dapatkan sekarang ebook

Archive for January, 2010

Graviti : Kesan Yang Nyata

Posted by ferouxe on Saturday 30 January 2010

Tenaga yang menarik objek daripada atas muka bumi terus jatuh ke tanah dipanggil graviti. Memang sejak dahulu hingga kini tenaga ini tidak boleh nampak dengan mata kasar, hanya kesan melalui tarikan graviti ini menjadikan kita boleh melakukan aktiviti harian tanpa terawang-awang di atas awan.

Penemuan yang tidak dirancang oleh saintis terkenal Sir Isaac Newton membuka banyak jalan penciptaan dalam dunia sains hingga hari ini. Dari segi sains pemikiran dalam konteks motivasi perniagaan, contoh graviti mempunyai banyak perkaitan dalam kehidupan seharian ini. Sememangnya tenaga graviti tidak boleh nampak dengan mata kasar, namun kesan daripada tenaga ini mampu dikaji dan dihitung untuk dicontohi oleh orang lain.

Kemahiran pengurusan masa, pengurusan yang cekap, kegigihan dalam pekerjaan, keyakinan dalam diri, nampak peluang dihadapan, tidak menumpukan kegagalan dan lain-lain perlu bagi seorang usahawan dalam mencapai kejayaan. Namun sifat ini tidak nampak pada muka usahawan malah pada mata kasar kita semua. Tetapi kita boleh nampak kesan kemahiran ini daripada hasil yang ditonjolkan oleh usahawan itu.

Kita perlu yakin bahawa kemahiran ini wujud walau tidak nampak dalam mata kasar dan perlu ada bagi setiap individu yang ingin berjaya. Sering terjadi kepada individu yang mula mengorak langkah yang berjaya dimana keyakinan kepada kemahiran ini timbul tenggelam.

Ada masa dia yakin dengan kewujudan kemahiran ini dan ada masa dia lalai dan melayan perasaan kegagalan yang dihadapi. Justeru itu bagi memantapkan kemahiran dalam diri itu, sentiasa memperingati diri untuk memperkuatkan diri tanpa dipengaruhi anasir negatif. Masukkan nilai-nilai positif melalui pembacaan, menonton bahan ilmiah dan pergaulan dengan orang yang telah berjaya.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Motivasi | Comment

Penipuan Ada Di Mana-Mana

Posted by ferouxe on Wednesday 27 January 2010

Amin sedang leka membeli belah barang keperluan di hypermarket berdekatan rumahnya. Sedang sibuk memilih barang, dirinya merasakan diperhatikan oleh seseorang. Lalu beliau memandang kebelakang ada kelibat seorang wanita tua yang berumur lewat 50an sedang asyik memandang beliau.

Wanita tua tu memandang sayu ke muka amin dan menghampiri Amin sambil berkata, “Nak, rupa anak ni iras arwah anak makcik yang meninggal setahun yang lalu”, Amin terkejut lalu menteteramkan hati makcik itu sambil berkata “Sabarlah makcik, ajal maut ditangan tuhan, tabahkan diri makcik ye” sambil berkata dengan penuh hormat.

Selepas memilih barangan 10 minit kemudian, Amin menuju ke kaunter bayaran dan kebetulan ada makcik yang menegurnya tadi berada di hadapannya semasa beratur. Amin melihat banyak barang yang dibeli oleh makcik itu. Amin menegurnya lagi “Wah banyak beli barang makcik”, “Biasalah nak, minggu ni cucu-cucu datang rumah, kenalah masak lebih sedikit”, jawabnya tersenyum.

