dapatkan sekarang ebook

Archive for October, 2009

Takut Jumpa Pelanggan (akhir)

Posted by ferouxe on Thursday 29 October 2009

Bagaimana menghadapi situasi berhadapan bakal pelanggan adalah topik utama dalam siri ini. Bagi yang tidak biasa atau pertama kali melakukan kerja ini, jangan takut untuk memulakan jualan anda. Menegur, memulakan bicara, bertanyakan soalan, membuka perbualan adalah antara cara kita berkomunikasi dalam jualan. Sama sahaja situasinya bila kita bersosial dengan rakan-rakan.

Apa yang penting adalah lakukan sekarang. Jangan bertangguh, jangan menunggu masa lain dan membuat perkara lain seolah anda sengaja melambatkan aktiviti ini. Tidak kisah anda gemuruh, tidak pandai dan seribu alasan, jika kita tidak memulakan kerja ini, kita tidak boleh maju ke hadapan.

Langkah seterusnya, kita tingkatkan jumlah aktiviti. Jika minggu lalu kita berjaya berjumpa seorang bakal pelanggan, maka minggu ini tingkatkan untuk berjumpa 2 orang bakal pelanggan. Minggu hadapan berazam untuk berjumpa 3 orang pula. Pada masa ini, jangan hiraukan kelemahan, biarkan mereka kata kita tidak pandai untuk membuat jualan, janji kita telah memulakannya.

Fasa ketiga adalah perubahan kepada keyakinan. Kita telah berjaya meningkatkan kuantiti aktiviti, kini kita perlu menigkatkan kualiti. Jika dahulu kita kurang yakin dalam berkomunikasi, tingkatkan keyakinan. Keyakinan ini dalam pelbagai cara, sebutan yang jelas dan perlahan, sebut perkataan satu persatu, tunjukkan perwatakan yang yakin, senyum dengan yakin dan pandangan mata yang memberikan wajah yang juga meyakinkan.

Pada fasa-fasa seterusnya, kita perlu perbaiki tahap komunikasi dengan lebih serius. Sebelum ini kita berusaha dengan sendiri, pada fasa seterusnya kita perlu banyak membaca bacaan berkaitan komunikasi, menghadiri kursus berkaitan komunikasi dan mempelajari secara tidak formal daripada rakan lain bagaimana meningkatkan tahap komunikasi.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Pasaran | Comment

Masih Ramai Yang Kelaparan

Posted by ferouxe on Monday 26 October 2009

Sedang ramai rakyat di negara kita mengidap penyakit yang berpunca daripada pemakanan, namun ada ramai lagi manusia di negara lain yang mati akibat kelaparan. Memetik sumber rencana Utusan Malaysia 18 Oktober; yang ditulis oleh Zin Mahmud, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengumumkan manusia yang menghadapi kelaparan mencapai 1 billion tahun ini.

Sungguh mengharukan, belum pernah kita dengar rakyat Malaysia yang dilaporkan kelaparan sehinggakan peminta sedekah pun boleh meraih pendapatan RM20,000 sebulan ! Syukur keatas Tuhan yang Maha Esa dengan rezeki yang melimpah ruah di negara kita.

Oleh yang demikian bagaimana kita boleh melakukan kebaikan bagi menunjukkan kesyukuran kita dengan makanan yang melimpah di negara kita? Kita boleh merancang segala perbelanjaan apabila mengira bajet dalam soal membeli makanan. Bandingkan jika harga makan secara ala carte lebih jimat daripada makan secara buffet. Makan di rumah boleh menjimatkan belanja daripada makan di luar. Mengenal pasti tempat untuk mendapatkan bahan mentah makanan dengan harga yang berpatutan.

Jangan ikutkan kehendak untuk membeli makanan dengan jumlah yang banyak apabila perasaan lapar datang. Beli dengan jumlah sedikit dahulu, jika anda berupaya untuk makan tiada salah untuk menambah. Jangan malu untuk membawa pulang ke rumah makanan yang tidak habis dimakan di restoran kerana ia masih lagi boleh dijamah.

Pendidikan tidak formal juga sangat penting bagi mengajar generasi seterusnya kenapa kita perlu mensyukuri nikmat makanan yang melimpah ini. Anak kecil harus diperingati agar menghabiskan makanan yang dimakan. Sebagai pemberi contoh, kita orang dewasa seharusnya menunjukkan tauladan yang baik kepada generasi kecil ini betapa pentingnya berjimat dalam soal pemakanan.

