dapatkan sekarang ebook

Archive for November, 2009

Pewarisan Harta

Posted by ferouxe on Monday 30 November 2009

William Chen (bukan nama sebenar) warga Malaysia berketurunan Cina, telah menamakan kekasihnya sebagai penama semasa mula-mula membuka akaun KWSP. Namun jodoh mereka tidak panjang, William akhirnya berkahwin dengan wanita lain. Akibat kesibukan dengan kerja, William terlupa menukar penama untuk akaun KWSP.

Hayat William tidak panjang, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berumur 37 tahun semasa kerjaya beliau sedang meningkat naik. Apa yang menimbulkan permasalahan ialah balu beliau terpaksa berhadapan bahawa harta dalam KWSP milik mendiang William yang bernilai hampir RM500,000 akan diberikan kepada bekas kekasih William.

Ini adalah sebahagian cerita-cerita benar yang terjadi akibat tiada perancangan dalam urusan pewarisan. Ada terjadi kisah perebutan harta tinggalan yang berlaku kepada seorang lelaki yang berkahwin kali kedua secara senyap dan bermacam-macam lagi, yang penting kita semua perlu ambil tahu sebagai persiapan sebelum memejamkan mata buat kali terakhir.

Selesaikan urusan pewarisan dengan bijak agar pihak lain tidak akan menerima kesusahan kemudian hari.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Salam Aidil Adha

Posted by ferouxe on Thursday 26 November 2009

Esok, umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca muslim tidak kira dimana anda berada. Berhati-hati di jalan raya dan pastikan keselamatan keluarga diutamakan dalam musim perayaan ini.

Di hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengingati pengorbanan orang-orang terdahulu bagi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Kejayaan yang dicapai dibayar dengan pengorbanan darah yang menitis tanda bahawa mereka betul-betul berjuang demi nama Allah.

Kini masa telah berubah. Kejayaan terletak kepada kekuatan ekonomi dan ilmu pengetahuan selaras dengan arus pemodenan semasa. Marilah sama-sama kita berjuang agar nama Islam tidak dipandang hina oleh orang lain. 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Khas | Comment

Bagai Aur Dan Tebing

Posted by ferouxe on Wednesday 25 November 2009

Kerajaan dan rakyat dalam sesebuah negara memainkan peranan penting bagi meneruskan halatuju pembangunan negara. Tanpa kerajaan, rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni dan tanpa sokongan rakyat juga, kerajaan tidak boleh melaksanakan program pembangunan negara. Hubungan yang erat bagi memastikan agenda negara akan terus tercapai boleh diumpamakan bagai aur dan tebing. 

Dua pihak ini memerlukan antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai tugasan tersendiri dalam memastikan perjalanan menuju kejayaan berjalan lancar. Dalam mengurus dana negara melalui hasil kutipan cukai, kerajaaan bertanggungjawab dalam penyediaan prasarana bagi kemudahan orang ramai. Kita boleh lihat bagaimana kerajaan Jepun pada zaman pemodenan Meiji telah membina banyak infrastruktur seperti jalan raya dan pelabuhan bagi menjamin aktiviti ekonomi tidak tergendala dalam negara. 

Sebagai warganegara yang merdeka, keperluan kepada pendidikan adalah wajib bagi memastikan kesinabungan generasi yang akan menyambung misi perjuangan negara. Rakyat berhak untuk menikmati kemudahan pendidikan yang secukupnya. Negara memerlukan tenaga mahir dalam proses memajukan ekonomi negara, dan semestinya pendidikan adalah kilang bagi menghasilkan warganegara yang produktif.

Bebanan yang tinggi dalam kos rawatan perlu mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan. Perbelanjaan rawatan di klinik-klinik desa mampu menyalurkan fungsi kerajaan agar rakyat dari segenap lapisan dapat hidup tanpa gangguan masalah kesihatan. Pembangunan boleh dipacu dengan laju jika rakyat berada dalam keadaan yang sihat. 

Kerajaan yang cekap juga perlu memastikan orang ramai tidak akan berasa takut antara satu sama lain. Ini bagi memastikan keamanan terpelihara serta tiada anasir dalam dan luar mampu mengganggu gugat keamanan negara. Petugas-petugas keselamatan perlu memikul amanah bagi menjamin kestabilan keamanan negara.

