dapatkan sekarang ebook

Archive for August, 2008

Mengenang jasa Tun Abdul Razak

Posted by ferouxe on Sunday 31 August 2008

51 tahun dahulu semasa Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimat keramat MERDEKA sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka, telah bermula tugas seorang insan dibelakang beliau yang  setia membantu membangunkan Tanah Melayu selepas proses menuntut kemerdekaan telah dicapai. Tugas utama Tunku untuk menyatukan rakyat Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Inggeris telah pun selesai.

Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia ke 2 yang juga digelar Bapa Pembangunan adalah salah seorang negarawan yang meletakkan kepentingan pembangunan negara lebih daripada kepentingan diri. Anak kelahiran negeri Pahang, beliau adalah salah seorang pelajar pintar melayu yang pertama mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran ke London dalam bidang perundangan.

Semasa beliau bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri hingga akhir hayat, beliau banyak menyumbangkan dasar-dasar yang menjadi tunjang kemajuan dan perpaduan rakyat Malaysia hingga hari ini. Dasar Pelajaran Kebangsaan mewajibkan semua rakyat Malaysia mempelajari Bahasa Melayu, mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka, menghapuskan kemiskinan dengan pembukaan tanah rancangan, merapatkan jurang ekonomi antara 3 etnik utama di Tanah Melayu dengan menyediakan pelbagai institusi pengajian tinggi.

 Dalam mengemudi kapal beliau juga tidak terkecuali menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan semasa beliau bertugas. Peristiwa berdarah 13 Mei menjadi titik tolak daripada ketidak puas hati antara kaum akibat perbezaan jurang ekonomi, gerakan pengaruh komunis yang telah menular ke Indo China dan penentangan daripada kerajaan Indonesia apabila idea penubuhan Malaysia. Saat paling getir ialah apabila sakit leukemia beliau semakin melarat, tetapi disebabkan keperhatinan kepada rakyat, beliau meletakkan kepentingan rakyat lebih utama daripada sakit beliau.

Seperti pelita yang membakar diri untuk menerangi hidup kami. Itu adalah kata-kata yang dapat mengambarkan keperibadian beliau. Tidak ramai yang tahu sakit beliau hingga rakyat hanya dapat mengetahui berita kematiannya apabila beliau sah menghembuskan nafas yang terakhir pada 14 Januari 1976. Di hari kemerdekaan yang mulia ini mari kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah…

Posted in Khas | Comment

Simpanan melalui Takaful Keluarga

Posted by ferouxe on Friday 29 August 2008

Menyimpan wang untuk masa depan adalah perkara yang sudah menjadi keperluan dalam perancangan kewangan masa kini. Pepatah melayu mengatakan “sedikit-sedikit lama lama menjadi bukit” Tidak kira simpanan untuk tabungan pelajaran anak, simpanan untuk persaraan kelak, simpanan untuk objektif jangka masa yang terdekat, kita perlu membuat simpanan apabila mula memiliki pendapatan sendiri.

Pada masa kini, dinegara kita banyak institusi kewangan yang menyediakan pelan simpanan disamping menawarkan keuntungan yang menarik. Tetapi AWAS!! jika anda didekati orang yang menawarkan pelan simpanan yang memberikan keuntungan yang tidak mustahil pada masa kini, siasat terlebih dahulu asal usul syarikat itu ataupun laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Antara institusi kewangan yang menjadi pilihan untuk membuat simpanan adalah seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Simpanan Tetap di bank dan di syarikat saham amanah. Simpanan melalui pelan Takaful Keluarga juga sudah menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Pelan Takaful Keluarga bukan sahaja tempat untuk membuat simpanan malah menyediakan pampasan kewangan sekiranya penyimpan mengalami kematian, hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal.

