Posted by
ferouxe on Monday 29 June 2009
Menyebut nama pelanggan adalah melodi paling indah jika didengar oleh si pemilik nama itu. Berbanding menyebut Encik / Puan / Cik, adalah lebih baik menyebut nama bakal pelanggan kita.
Ini akan menjadikan perhubungan dengan pelanggan kita akan bertambah rapat dan boleh menghapuskan dinding pemisah antara dua pihak.
Agak sukar untuk mengingati nama buat pertama kali. Ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan :
- Meminta kad perniagaan
- Menulis nama di atas kertas milik anda
- Dengar dengan teliti apabila pelanggan menyebui namanya
- Gunakan nama yang ringkas dengan kebenaran pelanggan
- Sebut berulang-ulang kali nama beliau, ini secara tidak langsung kita akan mudah mengingati beliau.
Posted by
ferouxe on Saturday 27 June 2009
Ada beberapa kebaikan menjadi perunding takaful sebagai kerjaya sepenuh masa. Selain hanya menggunakan masa sebagai modal utama pada permulaan kerjaya ini, permintaan kepada produk takaful keluarga tiada surut walaupun keadaan ekonomi berkembang atau mengucup.
Memikirkan bahawa ini adalah barang keperluan betapa pentingnya perlindungan kewangan tidak kira waktu gawat ataupun waktu senang, masyarakat kini tetap mengambil pelan takaful keluarga sebagai perbelanjaan bulanan penting dalam bujet.
Kos rawatan hospital yang memerlukan jumlah wang yang besar, sangat-sangat penting lebih lagi jika keadaan gawat yang segala serbi tidak cukup bujet. Oleh yang demikian ramai individu tetap mengambi pelan perlindungan kewangan tidak kira masa bila sekalipun.
Oleh sebab itu kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang kerjaya ini, jangan bimbang jika memikirkan tiada prospek pelanggan dalam waktu kegawatan. Peluang untuk berjaya dalam industri ini tetap cerah dan tahap penembusan produk perlindungan kewangan yang kurang daripada 10% di negara ini.
Anda akan berjaya jika gigih berusah, BinaUsahawan.com mempunyai pengalaman melatih bakal perunding takaful yang ingin menjadikan kerjaya ini sebagai karier hidup dan cabang peluang perniagaan yang ingin dilakukan.
Posted by
ferouxe on Thursday 25 June 2009
Seorang hartawan ingin membantu 3 pemuda yang buta penglihatan mereka untuk mengenal seekor gajah. Oleh kerana gajah itu terlalu besar maka si hartawan ini meletakkan 3 pemuda di 3 kedudukan badan gajah yang berlainan.
Pemuda pertama memegang belalai gajah, dan lalu dia berfikir bahawa gajah ini panjang seperti seorang ular.
Kemudian pemuda kedua memegang badan gajah, dan lalu dia berfikir bahawa gajah ini sangat besar seperti seekor ikan paus.
Manakala pemuda ketiga memegang ekor gajah, dan lalu dia berfikir bahawa gajah ini kecil seperti seekor serangga.
Penafsiran ilmu akan menjadi berlainan kerana hanya memahami ilmu tidak secara keseluruhan. Pemahaman secara keseluruhan sangat penting bagi menjamin gambaran sebenar apa yang terkandung dalam ilmu yang kita pelajari. Oleh yang demikian, dalam proses untuk mencari ilmu kita perlu memahami dengan sedalamnya bagi kebaikan untuk digunakan kemudian hari.
Posted by
ferouxe on Tuesday 23 June 2009
- Perniagaan dan Peribadi adalah dua entiti yang berlainan dan jangan sama sekali letakkan dalam kedudukan diri yang sama. Seperti rasa pedas dan rasa manis, ia jelas adalah dua rasa yang berlainan.
- Ini bermakna diri anda dan perniagaan anda adalah dua perkara yang berlainan. Kewangan perniagaan dan kewangan individu tidak boleh dicampur gaulkan. Kita tidak boleh menggunakan sumber kewangan syarikat untuk kegunaan kepentingan diri sendiri. Perlu ada perasaan amanah kepada diri sendiri apabila menguruskan kewangan syarikat.