Bagi rakyat pula adalah tanggungjawab kita untuk memberi sumbangan dengan semaksima terhadap kemajuan negara. Setiap rakyat wajib untuk bekerja keras bagi meningkatkan nama baik negara di mata dunia. Setiap individu wajib menumpahkan kesetiaan kepada negara. Menjaga keselamatan dan keharmonian negara seharusnya dipikul bersama oleh setiap rakyat.

Individu-individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan keharmonian negara wajar diberikan hukuman tidak kira mereka daripada kelompok pemerintah ataupun rakyat. Sejarah membuktikan pemerintahan yang korup akan meruntuhkan tamadun sesebuah negara dan juga rakyat yang tidak setia kepada negara yang akan menjadi barah dalam pembangunan negara.

Keamanan dan kestabilan yang wujud ini akan menjamin ekonomi akan berkembang dengan pesat seterusnya membawa masuk pendapatan negara melalui kutipan cukai yang pada akhirnya akan diuruskan kembali untuk kebaikan rakyat.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Isu Semasa | Comment

Gangguan Komunikasi

Posted by ferouxe on Tuesday 24 November 2009

Dalam menjalani perhubungan dengan rakan-rakan/keluarga, kita tidak pernah terlepas dalam menghadapi situasi silap faham dalam komunikasi yang mengakibatkan berlaku situasi tegang dalam persahabatan.

Kesilapan dalam berkomunikasi sering berlaku lebih-lebih lagi jika kita tidak berjaya menyampaikan maklumat yang tepat. Kesalahan yang berlaku walaupun dengan skala yang kecil boleh diperbesarkan oleh pihak lain. Justeru itu berhati-hati dalam pengucapan harian kita.

Sekecil-kecil jaringan perhubungan kita sudah ada bibit-bibit ketegangan apatah lagi jika jaringan ini berlaku dalam sebuah syarikat yang sedang membesar. Perkara ini memang biasa berlaku dan bagaimana anda perlu mengenal, menghadapi dan menangani situasi ini..? 

Dalam Bab 7 Ebook MemBina Usahawan, membicarakan topik Menangani Konflik. Walaupun kita cuba mengelak daripada perkara ini berlaku namun ia akan tetap berlaku. Pakar analisis mengkaji krisis pengurusan dalam sesebuah syarikat perlu ditangani dan ini adalah lumrah proses biasa dalam pembangunan syarikat.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

Pemimpin Dan Idea

Posted by ferouxe on Monday 23 November 2009

Pemimpin bertanggungjawab membawa organisasi / ahli dibawah kepimpinannya ke hadapan. Dia perlu menjadikan kumpulannya maju dari segala aspek dan pada ketika inilah pemimpin perlu membenihkan idea-idea yang bernas bagi mencetuskan gerakan merealisasikan halatuju organisasi.

Pemimpin tidak kira daripada bidang politik, perniagaan, seni kebudayaan, NGO yang berjaya, adalah hasil daripada banyak idea yang disumbangkan kepada kumpulannya. Proses mencari idea adalah satu proses yang berjalan setiap hari. Ini bermaksud pemimpin bukan sahaja mendapat idea dalam sessi-sessi mesyuarat tertentu sahaja,

Sudah tentu pembacaan banyak menyumbangkan kepada pemBinaan Idea yang bernas hasil tulisan pemikir yang terulung. Untuk menjadi “Good Leader” kita perlu menjadi “Good Reader” terlebih dahulu. Banyak tulisan-tulisan terdahulu yang diperbaiki dengan baik sesuai dengan peredaran zaman mampu membuahkan idea yang bernas dalam organisasi masakini.

Mendengar dengan teliti adalah salah satu cara kita boleh mendapatkan idea yang bernas. Selalunya dalam bidang perubatan, seorang doktor diberikan latihan untuk menjadi pendengar yang baik bagi berupaya mendapatkan maklumat yang lengkap berkenaan apa yang telah terjadi kepada pesakit. Melalui cara ini, doktor akan mendapat idea bagaimana penyakit ini boleh berlaku. Apa akan terjadi jika doktor tidak henti-henti bercakap dan maklumat sudah tentu tidak dapat disampaikan dengan lengkap.

