dapatkan sekarang ebook

Archive for August, 2009

Takaful Keluarga : Manfaat Perlindungan Penyakit Kritikal

Posted by ferouxe on Friday 28 August 2009
  1. Salah satu ciri yang terdapat dalam pelan takaful keluarga adalah manfaat bantuan kewangan sekiranya mengidap penyakit kritikal.
  2. Terdapat 40 jenis penyakit kritikal yang dilindungi dan senarai penyakit ini ada dalam ruangan produk. Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Manfaat ini akan memberikan pampasan kepada peserta yang disahkan oleh doktor telah mengidap salah satu penyakit yang disenaraikan.
  4. Jumlah perlindungan yang ditawarkan bermula dengan RM10,000 dan hingga maksima RM500,000 mengikut terma dan syarat.
  5. Perlindungan ini secara tidak langsung akan memberikan ketenangan minda kepada peserta sekiranya berlaku musibah penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
  6. Selain daripada itu juga kita dapat mengelakkan permasalahan keperluan kewangan sehinggakan terpaksa membuat pelbagai pinjaman ataupun memohon bantuan orang ramai hanya kerana ingin membuat rawatan penyakit sendiri.
  7. Penyakit kritikal bukan lagi menjadi penyakit orang tua / berumur, dengan gaya hidup mewah, orang-orang muda masa kini juga terdedah dengan risiko mengidap penyakit kritikal pada usia yang masih muda.
  8. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan kita agar mempunyai salah satu pelan perlindungan kewangan jika mengidap musibah yang tidak disangka-sangka ini.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

Jihad di Bulan Ramadhan

Posted by ferouxe on Thursday 27 August 2009

Bagi seorang muslim, pada kebiasaannya bulan puasa agak sukar untuk bergerak aktif akibat keletihan berpuasa. Kelaparan dan kurang tenaga disamping cuaca yang panas menampakkan bulan Ramadhan bukan menjadi bulan yang produktif berbanding bulan-bulan yang lain.

Namun kita tidak boleh terus menerus menjadikan bulan ini sentiasa dalam keadaan lemah longlai tidak bermaya. Kita perlu kuatkan semangat dalam melakukan pekerjaan sama seperti bulan yang lain. 

Antara cara yang disarankan adalah pada waktu sahur ambil makanan yang banyak mengandungi serat, protein dan lemak daripada sayuran agar kita mempunyai ketahanan tenaga untuk bekerja dalam 13 jam tempoh berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” - Hadis riwayat Bukhari.

Kerja-kerja yang kita lakukan dengan cara yang halal adalah suatu perjuangan yang akan mendapat balasan yang mulia di akhirat kelak. Lebih-lebih lagi jika anda menjalankan perniagaan di bulan yang mulia ini, lakukan dengan penuh keikhlasan.

Posted in Keusahawanan | Comment

Pengurus Perniagaan

Posted by ferouxe on Tuesday 25 August 2009

Sir Alex Ferguson bukanlah pemain terkenal ketika  bermain bolasepak mewakili Glasgow Rangers suatu ketika dahulu. Tetapi nama beliau dihormati pada masa kini sebagai pengurus pasukan bolasepak ternama di dunia; Manchester United.

Bagaimana beliau boleh menjadi pengurus yang terbaik, walaupun pemain bersilih ganti masuk dan keluar, namun nama MU masih tetap sebagai pasukan yang disegani di Liga Perdana Inggeris.

Apabila kita memegang tanggungjawab sebagai pengurus, kita berada dekat dengan operasi perjalanan syarikat / organisasi / pasukan yang kita wakili. Memberi peluang pasukan kita untuk menyelesaikan masalah akan menaikkan tahap kemahiran individu tersebut. Ini secara tidak langsung akan membolehkan individu tersebut mempelajari sesuatu dengan lebih cekap tanpa terlalu mengharapkan bantuan orang lain.

Jika kita sebagai pengurus hanya tertumpu kepada penyelesaian masalah, bermakna kita bukanlah menjadi pengurus sebenar.Kita tidak perlu menjadi pakar dalam bidang itu, tetapi bagaimana kita boleh menaikkan inspirasi kepada staf bawah seliaan kita seterusnya boleh menghasilkan keputusan yang cemerlang adalah tugas utama seorang pengurus.

