dapatkan sekarang ebook

Archive for July, 2009

Peluang Kerjaya sebagai Perunding Takaful (3)

Posted by ferouxe on Friday 31 July 2009

Memulakan perniagaan dengan modal yang besar disamping tiada pengalaman adalah satu percubaan yang sungguh berani. Memang semua perniagaan mempunyai risiko, tetapi adalah lebih merbahaya jika kita tidak tahu menangani risiko itu.

Bagi yang sudah mempunyai kewangan yang kukuh ataupun setidaknya mempunyai latar belakang keluarga yang sudah berpengalaman dalam perniagaan adalah tidak menjadi masalah. Setidak-tidaknya mereka boleh berada disisi anda jika dalam keadaan kesusahan.

Didalam kerjaya menjadi perunding takaful, kami mempunyai pengalaman memberikan tunjuk ajar bagaimana menghadapi cabaran dalam memulakan perniagaan. Mempelajari kemahiran berkomunikasi adalah asas dalam semua kerjaya yang anda ceburi. Dan semasa disini, anda boleh mengasah kemahiran berlatih bagaimana menjadi perunding.

Tambahan pula, anda tidak perlu memikirkan pinjaman puluhan ribu ringgit untuk memulakan perniagaan. Modal permulaan hanya sebanyak Rm120 untuk mendaftar peperiksaan kelayakan, buku panduan peperiksaan, yuran kursus dan keahlian persatuan.

Cubalah menceburi bidang ini sepenuh masa ataupun separuh masa. Bidang perundingan takaful masih hijau di negara ini dan anda masih berpeluang menjadi sebahagian dalam industri ini.

Susunan Produk Dan Perkhidmatan

Posted by ferouxe on Thursday 30 July 2009

Bukan sahaja produk kita boleh susun dengan rapi diatas rak di kedai, malah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan sebagai teras perniagaan juga perlu disusun rapi semasa berhadapan dengan bakal pelanggan.

Bidang peruncitan banyak menggunakan strategi ini dalam memasarkan produk yang kurang laku dipasaran. Susunan yang cantik dan mudah dilihat diatas rak serta gambar yang boleh menarik pelanggan akan menjadi daya tarikan pelanggan untuk melihat dengan lebih dekat.

Kanak-kanak juga adalah sasaran yang tidak kurang penting. Meletakkan barang tinggi daripada ketinggian seorang kanak-kanak menjejaskan penglihatan dan sukar untuk menarik perhatian kanak-kanak itu sendiri.

Bagaimana pula dengan perkhidmatan?. Produk perkhidmatan tidak boleh dilihat, tetapi bagaimana kita boleh menyusun diatas rak yang boleh menarik perhatian pelanggan.

Menyediakan brosur dan risalah yang menarik adalah antara satu cara menyusun produk perkhidmatan dengan lebih berkesan. Susun risalah perkhidmatan dengan teratur diatas rak yang mudah dilihat dan diambil oleh pelanggan.

Tuliskan penerangan perkhidmatan yang ditawarkan dengan ayat yang mudah dan gunakan gambar kerana maklumat senang disampaikan dengan cara visual berbanding dengan perkataan.

Menyampaikan produk berbentuk perkhidmatan lebih menarik dengan melalui tayangan video yang boleh memikat pelanggan. Cara begini memerlukan kos sedikit tetapi pulangannya berbaloi.

Posted in Bina Niaga | Comment

Usahawan Kecil

Posted by ferouxe on Tuesday 28 July 2009

Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan yang berjaya masa kini. Kebanyakan mereka berniaga dengan saiz pasaran perniagaan yang kecil dengan modal yang kecil dan sudah tentu tidak mengharap untung terlalu besar.

Ada juga yang berniaga secara kecilan mengikut musim tertentu. Sebagai contoh berniaga sebelum musim perayaan. Selalunya mereka akan menumpukan perhatian kepada perniagaan mereka beberapa bulan sebelum perayaan menjelang. Selepas itu mereka tutup kedai dan menanti musim akan datang.

Tetapi alangkah baik sekiranya kita menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sepenuh masa walaupun mulanya saiz kecil tidak dipandang oleh masyarakat sekeliling, tetapi berkembang sedikit demi sedikit menjadi saiz sederhana dan besar pada suatu hari kelak. Kita perlu sabar dalam menunggu tempoh tersebut dan banyakkan mencari ilmu bagi memperbaiki prestasi semasa syarikat.

