Posted by
ferouxe on Thursday 30 April 2009
Menyediakan perlindungan kewangan adalah salah satu cabang penting dalam perancangan kewangan. Dan sememangnya penulis terlibat secara serius dalam mempromosikan pelan takaful sebagai salah satu sumber pendapatan.
Menyediakan pelan perlindungan kewangan sama seperti menyediakan payung sebelum hujan. Kita tidak tahu bila hujan akan turun dan sama juga kita tidak boleh mengetahui bila diri kita akan menghadapi musibah.
Sebagai persediaan jika berlaku musibah, kita memerlukan pelan perlindungan kewangan takaful yang menyediakan pelbagai manfaat bantuan kewangan sekiranya peserta mengalami musibah seperti kematian, hilang upaya kekal yang menyeluruh, penyakit kritikal dan rawatan penghospitalan.
Pelan takaful juga mempunyai elemen simpanan yang akan memberikan keuntungan kepada peserta. Penyata simpanan, penyata pembayaran dan sijil yang menerangkan butiran terperinci mengenai pelan yang telah disertai akan diberikan selepas permohonan diluluskan.
###BinaUsahawan.com menyediakan penerangan percuma kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelan perlindungan takaful. Sila email kepada : info@BinaUsahawan.com###
Posted by
ferouxe on Wednesday 29 April 2009
Jualan boleh dianggap sebagai permainan nombor. Banyak anda berjumpa bakal pelanggan, banyak kegagalan akan dihadapi. Bukan itu sahaja, kita akan dapat banyak pelanggan dan secara tidak langsung kemahiran komunikasi dalam jualan akan meningkat.
Begitu juga jika anda kurang berjumpa bakal pelanggan, memang logiknya kuranglah kegagalan, tetapi yang perlu diingat kita akan kurang mendapat pelanggan dan secara tidak langsung kita akan kurang peluang untuk mengasah kemahiran komunikasi dalam jualan.
Oleh yang demikian, latihan demi latihan perlu di buat setiap hari. Berjumpa dengan ramai orang setiap hari untuk membuat proses jualan dan perbaiki kesilapan jika dirasakan perlu untuk memahirkan komunikasi jualan. Minta pandangan rakan sekerja dan baca beberapa tips jualan dalam laman web ini.
Posted by
ferouxe on Tuesday 28 April 2009
Memberikan salam, senyuman yang mesra, berbual kasual dan memberikan pujian yang ikhlas langkah pertama sebelum kita membuka perbincangan jualan. Walaupun ia agak remeh apatah lagi jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini, proses ini adalah sangat-sangat penting.
Bisnes memerlukan proses jualan yang sangat bagus untuk menaikkan keuntungan syarikat. Manakala jualan memerlukan tahap komunikasi yang sangat bagus untuk mendapatkan pelanggan. Jangan bimbang jika anda tidak pandai / tidak pernah menghadapi situasi ini. Kemahiran ini boleh diasah tidak kira apa latar belakang asal usul kehidupan anda.
Cuba lakukan bersungguh-sungguh setiap hari tanpa rasa kekok. Memang pada permulaan pujian kita memang nampak tidak ikhlas namun jika latihan demi latihan dibuat setiap hari, anda akan menjadi pakar dalam bidang jualan suatu hari nanti.
Posted by
ferouxe on Monday 27 April 2009
Produk tidak memainkan peranan utama dalam menyediakan prkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Sikap dan tindak tanduk kita kepada pelanggan mencerminkan kehebatan bisnes kita apabila melakukan urusniaga.
4.Bersedia untuk lakukan kerja hingga tamat tugasan
Jangan biarkan kerja ditangguhkan, jika satu kerja tertangguh tidak mustahil banyak lagi kerja akan mula tertangguh satu demi satu. Selesaikan kerja tidak kira jika perlu berada di pejabat lewat malam. Esok akan datang lagi kerja yang baru.
5.Pertumbuhan perniagaan
Memantau peningkatan pertumbuhan perniagaan tahun demi tahun. Jika ada pertumbuhan, bermakna kita sudah ada kemajuan dalam perniagaan.
6.Kongsikan idea baik dengan rakan
Kita tidak akan miskin / jatuh dalam bisnes jika berkongsi ilmu dengan orang lain. Malah jika dilihat golongan ini akan bertambah maju jika sering kali berkongsi ilmu walau sepatah ayat.
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###
Posted by
ferouxe on Thursday 23 April 2009
Filem yang dihasilkan dengan gaya kreativiti dan penceritaan yang kemas tanpa bantuan grafik komputer yang begitu canggih, filem ”Slumdog Millionaire” berjaya mencuri perhatian penonton filem di serata dunia. Mengisah pahit manis perjalanan hidup seorang budak bernama Jamal Malik yang tinggal di kawasan miskin Mumbai, dan sudah menjadi suratan takdir peristiwa dalam kehidupannya menjadi jawapan dalam rancangan kuiz ”Who wants to be a Millionaire” yang disertai oleh Jamal sehinggakan beliau menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Walaupun paparan kisah realiti pelakon kanak-kanak itu sering ditulis dalam dada akhbar saban hari, babak dalam filem ini benar-benar menceritakan kehidupan sebenar orang-orang miskin di India. Mereka hidup dalam kawasan yang mempunyai kepadatan yang tinggi, tiada bekalan air yang bersih dan sukar mendapatkan keperluan pendidikan yang sewajarnya.
Filem ini juga memaparkan bahawa faktor kemiskinan akan membawa kepada banyak gejala negatif seperti sendiket peminta sedekah, samseng, kes-kes kecurian, pembunuhan dan pelacuran. Jurang golongan miskin dengan si kaya yang terlalu jauh akan menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati yang akan membawa kepada huru hara dalam sesebuah negara. Syukur negara Malaysia dilimpahi dengan nikmat yang tidak terhingga.
Bantulah saudara kita yang masih hidup dalam tahap kemiskinan. Tidak kira apa cara sekalipun, bantuan yang diberikan dapat menunjukkan perasaan syukur dengan nikmat yang kita miliki. Segala apa nikmat yang diberikan kepada kita bukan hak mutlak tetapi hanya pinjaman buat sementara. Terpulang kepada kita, adakah kesenangan yang dimiliki hendak dibuat kemegahan kepada si miskin ataupun kesenangan yang kita miliki dapat meringankan beban kehidupan si miskin itu…
Posted by
ferouxe on Wednesday 22 April 2009
Menampilkan ciri profesionalisme dalam kerjaya bukan bermakna kita perlu memakai gajet yang canggih, kenderaan yang berjenama ataupun berpakaian lain daripada yang lain. Diri kita akan nampak profesional dalam kerjaya khususnya keusahawanan jika memiliki ciri-ciri peribadi yang ditonjolkan dalam kerja yang dilakukan.
Berikut adalah antara tips ringkas bagaimana meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya kita :
1.Menepati masa
Sentiasa melihat jam dan aktiviti yang akan dilakukan dalam seharian. Uruskan program yang akan dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan. Rancang perjalanan, jika merasakan perlu menaiki pengangkutan awam, gunakannya.
2.Kerja yang teratur
Susun kerja yang akan dilakukan mengikut keutamaan dan keperluan pelanggan / staf / pihak pengurusan dan lain-lain. Asingkan kerja yang perlu disiapkan mengikut hari dan waktu yang ditetapkan.
3.Bersedia dengan kerja lebih masa
Bersedia jika pelanggan ingin membuat urusan bukan waktu pejabat. Peluang bukan mudah dicari, sekiranya terdapat peluang dihadapan mata, rebut dengan tangkas tanpa membiarkan peluang berlalu begitu sahaja.
Posted by
ferouxe on Monday 20 April 2009
Mencari seorang pelanggan setiap hari, lama kelamaan kita akan mendapat banyak pelanggan kemudian hari. Menulis satu mukasurat setiap hari, lama kelamaan kita akan dapat menyiapkan sebuah buku kemudian hari. Berlatih membuat ucapan sedikit demi sedikit, lama kelamaan kita akan dapat membuat ucapan di hadapan khalayak dikemudian hari.
Kegagalan seringkali berlaku kerana individu tersebut tidak sabar untuk mencapai kejayaan, ingin kejayaan dengan cepat tanpa menunggu masa panjang atau cepat bosan dengan kerja yang sama tiap hari. Kita sering nampak berita kejayaan orang lain terpampang, tapi kita tidak nampak berapa lama dia perlu tunggu untuk mencapai kejayaan itu.
Membuat perkara kecil setiap hari dengan konsisten akan memberikan impak yang besar selepas satu jangka masa. Oleh yang demikian, jangan hiraukan orang lain yang memperli usaha kita walaupun memang pada ketika ini belum ada tanda kejayaan yang kita boleh nampak nampak. Lakukan usaha dengan gigih setiap hari tanpa rasa jemu dan pelajari segala kesilapan yang telah kita lakukan.
Posted by
ferouxe on Friday 17 April 2009
Sebuah buku yang menceritakan pahit maung kehidupan seorang pendakwah terkenal di Singapura. Kisah kehidupan seorang anak yatim ketika kecil dalam keluarga yang besar. Kecekalan ibunya mencari sesuap nasi bagi menyara 7 orang anaknya.
Naskah ini ditulis oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed, seorang pendakwah dan usahawan yang telah menghasilkan banyak produk yang membantu dalam kehidupan muslim. Kehidupan seorang muslim sebagai minoriti dalam negara sekular, bukanlah penghalang untuk mencari ilmu agama dan mengembangkan dibumi sendiri.
Sebagai usahawan produk muslim, beliau berkongsikan kehidupan sebahagian melayu muslim di Singapura yang masih mempunyai ciri-ciri :
- Tiada kesungguhan
- Tidak kreatif
- Tidak efisyen
- Pentingkan diri
- Cepat puas hati
- Boros
Kita perlu sama-sama berubah, dan sering memperingati kepada saudara kita lain agar meninggalkan sifat negatif begini dalam kehidupan kita. Pembaca yang ingin mendapatkan buku ini boleh membeli secara online dengan klik laman web bawah. Isikan tajuk buku sama seperti tajuk post di atas.
http://www.mph.com.my
Posted by
ferouxe on Thursday 16 April 2009
Semasa mengharungi saat sukar kegawatan ekonomi masakini, tahap pengangguran di kalangan pekerja semakin meningkat naik. Berita buruk kepada bakal graduan, graduan yang akan menamatkan pembelajaran ataupun yang sudah bergelar graduan terhormat.
Memang sukar untuk mendapatkan pekerjaan “tahap lima bintang” yang dikatakan berprestij, syarikat ternama dan yang akan menaikkan saham di kalangan anak dara di kampung. Jangan terlalu menjaga prestij sebagai graduan yang hanya mahu kerja dibawah penghawa dingin dan memakai tali leher.
Walhal ramai pendatang Bangla dan Indon yang datang ke negara ini dan dapat menghantar beribu ringgit ke kampung halaman dengan membuat pelbagai kerja. Dan ada diantara pendatang ini juga berniaga kecil-kecilan. Ada yang melakukan secara halal dan ada juga tidak.
Pokok persoalan ialah mencari kerja mungkin agak sukar bagi graduan ketika ini, tetapi peluang mencari wang dengan perniagaan terbentang luas. Tidak perlu memikirkan peluang bisnes hingga ke bintang dan langit, bisnes kecil seperti membeli dan menjual surat khabar lama / botol / besi terpakai pun belum ada diceburi oleh graduan kita.
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###
Posted by
ferouxe on Tuesday 14 April 2009
Sewaktu artikel ini ditulis, penulis masih mempunyai kerja-kerja peribadi yang tertangguh. Ingin servis kereta, beli barangan keperluan di pasaraya dan beberapa urusan lain lagi. Ini menyebabkan kerja-kerja penulisan blog dan buku yang akan diterbitkan terpaksa di tangguh sementara.
Membuat kerja-kerja yang agak kurang produktif lebih daripada kerja produktif menyebabkan produktiviti kita akan berkurangan. Masa adalah emas dan kita semua diperuntukkan masa yang sama. Tidak seperti di Malaysia, jika berada di Korea Selatan terdapat perkhidmatan penghantaran perlbagai yang membantu membuat kerja-kerja kurang produktif dalam hidup anda.
Jika lampu bilik anda terbakar, mereka akan datang dan membelikan lampu yang baru, menghantar sarapan / makan tengahari / makan malam terus kerumah / pejabat anda, membelikan barang keperluan pasaraya untuk anda, mengambil dan menghantar baju untuk dobi dan berbagai-bagai lagi perkhidmatan yang boleh memaksimakan masa produktif kita.
Satu idea yang baik dan mudah untuk dipraktikkan di negara ini. Mungkin akan muncul perbagai syarikat penghantaran pelbagai bentuk tidak lama lagi.