dapatkan sekarang ebook

Archive for May, 2008

Warisan P Ramlee

Posted by ferouxe on Saturday 31 May 2008

Khamis lalu genap 35 tahun seniman agung P Ramlee telah meninggalkan kita. Walaupun sebahagian besar generasi baru yang tidak pernah hidup bersama dia, karya agung beliau sentiasa mewarnai dalam kehidupan kita. Filem-filem beliau walaupun ditayang berulang-ulang kali tidak pernah rasa jemu untuk menontonnya. Dialog yang disampaikan memberi banyak pengajaran untuk kita semua. Berikut adalah contoh kata-kata yang saya petik daripada antara filem terkenal lakonan beliau :

  • Tajuk Filem : Tiga Abdul
  • Mesej : Pengetahuan mengenali nama negara di rantau lain
  • Dialog : “Afghanistan, Kongostan, Turkistan dan Tanjung Rambutan”
  • Ulasan : Dialog ini dihasilkan lebih 40 tahun lampau dan sudah tentu pada masa itu kurang orang melayu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Ini antara sebab P Ramlee di gelar genius kerana pemikirannya mendahului zaman.

 

  • Tajuk Filem : Seniman Bujang Lapok

  • Mesej : Sindiran sinis budaya menghormati orang lain

  • Dialog : “Lu nama je Melayu, bikin adab pun tak tahu, ada ka panggil Oi Oi apa ni batu greee? kayu greee?”

  • Ulasan : Dialog ini diucapkan kepada Tuan Sikh yang menjaga pagar studio Jalan Ampas oleh Shamsudin yang menemplak kerana Tuan Sikh tidak membalas pertanyaannya. Emmm sungguh sinis sindiran ini. Satu pengajaran untuk semua.

 

  • Tajuk Filem : Ahmad Albab 

  • Mesej : Rasuah

  • Dialog : “Duduk la dulu minum kopi” ” Tak boleh rasuah

  • Ulasan : Ahmad Albab telah menjadi kaya raya,  beliau telah didatangi oleh posmen yang menghantar surat. Posmen menolak ajakan untuk minum bersama kerana tidak mahu dituduh menerima rasuah.  Jangan terlibat dalam rasuah ketika bekerja.

 

  • Tajuk Filem : Ahmad Albab

  • Mesej : Rezeki di tangan Allah

  • Dialog : “Kekayaan kebahagiaan bukan di tangan bapa, tetapi di tangan Allah

  • Ulasan : Bapa mentua membuang ukiran masjid ketika jamuan hari jadi beliau.  Tuhan memberi rezeki, pengantara adalah manusia.

 

  • Tajuk Filem : Nujum Pak Belalang

  • Mesej : Jangan jadi Pak turut

  • Dialog : “Aaaahh tu dia 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing” “Ehh tak nampak pun” “Aaaaa kalau tak nampak tu tandanya anak luar nikah” “Ehhhh nampak-nampak”

  • Ulasan : Ramai orang suka mengejar kisah kejayaan orang lain. Dia tidak membuat kejayaan untuk dirinya sendiri. Jangan menjadi tukang ikut tanpa pendirian teguh diri sendiri.

 

Posted in Motivasi | Comment

40,000 penganggur di Malaysia

Posted by ferouxe on Thursday 29 May 2008

Salam kepada semua pembaca binausahawan.com

Jumlah angka untuk tajuk ini memang semua telah ketahui. Satu jumlah yang besar dan angka ini angka bertambah tahun demi tahun kerana akan muncul lagi graduan yang dilahirkan daripada institut pengajian tinggi.

Persoalannya, adakah jumlah bakal pekerja melebihi pekerjaan yang ditawarkan??? atau penganggur itu memilih kerja yang diminati sahaja??? ataupun graduan menganggur ini tidak mempunyai kelayakan dalam pekerjaan itu???

