Posted by
ferouxe on Tuesday 30 September 2008
Hari ini hari terakhir umat islam menunaikan kewajipan berpuasa. Esok adalah hari kemenangan kepada mereka yang telah berjuang menunaikan kewajipan ini dengan penuh ikhlas. Tinjauan di bandaraya Kuala Lumpur masih ramai lagi wargakota yang membuat persiapan terakhir sebelum menyambut Aidilfitiri. Di saat akhir ini ramai menggunakan kesempatan mendapatkan barangan dengan harga yang murah kerana peniaga akan menghabiskan stok mereka sebelum beraya.
Dan bagi peniaga-peniaga tetap ataupun sambilan peluang ini tidak boleh dilepaskan. Sudah tentu seperti tahun-tahun terdahulu bulan Ramadhan memberikan peluang perniagaan yang lumayan walaupun keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam tahun ini. Melihat peniaga kecilan seperti menjual makanan, aksesori, hamper, membuat tempahan baju raya dan lain-lain, tentu mereka tersenyum lebar dengan keuntungan hasil perniagaan mereka.
Walaupun bulan Ramadhan akan melabuh tirainya, namun diharapkan peniaga kecilan ini tidak akan melabuhkan perniagaannya. Sebagai contoh peniaga makanan, mereka boleh menggunakan peluang menyediakan katering pada hari terbuka Aidilfitri di syarikat atau perseorangan seterusnya musim kenduri perkahwinan akan menjelang pada akhir tahun ini pasti memerlukan perkhidmatan anda juga. Setidak-tidaknya peniaga kecil yang lain boleh menggunakan keuntungan bulan ini untuk digunakan bagi memulakan perniagaan baru selepas cuti raya kelak.
Posted by
ferouxe on Monday 29 September 2008
Jumlah pengguna kenderaan dijalan raya akan meningkat terutama di musim perayaan sebegini. Kereta, motorsikal, bas, lori dan van menggunakan jalan raya yang sama. Tetapi malangnya sikap dan corak pemanduan berbeza antara kita menyebabkan jumlah kenderaan yang terlibat dalam tragedi kemalangan meningkat di waktu kini.
Rancang perjalanan anda sebelum memulakan pemanduan. Perjalanan yang agak jauh memerlukan stamina terutama jika memandu ketika berpuasa. Pastikan cukup rehat dan jangan memaksa diri untuk memandu dalam jangkamasa yang terlalu lama. Gunakan lebuhraya / jalan raya yang selamat digunakan.
Sudah tentu ramai diantara kita telah melakukan servis dan pemeriksaan kenderaan kita. Ini untuk memastikan kenderaan kita dapat digunakan dengan selamat. Jangan abaikan perkara ini kerana jika berlaku kerosakan ketika kenderaan lain tengah bersesak, ia akan menyusahkan kita dan pengguna yang lain.
Sabar dan tenang ketika memandu. Jumlah kenderaan yang banyak dan sudah tentu jumlah kerenah pemanduan yang berbeza yang anda akan hadapi. Jika anda telah merancang perjalanan, anda tentu boleh memandu dengan tenang tanpa terburu-buru. Sabar dan bertenang juga jika anda menghadapi masalah seperti banjir, kemalangan, kerosakan kenderaan dan berbagai malapetaka yang lain.
Bawa telefon bimbit ketika memandu. Semua diantara kita sudah mempunyai telefon bimbit. Permasalahannya anda terlalu sibuk sehinggakan terlupa untuk mencaskan bateri telefon bimbit anda. Mana tahu anda perlukannya ketika mengahadapi masalah yang tidak dijangka ditengah-tengah lebuh raya di waktu malam. Pastikan telefon bimbit anda dalam keadaan sempurna sebelum bergerak.
Jika anda telah selamat sampai kembali , lakukan lagi pemeriksaan kenderaan sekiranya terdapat masalah yang mungkin akan berlaku. Pastikan anda dapat bekerja semula dengan cukup anggota badan pada minggu hadapan. Selamat memandu.
