dapatkan sekarang ebook

Archive for June, 2008

Catatan ceramah motivasi - Haji Amran

Posted by ferouxe on Thursday 26 June 2008

Berikut adalah catatan nota ceramah motivasi oleh Haji Amran pada 18 Jun 2008. Beliau merupakan Pengurus Agensi dan berpengalaman luas dalam bidang insurans dan perancangan kewangan. Antara isi utama yang disampaikan adalah ciri-ciri utama seorang perunding takaful yang berjaya. 

1.Non stop prospecting. Proses mencari pelanggan adalah proses yang mesti diulang ulang ulang setiap hari tanpa rasa penat. Ini untuk menjamin kesinabungan pelanggan baru yang akan datang membawa hasil dalam perniagaan.

2.Daily planning. Jangan melakukan perancangan yang  disaat-saat akhir. Rancang aktiviti anda seboleh-bolehnya sehari sebelum dilakukan. Banyak individu yang masih lagi tiada perancangan dalam memulakan sesuatu hari menyebabkan hari-hari yang dilaluinya tidak mendatangkan hasil.

3.Record keeping. Sistem dokumentasi yang tersusun menjamin kelancaran sesuatu perniagaan. Simpan rekod pelanggan di tempat yang selamat dan jika ada maklumat pelanggan dalam perisian, simpankannya di berbagai tempat untuk mengelakkan kerosakan komputer yang selalu digunakan.

4.Continuous servicing. Ramai usahawan bumiputera mengendahkan proses perkhidmatan selepas jualan. Walaupun nampak pada mata kasar perkhidmatan selepas jualan tidak memberi keuntungan besar tetapi melalui pengalaman binausahawan.com sendiri pelanggan yang berpuas hati akan membawa pelanggan baru kepada kita seolah-olah mereka bekerja membantu perniagaan kita tanpa bayaran satu sen pun.

5.Self development programme. Tidak seharusnya kita asyik menghadiri kursus perancangan kewangan atau takaful sahaja. Kita perlu menghadiri seminar / kursus yang memberi motivasi jitu dalam diri walaupun bayaran yang dikenakan sedikit mahal. Inshallah pulangan daripada pelaburan anda sungguh berbaloi. 

Posted in Aktiviti | Comment

Mengenang jutawan besi Malaysia

Posted by ferouxe on Wednesday 25 June 2008

Membaca biografi orang terkenal akan memberi banyak sumber motivasi dalam kehidupan khususnya jika kita membaca kisah usahawan yang berjaya. Membaca kisah pahit maung sebelum bergelar orang berjaya adalah persediaan minda kepada semua usahawan yang ingin mula menceburi bidang ini.

Berita kematian ahli perniagaan Tan Sri Eric Chia yang pernah menggemparkan dengan kes penyelewengan dana Perwaja Steel dilaporkan dalam berita hari ini. Bukan cerita sensasi tentang kesnya yang ingin diulas panjang.

Binausahawan.com ingin mengambil perhatian hasil tulisan dalam utusan online rencana oleh  DALIZA ARIFFIN wartawan utusan yang menceritakan kisah ringkas dan sungguh bermakna pengalaman mendiang Tan Sri Eric Chia semasa menempuhi kesukaran perjalanannya. 

Layari laman web ini untuk membaca kisah lanjut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Posted in Bina Insan | Comment

Melihat 9 ciri juara dalam bidang sukan (Kesimpulan)

Posted by ferouxe on Tuesday 24 June 2008

Pasukan manakah yang akan menjadi juara Kejohanan Bolasepak Euro 2008 yang akan berlangsung Ahad ini?, Adakah Roger Federer mampu mempertahanka gelaran Wimbledon 2008 yang telah bermula semalam?? Mampukah pasukan badminton Malaysia merangkul emas pertama sukan Olimpik Beijing akan datang???

Berbagai kejohanan dilangsungkan dalam setahun kalendar dan adakah kita hanya perlu menjadi penonton dan tukang sorak. Atau yang selalu ada di kedai kopi adalah menjadi pengulas dan pengkritik jika pasukan itu kalah dalam kejohanan.

Dunia sukan sama seperti dunia keusahawanan..Kita tidak boleh sahaja menjadi pengguna yang tahu membeli dan mengeluh jika harga barangan naik.  Disamping isu kualiti, isu halal dan haram dalam produk telah mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Sanggupkah kita hanya tahu mengguna produk halal yang dikeluarkan oleh orang bukan islam..??

Sudah sampai masanya kita berubah kedudukan. Daripada penonton yang menonton dari jauh kepada pemain yang merasai saat getir dalam sesuatu perlawanan. Mulai dengan menjadi pengedar / penjual barangan / produk kewangan yang memerlukan modal yang rendah. Ini adalah langkah pertama anda sebelum menjadi pemain yang terkenal.