Minda seumpama gambar

Posted by ferouxe on Thursday 28 August 2008

Memetik kata-kata mutiara Datuk Dr. Fadzilah Khamsah,  minda kita umpama gambar yang diucapkan oleh perkataan. Memang tepat sekali apa yang difikirkan oleh bijak pandai. Apa yang kita sebutkan setiap hari secara tidak langsung akan membentuk peribadi dan coak hidup kita sendiri.

Sama seperti apa yang dilakukan oleh orang islam, berdoa. Apabila kita berdoa (meminta sesuatu permohonan kepada allah) kita akan berkata-kata. Dan sekiranya kata-kata ini diucapkan berulang kali dengan ikhlas kerana Allah, inshaallah tidak mustahil mustahil segala permintaan kita dimakbulkan.

Jika diaplikasikan dalam kehidupan kita, sekiranya individu itu sering berkata-kata yang tidak baik seperti :  susah lah jadi usahawan, penat lah perlu memikirkan setiap hari, aaaah mustahil untuk buat begini, aku tak mampu buat macam awak…sedikit demi sedikit minda akan membentuk imej orang yang gagal, tidak daya saing, cepat mengaku kalah dan berbagai imej negatif yang akan diterjemahkan oleh wajah kita.

Manakala bagi anda yang sentiasa berkata-kata positif seperti : ya saya mampu buat perkara ini, jangan bimbang kita akan mendapat peluang pada akan datang, kejayaan ditangan kita dan berbagai kata-kata positif yang lain. Maka kata-kata itu akan akan membentuk imej orang yang berjaya, orang yang cekal, orang yang mempunyai daya juang tinggi dalam minda kita. Sedikit demi sedikit wajah dan tingkah laku anda akan membentuk rupa orang yang berjaya.

Sentiasa berkata-kata positif dalam percakapan kita….

Posted in Motivasi | Comment

Konsisten dalam perniagaan

Posted by ferouxe on Tuesday 26 August 2008

Ramai orang memulakan sesuatu dengan jayanya dan ramai orang juga tidak dapat mempertahankan kejayaannya bagaimana dia mula-mula memulakannya. Jangan terikut-ikut dengan kejayaan orang lain tetapi kita perlu mencipta kejayaan sendiri. Tidak tetap pendirian antara dugaan yang sering dihadapi oleh sebilangan usahawan tidak kira dimana jua dia berada.

Semasa zaman permintaan arnab tinggi suatu ketika dahulu ramai ingin menceburi ternakan ini, kemudian timbul pula perniagaan kulat mereka sekali lagi berduyun-duyun menanam kulat. Dan kini pula perniagaan cacing pula ada dimana-mana dengan menawarkan perbagai insentif. Maka kelompok ini berganding bahu bersama-sama mengejar kejayaan orang lain. Dan ada juga yang kes yang lebih malang selepas melompat dari satu perniagaan kepada perniagaan yang lain, mereka bekerja makan gaji.  

Dalam membicarakan mengenai istiqamah dalam perjuangan, sebagai usahawan yang sejati beliau perlu memfokuskan pada perniagaan utama sebagai teras dan melihat perniagaan utama beliau sebagai anak emas yang perlu dibelai hari demi hari. Apa akan jadi jika kita menukar pelbagai perniagaan, ia sama seperti kita menukar anak dan tentu anak itu tidak dapat membesar dengan sempurna.

Posted in Bina Niaga | Comment

Kura-kura vs arnab

Posted by ferouxe on Monday 25 August 2008

Masih ingatkah kisah kura-kura yang berlumba dengan arnab. Satu kisah teladan yang diceritakan kepada kita semua sejak zaman kecil berkisahkan perlumbaan marathon antara kura-kura dan arnab dimana jika dilihat fizikal kura-kura sendiri ia bergerak dengan perlahan manakala si arnab mempunyai kekuatan untuk lari laju. Akibat terlalu leka dan yakin diri akan menang si arnab tidak menghabiskan perlumbaan tetapi berehat dan tertidur sebelum garis penamat.