Posted by
ferouxe on Saturday 27 September 2008
Ahli sejarah telah mengiktiraf bahawa Alexender The Great adalah salah seorang komander tentera yang paling hebat pernah hidup dimuka bumi ini. Walaupun beliau mewarisi bala tentera yang hebat pada usia 23 tahun akibat kematian bapanya Philip 2 pemerintah yang menakluk Greek, Alexander telah berjaya menakluk dan menguasai kuasa-kuasa besar seperti Parsi dan berjaya memperluaskan jajahan hingga Mesir dan India.
Kehebatan Alexander dalam bidang politik dan ketenteraan adalah hasil didikan ilmu oleh Aristotle ahli falsafah yang terkenal zaman itu. Semasa kempen penjajahan beliau, beberapa peralatan peperangan diperbaharui seperti panah biasa telah ditukarkan kepada senapang panah yang memberikan kelajuan dan dikatakan dapat menembusi baju besi tentera lawan. Menyedari kekuatan tentera beliau hanya di darat maka untuk menakluk empayer Parsi beliau menggunakan jalan darat untuk menyerang kerana tentera Parsi sangat cekap berperang dengan kapal di perairan.
Tinggalan empayer setelah kematian Alexander pada usia muda mempengaruhi peradaban dunia sehingga hari ini. Pembinaan teater tanpa menggunakan sistem audio tetapi menggunakan pantulan bunyi bukit sungguh menakjubkan. Perpustakaan diwujudkan untuk mengumpulkan ahli sarjana membuat kajian ilmiah dan membuat beberapa penciptaan terbaru yang mempengaruhi dunia moden kita. Model asal enjin stim telah dicipta pada masa itu memberi sumber inspirasi terhadap penciptaan keretapi.
Dalam zaman moden ini, banyak buku-buku yang diterbitkan mengambil pelajaran daripada teknik peperangan untuk diadaptasikan dalam dunia perniagaan. Teknik peperangan zaman lampau menggunakan banyak kemahiran terhadap sumber sekeliling walaupun teknologi pada masa itu tidak setanding zaman sekarang. Dalam meneraju sesebuah perniagaan ilmu pengetahuan adalah alat utama yang patut dijadikan senjata untuk mengemudi empayer anda.
Yakin dengan kekuatan sendiri pada ketika menghadapi masalah atau saat getir. Banyakkan membaca buku-buku keusahawanan dan blog keusahawanan tentu banyak dalam dunia internet ini. Gunakan masa lapang anda ketika musim cuti ini untuk mencari ilmu pengetahuan ini. Selamat membaca.
Posted by
ferouxe on Friday 26 September 2008
Memandu kereta adalah satu kemahiran yang unik. Kadang-kadang jika kita sudah lama tidak memandu kita akan rasa kurang yakin terhadap pemanduan dan keadaan sekeliling. Ada juga antara kita yang memandu sebagai mengisi masa lapang menikmati udara alam sekitar disamping pemandangan arah tuju.
Keadaan semasa seseorang pemandu berbeza mengikut masa dan tempat. Kadang-kadang pemandu itu baru sampai ketempat baru dan sedang mencari arah tuju beliau (beliau akan menadu dengan perlahan), ada juga pemandu memandu dengan laju kerana kelewatan temujanji, bila mengantuk mungkin akan memandu terhoyong hayang kekiri dan kekanan.
Dan tidak kurang juga yang memandu terlalu perlahan tanpa menyedari dia sedang memandu dilorong tengah, pemandu kenderaan berat memecut dengan laju untuk mengejar komisen pada setiap trip. Jika mengalami tekanan jiwa atau masalah peribadi kadang-kadang pemandu itu akan sentiasa memarahi pengguna yang lain walaupun kesilapan kecil sahaja.
