dapatkan sekarang ebook

Archive for May, 2009

Pengurusan Pelaburan

Posted by ferouxe on Saturday 30 May 2009

Lebihan wang daripada pendapatan bulanan, jika disimpan dalam instrumen pelaburan yang sah disisi undang-undang negara kelak akan memberikan pulangan yang lumayan. Malah lebih daripada itu boleh menjana pendapatan sama seperti apa yang dibuat oleh jutawan yang hidup pada ketika ini.

Membuat pelaburan adalah kegemaran oleh masyarakat negara kita. Tidak perlu membuat promosi yang meluas seperti pengurusan risiko, ramai golongan daripada pelbagai lapisan masyarakat inginkan pendapatan daripada pelaburan yang dibuat. Wang akan bekerja untuk kita menghasilkan keuntungan apabila kita membuat pelaburan. Oleh sebab kesedaran itu ramai antara kita ingin membuat pelaburan di saat usia muda lagi.

Namun yang menjadi masalah adalah pelaburan yang dianggap tidak diterima akal peratus keuntungannya. Malah ada syarikat pelaburan di Malaysia yang menawarkan keuntungan melebihi keuntungan yang dijana oleh Warren Buffet; Billionaire dalam bidang pelaburan yang terkenal. Syarikat yang tumbuh sebegini adalah gimik skim pelaburan piramid yang masih lagi mampu menipu daya pelabur.

Bagi seorang muslim, memilih pelaburan yang halal dari segi hukum agama adalah sangat dituntut bagi menyempurnakan kehidupan yang bersih daripada sumber yang meragukan. Pelaburan dalam menurut Agama Islam melarang penganutnya untuk terlibat dalam aktiviti perjudian, arak atau apa yang terlibat dalam penyediaannya dan apa-apa yang tidak jelas dalam proses jual beli.

Bagi anda yang ingin memulakan pelaburan untuk tujuan jangka pendek, sederhana dan panjang, anda dicadangkan agar membuat kajian dan mendapatkan nasihat daripada perunding pelaburan yang bertauliah. Bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diduga untuk masa akan datang, buat pelaburan dalam pelbagai instrumen seperti yang dipesan jangan simpan telur dalam satu bakul yang sama.

Secebis Kisah Arnold Schwarzenegger

Posted by ferouxe on Thursday 28 May 2009

Penulis pernah membaca sedikit gelaran yang pernah diberikan oleh akhbar tempatan kepada Arnold, ia berbunyi seperti berikut :

 Arnold bermula sebagai “nobody” di Austria, datang ke Amerika menjadi “bigbody” dan bekerja keras menjadi usahawan, pelakon dan ahli politik yang tentu  beliau sekarang adalah ”somebody

Arnold melalui liku-liku jalan kehidupan untuk menjadi orang yang berjaya. Pendapatan semasa mula-mula berlakon berbeza dengan hasil yang beliau dapat untuk filem terkini.

  • 1970 : Hercules In New York AS$12,000

  • 2003 : Terminator 3 : Rise of the Machines AS$30juta

Kejayaan yang beliau raih hari ini bukanlah datang dengan sekelip mata. Walaupun filem lakonan beliau memberikan kesan fantasi kepada penonton betapa kuatnya kepimpinan dan pengaruh beliau, usaha yang gigih dan sabar untuk mencapai puncak kejayaan antara prinsip yang beliau telah tunjukkan di dunia motivasi sebenar. 

Posted in Motivasi | Comment

Peluang Atau Halangan

Posted by ferouxe on Wednesday 27 May 2009
Orang yang berfikiran jauh melihat peluang pada setiap kali halangan.

Orang yang berfikiran sempit melihat halangan pada setiap kali peluang.

                                                                         -Sir Winston Churchill

  • Peluang dan halangan adalah dua segmen yang berbeza dalam meniti kejayaan

  • Peluang memberikan satu pengharapan kepada kejayaan

  • Halangan memberikan satu jalan untuk kegagalan

Jangan sentiasa memikirkan halangan kerana corak minda begini akan mengekang diri anda daripada untuk berjaya. Sebaliknya fikirkan bagaimana untuk menghadapi halangan berikut.

Seterusnya selalu fikirkan peluang untuk anda berjaya. Banyak peluang kejayaan yang ada disekeliling kita. Yang penting gunakan peluang yang ada untuk menghadapi halangan.

Posted in Motivasi | Comment

Air Untuk Kesihatan

Posted by ferouxe on Monday 25 May 2009

Kita disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 10 gelas atau 2 liter setiap hari. Disaat cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini, meminum air dapat menurunkan suhu badan yang panas. Bawa sebotol air setiap hari dan jangan menunggu rasa dahaga baru kita meminum air.

