daya juang yang tinggi bila dewasa kelak.

Kajian menunjukkan bahawa usahawan yang berjaya mempunyai daya tahan yang kuat, dan ini adalah hasil daripada proses pembelajaran daripada pengalaman.

Seorang usahawan boleh dibentuk mindanya sejak daripada kecil dengan memasukkan elemen ketahanan apabila dilanda masalah. Ini boleh diumpamakan sebagai melapikkan titanium ke lapisan besi agar lebih tahan lagi kekuatannya.

Oleh itu membentuk usahawan / pekerja yang cekap / anak yang berjaya perlu diubah juga cara penyampaian kepada mereka. Melalui cara ini mereka akan lebih kuat pada masa akan datang. Jadi sebagai ayah perlu berkata sedemikian jika melihat laporan prestasi anak …

  • Jangan bimbang, kita usaha lagi…
  • Ini bukan pengakhiran, banyak lagi peluang jika kita dapat perbaiki daripada sekarang…
  • Emmm memang pakar algebra ambil masa beratus tahun untuk mencipta formula ini, mustahil untuk kita kuasai dalam masa sebulan kan…

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

Sabar Dan Fikiran Positif

Posted by ferouxe on Monday 8 February 2010

Kajian pakar di universiti-universiti ternama membuktikan stress, kemarahan dan tiada sabar dalam kehidupan akan menyebabkan merosotnya kesihatan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kecergasan individu, itulah sebabnya orang yang paling kuat adalah orang yang boleh mengawal kemarahannya.

Kita lihat beberapa fakta menarik berkaitan akibat sifat negatif ini :

  • Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan, golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronari.
  • Satu kajian yang dilakukan oleh Brigham and Women’s Hospital dan Harvard Medical School mendapati, mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria.
  • Mengikut satu kajian, pelajar-pelajar dari Harvard yang bersikap pesimistik semasa diwawancara pada tahun 1946 didapati menghadapi pelbagai masalah kesihatan semasa mereka diwawancara semula pada tahun 1980.
  • Kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar dari Virgina Tech yang bersikap pesimistik sering kali menghidap penyakit selsema, sakit kerongkong dan demam influenza.
  • Mereka yang berfikiran negatif sering dihinggapi tekanan atau stres. Dr. Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang yang menyebabkan paras lemak meningkat dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah. Apabila ini berlaku dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.

Maklumat ini dipetik daripada buku motivasi tulisan Dr. Zainal Abidin bertajuk : Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Naskah motivasi yang terbaik pernah dibaca oleh penulis. Saranan penulis, sesiapa yang belum membaca buku ini agar mendapatkannya di kedai-kedai buku berdekatan.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Kesihatan | Comment

Kelebihan Pelaburan Hartanah (1)

Posted by ferouxe on Thursday 4 February 2010

Pelaburan hartanah adalah salah satu pilihan pelaburan utama jutawan di seluruh dunia. Kenapa mereka memilih pelaburan ini sebagai tempat menyimpan duit? Ted Tunner pengasas CNN mempunyai banyak hartanah dan menerima sewa 7 angka sebulan.  Donald Trump, Oprah Winfrey, kelompok selebriti Holllywood, kelompok ahli sukan dan ramai jutawan yang bukan daripada latarbelakang hartanah juga memiliki banyak pelaburan hartanah.

Kembali ke dalam negara, nama seperti Azizi Ali dan Renesial Leong giat mengadakan pelbagai ceramah pendidikan kearah kelebihan melabur dalam sektor hartanah. Selain daripada individu-individu jutawan yang tidak ternama, banyak syarikat juga membuat pendekatan pelaburan hartanah sebagai mengembangkan aliran tunai dalam kantung syarikat. Kumpulan syarikat ini memiliki bangunan / wisma untuk kegunaan pentadbiran syarikat dan lebihan ruang pejabat yang kosong akan disewakan kepada syarikat luar.

Laporan khas bulan ini mengkaji kelebihan pelaburan hartanah sebagai salah satu sumber kewangan yang lumayan. Apa yang membuatkan ramai individu yang bertaraf jutawan begitu berminat dalam pelaburan ini. Bagaimana memulakan pelaburan ini jika tiada keyakinan. Kajian ini merujuk kepada beberapa bacaan buku dan internet serta pengalaman peribadi penulis sebagai perkongsian dengan pembaca untuk memulakan pelaburan hartanah.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Hartanah | Comment

Bahaya Rokok

Posted by ferouxe on Wednesday 3 February 2010

Banyak info-info menarik daripada petikan brosur pendidikan yang boleh didapati daripada klinik-klinik kesihatan. Fakta berkaitan rokok :

Rakyat Malaysia menghisap33 juta batang rokok sehari, ini jika dinilaikan mereka membelanjakan RM86 juta sehari hanya untuk menghisap rokok. 

Asap rokok mengeluarkan hampir 4000 bahan kimia beracun dan 53 daripadanya boleh mengakibatkan kanser

Merokok menambahkan risiko penyakir kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat rokok.

90% kanser paru-paru adalah disebabkan oleh merokok

95% sakit kanser paru-paru menemui maut dalam masa 5 tahun setelah dikesan

Seseorang yang menghidu asap rokok orang lain juga menghadapi risiko menghidap kanser paru-paru walaupun dia TIDAK MEROKOK.

Menghisap rokok boleh menyebabkan gejala berikut

1.Nafas berbau
2.Gigi kuning
3.Angin ahmar
4.Mati pucuk
5.Masalah kewangan
6.Ketagihan dadah
7.Batuk berterusan
8.Serangan jantung

Mulakan berhenti merokok dengan :

1.Buang semua peralatan merokok
2.Beritahu rakan dan saudara mara tentang keinginan anda
3.Libatkan diri dengan aktiviti yang sihat
4.Minum lebih banyak air, jangan minum minuman yang merangsang anda untuk merokok
5.Belajar untuk menolak tawaran merokok, jauhi daripada perokok
6.Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
7.Sekiranya datang perasaan untuk merokok, tarik nafas panjang-panjang, minum air atau pergi mandi.

Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk mengubati sesetengah pesakit yang berpunca daripada sikap perokok yang degil. Adakah saluran kewangan ini perlu diteruskan? 

Pastikan kehidupan kita sihat sejahtera, jangan jadikan rokok sebagai jambatan kesengsaraan diri dan orang lain.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Kesihatan | Comment