Tiada yang mustahil

Posted in Keusahawanan | Comment

Post yang ke 100

Posted by ferouxe on Monday 23 June 2008

Salam kepada semua pembaca binausahawan.com.

Terlebih dahulu ucapan segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah memberikan kita peluang sekali lagi untuk hidup pada hari ini dan dapat melakukan tugasan harian sebagai khalifah di muka bumi ini.

Syukur sekali lagi kerana ini adalah post yang ke 100 bagi laman web binausahawan.com dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pembaca yang menulis email dan sms memberi semangat agar laman web ini diteruskan.

Antara objektif utama laman web ini adalah untuk mempromosikan kerjaya sebagai usahawan. Kerjaya sebagai usahawan adalah setanding malah lebih hebat dengan kerjaya bekerja makan gaji jika kita menceburinya dengan penuh kesungguhan. Selain daripada itu juga kita bertanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi orang islam dengan cara melibatkan diri dalam kerjaya ini.

Berbagai halangan dan cabaran telah ditempuhi tetapi kami tidak akan berputus asa malah akan pergi lebih jauh kehadapan lagi bagi mengukuhkan ekonomi dinegara ini. Tiada yang mustahil.

Posted in Khas | Comment

Melihat 9 ciri juara dalam bidang sukan (3)

Posted by ferouxe on Friday 20 June 2008

Ingin mempunyai kemahiran bermain tennis seperti yang ditonton dalam televisyen kita memerlukan satu skill yang bukannya seperti kita lihat dalam kaca tv. Jika dilihat dalam perlawanan kita begitu asyik melihat pemain terkenal seperti Roger Federer atau Rafael Nadal membuat pukulan-pukulan yang tidak dijangkakan. Ini menimbulkan tafsiran seseorang itu perlu mempunyai tangan yang mantap untuk membuat pukulan.

Antara perkara asas yang perlu kepada bakal pelatih tenis ialah dia perlu mempunyai kemahiran pergerakan kaki yang baik. Selalu dipanggil ” Foot Work”. Pukulan-pukulan yang dibuat adalah tenaga yang dikumpulkan daripada kaki (bila dalam keadaan kuda kuda seperti bersilat) dan dilancarkan kepada tangan dan menghasilkan pukulan yang hebat. Sama juga seperti seorang yang ingin membuat tumbukan dia perlu menumpukan seluruh tenaga dari kaki hingga ketangan supaya tumbukan yang dihasilkan benar-benar kuat. 

Mari kita lihat 3 lagi ciri-ciri seorang yang bergelar juara sukan.

7.Kekalahan adalah perkara biasa. Bagi sesetengah kejohanan seperti badminton dan tennis, kejohanan dilangsungkan dengan kaedah kalah-mati. Jadi, seseorang itu kalah maka dia tidak layak lagi untuk pergi kepusingan yang seterusnya. Maka bukanlah masalah besar sekiranya seseorang pemain itu kalah walaupun dia seorang pemain no 1 dunia. Sama juga seperti dalam kehidupan kita sebagai usahawan, kekalahan ataupun boleh dikatakan sebagai cabaran yang menggagalkan usaha kita bukanlah penamat dalam kerjaya ini.

8.Bersedia dalam pelbagai situasi. Hujan, panas, kesihatan badan, faktor angin, kecederaan, keadaan mental yang tidak stabil adalah antara situasi yang kadangkala datang tanpa diundang bagi seorang bergelar juara sukan. Seorang yang bergelar juara akan sentiasa bersedia dengan pelbagai situasi yang tidak dijangka akan berlaku. Beliau perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan.

9.Perjuangan tanpa henti. Apabila tamat kejohanan juara akan dinobatkan dan seterusnya kesemua pemain akan bersedia untuk kejohanan lain yang akan menyusul tiba untuk mencari juara baru. Bermakna kita perlu berjuang dan terus berjuang tanpa henti dalam kerjaya ini. Kejayaan yang telah dicapai bukanlah penamat dalam kerjaya sebagai usahawan, dia perlu mempertahankan kejayaan dan mempertingkatkan mutu kejayaan pada masa akan datang.

Posted in Keusahawanan | Comment

Melihat 9 ciri juara dalam bidang sukan (2)

Posted by ferouxe on Tuesday 17 June 2008

Bagi kejohanan tenis French Open, gelanggang yang digunakan semasa kejohanan adalah gelanggang tanah liat. Gelanggang ini memberi suatu cabaran kepada sesetengah pemain kerana lantunan bola berbeza seperti bermain di ”hard court” gelanggang tenis biasa yang banyak terdapat di Malaysia. Mari kita lihat 3 lagi ciri-ciri seorang yang bergelar juara dalam bidang sukan.