 ###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Insan | Comment

Manis Bukan Kerana Gula

Posted by ferouxe on Monday 24 August 2009

Kekurangan gula dalam pasaran menjelang musim perayaan ini, sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada pengguna.  Beberapa kejadian menyorokkan gula di lokasi tertentu ataupun berbagai teknik untuk meraih jualan tinggi kerana gula digunakan oleh penjual bagi meningkatkan keuntungan di saat permintaan sedang melonjak tinggi.

Agak menghairan, gula hanya sebagai barangan tambahan perisa sudah menjadi barang kemestian dalam kehidupan walhal banyak lagi alternatif pemanis lain yang boleh kita gunakan dalam makanan harian. Tambahan pula jika kita makan secara berlebihan makanan bergula adalah tidak elok untuk kesihatan.

Bercakap berkenaan kehabisan stok, apa yang akan biasa penjual akan katakan apabila berdepan dengan pelanggan yang inginkan produk yang kehabisan stok. Penulis pernah mengalami keadaan begini dan penjual selalunya akan berkata :

  • DAH HABIS DAH HABIS !!!!
  • Haaaa abang ! KALAU NAK SANTAN DATANG ESOK.
  • DISINI TAK BOLEH TOP UP TOUCH N GO (sambil menggeleng kepala bermuka masam)

Seharusnya apabila kita berada dalam situasi penjual, kita mestilah sentiasa bermuka manis walaupun stok barangan untuk dijual sudah habis dalam kedai. Ubahkan cara percakapan kita walaupun kita dalam kepenatan kerja seharian. Ini memastikan pelanggan tidak akan tersinggung dan merajuk untuk mendapatkan produk daripada kedai anda pada hari yang lain.

Jadi mulai hari ini, jika berlaku situasi diatas, maniskan lagi senyuman dan ramahkan lagi perbualan anda. Seperti :

  • Maaf Encik, barang sudah habis, nanti saya dapatkan secepat mungkin.

  •  Encik, santan baru sahaja habis, ramai pula yang hendak beli awal-awal puasa ni, esok saya buat banyak lagi ye :-)

  • Kita tidak ada mesin untuk top up, maaf banyak-banyak Encik (sambil menunjukkan muka yang risau)

Posted in Bina Pasaran | Comment

Sasaran Adalah Hebat, Pelaksanaan Adalah Penting

Posted by ferouxe on Friday 21 August 2009

Menetapkan sasaran ataupun terget bagi mencapai matlamat yang dirancang penting bagi meneruskan kesinabungan perniagaan. Tanpa sasaran kita akan bergerak tanpa hala tuju dan sedikit demi sedikit ia akan melemahkan tenaga dalam perniagaan.

Bagi syarikat kecil atau besar, menetapkan matlamat bagi meningkatkan produktiviti perniagaan memang biasa dilakukan lebih-lebih lagi dalam awal tahun kalender kewangan. Sasaran perlulah realistik mengikut keadaan prestasi semasa syarikat.

Aktiviti menetapkan sasaran tidak mengambil masa yang terlalu lama. Mungkin dalam 2-3 hari ataupun setidak-tidaknya memakan masa seminggu untuk mengenalpasti keupayaan dan data prestasi syarikat yang lalu.

Selebih masanya adalah diperuntukkan bagi menggerakkan seluruh tenaga untuk mencapaikan hasrat itu. Dalam mencapai objektif sedemikian, pelaksanaan tidak boleh mengambil masa seminggu.

Ini bermakna adalah hebat jika kita ada sasaran dalam menjalankan perniagaan, namun adalah penting untuk kita melaksanakan segala perancangan.

