dapatkan sekarang ebook

Archive for March, 2009

Membeli Senang Menjual Susah

Posted by ferouxe on Tuesday 31 March 2009

Memetik kata-kata seorang Billionaire “Perkara yang paling senang di dunia adalah Membeli dan Perkara yang paling susah di dunia adalah Menjual“. Sebab itu ramai yang tidak menceburi kegiatan menjual kerana mungkin sebab ini.

Membeli adalah perkara yang senang kerana kita tidak perlu bersusah payah dalam mendapatkan barangan / perkhidmatan yang diinginkan. Syaratnya perlu ada wang. Namun kini melalui cara kredit kita pun sudah boleh memiliki perabot dengan bayaran ansuran hingga 5 tahun.

Menjual adalah perkara yang sebaliknya, kita perlu bersusah payah mendapatkan pelanggan, memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan, melayan bakal pelanggan seperti seorang raja dan membuat kerja-kerja berkaitan proses jualan ini. Menjual akan mengalami berbagai cabaran turun naik perniagaan, kadangkala untung dan ada ketikanya tiada jualan.

Namun belum ada golongan jutawan mahupun billionaire yang berjaya dengan hasil penglibatan dalam  aktiviti belian. Walaupun dilihat sukar untuk melaksanakan aktiviti jualan tetapi dipenghujung jalan kita akan menikmati hasil tuaian kita. Masih ramai dalam masyarakat kita yang masih lagi malu untuk menjual khasnya di khalayak ramai.

Cuba melibatkan diri dalam proses ini, sabar dengan kerenah pelanggan ataupun orang yang memperli hasil usaha anda. Walaupun hanya bermula dengan menjual barang kecil, saya yakin ini adalah permulaan anda untuk menjadi jutawan yang besar.

Posted in Bina Pasaran | Comment

Membantu mengawal pemanasan global

Posted by ferouxe on Friday 27 March 2009

Kita tidak perlu menjadi pemimpin tertinggi untuk membantu mengawal pemanasan global, tidak perlu sehingga menjadi jutawan baru memulakan langkah mengawal pemanasan dunia. Semua lapisan masyarakat perlu mempunyai rasa tanggungjawab mengawal suhu dunia yang meningkat akibat pembakaran bahan bakar.

Pembakaran bahan bakar menghasilkan karbon monosida yang akan memanaskan suhu dunia dan ini antara penyebab ketidaktentuan suhu dunia akhir-akhir ini. Langkah yang kecil bagi membantu usaha ini boleh menjadikan dunia tempat tinggal kita selamat dan tidak terancam dengan tangan manusia itu sendiri.

Bagaimana kita boleh membantu :

1.Memadamkan televisyen, lampu, penghawa dingin dan komputer di pejabat/rumah jika kita tidak menggunakannya lagi.

2.Gunakan pengangkutan awam seboleh mungkin, elakkan menggunakan kenderaan persendirian jika ke tempat yang sudah mempunyai kemudahan ini.

3.Kitar semula barang yang boleh dipakai seperti kertas, plastik dan lain-lain

4.Gunakan basikal / berjalan kaki jika ingin ke kedai / surau berhampiran tempat tinggal.

5.Elakkan membuat pembakaran terbuka,

6.Menanam banyak pokok dan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada kegiatan yang melanggari undang-undang alam sekitar.

7.Menyertai kempen Earth Hour untuk memadamkan suis elektrik hari esok 28 Mac selama 1 jam bermula 8.30 malam.

Posted in Isu Semasa | Comment

Impian + Tindakan = Realiti

Posted by ferouxe on Thursday 26 March 2009

Semua diantara kita layak untuk memiliki IMPIAN. Daripada golongan kanak-kanak hingga warga emas mempunyai impian dalam hidup walaupun berlainan daripada kebiasaan hidup kita.

Impian ada datang dalam pemikiran seperti angin yang berhembus. Lalu hilang sekelip mata tanpa meninggalkan kesan. Ada impian yang datang ke dalam minda seperti cuaca yang panas, tetapi kembali sejuk di malam hari.

Untuk meninggalkan kesan impian yang mendalam dalam minda kita adalah dengan melakukan TINDAKAN. Melalui perlakuan ini, keinginan untuk mencapai cita-cita akan melekat kedalam kotak minda kita.