1 billion rakan kita di luar sana mungkin tidak kenal atau tidak pernah menjamah KFC, Mc D, Pizza Hut, nasi lemak, nasi campur, nasi kandar, nasi ayam, nasi goreng, roti canai, roti nan, satay, laksa, pisang goreng, yong tau fu, kue tiau, asam pedas, masak lemak cili padi, tom yam, susyi, tenpura, steak, sambal belacan, tempoyak, budu, cencaluk, lemang, ketupat, rendang dan banyak lagi. Namun kita boleh mengingati nasib mereka dengan berjimat cermat dalam pemakanan kita.  

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

Perlindungan Kewangan Untuk Ketua Keluarga

Posted by ferouxe on Friday 23 October 2009
Puan Jamilah (bukan nama sebenar) adalah surirumah biasa yang tinggal di selatan tanahair. Beliau baru sahaja kehilangan suaminya yang meninggal dunia akibat kanser usus. Dalam keadaan yang langsung tidak bekerja (surirumah sepenuh masa), Puan Jamilah selama ini mengharapkan pendapatan suaminya yang membuat bisnes berkaitan trading.

Sejurus selepas kematian suaminya, Puan Jamilah menghadapi seribu satu masalah kewangan. Pinjaman perumahan yang tiada perlindungan gadai janji, menyebabkan beliau sendiri terpaksa menanggung bayaran hutang bulanan yang mencecah RM800 sebulan. Akibat tidak mengambil langsung hal ehwal urusniaga suaminya, beliau menjadi buntu melihat keluar masuk aliran tunai yang terpaksa ditanggung olehnya. Pemiutang datang setiap hari meminta hutang perniagaan suaminya.

Lebih malang lagi, arwah suaminya tidak langsung membuat wasiat dan menjadi agak lambat dan sukar untuk mendapatkan tuntutan harta simati. Akibat suaminya tidak mengambil pelan perlindungan kewangan, ia memeritkan lagi situasi kewangan Puan Jamilah untuk mendapatkan bantuan kewangan segera. Adik beradik simati bersimpati tetapi apakan daya berapa banyak bantuan boleh dihulurkankan kerana masing-masing juga mempunyai tanggungjawab keluarga.  

Situasi ini banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, dan ini baru sahaja berlaku kepada rakan penulis sendiri. Kita terlalu sensitif apabila bercakap soal kematian. Tidak langsung mahu sebut kerana takut menyinggung perasaan orang lain. Lebih-lebih lagi jika soalan ini diajukan kepada ketua keluarga.

Disebalik itu, kita sebenarnya betul betul tidak sensitif dalam menyediakan perlindungan kewangan dengan serius. Budaya ingin bersuara mengenai persediaan kewangan sebelum kematian, pewarisan dan hal ehwal perniagaan keluarga seharusnya dibincangkan dengan serius tanpa memikirkan soal jaga hati pihak-pihak lain. Ini memastikan tidak akan berlaku masalah besar jika ketua keluarga menghadapi musibah pada masa akan datang.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Modal Atau Minat

Posted by ferouxe on Thursday 22 October 2009

“Apabila diajukan soalan, apakah batasan yang membantutkan kita untuk menceburi bisnes, jawapan yang sering di sebut adalah modal“ 

Apabila anda diberikan RM1 juta apa anda akan lakukan?. Situasi ini boleh kita andaikan jika berlaku kepada orang yang tiada kemahiran usahawan. Mereka akan membelanjakan duit ini kerana ghairah tidak pernah memegang duit sebegitu banyak.

Sama juga apa yang sering berlaku kepada individu yang mendapat duit pampasan VSS (pemberhentian kerja secara sukarela). Kebanyakan “joli” sakan hingga titisan sen terakhir baru tersedar perlu mencari wang semula.

Sebaliknya, ada usahawan yang tiada langsung modal tetapi boleh menjana perniagaan dengan baik adalah hasil persediaan yang telah dirancang rapi sebelum melakukan bisnes itu sendiri. Ini menunjukkan kemahiran usahawan lebih penting daripada selalu memikirkan perkara modal.

Modal bukan perkara utama untuk menjadi penghalang bagi membuat bisnes, sebaliknya usaha yang gigih, perancangan teliti  disamping membuat pekerjaan dengan penuh minat akan menggerakkan diri kita untuk maju dalam perjalanan sebagai usahawan.

Bagaimana kita perlu menanamkan sifat ini agar ia terus berada dalam jiwa kita?. Minat dan usaha yang gigih dikupas dengan lebih lanjut dalam Bab 3 bertajuk Dayajuang dalam Ebook : “MemBina Usahawan”.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Berbasikal Tanpa Henti

Posted by ferouxe on Tuesday 20 October 2009

Cuba kita mengayuh basikal dengan laju dan berhenti daripada mengayuh, lama kelamaan basikal itu akan memperlahankan kelajuannya. Sedikit demi sedikit basikal itu akan berhenti, tetapi bukan statik malah diri kita sendiri turut serta akan terjatuh akibat tiada imbangan. 