Walau apapun ragam yang kita lihat di jalan raya, kita sebagai pengguna jalan raya perlu menghormati pengguna yang lain. Memandu dengan timbang rasa dan jangan ikutkan perasaan. Macam-macam kerenah yang perlu kita hadapi semasa memandu tetapi yang utama memandu dengan cermat untuk mengelakkan tragedi terutama di musim perayaan ini. Selamat memandu.
Posted by
ferouxe on Thursday 25 September 2008
Bermula hari esok ramai diantara kita yang akan memulakan cuti panjang sempena menyambut ketibaan Aidilfitri. Dikesempatan ini saya mewakili krew binausahawan.com ingin menyusun jari memohon seribu kemaafaan andai kata ada silap dan salah dalam penulisan blog ini yang menyinggung perasaan pembaca semua.
Kepada yang memandu, harap dapat memandu kereta dengan berhati-hati dan jangan jadikan musim perayaan ini berakhir dengan tragedi. Binausahawan.com tetap menemui anda semua pada minggu depan seperti biasa. Jika kampung anda mempunyai kemudahan internet, anda boleh membaca artikel-artikel daripada kami sepanjang minggu depan.
Posted by
ferouxe on Wednesday 24 September 2008
Dalam membentuk organisasi yang mantap terutama bagi anda seorang usahawan ataupun bakal usahawan yang akan membentuk syarikat, memperkuatkan akar dan tunjang syarikat adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Mereka adalah kelompok yang menggerakkan perniagaan anda dan seharusnya anda tidak boleh memandang remeh kepada perkara ini. Banyak kejadian berlaku kejadian seperti kebajikan pekerja diabaikan, bebanan kerja yang tidak munasabah, tiada pengiktirafan kepada pekerja dan lain-lain yang sedikit sebanyak menurunkan prestsi syarikat sedikit demi sedikit.
Untuk menghasilkan buah yang baik daripada pohon yang rendang, seorang usahawan perlulah membajai akar itu dengan nilai-nilai positif dalam menguruskan pekerja-pekerja, membantu mereka jika ditimpa masalah, menjadi pendengar terhadap rungutan mereka, memberi imbuhan yang setimpal dengan kerjaya dan lebih penting menerapkan kesepakatan dalam memajukan syarikat. Perkara yang tidak nampak ini akan membuahkan hasil yang ranum untuk dimakan bersama satu hari kelak.
Tiada yang mustahil
Posted by
ferouxe on Tuesday 23 September 2008
Jika kita ingin mengubah kualiti buah kepada yang lebih baik, ubahkan kualiti akarnya. Jika kita ingin mengubah benda yang nampak, terlebih dahulu perlu kita ubahkan perkara yang tidak nampak. Dalam memperkatakan mengenai pokok, hasil yang kita inginkan adalah buah yang masak, ranum, baik untuk kesihatan dan disukai ramai.
Memperkatakan tentang pokok itu adalah seperti kehidupan kita, buah yang dihasilkan adalah hasil daripada kehidupan kita dan akar ialah apa yang boleh kita jadikan input dalam kehidupan. Proses memasukkan input ada berbagai-bagai cara. Samada kita sedar atau tidak sedar. Berkawan dengan rakan yang suka terlibat dengan gejala sosial meningkatkan risiko kita terlibat dengan gejala sosial. Membaca blog berbentuk keusahawanan meningkatkan kemahiran kita dalam bidang usahawan.
Oleh yang demikian, perkara yang tidak nampak adalah khasiat daripada input yang kita masukkan. Jika kita menggunakan baja yang baik (perkara yang nampak) akan memberikan khasiat/zat (tidak nampak) kepada pokok. Dan seterusnya pokok akan menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Sama juga jika berlaku perkara yang sebaliknya.
Posted by
ferouxe on Monday 22 September 2008
Manusia hidup dengan menghasilkan keputusan (result), sejak kecil lagi kita bertatih untuk berjalan maka apabila sudah dewasa kini kita sudah boleh berjalan. Apabila kita bersekolah, kita diajar untuk membaca maka sekarang kita sudah boleh membaca seterusnya menulis dan mengira. Bagaimana pula dengan hasil lain apabila kita sudah dewasa?