Sebelum beredar, makcik itu berkata kepada Amin, “Nak, jika tak keberatan, boleh tak nak ucap selamat tinggal sebelum makcik beredar, mungkin kita takkan berjumpa lagi”. Melihat kasihan dengan kesedihan makcik itu, Amin pun bersetuju, dan setelah makcik itu beredar, Amin pun mengucapkan “Jumpa lagi mak !” sambil melambaikan tangan…  

Kelibat makcik tua itu sudah tiada, dan Amin sibuk menyusun barangan yang dibelinya untuk dikira oleh juruwang. Selang beberapa minit ketika hendak membuat bayaran, beliau terkejut apabila diberitahu oleh juruwang bahawa jumlah yang perlu dibayar lebih kurang RM200. Walhal Amin tidak membeli begitu banyak nilai barang seperti yang tercatat dalam mesin juruwang.

Apabila ditanya kepada juruwang itu, lantas sambil tersenyum juruwang itu menjawab ”Kan mak Encik yang pesan agar semua pembayaran akan dibayar oleh Encik…” 

Penipuan ada di mana-mana dengan berbagai cara. Berhati-hati dalam kehidupan. Kita cepat mudah mempercayai seseorang yang tidak dikenali hanya dengan keramahan yang ditunjukkan…

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Motivasi | Comment

Tips Pengurusan Kredit

Posted by ferouxe on Monday 25 January 2010

Ekonomi mengajar kita cara pengurusan kewangan dengan sumber yang terhad untuk kebaikan individu ataupun syarikat yang dimiliki. Bukan sahaja individu, malah jika kita yang memiliki perniagaan perlu mengawalselia keluar masuk aliran tunai. Ini menjamin kewangan syarikat mampu untuk menampung kekuatan pergerakan syarikat bagi jangka masa panjang.

Sebelum kita belajar bagaimana mengurus kredit untuk syarikat yang memakan belanja yang besar, elok jika kita urus kredit dalam kewangan diri kita sendiri. Beberapa tips berikut dapat memberikan panduan bagaimana kita boleh menguruskan kewangan peribadi.

1.Menyenaraikan kepentingan perbelanjaan yang mana penting perlu didahulukan.

2.Pastikan pinjaman yang dilakukan mampu memberi pulangan kepada diri / syarikat.

3.Jangan membuat pinjaman melebihi kemampuan kewangan.

4.Memastikan pinjaman perlu diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

5.Elakkan untuk membuat pinjaman melebihi kemampuan hanya semata-mata ingin membeli barangan untuk kemegahan kepada orang lain.

6.Berbincang dengan orang lain kewajaran jika memerlukan membuat pinjaman atau tidak.

7.Senaraikan dan kemaskini selalu hutang semasa supaya memberi panduan berjaga-jaga bagi mengelakkan hutang berlebihan.

 Elakkan menjadi mangsa hutang. Akibat tamak dan tidak tahu menguruskan kredit akan membinasakan diri sendiri. Mulakan langkah yang bijak bagi menjamin kehidupan anda sejahtera daripada dibelenggu masalah bebanan hutang.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Pemimpin Yang Dihormati

Posted by ferouxe on Friday 22 January 2010

Menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi perniagaan bukan lesen untuk kita menunjukkan kuasa, bukan jalan mudah untuk kita mengerahkan orang bawahan sesuka hati dan bukan cara untuk kita boleh menindas orang lain.

Kita tidak boleh menjadi pemimpin dengan mempunyai sikap lagak yang bongkak, mementingkan diri sendiri, ingin menunjukkan bahawa kita adalah yang hebat, tidak hormat dengan orang bawahan kita, mencari jalan untuk menjatuhkan orang lain, sentiasa merendahkan martabat orang lain dan mengambil kesempatan keatas kelemahan orang lain.

Sememangnya sifat yang keji ini akan membuatkan orang bawahan kita akan benci dengan keperibadian pemimpin itu dan mereka tidak sekali-kali akan hormat dengan pemimpin yang keji ini. Lama kelamaan pemimpin yang mempunyai sifat yang keji akan hilang pengaruh dan akan memakan diri sendiri.

Diceritakan bahawa panglima perang semasa zaman Perang Salib; Salahuddin Al Ayubi memasuki kota Baitulmaqdis dengan sifat rendah diri selepas berjaya menawan kota suci itu. Tiada kekecohan dan tiada peristiwa memburukkan pihak lain. Ini mengajar kita bahawa semaki tingggi kita dalam darjat kepimpinan, kita perlu menunjukkan perasaan rendah diri lagi kepada orang bawahan kita.

Jadilah pemimpin yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji, jangan mudah termakan dengan pujian orang ramai, sentiasa mengingati orang yang susah semasa semasa kita diperingkat atasan dan jadilah pemimpin yang sentiasa merendah diri.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Insan | Comment

Pelajari Kemahiran Komunikasi Perniagaan

Posted by ferouxe on Tuesday 19 January 2010

Sering kali dilaporkan dalam akhbar beberapa kelemahan mahasiswa apabila memasuki alam pekerjaan. Kegagalan mendapat pekerjaan akibat kelemahan berbahasa Inggeris adalah satu perkara. Perkara yang pokok dalam masalah ini adalah kemahiran berkomunikasi dengan yakin perlu di ambil berat.

Sama seperti bidang pekerjaan, menjadi usahawan juga menghendaki kita untuk mahir dalam menguasai komunikasi. Di alam pembelajaran, khasnya di Malaysia, kita banyak dilatih untuk memahami subjek, menghafal dan mengeluarkan kembali semasa menjawab soalan peperiksaan. Jarang kita gunakan dalam perbincangan secara langsung antara satu sama lain.

Mempelajari ilmu komunikasi tidak memerlukan kita menghadiri kursus komunikasi yang mengenakan yuran yang terlalu mahal. Bagi penuntut banyak aktiviti persatuan dan gerak kerja sukan yang boleh kita ceburi. Kenapa penulis menyarankan menyertai aktiviti sedemikian..?

Melalui penyertaan aktiviti-aktiviti seumpama ini, kita boleh melatih diri berkomunikasi dengan pelbagai orang dan ragam disamping menggerakkan tubuh badan melakukan aktiviti tertentu. Kemahiran ini perlu ada jika kita dalam bidang pekerjaan dan lebih-lebih lagi jika anda ingin menjadi usahawan.

Cuba kemahiran ini, sertai pelbagai aktiviti di kawasan persekitaran rumah atau pusat pengajian anda. Gunakan akal yang matang dalam berkomunikasi disamping melakukan aktiviti. Ini antara asas untuk menambah keyakinan anda dalam komunikasi perniagaan. 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Insan | Comment

Jumlah Masa Bekerja

Posted by ferouxe on Friday 15 January 2010
“Pada tahun 1960, purata masa kerja bagi orang Jepun adalah sebanyak 2450 jam setahun. Pada tahun 1992 pula, jumlah itu menurun kepada 2017 jam setahun. Jumlah jam bekerja ini masih lagi tinggi berbanding dengan pekerja di Amerika yang bekerja dengan purata 1957 jam setahun, United Kingdom sebanyak 1911 jam, Jerman sejumlah 1870 jam dan Perancis dengan 1680 jam setahun - An Wang Seng, Rahsia Bisnes Orang Jepun.

Mencontohi apa yang telah dibuat oleh penduduk negara maju bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi adalah langkah mudah bagi kita daripada negara membangun. Contoh-contoh dan pengalaman telah mereka lalui, kita hanya meniru dan mengelakkan kesilapan sama seperti yang telah mereka lakukan.

Jumlah masa bekerja yang panjang perlu digunakan dengan sebaiknya. Jangan membazirkan waktu dengan mesyuarat yang sia-sia, proses pembangunan yang tidak bermanfaat, banyak pembaziran dan tidak cekap dalam pengurusan. Perkara ini juga akan memanjangkan jumlah waktu bekerja.

Yang sebaiknya adalah menggunakan masa yang panjang dengan aktiviti yang bermanfaat khasnya dalam konteks perniagaan kita perlu mengoptimakan segala bahan dan masa yang terhad bagi menghasilkan produktiviti yang maksima.

Mulai hari ini, kita perlu mengubah corak kerja yang dilakukan kepada yang lebih baik agar setanding dengan apa yang telah dilakukan oleh negara maju. Jadikan pekerja kita juga mempunyai daya saing yang tinggi bagi menjadikan kualiti pekerja rakyat Malaysia setanding dengan negara maju rantau ini. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Motivasi Dalam Proses Pembelajaran

Posted by ferouxe on Thursday 14 January 2010

Kejayaan adalah proses yang mengambil masa. Ini adalah hukum alam. Kita tidak boleh meraih kejayaan dalam sekelip mata. Ingin memiliki kereta mahal, terus dapat pada hari esok, mustahil untuk menjadi jutawan pada hari esok jika hari ini kita masih mempunyai pendapatan RM1800.

Begitu juga kemahiran yang ingin kita kuasai. Kita tidak boleh terus menguasai sesuatu kemahiran hanya dalam satu malam. Perlu lalui latihan demi latihan tanpa mengenal erti penat.

Sama seperti kita mula-mula mempelajari kemahiran membaca…

Mula-mula mengenal huruf,

Kemudian huruf itu membentuk perkataan,

Cantuman pelbagai perkataan membentuk ayat,

Ayat-ayat ini dipecahkan melalui perenggan,

Dan akhirnya jadilah sebuah karangan panjang yang membentuk sebuah buku

Jadi, bagi anda yang mula-mula membuka langkah ke arah apa jua cita-cita, lalui pembelajaran ini sedikit demi sedikit dan sabar ketika melalui proses ini. Ingin mencapai kejayaan perlukan suatu perjalanan proses pembelajaran.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Motivasi | Comment

Mendengar : Kemahiran Dalam Komunikasi

Posted by ferouxe on Tuesday 12 January 2010

Kemahiran dalam komunikasi khasnya apabila terlibat dalam urusniaga bukan menitik berat soal kepetahan kita berkata-kata sahaja. Apa akan terjadi jika kita bercakap tanpa henti.

Pertama : Orang yang bercakap tidak akan tahu maklum balas pendengar.

Kedua : Perbualan akan menjadi bosan.

Ketiga : Akan wujud tiada persefahaman antara 2 individu, kerana sebelah pihak sahaja ingin menguasai komunikasi.

Oleh yang demikian, bukan susah untuk kita menutup mulut sementara, memerhati pihak lain pula memberi idea dalam perbualan dan berikan tumpuan agar kedua-dua belah pihak meraih keputusan dalam perbincangan.

Dalam aspek komunikasi perniagaan banyak situasi boleh kita aplikasikan kemahiran mendengar seperti :

1.Pihak pengurusan mendengar segala permasalahan pekerja.

2.Syarikat mendengar segala komen daripada pelanggan berkaitan produk yang digunakan.

3.Mendengar dengan teliti maklum balas daripada vendor / pembekal / rakan niaga.

Kemahiran ini sangat penting kerana daripada sinilah kita dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan agar pada masa akan datang kita tidak akan ulangi kesilapan yang sama. Jika kita tidak mendengar sudah tentu kita tidak dapat tahu kelemahan kita sendiri. Oleh itu terima dengan hati yang terbuka segala komen yang datang ke telinga anda.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Insan | Comment

Mari Kita Hijaukan Bumi

Posted by ferouxe on Monday 11 January 2010

Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah memulakan langkah awal bagi menghijaukan bumi. Arahan pada Sabtu 9 Januari yang lalu kepada semua pasaraya di Selangor untuk tidak memberi bag plastik kepada pelanggan. Bermula pada hari itu juga dan setiap hari Sabtu akan datang, kita perlu membawa bekas / bakul sendiri ketika ingin membeli belah di pasaraya dalam negeri Selangor.

Selangor adalah negeri yang mempunyai penduduk yang padat dalam Malaysia dan bayangkan jika sampah hanya daripada bag plastik boleh menyumbangkan kepada banyak pencemaran dan masalah kepada pengurusan sampah itu sendiri jika tidak diurus dengan teliti. Kita sebagai rakyat seharusnya juga tidak lari untuk mengambil bahagian dalam usaha pengawalan sampah “percuma” ini

Daripada tinjauan, situasi agak kelam kabut pada hari tersebut, namun perubahan sedikit demi sedikit perlu ada dalam kehidupan jika kita ingin mencapai objektif yang diinginkan. Kita mungkin agak terkejut dengan peraturan ini namun sesetengah tempat di negara barat telah lama mengamalkan membawa bakul sendiri ke pasaraya. Penulis pernah ditegur semasa di Frankfurt Jerman kerana meminta bag plastik untuk mengisi barang yang telah dibeli di pasaraya sana.

Peraturan ini perlu dicontohi oleh kerajaan negeri lain malah  disyorkan agar kerajaan Persekutuan juga harus memulakan peraturan ini dan tidak mustahil kita SATU Malaysia bersama boleh mengurangkan penggunakan bag plastik pada tahun ini. Tinggalkan sementara segala perselisihan pendapat dalam fahaman politik, jadikan agenda menghijaukan bumi sebagai tanggungjawab bersama.

Selain daripada itu juga kita boleh menyokong agenda menghijaukan bumi dengan pelbagai cara mudah seperti :

1.Jangan meminta bag plastik jika membeli satu / dua barang.

2.Bawa bakul / bekas sendiri ketika ingin membeli belah dipasaraya.

3.Cuba untuk menggunakan kenderaan awam / berjalan kaki jika ke tempat yang berhampiran.

4.Tutup segala suis elektrik dan air jika sudah selesai menggunakannya.

5.Kitar semula botol plastik dan kaca. Jangan campurkan barangan ini dengan sampah lain.

6.Gunakan kertas di bahagian belakang jika boleh digunakan. Kurangkan penggunaan kertas dalam urusan harian. Komunikasi melalui email / sms / telefon boleh membantu dalam mengurangkan penggunaan kertas.

7.Mendidik / mengingati orang lain betapa pentingnya kita menghijaukan bumi.

Jangan rosakkan bumi kita, miliki sifat keperhatinan untuk menjaga alam sekitar dan tanam sifat tanggungjawab dalam memelihara bumi ini. Peliharalah segala kehijauan kerana bumi ini akan kita warisi kepada generasi akan datang.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

Pekerja Berkualiti

Posted by ferouxe on Friday 8 January 2010
Pekerja di Jepun rata-rata dapat melakukan pekerjaan yang dibuat oleh lima ataupun enam orang. Jika di Malaysia, 15 orang mungkin diperlukan bagi membaiki sebatang jalan kampung yang rosak. Bermula daripada kerani yang menerima aduan, penyelia yang mengeluarkan arahan, tukang angkat peralatan, pemanduan sehinggalah kepada kepada mereka yang dipertanggungjawab bagi membancuh tar dan menurap jalan yang rosak. Di Jepun, pekerjaan ini dapat dilakukan secara serentak oleh 3 orang sahaja - Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Jepun, 2004

Mencari pekerja yang berkualiti adalah sukar, mendidik pekerja supaya menjadi pekerja yang berkualiti lebih susah. Tetapi keuntungan daripada pelaburan ini, syarikat akan menikmati produktiviti yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan perniagaan.

Adalah tanggungjawab dan kemahiran yang perlu bagi seorang pemilik perniagaan agar mendidik pekerja untuk lebih bermotivasi dan berkemahiran tinggi supaya syarikat akan meraih keuntungan yang lebih tinggi lagi.

Salah satu cara yang terbaik adalah pelaburan ilmu. Pekerja perlu didedahkan dengan segala ilmu berkaitan pengurusan agar mereka dapat mengoptimakan masa yang singkat untuk menyumbangkan produktiviti yang tinggi.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Insan | Comment