Begitu semangat yang kita perlu ada dalam keusahawanan, berhenti kayuh perlu ada untuk merehatkan badan hanya untuk seketika. Namun kayuhan perlu diteruskan nanti diri kita akan terjatuh.

Dalam bekerja, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa. Cepat berpuas hati dengan hasil yang sementara yang membawa diri kita kepada kehancuran. Sentiasa bergerak tanpa henti bagi memperbaiki prestasi diri supaya kita tergolong dalam kelompok yang kehadapan.

Bab 3 Ebook “MemBina Usahawan” membicarakan konsep dayajuang yang seharusnya kita miliki. Semangat untuk berjuang perlu ada dalam melakukan pekerjaan. Kita perlu ada keinginan untuk bersaing dengan sihat bagi meningkatkan kemajuan masing-masing.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan.

Posted in Bina Niaga | Comment

Takut Jumpa Pelanggan (2)

Posted by ferouxe on Monday 19 October 2009

Bakal pelanggan adalah manusia biasa seperti kita semua. Mereka mempunyai pelbagai ragam. Jadi tidak hairan, jika diri kita sendiri mempunyai banyak ragam dalam satu hari, tidak mungkin individu lain juga mempunyai banyak ragam tiap hari tiap masa.

Oleh yang demikian, memang perkara lumrah jika kita berhadapan dengan seribu satu jenis orang bakal pelanggan setiap masa. Kunci utama dalam menghadapi situasi ini adalah sabar dan pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan.

Mengenali sifat bakal pelanggan :

  1. Melayan penjual dengan baik dan bersopan santun
  2. Suka menguji sikap penjual dengan kerenah yang tidak disukai
  3. Tegas dengan keputusan sendiri dan perlu mengikut segala kehendak dia
  4. Tidak suka melayan kehadiran penjual
  5. Tidak menunjukkan respon, hanya diam membisu
  6. Berpura-pura dengan sifat lain, tetapi hanya akan menunjukkan sifat sebenar apabila sudah berkenalan rapat.
  7. Suka berdebat dan banyak bercakap dengan penjual
Posted in Bina Pasaran | Comment

Takut Jumpa Bakal Pelanggan

Posted by ferouxe on Friday 16 October 2009

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh sebilangan besar individu yang mula menceburi bidang jualan adalah perasaan takut berhadapan dengan bakal pelanggan. Berbanding dengan pelanggan yang sedia ada, kita sudah biasa malah sudah tahu perangai pelanggan kita. Tetapi berhadapan dengan orang baru, sedikit sebanyak si penjual baru ini akan merasai ketakutan ataupun tidak biasa dengan suasana baru. 

Kenapa kita menjadi takut?, sebelum berlatih bagaimana menghapuskan situasi takut, kita lihat dahulu kenapa ada sebilangan yang keluar rumah untuk membuat jualan, jalan-jalan di beberapa tempat untuk meninjau kawasan dan pulang terus kerumah tanpa membuat jualan…

Antara faktor-faktor

  1. Kurang keyakinan dengan kebolehan diri sendiri
  2. Tiada kemahiran untuk cekap berkomunikasi / gugup dihadapan orang
  3. Tiada motivasi untuk menggerakkan kerja
  4. Masih ada perasaan malu dalam diri
  5. Menangguhkan kerja
  6. Tidak pernah didedahkan dengan kemahiran bersosial, hanya biasa dengan kerja-kerja dihadapan komputer / kerja berseorangan
  7. Gementar dengan situasi yang akan terjadi lantas memikirkan perkara yang negatif
  8. Sering kali gagal dalam percubaan sebelum ini
  9. Ingin terlalu menjaga status diri
  10. Takut dimarahi, takut diherdik, takut dimalukan, takut diketawakan, takut dilihat oleh orang ramai dan 1001 ketakutan yang kita cipta sendiri.
Posted in Bina Pasaran | Comment

“MemBina Usahawan” : Ebook Motivasi

Posted by ferouxe on Thursday 15 October 2009

Terima kasih kepada pembaca yang telah mendapatkan Ebook “MemBina Usahawan”. Semoga perkongsian ilmu ini dapat menambahkan pengetahuan yang diperlukan bagi kekal sebagai usahawan.

Selain sebagai bahan rujukan untuk menjadi usahawan, Ebook ini juga sesuai sebagai bahan bacaan motivasi kepada semua peringkat bagi ingin meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Bagi anda sebagai ketua keluarga boleh dapatkan Ebook ini. Terdapat juga tips-tips yang boleh diaplikasikan kepada ketua keluarga bagi membentuk keluarga yang harmoni. Kekuatan ekonomi dalam keluarga berkait rapat dalam kebahagian sesebuah keluarga yang didirikan.

