Evolusi Minda sangat berbesar hati kepada En. Ahmad Azal Afarok daripada BinaUsahawan.com kerana memberi ruang untuk berkongsi pandangan usahawan di blog ini. EvolusiMinda adalah badan penyedia kursus untuk usahawan dan umumnya pada orang awam. Kami komited membantu usahawan dalam mengubah paradigma kerana kami sangat menyedari tiada perubahan tanpa ilmu.
Tidak kurang juga kami memberikan input-input usahawan yang jarang sekali kita dengar. Antaranya kami mengajar teknik fokus dan mendedahkan para peserta kesilapan-kesilapan dalam perniagaan. Misalnya fokus dan momentum dalam perniagaan. Tanpa disedari bulan Ramadhan ini memberikan impak kepada usahawan-usahawan.
Ramai usahawan mengambil peluang untuk berniaga sehingga ada yang keluar dari bidang peniagaan asal mereka. Jika dulu berniaga MLM atau insurans tapi kini berniaga tudung, kain baju dan kuih raya. Namun tidak kurang juga lahirnya ramai usahawan bazaar Ramadhan. Sekarang ni, orang lelaki sudah pun berkebolehan menjual kuih raya. Syabas kerana sikap optimis ini dan wajib dipuji.
Namun mengikut pemerhatian dan pengalaman, ramai usahawan menghadapi masalah selepas Syawal. Faktor cuti tanpa perancangan dan perbelanjaan yang kurang sihat menyumbang kepada kemerosotan perniagaan. Mereka bagai hilang ‘sentuhan‘ dalam perniagaan asal mereka.
Ingin dikongsikan satu cerita yang pernah dibaca dari buku Donald Trump (How to Get Rich) . Semua maklum Donald Trump adalah hartawan dalam bidang hartanah dan diceritakan oleh beliau sendiri. Semasa itu, beliau berada di majlis koktail; terlihat mentor beliau hartawan hebat bernama William Lewitt. Lantas mendapatkannya untuk bertanya khabar dan meminta sedikit nasihat.
Donald Trump: Hi Mr Lewitt, how are you?
Willian Lewitt : Not good Donald, not good.
Kemudian beliau keluarkan kata-kata yang membuat Donald Trump tidak pernah lupa.
Willian Lewitt : I lost my momentum. I was out of the world, for twenty years. I came back and I wasn’t same.
William Lewit telah menjual perniagaannya pada satu syarikat pengurusan hartanah. Kemudian beliau mulakan hidup baru dengan isteri baru, bercuti di Eropah. Setelah 20 tahun, syarikat beliau yang telah dijualkan dahulu menghadapi masalah. William Lewitt ditawarkan untuk membelinya kembali dengan harga yang lebih murah. Anggapan beliau ia menguntungkan. Tidak salah membelinya dan menjadikan syarikat itu hebat kembali.
Malang pendapatnya meleset. Tidak sehebat dahulu, beliau hilang fokus dan momentum. Menyebabkan beliau kerugian. Beliau mati 2 minggu selepas majlis koktail tersebut.
Apapun yang anda lakukan dalam bulan Ramadhan ini, tetapkan fokus perniagaan asal anda. Rancang dengan teliti perbelanjaan dan tempoh bercuti. Tulis dalam dairi dan set dalam minda. Anda boleh berjaya!!
Salam Evolusi
Yusmi Yusof
Penasihat Evolusi Minda
http://www.evolusiminda.com/