Akibatnya kura-kura tadi dapat memintas si arnab yang sedang tidur. Maka si arnab menyesal tidak sudah kerana dia kalah kerana alpa dengan kekuatan diri sendiri. Manakala si kura-kura mempunyai jiwa yang rendah diri tetapi tidak mudah mengaku kalah walaupun pada permulaannya jika dilihat daripada struktur fizikal adalah mustahil untuk kura-kura memenangi perlumbaan ini.

Masa telah berlalu, kini kita hidup dengan perlumbaan mengejar kejayaan. Kita sekarang perlu mempunyai pemahaman baru dengan kisah perlumbaan kura-kura dengan arnab. Apa yang dimaksudkan adalah kita perlu mempunyai fizikal dan kekuatan seperti arnab dan pada masa yang sama mempunyai jiwa seperti kura-kura. Perlumbaan mengejar kejayaan bukan hanya mengharap pihak lawan sentiasa lemah bagi membolehkan kita menang. Kita perlu mempunyai persediaan minda dimana kita menang dengan kekuatan diri sendiri. 

Posted in Motivasi | Comment

Kisah tauladan - rajin penentu kejayaan

Posted by ferouxe on Friday 22 August 2008

Puan Fauziah (bukan nama sebenar) adalah pemilik restoran kecil di kawasan Gombak. Beliau berjaya menyewa sebuah kedai dan menjual berbagai hidangan daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Atas keperhatinan kepada rakan-rakan / pelanggan dikawasan sekitar, Puan Fauziah mengajak ramai surirumah yang tidak bekerja untuk membantu membuat berbagai kuih tambahan untuk mempelbagaikan hidangan di restorannya.

Hasrat beliau adalah untuk meningkatkan pendapatan surirumah yang tidak bekerja disekitar kawasan itu.Jawapan daripada pelawaannya agak menyedihkan kerana hampir kesemua memberi jawapan yang negatif malah ada yang mengatakan Puan Fauziah ingin mempergunakan mereka untuk keuntungan sendiri. Ada juga yang berjanji untuk meletakkan kuih tetapi hingga hari ini kuih buatan mereka tidak kunjung tiba.

Dikawasan itu juga ada seorang wanita indonesia yang datang rumah ke rumah menawarkan perkhidmatan mencuci dan mengemas rumah. Perkhidmatan ini banyak membantu kepada keluarga yang suami isteri bekerja sepenuh masa dan tiada masa menguruskan hal ehwal rumah. Harga yang ditawarkan ialah RM30 dan sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. 

Sifat kerajinan yang yang ditunjukkan oleh wanita indonesia ini menunjukkan jika kita ada kemahuan berbagai-bagai cara kita boleh lakukan. Walaupun wanita ini bukanlah penduduk setempat tetapi dengan sifat kerajinan beliau tentu mempunyai pendapatan yang lumayan sekiranya wang hasil upahnya dihantar ke kampung halaman. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.  

Posted in Motivasi | Comment

Syukur dengan rezeki

Posted by ferouxe on Wednesday 20 August 2008

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selepas membaca blog salah seorang rakan yang menceritakan pengalaman beliau semasa bercuti di negara jiran, tersentuh di hati bahawa negara kita penuh dengan nikmat dan kesenangan. Memang sebelum ini banyak rakan memberitahu di negara jiran ini masih ramai orang-orang miskin yang kehulur-hilir meminta sedekah. Mereka ada dimana-mana, dihadapan kedai, disepanjang jalan dan tidak segan silu menghampiri kepada pelancong meminta belas kasihan untuk mengisi perut mereka.

Berbanding dinegara kita, walaupun berbagai cabaran ekonomi yang melanda kita belum pernah melihat situasi sebegini. Jika melihat peminta sedekah dinegara ini pun mereka mewah dengan “pendapatan mereka”, kadang-kadang melebihi kita :-) . Dan melihat peminta sedekah disini, mereka juga ada tapak operasi (selalunya mereka memilih hari Jumaat di hadapan masjid). Mereka juga sudah tahu lokasi masjid mana yang memberi hasil yang baik.