Motivasi pekerja juga di ada terkandung di dalam naskah ini, mengajar kita agar menjadi pekerja yang produktif dan banyak memberikan sumbangan kepada syarikat yang disertainya.

Bagi remaja yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi ataupun akan tamat pengajian, anda patut membaca naskah ini. Ingatlah bahawa kerjaya usahawan benar-benar menjanjikan masa depan yang cerah. Berniaga merbahaya kerana ada risiko, tetapi ia akan lebih merbahaya jika anda tidak tahu risikonya.

Dan sudah tentu bagi anda yang mula memikirkan untuk menjadikan kerjaya usahawan sebagai kerjaya baru dan ingin meninggalkan zaman kerja makan gaji, anda perlu memiliki ilmu pengetahuan sebagai persiapan menghadapi kerjaya baru.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan.

Pemimpin MemBina Pemimpin

Posted by ferouxe on Tuesday 13 October 2009

Apabila sebuah pasukan penyelamat bomba datang di suatu lokasi kejadian kemalangan yang mengerikan akan ada dua jenis karakter yang menunjukkan sikap seorang ketua dalam pasukan bomba dan penyelamat itu.

Pemimpin pertama :

Mengarahkan ahli-ahli anggota penyelamat daripada jauh. Takut berhadapan dengan situasi kemalangan, hanya tunggu dan lihat daripada kereta bomba yang jauh berpuluh meter daripada lokasi. Memberikan arahan dan menerima laporan dengan selesa.

Pemimpin kedua :

Turut sama berada  berada didalam situasi menyelamat. Bersama-sama berhujan / berpanas / bermain darah memegang mayat atau mangsa kemalangan dan mengajar anggota lain bagaimana berada dalam situasi tersebut. Dalam kata lain ketua tersebut turun padang bersama-sama menghadapi situasi kemalangan.

Menjadi pemimpin tidak memerlukan kita dilantik, menjadi pemimpin tidak perlu ada pilihanraya. Namun menjadi pemimpin adalah pilihan individu itu sendiri lebih-lebih lagi jika kita mahu menjadi usahawan. Kepimpinan melalui tauladan adalah contoh terbaik daripada sifat pemimpin kedua itu tadi.

Kepimpinan adalah tajuk dalam bab kedua yang dibincangkan dalam Ebook penulis yang terkini “MemBina Usahawan”. Kita sering kurang yakin apabila disebutkan untuk memimpin sesebuah organisasi apatah lagi jika tidak pernah diberikan tanggungjawab sebelum ini. Malah penulis sendiri tidak terfikir untuk memimpin sebuah organisasi yang sedang membesar. Namun ini adalah perkara yang perlu disiapkan apabila menjadi seorang usahawan. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan.

Posted in Bina Insan | Comment

Peranan Soalan Dalam Membentuk Motivasi Minda

Posted by ferouxe on Monday 12 October 2009

Bagi membentuk minda yang bermotivasi tinggi, semua itu bermula dengan perkataan yang membentuk persoalan / penyataan / tanggapan dan segala apa yang terlintas dalam kotak minda kita. 

Dari segi membentuk persoalan, ada soalan yang memBina Keperibadian yang bermotivasi tinggi manakala ada bentuk soalan lain yang sedikit demi sedikit akan menjatuhkan motivasi diri kita seterusnya menjadikan diri kita seorang yang lemah dalam semua aspek. Kita lihat dua soalan di bawah :

Soalan 1 : “Kenapa ramai orang tidak menyukai aku???”

Soalan 2 : “Bagaimana aku boleh bersikap untuk menarik perhatian orang lain???” 

Soalan satu lebih membawa keperibadian kita sebagai seorang yang pasif, seterusnya membawa kepada jawapan yang negatif menyelubungi dalam minda kita. Berbeza dengan persoalan 2 yang banyak memberikan idea pemikiran kita agar lebih berusaha memikirkan bagaimana menangani masalah yang dihadapi.

Sama juga jika kita aplikasikan corak soalan apabila kita berada dalam situasi sebagai seorang usahawan…

Soalan 3 : “Kenapa bisnes aku tidak maju???”

Soalan 4 : “Bagaimana aku boleh memajukan bisnes aku???”

Fikirkan…bentukkan persoalan yang membawa diri minda kita agar terus berusaha mencari penyelesaian daripada berusaha memikirkan sebab kegagalan demi kegagalan yang tidak membawa penyelesaian.

Posted in Motivasi | Comment