Perumpamaan melihat kejayaan / kegagalan yang dapat boleh diumpamakan seperti memetik buah di pokok. Jika kita lihat sebatang pokok yang menghasilkan buah, maka buah itu adalah keputusan (result) dalam kehidupannya. Jika kita inginkan keputusan yang baik kita tidak boleh menjadikan buah itu baik serta-merta, yang perlu dari mana pokok itu mendapatkan zat untuk menghasilkan buah yang baik.
Buah dikeluarkan daripada dahan-dahan, turun kebawah melalui batang pokok dan seterusnya menjalar ke tanah melalui akar. Oleh yang demikian untuk mendapatkan hasil buah yang baik kita perlu membajai pokok itu dengan baja yang berkhasiat seterusnya akar pokok itu dapat menyedut khasiat baja yang boleh menghasilkan buah yang bermutu tinggi.
Posted by
ferouxe on Saturday 20 September 2008
Pada permulaan tahun ini rakan saya Encik A telah memasang azam untuk menyimpan RM1 setiap hari sebagai tabung simpanan yang akan digunakan pada masa keperluan yang mendesak. Beliau membeli tabung kecil dan disimpan didalam bilik tidur sebagai perancangan azam beliau. Malangnya beliau tiap hari menangguhkan perancangannya kerana pelbagai masalah. Tetapi beliau terus berangan-angan untuk menyimpan satu hari kelak apabila masalahnya telah selesai.
Manakala Encik B mempunyai azam yang sama, beliau juga membeli tabung kecil yang diletakkan di bilik tidur. Setiap hari beliau memastikan menyimpan RM1 sebagai pelaksanaan azamnya apabila pulang dari kerja. Beliau mendisplinkan diri supaya memastikan pelaksanaannya mengikut jadual. Ada ketika beliau tidak dapat menabung kerana menghadapi masalah tertentu, tetapi pada keesokkannya beliau akan menggantikan mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
Kini sudah hampir genap 9 bulan tahun 2008 telah berlalu. Tabung Encik A penuh dengan azam, cita-cita dan perancangan. Tetapi tabung Encik B dipenuhi dengan wang syiling yang disimpan hasil usaha dan displin yang telah dilakukan semanjak awal tahun yang ini. Laksanakan perancangan anda dan jangan bertangguh lagi.
Posted by
ferouxe on Friday 19 September 2008
Ada individu yang ditemui meluahkan bahawa mereka tidak berminat dalam kerjaya yang memerlukan unsur perlawanan atau persaingan merebut keputusan yang baik. Sebagai contoh mereka tidak menyukai kerjaya sebagai jurujual kerana tidak mahu tertekan dengan target jualan yang disasarkan.
Apatah lagi dia tentu tidak ingin menceburi bidang keusahawanan kerana persaingan dalam bidang kerjaya usahawan sangat sengit. Sifat takut kepada persaingan menyebabkan mereka hilang daya saing dan hanya mahu bekerja berkaitan urusan pentadbiran yang “selamat” sehaja.
Persaingan dalam kerjaya atau kehidupan kita adalah lumrah dan anda tidak perlu risau jika kedudukan anda jatuh kebawah. Perkara yang penting ialah menerima kekalahan dengan hati terbuka, mengkaji penyebab, merancang bagaimana untuk memberbaiki kegagalan dan melaksanakan rancangan baru.
Jika kita lihat syarikat besar dinegara kita, menjadikan persaingan sebagai cara untuk mempertingkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan. Krew binausahawan sendiri tidak dapat lari daripada persaingan antara syarikat pengendali takaful, persaingan sesama agensi dan persaingan antara perunding takaful. Jadikan persaingan sebagai pengalaman yang menyeronokkan.