Kesenangan yang dilimpahi patut kita syukuri. Ada berbagai cara kita boleh menunjukkan kesyukuran kita sebagai contoh memberi bantuan kepada yang memerlukan, berjimat cermat dalam belanja dan memperingati antara kita betapa perlunya kita bersyukur dengan nikmat yang ada.

Posted in Khas | Comment

Desakan sebagai motivasi

Posted by ferouxe on Tuesday 19 August 2008

Membaca kisah-kisah biografi usahawan yang berjaya memberi kita satu idea bagaimana desakan hidup untuk mencari sesuap nasi juga mampu mengubah hidup seseorang yang bergelar usahawan yang berjaya. Sebahagian kisah usahawan menceritakan pahit maung hidupnya semasa kecil dan daripada kesulitan ini mendesak fikiran mereka untuk mengubah taraf hidup suatu hari nanti.

Apa yang ada difikiran mereka adalah satu, untuk keluar daripada kepompong kesusahan. Mereka tiada pilihan hanya bekerja bersungguh-sungguh mendapatkan duit dan mengembangkan lagi perniagaan mereka semoga keluarga mereka tidak lagi diselubungi dengan kepayahan hidup.

Bagaimana pula anda yang datang daripada keluarga sederhana ataupun yang berada??? Adakah kesenangan ini boleh mendesak anda bekerja 18 jam sehari??? Orang yang sederhana ataupun yang berada mempunyai banyak pilihan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai contoh simpanan sendiri, pekerjaan makan gaji, harta peninggalan keluarga ataupun mewarisi perniagaan keluarga.

Oleh yang demikian bagi golongan dari kategori yang mampu dalam hidup, mereka perlu memberi desakan kepada diri sendiri agar keluar daripada kepompong kesenangan kerana kemewahan yang berlebihan menyebabkan daya juang / jati diri akan luntur dari diri mereka. Belajar berdiri atas kaki sendiri kerana apabila mewarisi perniagaan keluarga kelak adalah tugas yang benar benar mencabar untuk dikembangkan.

Posted in Motivasi | Comment

Tahniah buat Chong Wei

Posted by ferouxe on Monday 18 August 2008

Tahniah buat pemain badminton utama negara Lee Chong Wei kerana berjaya mendapat pingat perak untuk kontingen Olimpik Malaysia. Walaupun saingan sengit dan permainan laju yang ditunjukkan oleh pilihan no 1 Lin Dan, pemain negara telah menunjukkan kepada kita hasil kerja keras hingga sampai ke peringkat akhir perlawanan badminton perseorangan.

Permainan yang agak berat sebelah banyak memberikan kelebihan kepada Lin Dan yang mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan yang memenuhi stadium. Kita tidak perlu gusar walaupun impian mendapat emas tidak dicapai tetapi kita perlu berpuas hati dengan usaha yang telah diberikan oleh Chong Wei.

Kalah menang memang adat permainan, setiap perlawanan mesti ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Bagi pihak yang menang perlu memikirkan strategik untuk mempertahankan kemenangan pada masa akan datang manakala bagi pihak yang kalah perlu pula memeikirkan untuk memperbaiki kelemahan. Perjuangan adalah perjalanan.

Posted in Khas | Comment

Chong Wei mara ke perlawanan akhir Olimpik

Posted by ferouxe on Friday 15 August 2008

Ketika entri ini ditulis, berita pemain badminton negara Lee Chong Wei telah ditulis sana sini dalam akhbar internet yang memberi liputan pantas berita sukan olimpik didunia. Kemaraan beliau mengubat sedikit kedukaan pasukan Malaysia yang kempunan pingat sejak Olimpik Sydney 200. Teguhkan semangat mu semoga nama anda terpahat sebagai pemenang pingat emas pertama milik Malaysia. Dan sudah tentu anda akan pulang sebagai jutawan baru. Tiada yang mustahil.  

Posted in Khas | Comments ( 1 )