Perniagaan sebagai usahawan takaful juga bermula dengan skala kecil apabila anda menjadi perunding takaful secara sambilan yang dibuat selepas waktu kerja / hari minggu / hari kelepasan awam. BinaUsahawan sedia membantu bakal usahawan yang ingin memulakan kerjaya sebagai usahawan kecil untuk meraih pengalaman sebelum perniagaan menjadi skala besar suatu hari kelak.

 ###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

Pasukan Positif Menghasilkan Keputusan Positif

Posted by ferouxe on Monday 27 July 2009

Manusia akan kecewa jika tidak diberi pengiktirafan. Kajian di Amerika Syarikat pada tahun lalu, 65% pekerja tidak menerima pengiktirafan yang selayaknya hasil kerja mereka yang bagus. Kebanyakan pekerja akan berpindah daripada satu syarikat ke syarikat yang lain atas sebab tiada pengiktirafan.

Mewujudkan budaya pengiktirafan salah satu cara mewujudkan suasana positif dalam pasukan anda. Pengurus pasukan bolasepak yang memberikan caj positif kepada pasukannya, maka menghasilkan keputusan yang baik dalam perlawanan. Jika kita berjaya memberikan cas positif kepada pasukan, maka pekerja akan memberikan keputusan positif hasil kerja mereka.

Bagi pengurus dalam mana-mana kerjaya, kejayaan mereka adalah hasil bagaimana dia boleh mewujudkan kumpulan yang berjaya menghasilkan keputusan yang baik. Dengan kata lain dia perlu menjadikan pasukannya yang mampu membuat kerja yang cemerlang. Memang tidak semudah itu kerana membentuk manusia bukan semudah menekan butan pada mesin.

Jika dapati rakan / pasukan anda sedang dalam kemurungan, berikan nasihat positif dan motivasi kepada mereka. Jika mereka gembira dalam melakukan kerjayanya maka dia juga akan bergembira dalam kehidupan peribadinya.

Posted in Bina Insan | Comment

Kejar Kejayaan Vs Cipta Kejayaan

Posted by ferouxe on Thursday 23 July 2009

Memang bagus mengikuti jejak orang yang berjaya. Jika kita melihat orang lain berjaya, kita perlu juga memikirkan bagaimana suatu hari nanti kita boleh menjadi seperti dia. Namun dalam mengejar kejayaan orang lain, ada juga Si Pengejar Kejayaan yang cepat terpengaruh menjejaki ramai orang yang berjaya.

Apa yang dimaksudkan adalah, dia melihat Encik A berjaya dengan kejayaan bisnes A, lalu individu itu terus mengikut membuat bisnes A. Beberapa bulan kemudian berjumpa degan Puan B berjaya dengan bisnes B, lalu individu itu mengikut pula membuat bisnes B, 2-3 minggu kemudian diajak oleh Cik C untuk membuat bisnes C kerana melihat kejayaan Cik C walaupun masih muda telah memakai kereta yang mahal.

Lama kelamaan apabila merasai kesusahan mengejar kejayaan orang lain, maka Si Pengejar Kejayaan orang lain itu putus asa dan kembali membuat kerja asal. Apa yang merugikan bukan sahaja wang ringgit yang dilaburkan, malah usaha dan masa telah dibazirkan dengan mengejar kejayaan orang lain. Alangkah baik, fokus terhadap satu benih perniagaan dan siramilah selalu dengan usaha yang gigih. Pasti akan berjaya.

Posted in Motivasi | Comment

Minamata Byo (Minamata Disease)

Posted by ferouxe on Tuesday 21 July 2009

Pada tahun 1950an Tanah Melayu sedang dalam era perjuangan menuntut kemerdekaan. Kesedaran terhadap betapa pentingya penyatuan dalam membentuk kerajaan maka tertubuh banyak parti-parti politik pada masa itu. Manakala jauh dari rantau ini, Jepun sedang dalam proses pembangunan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi Jepun pada ketika itu melebih 12% setahun dan sering diungkapkan pertumbuhan pesat ini dengan kata (Koudou Keizai Seichou).

Hasil kepesatan ekonomi Jepun pada masa itu telah membawa satu malapetaka yang disebut Minamata Byo ataupun di terjemahkan sebagai Penyakit Minamata. Malapetaka ini berlaku di Wilayah Kumamoto Selatan Jepun dimana terdapat banyak kematian dan penyakit saraf tidak kira manusia ataupun haiwan. Hasil kajian mendapati bahawa hasil toksik daripada kilang berdekatan dialirkan kedalam sungai yang menuju ke kawasan pantai.