Pemerhatian dengan kedua-kedua mata berupaya memberikan banyak idea bagi menyumbangkan kepada kemajuan. Keupayaan visual dalam membentuk gambaran untuk sesuatu pemikiran mampu untuk mencipta idea-idea baru. Sesuai bagi yang berminat melancong keluar negara malah dalam negara sekalipun, hasil pemerhatian sahaja sudah cukup untuk dijadikan idea baru kepada kepimpinan kita.

  Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Insan | Comment

Peluang Latihan Keusahawanan

Posted by ferouxe on Saturday 21 November 2009

Satu perkembangan baik dalam dunia latihan keusahawanan pada waktu kini dimana wujud peluang yang ditawarkan untuk menghadiri bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh pihak kerajaan ataupun swasta.

Tentu anda sebagai pembaca blog di internet mendapat banyak jemputan untuk menghadiri bengkel berkaitan keusahawanan internet dan bagaimana memulakan kerjaya sebagai usahawan melalui talian internet.

Dan kita juga banyak membaca kursus-kursus yang dianjurkan dalam bidang makanan, pertanian, penulisan, seni dan perkhidmatan yang menjuruskan kepada bidang bisnes. Gunakan peluang ini untuk mempelajari dengan lebih dekat dengan guru usahawan anda.

Kami di BinaUsahawan.com yang diuruskan oleh Al Farok Consultancy juga menawarkan latihan kepada semua individu yang ingin menceburi bidang keusahawanan dalam bidang pemasaran takaful.

Pemasaran produk takaful adalah salah satu skim francais dimana produk dan sistem pemasaran telah disediakan dalam perniagaan ini. Disamping itu juga anda boleh memulakan perniagaan ini dengan kos yang kurang daripada RM150 sahaja.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

Keputusan Yang Tepat

Posted by ferouxe on Thursday 19 November 2009

Kita perlu percaya dengan kekuatan diri sendiri. Kita perlu yakin dengan kebolehan diri untuk berjaya walaupun kita belum mengecapi kejayaan itu sendiri. Minda yang sentiasa berfikir ”boleh” dengan kekuatan diri akan membawa diri kita hampir kepada kejayaan.

Bagaimana pula orang yang tidak yakin. Tidak yakin dalam perniagaan, tidak yakin dengan kebolehan sendiri, lebih-lebih lagi jika tidak yakin dalam membuat keputusan untuk masa depannya sendiri. 

Apabila anda dalam bidang bisnes, kita tidak boleh lari daripada membuat keputusan tidak kira dalam menghadapi urusniaga, perancangan masa depan perniagaan dan permasalahan dalam bisnes.

Bab 6 dalam Ebook ”MemBina Usahawan” bertemakan motivasi kerjaya dalam bidang keusahawanan membincangkan soal-soal membuat keputusan. Seorang usahawan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan samada perkara kecil ataupun yang melibatkan kewangan yang besar. Jangan terburu-buru membuat keputusan dan pilihlah jalan yang terbaik yang memberi kebaikan pada masa hadapan.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

Paksa, Dera, Seksa (PDS) 1

Posted by ferouxe on Tuesday 17 November 2009

Merujuk kepada akhbar-akhbar berbahasa Melayu, perkataan-perkataan seperti paksaan, deraan dan seksaan sering kali membawa maksud kepada peristiwa negatif. Mungkin agak kurang memBina Motivasi walaupun kisah ini memberi pengajaran untuk berhati-hati dalam kehidupan kita.

Untuk memberi maksud yang baru, minda kita seharusnya menafsirkan (PDS) ini sebagai dugaan yang perlu dihadapi sebelum meraih kejayaan yang diimpikan.

Bagi memiliki tubuh badan yang sihat, senaman penting bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Melakukan senaman bagi membakar 200 kalori mengambil masa 30 minit benar-benar memenatkan. Kita akan merasa satu penderaan kepada diri sendiri apabila melakukan aktiviti ini.