4.Pengadil mengadili bagi setiap perlawanan. Bagi setiap permainan perlu ada seorang pengadil yang akan mengadili setiap keputusan. Dia juga bertindak mengistiharkan siapa yang akan menjuarai sesuatu kejohanan itu. Kita tidak boleh menobatkan diri sendiri sebagai juara. Pengiktirafan oleh pihak ketiga adalah sangat penting untuk mengekalkan kualiti permainan. 

5.Minda dalam perlawanan. Memiliki badan yang sasa dan tubuh badan yang kuat bukanlah tiket khas untuk dia bergelar juara. Jika kita lihat tidak semua pemain mempunyai bentuk tubuh badan nampak menggerunkan. Jika dari sudut permainan tenis, kita dapat lihat sesetengah pemain menggunakan akal dalam mendapatkan mata pada saat pihak lawan menghadapi kesukaran. Gunakan minda dalam kegiatan harian kita. 

6.Tiada penipuan / rasuah / dadah. Sudah tentu jika anda terlibat dalam segala kegiatan tidak bermoral ini, awal-awal lagi penonton akan menghukum anda. Sama seperti bidang lain, bidang sukan memerlukan penyertaan orang yang mempunyai peribadi yang mulia dan tidak akan bersongkol dengan kegiatan yang boleh mencemarkan reputasinya.

Posted in Keusahawanan | Comment

Melihat 9 ciri juara dalam bidang sukan (1)

Posted by ferouxe on Monday 16 June 2008

Bulan ini kalendar sukan dipenuhi dengan pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Bagi peminat sukan tentu tidak dapat melepaskan peluang melihat aksi-aksi menarik sepanjang bulan ini. Awal bulan ini telah berlangsung kejohanan Tennis French Open. Pada ketika ini Kejohanan Bolasepak Piala Eropah sedang hangat diperkatakan. Pasukan negara mana yang akan menjuarai Piala Eropah kali ini. 

Sementara itu selepas berakhir Piala Euro, kejohanan Tenis Wimblendon akan bermula. Kejohanan Tennis bertaraf Grand Slam selain Australian Open, French Open dan US Open menyediakan hadiah yang besar selain menentukan kedudukan mata bagi ranking pemain terbaik lelaki dan wanita.

Keempat-empat kejohanan Grand Slam ini sering mendapat liputan di televisyen, internet dan akhbar. Bagaimana kita boleh melihat dan mencontohi ciri-ciri seorang juara sukan? Mereka digambarkan sebagai selebriti yang terkenal dan mendapat tajaan oleh syarikat besar tetapi kita kurang mengambil berat bagaimana cerita mereka dalam kerjaya sebagai pemain professional.

Mari kita lihat 9 ciri juara sukan yang boleh kita contohi…

  1. Gelanggang yang sama. Setiap pemain yang ingin terlibat dalam kejohanan akan menggunakan gelanggang dengan saiz yang sama. Tidak kira anda pemain senior / junior / bekas juara / tidak pernah bergelar juara. Tiada pilih kasih dan hak istimewa apabila anda berada dalam sesuatu pertandingan.
  2.  Latihan demi latihan. Siapa jua yang kita sebut apabila mengatakan ahli sukan terkenal bertaraf selebriti seperti David Beckham, Michael Jordan dan Tiger Woods, mereka adalah kelompok yang berlatih bersungguh-sungguh sebelum mencapai tahap kegemilangan mereka sekarang. Kehandalan mereka bukan disebabkan bakat semulajadi yang datang secara tiba-tiba tetapi hasil kerja kuat mereka.
  3. Semangat untuk menang.Kejohanan adalah tempat mengumpulkan pelbagai pemain dan menobatkan seorang pemenang. Oleh yang demikian semua ahli sukan perlu mempunyai semangat untuk menang tiap kali menyertai kejohanan tertentu. Apabila melangkah dalam sesuatu kejohanan kita perlu berfikir untuk menang dan bukan datang untuk main-main sahaja!
Posted in Keusahawanan | Comment

Kerajaan benarkan kakitangan awam buat kerja sambilan

Posted by ferouxe on Wednesday 11 June 2008

Memetik berita terkini daripada Utusan Malaysia Online seperti tajuk tertera di atas adalah langkah wajar yang harus diberikan kepada golongan kakitangan awam sebagai langkah menangani masalah kenaikan bahan bakar yang akan menjejaskan kuasa beli golongan yang berpendapatan rendah.

Pengumuman ini di sampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad tengahari tadi. Binausahawan.com mengalu-alukan berita ini sebagai langkah positif untuk meningkatkan pendapatan semua golongan disamping mewujudkan golongan usahawan secara kecil-kecilan.