Posted in Bina Niaga | Comment

Kenapa Perlu Menguasai Kemahiran Berkomunikasi

Posted by ferouxe on Thursday 20 August 2009
  1. Berkomunikasi adalah kemahiran utama yang perlu dilakukan apabila membuat sesuatu pekerjaan. Lebih-lebih lagi apabila kita menjalankan urusniaga, kita tidak boleh lari daripada menguasai kemahiran ini.
  2. Hebat berkomunikasi bukanlah bakat semulajadi seseorang tetapi semua individu mampu untuk menguasai kemahiran ini. Apa yang perlu dilakukan adalah latihan demi latihan tanpa putus asa.
  3. Berjaya menguasai kemahiran bercakap boleh memberikan keyakinan kepada pendengar untuk mendengar isi yang ingin disampaikan.
  4. Teknik menyampaikan maklumat memerlukan satu kemahiran bergantung kepada kelompok pendengar. Lain kelompok pendengar lain pula cara yang perlu disampaikan.
  5. Apabila maklumat berjaya disampaikan bermakna kita boleh menyalurkan segala visi dan misi syarikat dalam menggerakkan perjalanan operasi. Syarikat akan menikmati kejayaan jika semua anggota faham dengan arah tuju mereka.
  6. Selain daripada itu juga, kemahiran berkomunikasi boleh menaikkan kematangan pemikiran dalam pengucapan. Apabila kita bercakap kita akan menggunakan perkataan-perkataan yang mampu mengubah corak penghidupan orang ramai.
  7. Ini secara tidak langsung kita boleh menggunakan bakat ini untuk disalurkan dalam bidang penulisan kerana hasil penulisan yang terbaik adalah daripada pemikiran minda yang ikhlas.
  8. Menaikkan imej dimata masyarakat, mendapat penghormatan oleh orang lain dan sanjungan daripada orang sekeliling adalah antara hasil komunikasi yang berkesan.
  9. Namun jika kita diberi pengharapan untuk bercakap bagi membimbing satu kelompok sasaran, tetapi kita gagal untuk menggunakan kesempatan ini maka satu kerugian yang besar kerana melalui komunikasi yang berkesan kita mampu mengubah penghidupan sesebuah masyarakat kepada yang lebih baik. 

Sejauh Mana KeIKHLASan Kita

Posted by ferouxe on Tuesday 18 August 2009

Bulan Ramadhan akan muncul lagi. Inshaallah kita akan mengharungi sekali lagi bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat bagi orang yang banyak membuat perkara kebaikan. Dan situasi di negara kita seperti biasa menyambut kedatangan bulan yang berkat ini kita tidak tidak boleh lari daripada mendengar pelbagai berita berkaitan dengan bazar Ramadhan, buffet Ramadhan, persediaan Hari Raya, peningkatan harga barang mentah, kes putus jari akibat bermain mercun dan kesesakan menjelang Aidilfitri.

Selain daripada itu juga kelompok yang turut tidak dilupai pada bulan yang mulia ini adalah golongan anak yatim. Penulis sempat berbual dengan penjaga salah sebuah pusat jagaan anak-anak yatim, menurut beliau ”tempahan” untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim / miskin telah penuh sepanjang bulan Ramadhan. Bersyukur kepada tuhan dimana masih ramai masyarakat kita yang prihatin dengan orang-orang yang kurang bernasib baik disaat menyambut perayaan ini.

Namun adakah mengadakan majlis berbuka puasa dengan makanan yang mewah disamping kehadiran selebriti yang akan menghilangkan sedikit kesedihan anak-anak yatim dan miskin ini boleh mengubah nasib kehidupan mereka?  Adakah kita perlu menjadikan budaya memeriahkan rumah anak yatim / miskin hanya pada bulan Ramadhan?   Kata-kata pujangga ada pernah menyebut :

“Berikan seorang itu seekor ikan, maka ia akan menjadi hidangan untuk satu hari kehidupannya. tetapi ajarkanlah dia cara menangkap ikan, maka ia akan memberikan hidangan untuk selama-lama dalam kehidupannya”

Tidak kira dia adalah anak yatim, miskin, sederhana mahupun yang berada, budaya memberi-beri tanpa had menjadikan anak itu akan membesar sebagai orang yang suka meminta-minta dan tidak mahu menggunakan akal dalam menjalani kehidupannya. Oleh yang demikian disamping kita berseronok bersama anak yatim / miskin dalam majlis berbuka puasa, selitkan sekali ilmu-ilmu yang bermanfaat serta motivasi kehidupan agar anak itu akan membesar dengan mempunyai ilmu yang penuh di dada bagi mengubah kehidupan keluarganya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Posted in Isu Semasa | Comment