Bahan-bahan buangan ini telah menjadi makanan ikan dan rantai makanan ini terus menjadi bersambung kepada manusia kerana ramai nelayan tanpa menyedari menangkap ikan-ikan yang bertoksik ini untuk dijadikan makanan. Apa yang membimbangkan bahawa trend ini akan berlarutan ke negara ini. Hasil kajian mendapati ikan-ikan di perairan pantai negara kita seperti Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu mengandungi sisa merkuri iaitu sisa daripada kilang yang merbahaya.

Lebih menakutkan, terdapat kandungi tinggi merkuri dalam rambut nelayan di Terengganu yang menjadikan ikan sebagai diet harian mereka. Sebelum kejadian ini berlaku dengan lebih serius di negara ini, pihak kerajaan, swasta, NGO dan orang ramai perlu memelihara kebersihan sungai daripada pencemaran bahan buangan daripada kilang yang boleh membahaya kehidupan kita juga. Tindakan tegas seharusnya dikenakan kepada pemilik kilang yang sewenang-wenangnya membuang sisa buangan ke dalam sungai.

Posted in Kesihatan | Comment

Menangani Cabaran Perniagaan

Posted by ferouxe on Monday 20 July 2009

Gangguan / halangan / cubaan itu semua memang lumrah dalam kehidupan. Walaupun gangguan demi gangguan yang datang semasa kita sedang berusaha bukan bermakna ia akan melenyapkan impian kita. Jadikan ia sebagai pendorong ataupun guru yang mengajar supaya kita tidak mengulangi kesilapan pada masa akan datang.

  1. Jangan mudah cepat jemu dengan mempelajari perkara-perkara lama dan yang baru. Proses pembelajaran menjadikan diri kita akan lebih mantap.
  2. Sentiasa SABAR dengan apa jua rintangan yang sedang ditempuhi.
  3. Dekati selalu orang-orang yang telah berjaya dan dapatkan segala nasihat dan aura bagaimana untuk menguatkan motivasi diri.
  4. Baca artikel-artikel yang boleh menguatkan diri, dan ramai juga yang menonton filem yang banyak menonjolkan kisah tauladan untuk bekerja dengan lebih kuat jika menghadapi dugaan hidup.
  5. Sibukkan diri dengan melakukan banyak kerja-kerja harian dan perniagaan. Jika kita sentiasa merenung dan mengenang segala kisah sedih, maka ia akan memakan diri.
  6. Muhasabah dengan kesalahan yang lalu. Perbaiki diri dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada akan datang.
  7. Dapatkan nasihat daripada pakar / orang yang mahir dalam bidang anda. Nasihat daripada orang yang berpengalaman membantu sedikit sebanyak tentang kegagalan yang telah dihadapi.
  8. Lakukan sahaja. Jika anda takut dengan perkara yang pertama kali lakukan. LAKUKAN SAHAJA, tidak salah jika anda gagal pada percubaan pertama.
  9. Terima hakikat kegagalan, penulis pernah menyaksikan beberapa pengalaman pelajar terbaik yang pernah gagal hanya sekali. Mereka tidak boleh menerima kegagalan lantaran menjadikan dirinya terus jatuh daripada prestasi yang baik. Kita perlu terima kegagalan dengan hati yang terbuka.  
  10. Bagi seorang muslim, adalah perlu kita sentiasa berdoa kepada Allah mengadu dan memohon agar diberikan kekuatan dalam menempuhi onak duri cabaran hidup.

Walaupun 10 ramuan ini ditulis daripada pengalaman penulis sendiri, anda sebagai pembaca yang sedang menghadapi suasana cabaran, perlu menangani dan hadapinya dengan penuh keyakinan. Inshaallah anda akan berjaya !!!

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

Cabaran Perniagaan

Posted by ferouxe on Friday 17 July 2009

Cabaran adalah perkara yang sering disebut berulang kali dalam pelbagai buku motivasi. Perkara sebenar berkaitan cabaran perlu diketahui kerana ini adalah situasi yang perlu anda hadapi semasa mula / sedang menguruskan perniagaan.

Motivasi kegembiraan selalu ditulis menyebabkan pembaca sering alpa dengan perkara yang manis sahaja daripada merasai kepahitan menelan cabaran. Bagaimana rupa bentuk cabaran ? Disini penulis menyenaraikan sebahagian cabaran yang perlu dihadapi apabila menjadi perunding takaful.

  1. Tidak tahu membuat persembahan produk.
  2. Masalah segan apabila bertemu dengan bakal pelanggan.
  3. Bakal pelanggan tidak berminat dengan produk yang ditawarkan.
  4. Tiada pengalaman apabila menghadapi situasi dengan bakal pelanggan.
  5. Motivasi hilang apabila jualan tiada mendapat sambutan.
  6. Tiada sokongan daripada ahli keluarga terdekat.
  7. Ditipu semasa membuat temujanji dengan bakal pelanggan.
  8. Ditawarkan untuk membuat perniagaan lain.
  9. Gangguan masalah kewangan / peribadi / masalah luar
  10. Hilang rentak semasa menguruskan perniagaan.

Situasi diatas pernah dialami oleh semua orang termasuk penulis sendiri. Kita tidak boleh lari daripada mengalami masalah ini. Tetapi kita boleh menghindarkan masalah ini daripada meruntuhkan perniagaan kita. Bagaimana…? bersambung…

Kerjaya Sebagai Ahli Sukan

Posted by ferouxe on Thursday 16 July 2009

Sejauh mana negara Malaysia boleh menghasilkan ramai ahli sukan yang boleh mencapai tahap jutawan, suatu perkara yang menarik untuk dikaji. Sehingga hari ini negara kita boleh berbangga dengan memiliki Datuk Lee Chong Wei dan Nicol Ann David ahli sukan yang menduduki tahap ranking no satu di dunia dan sudah tentu mempunyai banyak sumber pendapatan daripada kejayaan mereka.

Semalam Datuk Lee Chong Wei dilantik menjadi duta minuman isotonik 100Plus dengan kontrak 2 tahun bernilai RM500,000 adalah suatu yang boleh menggalakkan kepada golongan muda yang ingin menceburi bidang sukan dengan lebih serius. Menjadi duta / jurucakap untuk sesuatu produk adalah antara sumber pendapatan lumayan kerana awam mengetahui akan kehebatan ahli sukan tersebut. 

Walaupun jumlah tawaran tidaklah setanding dengan tawaran kepada ahli sukan di Eropah ataupun Amerika untuk produk bernilai tinggi, namun cukup sebagai permulaan bahawa kerjaya dalam sukan boleh memberikan masa depan yang cemerlang. Bintang-bintang sukan di negara luar mampu meraih pendapatan berjuta ringgit hasil prestasi yang diberikan dengan memenangi susuatu pertandingan.

Syarat kita perlu bekerja dengan gigih mencipta rekod baru dan selepas itu baru orang sekeliling akan mengiktiraf kejayaan kita. Ini juga boleh dianggap sebagai usahawan yang memulakan kerjaya daripada peringkat bawah sehingga digeruni oleh pihak lawan hasil kesungguhan menajamkan kemahiran untuk bertarung. 

Posted in Khas | Comment

Jutawan yang Dermawan

Posted by ferouxe on Tuesday 14 July 2009

Membaca tulisan akhbar harian tentang ramainya orang kaya bertahap jutawan boleh menderma berjuta-juta ringgit kepada badan kebajikan sungguh menggagumkan. Kita lupakan seketika sangkaan buruk kepada golongan ini yang mahukan publisiti atas kerja kebajikannya.

Dalam mengejar kekayaan sebagai usahawan, memang faktor diri dan keluarga adalah tujuan utama mencari kekayaan. Namun lebih besar lagi jika kita mencari kekayaan dan gunakan kekayaan yang dimiliki untuk kesejahteraan kepada masyarakat sekeliling.

Terdapat beberapa pandangan orang bergelar billionaire yang menetapkan bahawa meninggalkan terlalu banyak kekayaan kepada waris akan menyebabkan si anak itu akan lemas dengan kekayaan dan seterusnya membawa kepada kehancuran sendiri kerana tiada jati diri yang ada untuk mencari kekayaan dengan tangan sendiri.

Seharusnya anak perlu dididik dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menghadapi pancaroba apabila dewasa kelak. Dan dia juga perlu didedahkan betapa menghargai kekayaan yang dimiliki bukan datang dengan senang tanpa usaha yang gigih.

Tidak perlu menunggu hingga mati baru kita ingin mendermakan kepada badan kebajikan. Alangkah baik jika ketika hidup lagi kita sudah mula membuat sumbangan demi kebaikan orang ramai. Mari kita sama-sama membantu dalam bentuk kewangan sedikit demi sedikit kepada orang susah dan jadikan budaya ini menjadi ikutan usahawan baru yang akan datang.

Posted in Bina Insan | Comment