Walaubagaimanapun, peluang ini diharap tidak disalahgunakan. Menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja sampingan adalah ditegah sama sekali. Diharap juga tidak menggunakan kemudahan pejabat untuk kegunaan perniagaan sendiri. Pihak syarikat / agensi perniagaan yang mencari bakal usahawan baru seharusnya mendidik bakal usahawan supaya beretika dalam menjalankan urusniaga.  

Peluang terbuka untuk pengambilan usahawan takaful, untuk mengetahui maklumat lanjut sila email kepada saya :

info@binausahawan.com

Posted in Keusahawanan | Comment

Petrol naik, barangan naik, gaji…?

Posted by ferouxe on Tuesday 10 June 2008

Pengumuman kenaikan bahan bakar petrol dan diesel pada minggu lepas telah mula memberi kesan kepada pengguna dalam tempoh minggu ini. Walaupun pemberian rebet tunai kepada pemilik kenderaan persendirian akan diberikan pada Sabtu ini, namun kesan jangka panjang akan memberi tekanan perbelanjaan khasnya golongan yang berpendapatan rendah khusus kepada yang bekerja makan gaji.

Jika sebelum ini penggunakan menggunakan purata RM100 sebulan untuk belanja petrol, sekarang dia perlu memperuntukkan RM140 untuk belanja petrol. Dan jika menggunakan RM200 maka sekarang perlu menambah menjadi RM280, jika RM300 maka  akan meningkat ke RM420. Ini belum dikira barangan kegunaan harian kerana kesemua barangan dibawa dengan menggunakan kenderaan dan ada masanya penjual mengambil kesempatan atas kenaikan bahan mentah ini.

Namun kita tidak boleh asyik bercakap dan terus bercakap perkara kenaikan ini kerana lambat laun kita tidak dapat memperbaiki kewangan dan taraf hidup kita. Tindakan adalah lebih utama daripada mempersoalkan perkara ini setiap hari. Seperti yang diutarakan dalam post yang lalu, tindakan utama dalam menangani masalah ini dengan membuat perniagaan kecil-kecilan dapat meringankan beban khasnya ditujukan kepada individu yang selama ini bergantung pendapatan dengan makan gaji.

Banyak kelebihan yang boleh saya kongsikan memilih kerja sampingan sebagai usahawan takaful, 3 utama yang disenaraikan ialah :

  1. Modal yang kecil dan risiko yang rendah. Perniagaan ini tidak memerlukan kita menyediakan kedai, kos bahan mentah dan peralatan yang beharga ratusan ribu ringgit. Modal permulaan adalah kos untuk mengambil peperiksaan kelayakan + buku rujukan + bayaran kursus berjumlah RM136 sahaja 
  2.  Masa yang fleksible untuk bekerja. Perunding takaful tidak perlu terikat dengan bekerja selama tempoh masa yang di tetapkan. Dia bebas memilih waktu dia ingin berjumpa dengan bakal pelanggan beliau.
  3. Pendapatan pasif selama 6 tahun. Jika perunding takaful berjaya mendapat pelanggan yang mengambil pelan selama lebih 20 tahun, beliau layak mendapat komisen selama 6 tahun selagi peserta takaful menyertai pelan itu.

Peningkatan kos perubatan

Posted by ferouxe on Friday 6 June 2008

Selain barangan keperluan yang akan naik, satu lagi kenaikan yang kita tidak boleh pandang sebelah mata adalah kenaikan kos perubatan. Jika kita tidak sedar kos perubatan meningkat 13% setiap tahun.

Persediaan keperluan untuk belanja rawatan hospital adalah sama penting, walaupun kita yakin diri kita sihat, tetapi apa akan berlaku jika pasangan anda, adik beradik anda atau ibubapa anda sendiri memerlukan rawatan yang memerlukan jumlah RM yang besar.

Sia-sia simpanan anda selama yang sepatutnya digunakan untuk persaraan, tetapi terpaksa digunakan merawat kos penyakit yang dihidapi oleh anda atau saudara yang terdekat. Sesetengah hospital kerajaan menghendaki kita menunggu selama 3-4 bulan walaupun anda mengidap kanser peringkat ke 3. Elakkan mentaliti menggunakan hospital kerajaan sebagai alternatif rawatan yang utama jika kita boleh membuat persediaan awal.

Persediakan diri anda dengan mengambil kad bantuan kemasukan hospital. Kad bantuan perubatan membolehkan kita memasuki hospital swasta yang menjadi panel untuk rawatan segera akibat kemalangan atau sakit. Kad ini mempunyai 5 jenis pelan yang memberi pilihan 5 jenis jumlah perlindungan kewangan ketika memerlukan tatkala musibah datang tanpa diundang.Adakah anda sudah memilikinya???