Pak Embong Usahawan Keropok

Posted by ferouxe on Monday 17 August 2009

Akhbar Metro Ahad ruangan ekspresi setiap minggu mengandungi artikel contoh-contoh kisah usahawan yang telah berjaya. Penulis menyarankan pembaca agar tidak melepaskan peluang membaca bagi mendapatkan manfaat mengambil contoh orang yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan daripada ruangan akhabar ini sebagai pendorong motivasi agar kita juga terus maju seperti mereka.

 

Artikel Ahad 9 Ogos yang lalu artikel keusahawanan yang ditulis oleh Nazdy Harun bertajuk : “Pak Embong jutawan keropok”. Encik Taib Muda atau senang digelar Pak Embong mengusahakan perniagaan makanan tradisi iaitu keropok kering dan keropok lekor. Ada beberapa pengajaran daripada kisah Pak Embong yang penulis dapat petik

 

Pengajaran Pertama

 

Pak Embong melakukan perubahan diri bertukar kerjaya daripada kerja buruh kepada menjalankan perniagaan keropok kerana ingin mengubah corak kehidupan kepada yang lebih baik.

 

Pengajaran Kedua

 

Walaupun sudah mempunyai kemewahan dalam hidup, tetapi ia bukan matlamat akhir beliau. Hasrat beliau ialah ingin membantu orang muda yang menganggur dan orang miskin melalui perniagaannya perlu menjadi contoh kepada kita.

 

Pengajaran Ketiga

 

Tidak memberi limpahan kemewahan kepada anak. Apa yang Pak Embong berikan ialah peluang pembelajaran dan selalu menasihat agar kemewahan yang ada sekarang adalah daripada usaha yang gigih dan ketabahan dalam mengharungi onak duri perniagaan.

 

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

Ebook Motivasi Usahawan

Posted by ferouxe on Friday 14 August 2009

membinausahawan-ecover.JPG

Ebook kedua yang bertajuk “MemBina Usahawan” akan diterbitkan seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan ebook ini dengan harga yang istimewa sila daftarkan langganan newsletter seperti yang tertera diruangan atas header laman web ini.

Tawaran terbuka kepada pembaca yang melanggan newsletter BinaUsahawan.com untuk mendapatkan Ebook dengan harga diskaun daripada harga asal, terhad semasa bulan pra pelancaran bermula 1 September hingga 30 September. Maklumat lanjut cara pembelian akan dihantar kepada pelanggan newsletter BinaUsahawan.com melalui email sehari sebelum 1 September.

Ebook ini akan dilancarkan secara rasmi dengan harga asal bermula 1 Oktober 2009 melalui laman web BinaUsahawan.com

Posted in Khas | Comment

Bengkel Tuisyen Bersama Osman Affan

Posted by ferouxe on Wednesday 12 August 2009

 

Pakar motivasi belajar dan juga personaliti televisyen Saudara Osman Affan, buat pertama kali akan mengadakan Bengkel Tuisyen selama sehari pada 6 September 2009. Melalui bengkel ini, kita akan dapat mempelajari bagaimana dengan kerjaya tuisyen kita boleh menjana pendapatan lumayan dan mampu untuk berkembang sebagai perniagaan yang serius. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengajaran dan mahir bagaimana menangani kerenah pelajar dan bagaimana mengubah minda pelajar itu sendiri ke arah yang lebih baik.

Penulis mengenali dengan rapat Saudara Osman Affan semenjak zaman pengajian di universiti dan tidak dinafikan beliau banyak memberi inspirasi dalam motivasi untuk memajukan diri. Osman Affan juga telah berjaya mengharungi banyak cabaran sebelum beliau sampai ke tahap kini. Saranan penulis kepada individu yang berminat dan ada cita-cita untuk mempelajari kemahiran perniagaan ini untuk hadir disamping boleh mengenali Saudara Osman Affan dengan lebih dekat.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari : www.BengkelTuisyen.com

 

Posted in Keusahawanan | Comment