- Apabila kita membuat urusan peribadi kita tidak boleh menyamakan dengan urusan perniagaan. Sebagai contoh, dalam urusan peribadi kita boleh bertolak ansur selalunya dalam hal ehwal hutang. Tetapi apabila berada dalam situasi perniagaan kita perlu TEGAS jika terlibat terutamanya dalam urusan memberi hutang.
- Serius dalam tugasan perlu ada kerana masyarakat kita khasnya kaum Melayu, apabila berada dalam situasi pekerjaan masih lagi ada sebilangan yang suka bergurau senda dan menganggap pekerjaan itu boleh dibuat main-main seperti dalam keadaan bersosial.
- Namun apabila dalam situasi yang serius bukan bermakna membenci keperibadian individu yang lain, kembali dalam suasana ceria apabila kita selesai melakukan tugasan yang diamanahkan. Wujudkan dua keperibadian yang berbeza, semasa bertugas dan semasa bersosial.
- Perasaan merajuk sering kali muncul dalam struktur organisasi perniagaan gara-gara silap faham atau tidak puas hati. Jika tidak suka, katakan tidak suka, jika salah katakan salah. Ini bukan bermakna anda membenci keseluruhan sifat orang itu, kita hanya berkata dalam konteks kerjaya dalam perniagaan.
- Hidup dalam masyarakat Melayu, kita sering tersalah tafsir dalam membawa keperibadian mulia seorang Melayu dengan ketegasan dalam menguruskan perniagaan. Ini adalah perniagaan tiada terlibat dalam urusan peribadi.
Posted by
ferouxe on Monday 22 June 2009
Berkomunikasi adalah perkara yang kita semua lakukan dalam seharian. Tajuk komunikasi memberi makna yang sungguh luas megikut skop dimana ia diperkatakan. Kita semua tidak lari untuk berkomunikasi di rumah / sekolah / pejabat / pasar / tempat awam dan dalam segala aktiviti yang dilakukan seharian. Teknologi internet memberikan peluang kepada orang ramai untuk dapat berkomunikasi dengan lebih luas tanpa mengira sempadan.
Komunikasi sungguh penting apabila anda menggerakkan sesuatu organisasi sebagai contoh jika anda sendiri adalah peneraju dalam sesebuah syarikat. Bukan sahaja bahasa komunikasi adalah penting, Malah banyak lagi perkara yang berkaitan komunikasi perlu diambil berat dalam menajamkan kemahiran ini. Perkara yang hendak disampaikan, tujuan penyampaian perkara ini, situasi semasa penyampaian, cara yang hendak disampaikan, baik buruk yang perlu dipertimbangkan untuk menyampai dan keihkhlasan untuk menyampaikan bagi kebaikan semua.
Kita perlu menjadikan komunikasi sebagai salah satu alat yang menyalurkan maklumat penting dan terperinci kepada semua lapisan dalam struktur syarikat anda. Ia sangat penting sebagai penggerak kepada motivasi pekerja untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Mengelakkan konflik disebabkan salah faham akibat komunikasi perlu ditangani dengan sentiasa melakukan komunikasi yang baik dengan rakan niaga / tenaga sokongan syarikat. Kedua belah pihak perlu mengambil sikap tolak ansur bagi menyelesaikan sesuatu masalah semasa melakukan komunikasi.
Tidak dinafikan kejayaan sesebuah perniagaan adalah datang daripada kemahiran peneraju yang berjaya menyampaikan komunikasi dengan jaya kepada pelanggan / rakan niaga dan pekerja bawahannya sendiri. Dia berjaya menarik aura diri dengan cara berkomunikasi yang mampu menawan dan menyenangkan hati si pendengar untuk mematuhi atau “membeli” idea buah fikiran anda.
Kemahiran ini perlu ada bagi anda sebagai usahawan. Dan anda tidak perlu risau untuk memikirkan bahawa ini adalah terlalu besar kepada anda. Mulakan latihan berkomunikasi dengan baik kepada rakan sekeliling anda. Perbaiki sedikit demi sedikit kelemahan yang ada. Ingat kemahiran bukan dilahirkan tetapi ia diasuh sedikit demi sedikit sehingga mencapai puncak yang cemerlang.