Berbanding dengan menikmati nasi beriani ayam sepinggan, kita tidak akan merasa satu penyeksaan yang besar. Kita tidak terasa PDS, walaupun satu pinggan nasi ini pada hakikatnya mempunyai 880 kalori. 

Begitulah hakikatnya, untuk memiliki tubuh yang sihat kita perlu ada ciri-ciri PDS dalam pemikiran kita. Nampak perbezaan jika kita ingin meraih kejayaan kita perlu melalui PDS. Meninggalkan kejayaan bermakna kita hidup senang tanpa rasa kesakitan.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Motivasi | Comment

Kaedah Berkomunikasi Dengan Berkesan

Posted by ferouxe on Monday 16 November 2009

Bagaimana kita boleh berkomunikasi dengan baik?

Komunikasi adalah sangat-sangat penting apabila anda perlu untuk membuat urusan dengan pihak yang lain. Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang usahawan, anda perlu berkomunikasi dengan ramai individu dalam membuat urusniaga seharian.

Komunikasi bukan sahaja diberi perhatian dalam erti kata tatabahasa ataupun bahasa yang dituturkan. Malah perkara yang utama ialah bagaimana kita boleh menyampaikan maklumat itu kepada orang lain. Sering disebut bukan sahaja isi penyampaian, malah bagaimana cara kita menyampaikan maklumat tersebut.

Pertuturan yang jelas, bahasa yang mudah difahami, tidak terlalu laju, jangan meninggikan suara, berkata-kata dengan senyum, yakin dengan ucapan yang disampaikan, jangan terlalu bercakap hingga tiada peluang untuk orang lain bercakap.

Apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi kemahiran komunikasi?

Banyak faktor luar yang menyumbang kepada ketajaman kemahiran berbicara. Latihan adalah perkara asas untuk kita berjaya. Sentiasa berlatih untuk kita mahir dan perbaiki segala kemahiran sedikit demi sedikit. Jangan terlalu gopoh untuk menguasai kemahiran, ini adalah proses dan kita seharusnya bersabar dengan segala pembelajaran harian.

Pembacaan banyak membantu kepada kemahiran seseorang itu berbicara. Jika kita banyak membaca, kita boleh menghasilkan banyak kosakata dalam sebutan  semasa perbualan. Dan lebih bagus sekiranya pengetahuan ini boleh kita gunakan dalam perbincangan ilmiah dan dapat berbicara dengan lebih matang.

Pembelajaran dengan memerhati orang lain berbicara adalah salah satu cara kita boleh menajamkan kemahiran komunikasi ini. Kita tidak boleh nampak diri sendiri berbicara tetapi kita boleh nampak orang lain berbicara. Pilih tokoh / rakan yang baik sebagai contoh dan ikuti cara mereka bagaimana boleh mahir berkomunikasi. 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Insan | Comment

Jual Beli Memenuhi Keperluan

Posted by ferouxe on Wednesday 11 November 2009

Manusia memerlukan keperluan asas iaitu makan minum, tempat tinggal dan pakaian bagi meneruskan kehidupan. Masa terus berjalan dan kehidupan manusia bertambah sofistikated. Dahulu manusia boleh menguruskan sendiri bagaimana mencari keperluan asas ini namun pada masa kini kehidupan sudah bertambah maju dan keperluan manusia sudah bertambah.

Manusia memerlukan “pertolongan” antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan ini. Kita tidak boleh menghasilkan telefon sendiri, membuat kereta sendiri, menyediakan talian internet sendiri dan membina perbankan sendiri.

Dari faktor inilah maka jual beli secara tidak sengaja telah muncul sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Jual beli antara berbagai pihak memenuhi keperluan orang lain dari segi kehidupan mereka.

Maka wujudlah golongan pedagang yang mendapat keuntungan dengan melibatkan diri secara serius terhadap aktiviti ini. Kawasan-kawasan lapang akan menjadi sibuk dengan orang ramai yang datang samada untuk menjual produk mereka ataupun mencari barangan keperluan.

Aktiviti jual beli ini tidak terputus hingga ke hari ini dan jual beli sekarang lebih maju dengan tanpa sempadan kita pun sudah boleh membuat jualan. Suatu yang aneh jika moyang kita dapat lihat suasana jual beli pada zaman ini.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Pasaran | Comment