Lakukan tindakan untuk mencapai impian itu dengan berterusan walaupun hasilnya belum datang lagi. Apabila kita sudah memulakan tindakan itu bermakna kita sedang menghampiri kemahuan yang diinginkan.

Ada individu yang dapat merealisasikan impiannya dengan cepat dan ada juga individu yang mendapat selepas menanti jangkamasa yang panjang. Walau apa pun tempoh menunggu itu perlu anda nantikan yang pasti apabila impian di susuli dengan tindakan, anda akan menemui REALITI suatu hari kelak.

Mengayuh Basikal

Posted by ferouxe on Wednesday 25 March 2009

Semasa mengharungi zaman kanak-kanak, pengalaman belajar membawa basikal 2 roda adalah ingatan yang tidak dapat dilupakan. Pada permulaan mengayuh sedikit kemudian jatuh, mengayuh sedikit kemudian lagi sekali terjatuh adalah proses pembelajaran ulangan disaat ingin mengikuti rakan sebaya lain berbasikal. Ada ketika rakan menggelakkan diri kita jika lambat berbasikal 2 roda. Namun kita tidak menghiraukan itu semua, yang penting boleh berbasikal dan boleh merayau di sekeliling kawasan rumah bersama rakan yang lain.

Seperti dalam proses ingin memulakan kerjaya dalam usahawan, jika kita kaji hampir kesemua kes, usahawan baru tidak dapat lari daripada gelakan / ejekan / sindiran rakan mahupun keluarga. Tetapi perasaan kita tidak seperti kanak-kanak yang ingin belajar berbasikal 2 roda. Ada yang merajuk lalu kembali ke kerjaya asal tetapi ada juga yang seperti kanak-kanak nakal, terus memulakan kerjaya baru ini.  Sama juga seperti proses berbasikal 2 roda pada permulaan, kita tidak dapat lari daripada jatuh beberapa kali pada peringkat awal pembelajaran dalam usahawan.

Pengalaman kanak-kanak akan berulang semasa menjadi dewasa, tetapi pengalaman yang dilalui di pentas yang berlainan. Namun rintangan dan cabaran yang dihadapi tetap sama pada ketika kita ingin memulakan satu perjalanan yang baru. Teruskan kayuhan basikal anda dengan bersungguh-sungguh dan anda sedang melalui jalan kejayaan setiap hari. Tiada yang mustahil. 

Posted in Keusahawanan | Comment

Perniagaan Internet

Posted by ferouxe on Tuesday 24 March 2009

 Mencipta produk, mempromosi, menjual dan mangaut keuntungan melalui medium internet tidak wujud zaman ibubapa kita dahulu. Namun zaman berubah dengan kemajuan internet kita boleh membeli dan menjual kepada semua orang tiada sempadan di dunia ini. 

Terdapat banyak laman web yang sudah lama bertapak dalam dunia perniagaan internet malah perniagaan bukan online menggunakan medium internet sebagai alat mempromosikan perniagaan mereka.

Laman web www.HaiBiBi.blogspot.com antara laman web baru dibuka sebulan yang lalu. Laman web ini diasaskan oleh dua individu yang menyukai kanak-kanak. Oleh sebab itu mereka berpakat untuk memulakan perniagaan dengan menjual pakaian terpakai bayi dan dilaporkan jualan sangat menggalakkan walaupun laman web ini baru dilancarkan.

Kepada pembaca yang ingin mendapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga yang berpatutan, sila layari laman web ini. Kru BinaUsahawan.com mengucapkan selamat maju jaya kepada usahawan baru ini. Tiada yang mustahil.

Memecat Majikan

Posted by ferouxe on Monday 23 March 2009
  • Ada ketikanya anda merasakan bahawa anda boleh memimpin satu organisasi syarikat yang besar tetapi anda langsung tidak diberi peluang.
  • Ada ketikanya anda yakin dengan kekuatan diri sendiri untuk lebih produktif tetapi anda kalah dalam mainan politik syarikat.
  • Dan ada ketikanya anda mempunyai kredebiliti untuk maju lebih depan dalam syarikat tetapi syarikat tempat anda bekerja tidak boleh bergerak seiring dengan keinginan anda.