Tiada yang mustahil.
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###
Posted by
ferouxe on Friday 19 June 2009
3 D adalah antara ramuan penting bagaimana memantapkan kumpulan pimpinan anda. Membentuk peribadi yang berdisplin (Disciplin), memberikan tugasan dalam sesuatu projek / operasi (Delegate) dan membimbing untuk meningkatkan kemahiran diri (develope).
Tidak dinafikan bahawa kita perlu berdisplin bagi melaksanakan tugasan yang
cemerlang walau dimana organisasi kita berada. Sekolah, tempat kerja, sukan, perniagaan malah angkatan bersenjata semasa berperang memerlukan displin yang tinggi jika mahu menang dalam pertempuran. Menepati masa, mematuhi undang-undang, penampilan yang kemas, bertanggungjawab dengan tugasan adalah antara ciri individu yang mempunyai displin.
D yang kedua adalah (delegate), memberikan tugasan kepada orang bawahan anda dan sentiasa memantau hasil kerja mereka. Tugasan yang diberikan mestilah dibawah kemampuan individu tersebut. Kita tidak boleh hanya memberi tugasan dan menunggu hasil daripada kakitangan pimpinan. Tugas pemimpin perlu memantau segala tugasan yang di arahkan agar tidak lari daripada objektif utama.
Jika mereka sudah mahir dalam tugasan, berikan tugasan yang mencabar bagi meningkatkan kemahiran mereka (develope). Berikan bimbingan dalam proses tersebut kerana membangunkan keupayaan manusia memerlukan kesabaran. Dalam proses untuk mencapai tahap itu, adakalanya berlaku kesilapan yang berulang-ulang kali. Harap dapat maafkan mereka dan berikan motivasi untuk tidak mengulangi kesilapan pada masa akan datang.
Posted by
ferouxe on Thursday 18 June 2009
Nama ahli sains terkenal abad ke 20 (Albert Einstein) ini memang cukup terkenal dikalangan kita dan menjadi bahan contoh dalam pengkajian sains moden zaman ini. Tidak kurang juga rupa paras penampilannya yang begitu pelik dengan rambut yang tidak terurus kadang-kadang menjadi bahan jenaka dalam televisyen.
Albert Einstein adalah orang yang bertanggungjawab membuat penemuan Teori Am Relitiviti yang memberi panduan kepada pengkaji terkemudian tentang keajaiban angkasa, bumi tempat kita tinggal dan segala ruang yang ada jauh dari jangkauan kita.
Beliau juga telah membuka aliran pemikiran sains baru yang menggantikan aliran pemikiran sains yang pertama yang dipelopori oleh Sir Isaac Newton 400 tahun yang terdahulu. Sepanjang hidup, Einstein telah menerbitkan lebih 300 terbitan hasil kajian saintifik dan lebih 150 terbitan hasil kerja bukan saintifik.
Bagaimana keupayaan otak beliau boleh mengkaji dengan menggunakan alam semesta sebagai makmal kajian adalah sungguh menakjubkan. Adakah keupayaan pemikiran beliau yang genius ataupun usaha beliau yang gigih menunggu beberapa siri gerhana matahari untuk membukti kajian beliau disamping menanti 14 tahun untuk mendapatkan pengiktirafan oleh dunia sains.
Roger Federer pemain tenis terkenal dan ranking ke 2 dunia pernah ditanya berkenaan adakah kejayaan beliau kerana genius atau gigih? Beliau menjawab, ”I had to work on my genius,”
Posted by
ferouxe on Tuesday 16 June 2009
Tidak perlu malu menggunakan barangan buatan dalam negara. Kita mempunyai hasil keluaran yang baik dan bermutu dipasaran. Menggunakan produk tempatan adalah tanggungjawab kita supaya wang tidak akan mengalir keluar negara.
Mempromosi produk keluaran dalam negara dengan laungan produk kita bermutu, produk tempatan setanding di antarabangsa dan belilah barangan buatan Malaysia tidak cukup lagi bagi meraih kepercayaan pengguna.