Air mempunyai banyak fungsi dalam anggota badan kita. Minum air sekurang-kurangnya 5 gelas setiap hari boleh mengurangkan kanser usus sebanyak 45%, kanser payu dara 79% dan kanser pundi kencing 50%. Jangan bimbang sekiranya anda membuang air kerap kali kerana ia adalah proses semulajadi menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan daripada badan.

Menurut Michael Long Pakar Air Bertauliah WQA yang dipetik daripada Metro Ahad 24 Mei 2009 ruangan Sihat :

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, pembentukan batu karang”

Oleh yang demikian minum air dengan banyak bagi menjamin kesihatan tubuh badan anda. Pastikan juga air yang anda minum setiap hari adalah daripada sumber yang bersih.

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Kesihatan | Comment

Buka Minda

Posted by ferouxe on Friday 22 May 2009

http://www.binausahawan.com/wp-content/uploads/2009/05/usmc_paratrooper.jpgMinda manusia seperti sebuah paracut. Ia sangat berguna sekiranya dibuka. Namun ia tidak dapat digunakan sekiranya paracut itu sendiri tidak dibuka. Bukan sahaja kita tidak dapat memanfaatkan paracut itu, nyawa kita akan terancam jika tidak membuka paracut apabila terbang di awan. 

Buka minda apabila kita berdiskusi, apabila kita belajar dan apabila kita menghadiri mana-mana majlis ilmu. Walaupun kita sudah tahu ilmu yang dipelajari, bersedia untuk mempelajari sekali lagi. Ada ramai guru disekeliling kita dan tentu banyak ilmu disampaikan dengan cara yang berbeza.

Apabila minda kita sentiasa terbuka, maka akan banyak ilmu yang dapat dipelajari dan kita akan dihormati oleh orang lain. Apabila minda kita sentiasa tertutup, pemikiran kita akan sentiasa dalam kebakhilan dan lambat laun akan mudah jatuh terhempas di muka bumi.

Posted in Motivasi | Comment

Aura Motivasi Diri

Posted by ferouxe on Thursday 21 May 2009

Semua manusia mempunyai aura yang akan memberi kesan pengaruh kepada individu yang lain. Ada yang merasai kewujudan dan ada juga yang tidak menyedari. Ia boleh mempengaruhi kepada orang lain samada kearah kebaikan atau sebaliknya. Tenaga dalaman yang terhasil seterusnya memberikan impak kepada orang ramai ini bukan datang secara semulajadi.

Ia telah melalui proses demi proses yang telah dilakukan oleh pemilik aura itu. Melalui proses pembelajaran, pembacaaan, pemerhatian, diskusi dan pengalaman yang dilalui, seseorang individu boleh memberikan satu aura motivasi walaupun anda bukan orang yang terkenal. Aura ini datang daripada hati seterusnya diterjemahkan dengan perkataan dan tindakan.

Pengaruh motivasi positif lebih baik daripada menabur wang di jalanan. Motivasi diri kita akan memberi satu perubahan kepada individu lain. Lebih bermakna jika individu itu mengajarkan perkara kebaikan kepada orang lain pula. Ini menunjukkan nilai anda tidak boleh di bandingkan dengan emas di mata masyarakat.

Jangan gunakan kuasa pengaruh anda untuk mendapat kepentingan peribadi. Ingat, jika kita gunakan kuasa yang dikurniakan untuk perkara kejahatan, didunia lagi tuhan akan menunjukkan balasannya.  Setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikan dan segala kejahatan yang telah dilakukan akan dibalas dengan setimpalnya.

Posted in Motivasi | Comment

Cara Mencorak Minda

Posted by ferouxe on Wednesday 20 May 2009

Apa guna membeli kerusi urut yang beharga lebih RM5000.? Mungkin setengah orang menganggap ia satu pembaziran, baik digunakan duit itu untuk perkara kebaikan yang baik. Namun ada juga yang berfikir perkara sebaliknya.

Bagi orang yang berpendapatan sederhana / rendah berpendapat tidak ada guna membeli kerusi yang begitu mahal berbanding pendapatan yang diperolehi. Minda mereka memberitahu bahawa harga kerusi tidak layak untuknya yang bergaji kecil.

Berbeza dengan orang yang mempunyai minda usahawan. Bagi mereka, kerusi urut adalah penting untuknya. Setelah penat bekerja, dia perlu merehatkan minda dan tubuh badannya. Melalui cara ini dia boleh meningkatkan produktiviti pada hari esoknya.

Untuk mendapatkan kerusi yang mahal, dia perlu bekerja dengan bersungguh-sungguh sebagai usahawan. Merancang jadual harian, bertemu bakal pelanggan, menguruskan perkhidmatan selepas jualan, memperbaiki mutu produk / perkhidmatan dan memantau prestasi semasa perniagaannya.

Bagi anda yang mempunyai corak minda yang biasa maka kehidupan akan menjadi biasa. Tiada cabaran dan tiada ganjaran yang menanti. Bagi anda yang mempunyai minda usahawan, kehidupan akan menjadi luar biasa. Ada penuh cabaran dan ganjaran yang akan menanti. 

Posted in Bina Niaga | Comment

Transformasi Kerjaya

Posted by ferouxe on Tuesday 19 May 2009

Media cetak, media internet dan televisyen telah lama mempromosikan usahawan sebagai kerjaya mencari nafkah. Alhamdulillah usaha keras semua pihak menampakkan sedikit hasil dimana telah muncul usahawan generasi baru. Memang mereka tidak begitu kaya dan ternama, namun penulis yakin 20 tahun akan datang golongan ini akan memandu “Roll Royce” seperti ramainya jutawan Hong Kong yang memiliki kenderaan ini.

Minda golongan muda perlu ada penghijrahan untuk menukar persepsi bagaimana mencari sumber kewangan. Perlu ada perubahan minda untuk berfikir bagaimana mencari sesuap nasi :

  1. Kerjaya sebagai usahawan sama seperti bekerja makan gaji.
  2. Bekerja sebagai usahawan adalah salah satu cara mencari sumber kewangan.
  3. Usahawan perlu sabar dalam menempuhi peringkat awal memulakan perniagaan.
  4. Rebut peluang perniagaan yang banyak di negara kita yang bertuah ini. Jika kita tidak berusaha untuk merebut, orang lain akan mengambil peluang ini.
  5. Tiada istilah mengganggur dalam hidup. Anda berhak mengubah diri menjadi usahawan HARI INI juga.

Oleh yang demikian, tiada isu lagi untuk beratur panjang di bawah panas terik semata-mata untuk mendapatkan kerja yang tawarannya terhad kepada bilangan tertentu. Mulakan kaji selidik mencari peluang perniagaan ini dan penulis yakin bahawa tiada yang mustahil untuk anda berjaya suatu hari kelak.

Kankei (Ikatan Perhubungan)

Posted by ferouxe on Monday 18 May 2009

“Kankei” adalah sebutan Bahasa Jepun yang memberi maksud ikatan perhubungan. Jaringan persahabatan semasa menjalankan perniagaan perlu disemai dengan perasaan tulus ikhlas. Seorang usahawan perlu menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan tidak kira tua, muda, pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Menghadiri pelbagai majlis / kursus / bengkel / mesyuarat dapat memberikan peluang kepada kita untuk mendapat kenalan baru. Ada tokoh motivasi menasihatkan agar sekiranya kita menghadiri perjumpaan ini, kita mesti pulang dengan sekurang-kurangnya membawa balik 5 kad perniagaan daripada rakan baru anda. 

Ikatan perhubungan yang erat bukan sahaja dalam masa bergembira. Atau sering diucapkan kawan suka senang dicari, kawan berduka siapa yang mahu. Kita perlu membantu rakan yang sedang menghadapi kesusahan. Walaubagaimanapun, kita perlu tahu berapa banyak kemampuan kita untuk membantu mereka.

Apa pula tindakan kita sekiranya rakan sendiri melakukan kesalahan?. Telah menjadi budaya dalam masyarakat kita, agak sukar menasihatkan rakan yang telah melakukan kesalahan. Bagi pendapat penulis, bukan hanya ketika rakan mendapat kejayaan kita perlu ucapkan tahniah, namun untuk mengekalkan “kankei” dengan rakan, kita perlu juga menasihatkan rakan kita jika mereka telah melakukan kesalahan.

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Harga Sebutir Berlian

Posted by ferouxe on Thursday 14 May 2009

Semua wanita suka untuk memakai berlian sebagai perhiasan peribadi. Harga yang mahal dan ukiran yang sungguh menarik cukup memberikan kepuasan kepada sipemakainya apabila menghadiri majlis keramaian. Namun tidak semua oang boleh memiliki perhiasan ini kerana bilangan yang terhad tidak mudah untuk didapati.

Melihat balik cara pembuatan, menghasilkan berlian bukanlah kerja yang mudah. Pada asalnya ia adalah batu yang buruk nampak tiada nilai. Tetapi selepas melalui proses demi proses yang lama dan sukar, batu yang asalnya buruk itu bertukar kepada sebiji batu yang amat cantik sekali.

Itu adalah contoh bagaimana nilai seorang manusia kepada mata masyarakat. Untuk memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia, kita seharusnya terlebih dahulu banyak menempuhi proses demi proses yang lama dan sukar.

Kita semua adalah seperti batu biasa yang tidak bernilai pada permulaan. Jika kita sanggup bekerja bersungguh-sungguh, banyak mempelajari ilmu dan sentiasa dengan cabaran, nilai kita akan lebih mahal dari sebutir belian. Terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kesanggupan untuk menghadapi kesusahan pada masa sekarang untuk persediaan pada hari kemudian.    

Posted in Motivasi | Comment