Penulis pernah berhadapan dengan pengalaman individu seperti diatas, dan mereka merasakan sudah tiba masanya mereka perlu ”memecat majikan” mereka untuk menubuhkan syarikat mereka sendiri. Kita tidak perlu menunggu majikan memecat kita, tetapi kita perlu bergerak pro aktif untuk membawa keinginan ini menjadi kenyataan.

Namun semangat sahaja tidak cukup untuk memulakan syarikat sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang mantap dalam perniagaan sebagai senjata untuk memulakan kerjaya baru sebagai usahawan. Usaha yang gigih dan bersedia menghadapi cabaran perlu pada permulaan perjalanan ini.

#BinaUsahawan.com memberi peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com #

Mengguna Pengangkutan Awam

Posted by ferouxe on Thursday 19 March 2009

Seramai 6 juta penduduk bandaraya Tokyo menggunakan keretapi sebagai pengangkutan awam setiap hari. Satu angka yang besar dimana ini adalah kehebatan negara Matahari Terbit ini dapat memajukan sistem pengangkutan awam mereka yang dapat menggerakkan ekonomi negara. Selain dapat mengurangkan kesesakan lalulintas, sistem pengangkutan awam banyak memberikan kelebihan dalam menggerakkan penduduk warga kota untuk menjalankan aktiviti harian.

Malaysia sekarang seharusnya perlu memajukan sistem pengangkutan awam (terutama keretapi) kerana terbukti ekonomi bandaraya lain di dunia ini seperti London, Paris dan New York dibantu dengan sistem pengangkutan awam keretapi yang efesien. Jaringan sistem keretapi di Lembah Kelang masih lagi tidak meliputi kesemua kawasan dan ini adalah sukar untuk pengguna untuk berurusan ke tempat yang tiada jaringan keretapi.

Antara berikut adalah kelebihan menggunakan sistem pengangkutan keretapi berbanding menggunakan kenderaan persedirian :

1.Masa yang produktif untuk membaca ketika menaiki keretapi. Memang mustahil untuk membaca ketika memandu kereta.

2.Sebagai senaman ketika berjalan kaki dari rumah ke stesen dan dari stesen ke pejabat.

3.Dapat mengawal masa kerja dengan lebih produktif. Kita boleh menjadualkan waktu aktiviti harian dengan lebih berkesan mengikut jadual perjalanan keretapi itu.

4.Mengurangkan tahap pencemaran yang dikeluarkan daripada ramainya pengguna kereta.

5.Harga hartanah berhampiran stesen keretapi akan meningkat berikutan ramai pengguna akan menaiki pengangkutan awam ini dan ini secara tidak langsung akan memajukan kawasan tersebut.

Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia memulakan projek pembangunan keretapi dalam bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kempen berkongsi kereta yang telah dilancarkan dahulu adalah tidak relevan untuk diaplikasikan pada zaman kini. Ini adalah kerana pergerakan individu dalam sehari berbeza antara yang lain mengikut urusan masing-masing.

Risiko Perniagaan

Posted by ferouxe on Wednesday 18 March 2009

“MemBINA perniagaan adalah risiko. Tetapi lebih malang jika memBINA perniagaan tanpa mengenali apa risiko yang akan dihadapi.”

2 orang graduan merancang untuk membuka sebuah restoran yang di tempat yang dianggap strategik dan dapat menarik ramai pelanggan. Mereka merancang untuk membuat pinjaman sebanyak RM100,000 untuk memulakan perniagaannya. (Plan A)

Peluang A : Perniagaan restoran mereka berjaya.

Risiko A : Perniagaan gagal, mereka terpaksa membayar hutang RM100,000

Disebalik terus memulakan restoran yang besar, 2 graduan ini merancang menjual makanan di pasar malam sebagai permulaan perniagaan mereka. (Plan B). Setelah membuat kajian mereka memerlukan kos sebanyak RM1000

Peluang B : Perniagaan mereka berjaya. Menambahkan cawangan jualan di pasar malam tempat lain. Aliran tunai kuat dan boleh merancang untuk memulakan (Plan A)

Risiko B : Perniagaan gagal dan mereka kerugian RM1000.

Ulasan : Sememangnya kita mahukan mendapat keputusan daripada (Plan A) kerana akan memberikan keuntungan yang banyak daripada (Plan B). Tetapi sebagai seorang yang baru dalam bisnes, tiada dana yang banyak dan tiada pengalaman yang luas dalam perniagaan (Risiko A) akan mudah berlaku dalam diri individu tersebut.

Kita boleh mengurangkan risiko dengan memulakan perniagaan kecil (Plan B)  sebagai permulaan untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Setelah mempunyai aliran tunai yang kuat dan mahir dalam selok belok perniagaan maka tidak salah untuk mencuba (Plan A). Walaupun pada ketika itu (Risiko A) mungkin berlaku, bisnes kita boleh bergerak lagi kerana perniagaan dalam (Plan B) telah kuat dan sedikit sebanyak dapat meringan bebanan kita.

Posted in Bina Niaga | Comment

Motivasi Juara

Posted by ferouxe on Tuesday 17 March 2009

Semasa kita di sekolah, kita diajar untuk tidak melakukan kesalahan. Tetapi apabila kita keluar daripada sekolah kita perlu belajar menerima kesalahan. Apabila kita telah melakukan kesalahan, minda kita sudah tahu apa penyebab kegagalan itu dan kita akan mula mencari formula baru untuk tidak melakukannya lagi. Semasa di sekolah pembelajaran kita terhad kepada 10 subjek hingga 20 subjek mata pelajaran. Namun di luar sekolah kita akan belajar terlalu banyak perkara hinggakan kegagalan itu menjadi guru kepada  jalan kehidupan kita. Tidak kira bidang apa sekalipun; perniagaan, politik, sukan, kekeluargaan, persahabatan dan apa sekalipun, kita patut menerima kegagalan dengan hati yang terbuka.

Tahniah kepada pemain badminton No 1 dunia Dato Lee Chong Wei yang menunjukkan kepada kita kekalahan demi kekalahan kepada jaguh China Lin Dan bukanlah penghalang untuk beliau mengekalkan kedudukan no 1 dunia. Beliau berjaya menewaskan Lin Dan dengan mata 21-16, 21-16 dalam perlawanan akhir Terbuka Switzerland kelmarin. Kali terakhir Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan ialah pada tahun 2007. Walaupun kejohanan ini tidak berprestij berbanding All England, menerima kegagalan yang lalu dengan hati yang terbuka dapat memberikan pangajaran kepada kita untuk berjaya pada masa hadapan. Tiada Yang Mustahil. 

Posted in Motivasi | Comment

Sistem dalam perniagaan (sambungan)

Posted by ferouxe on Monday 16 March 2009

Apabila seorang peruncit ingin menggerakkan perjalanan syarikatnya, maka dia perlu mencari pemborong untuk mendapatkan barangan daripada kilang dengan harga yang murah dan dapat dijualkan kepada pelanggan untuk mendapatkan keuntungan. Dia perlu memastikan stok sentiasa mencukupi dalam rak kedainya, dia perlu memesan stok jika sudah kehabisan, mengawalselia masuk keluar wang tunai dan dia juga perlu memastikan stok dapat dijual dengan membuat promosi di kawasan sekitarnya.

Ini adalah sistem ringkas yang kita boleh kaji dalam contoh seorang peniaga runcit. Pada permulaannya dia perlu menghadapi semua situasi dalam menggerakkan “sistem perniagaan” runcitnya itu. Dia yang merekacipta segala perjalanan perniagaan mengikut kreativiti masing-masing. Apabila saiz perniagaan bertambah besar sudah sampai masanya dia mencari pembantu untuk menggerakkan sistem ini. Usahawan runcit ini perlu mengajar kepada pembantunya bagaimana menggerakkan sistem perniagaan yang beliau telah guna selama ini.

Apabila usahawan runcit ini telah berjaya menurunkan ilmu pengurusan sistem perniagaan itu kepada pembantunya, usahawan runcit itu tidak boleh duduk menggoyangkan kaki sahaja. Beliau perlu membuat perancangan untuk menambahkan cawangan baru bagi membesarkan perniagaannya. Disamping menambahkan cawangan, beliau perlu memantau sistem perniagaan yang sedang bergerak bagi setiap cawangan yang beliau telah wujudkan.

Secara kesimpulannya, memiliki perniagaan bermakna usahawan itu memiliki sistem dalam perniagaan yang beliau wujudkan. Beliau perlu memberikan suntikan idea yang bagus supaya sistem yang menggerakkan perniagaan itu bergerak dengan lancar dan memberikan pulangan yang maksima daripada kos yang telah dilaburkan.