Usahawan kecil / sederhana / besar perlu untuk melakukan beberapa langkah berikut bagi menaikkan mutu keluaran dan perkhidmatan kepada pelanggan :
- Mengawalselia mutu pengeluaran harian untuk memastikan segala produk yang dihasilkan tidak lari dari piawaian yang telah ditetapkan.
- Sentiasa membaikpulih mutu keluaran dari semasa ke semasa. Walaupun produk dan perkhidmatan telah dikeluarkan dalam tempoh yang lama, mutu pengeluaran bertambah baik dari yang lampau
- Mewujudkan persaingan sihat bagi meningkatkan mutu pengeluaran bagi produk.
- Membuat pelaburan semula bagi menaiktaraf pengeluaran setanding produk yang sama keluaran luar negara.
- Memenuhi kehendak pelanggan dan sentiasa meletakkan pelanggan sebagai no satu dalam keutamaan perniagaan.
Oleh yang demikian, apabila anda berjalan-jalan dengan kasut buatan Gombak, sentiasa berfikir dalam minda untuk berkata :
“Tak salah, kasut buatan Gombak kan bagus !!!”
Posted by
ferouxe on Monday 15 June 2009
“Anda tidak kalah walaupun berada di bawah,
Tetapi anda akan kalah, jika tidak mahu bangkit untuk bangun daripada
bawah”
Ingat selalu bahawa jangan terlalu cepat mudah untuk berputus asa, walaupun kegagalan yang ditempuhi terlalu kecil. Tuhan memberikan cubaan dengan memberikan kegagalan untuk kita mempelajari supaya lebih bersedia pada masa hadapan.
Kegagalan adalah satu anak tangga untuk mencapai anak tangga kejayaan. Jika kita sudah berputus asa, bermakna kita tidak mahu melangkah lagi, padahal kejayaan sudah ada satu anak tangga di hadapan mata.
-
Tanamkan didalam minda bahawa kegagalan sebahagian daripada proses untuk mencapai kejayaan
-
Semua orang telah mengalami kegagalan, dan orang yang telah berjaya ialah orang yang berani untuk menerima hakikat kegagalan
-
Kita semua adalah pemenang dan tiada istilah “Pengalah” dalam kehidupan
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###
Posted by
ferouxe on Friday 12 June 2009
Membuat pembayaran cukai adalah tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia bagi menyumbangkan sumber kewangan kepada pembangunan negara. Kutipan cukai akan disalurkan untuk membiayai kos membangunkan kemudahan untuk kegunaaan orang ramai seperti jambatan, jalanraya, dewan serbaguna, sekolah, hospital, gaji penjawat awam dan pelbagai kos yang ditampung untuk meringankan beban kewangan rakyat.
Bagi di negara maju seperti Amerika, sumber cukai ini disalurkan kepada orang miskin / penganggur dalam bentuk elaun. Sungguh menakjubkan. Hasil prestasi ekonomi semasa yang baik akan menaikkan jumlah kutipan cukai dan ini dapat memberikan sumber kewangan yang besar untuk membangunkan negara. Namun ada lagi timbul isu penyalahgunaan kuasa untuk mengaut keuntungan daripada projek tertentu yang menggunakan sumber kewangan negara.
Bagi kita sebagai pembayar cukai, kita perlu tahu prosidur bagi pengiraan cukai dan beberapa pelepasan yang telah diistiharkan oleh kerajaan. Antara pelepasan cukai yang berkaitan dengan pelan insurans dan takaful adalah tidak melebihi RM6000 setahun untuk pembayaran takaful keluarga / insurans hayat / KWSP. Bagi pembayaran takaful pendidikan / takaful perubatan / insurans pendidikan / insurans perubatan; pelepasan pendapatan bercukai adalah RM3000 setahun.
Berbagai lagi pelepasan dan rebat cukai yang diberikan sekiranya kita dapat merujuk manual pengiraan cukai sebelum membuat pembayaran cukai pada setiap akhir tahun. Bagi anda sebagai usahawan, sudah seharusnya anda perlu selalu mengemaskini akaun untuk pengiraan untung rugi pada setiap akhir tahun. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri.