Aktiviti Rekreasi di Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Hutan Pendidikan Bukit Gasing ialah salah satu hutan simpan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Siapa yang tidak menyangka ramai di antara kita tidak menyedari kewujudan hutan simpan ini, dan mungkin anda tinggal berjiran / bekerja berhampiran dengan hutan simpan ini.
Pintu masuk hutan simpan ini terletak di Seksyen 5 Petaling Jaya, kawasan bekas penempatan kuarters kerajaan. Kawasan hutan simpan ini agak besar hingga ke sempadan Pantai Dalam (berhampiran kediaman Pantai Hill Park). Anda boleh merasai kedamaian dikawasan ini kerana kawasan ini adalah tempat tinggal sebahagian besar warga emas.
Hutan simpan adalah salah satu khazanah yang patut kita pelihara untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Berikut adalah antara peraturan apabila berada dalam kawasan hutan simpan :
1.Dilarang sama sekali membuang sampah merata-rata.
2.Mengambil tumbuh-tumbuhan, melakukan perburuan atau menarah tanah dalam kawasan ini.
3.Merosakan harta benda yang terdapat dalam hutan ini.
Kelebihan aktiviti “Jungle Trekking” :
1.Sebagai salah satu aktiviti yang menyihatkan badan.
2.Memupuk erti bekerjasama dalam pasukan.
3.Menghargai kehijauan alam semulajadi yang memberi keseimbangan dalam ekosistem.
Bagaimana ingin ke tempat ini :
Melalui Lebuhraya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya daripada Kerinchi, keluar di persimpangan Bangunan KWSP, jalan terus di Jalan Gasing, belok kiri apabila bertemu Jalan Chantek (simpang sebelum Sekolah La Salle), jalan terus dalam 200 meter hingga penghujung jalan dan belok kanan. Bergerak dalam 200 meter dan pintu masuk hutan simpan ada di sebelah kiri.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Jika 20 tahun yang lalu anda dilahirkan dan kini pasti anda sekarang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. Begitulah tempoh yang terlalu lama pasukan bolasepak negara kita menunggu untuk menjuarai pingat emas Sukan SEA. Tahniah dan syabas untuk pasukan bolasepak kita hasil bimbingan K Rajagobal, “Raja” baru ditabalkan bagi sukan bolasepak di rantau Asia Tenggara.