Mencari nafkah bukan hanya dengan bekerja makan gaji, bekerja daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang…Banyak rezeki boleh diperolehi dengan menjadi usahawan. Dan sudah tentu binausahawan.com sedia membantu anda yang menganggur…

Posted in Khas | Comment

Umpama perlumbaan marathon

Posted by ferouxe on Monday 19 May 2008

Menjadi seorang usahawan bagai seorang pelumba marathon. Dia perlu berani merempuh perjalanan yang jauh. Dia tidak boleh manantikan kejayaan hanya dengan berlari 1-2 kilometer. Bukan seperti pelumba jarak dekat yang perlu menumpukan perjalanan yang pendek. Pelumba marathon tidak boleh lari pantas dan laju untuk perjalanan sejauh 30 - 40 kilometer…

Kelak akan binasa badannya dan tidak akan sekali dia boleh memenangi perlumbaan itu. Untuk menjadi seorang pelumba marathon, syarat utama adalah ketahanan untuk mengharungi perjalan yang panjang. Perjalanan yang mengambil tempoh yang panjang tidak akan lurus dan selesa. Kita akan mengharungi jalan yang berliku, keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaan persekitaraan yang turut sedikit-sebanyak mengganggu perjalanan kita dan diri kita sendiri yang juga terlibat dalam gangguan ini.

Meletakkan kedalam minda bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Untuk menjadi pemenang didalam perlumbaan marathon, kita perlu mematuhi peraturan perjalanan perlumbaan. Tidak boleh menggunakan jalan pintas, jika membuat demikian penyertaan kita akan dibatalkan. Jika ada pelumba berjaya menggunakan jalan pintas sekalipun, lambat laun orang ramai akan mengetahui juga dan diri kita tidak akan digambarkan sebagai pemenang.    

Perjalanan yang panjang dalam perlumbaan marathon menuntut kita supaya menyediakan kekuatan fizikal dan mental. Fizikal dalam erti kata mempunyai kesihatan tubuh badan yang maksima, menjaga pemakanan dengan baik, boleh bergerak dengan pantas dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain, dapat menghindarkan diri daripada penyakit dan boleh melakukan pekerjaan dalam tempoh yang lama.

Kekuatan mental juga tidak kurang penting juga. Persediaan mental dan rohani diperlukan tatkala berlaku kegagalan yang memang akan dilalui oleh setiap usahawan. Sentiasa bersedia melakukan apa sekalipun tindakan jika keadaan sekeliling berubah. Kesabaran adalah kunci utama kerana diingatkan semula ini adalah perjalanan yang jauh. Ada situasi memihak kepada diri kita dan ada situasi memihak kepada orang lain. Ada masanya kita menang dan ada masanya kita kalah. Anda perlu bersabar…

Satu perlumbaan yang betul memenatkan jika anda ingin menceburi bidang keusahawanan. Dalam mengharungi perlumbaan yang maha dahsyat ini ada yang bermula dengan pecutan yang sangat laju, memperlahankan ketika pertengahan jalan dan berhenti pada pertengahan jalan itu akibat keletihan. Ada juga yang bergerak perlahan, dan sehingga hari ini perjalanannya masih perlahan. Tapi nampaknya semacam tak bergerak langsung.

Mulakan perlumbaan keusahawanan anda dengan konsisten sampai bila-bila….tiada yang mustahil..

Posted in Keusahawanan | Comment

Si pencuri motivasi

Posted by ferouxe on Thursday 15 May 2008

Pada zaman yang serba canggih ini, banyak perkara motivasi yang ada disekeliling kehidupan kita. Hanya dalam lingkungan internet ini sahaja kita boleh mendapat beribu-ribu lama web yang menceritakan perkara motivasi. Perkembangan ini sungguh bagus untuk meningkatkan tahap kualiti kehidupan masyarakat kita.

Tidak kira adik-adik disekolah, mahasiswa di pusat pengajian tinggi, rakan-rakan / abang / kakak yang sedang bekerja, kita akan sering diberikan kursus motivasi oleh guru / pensyarah /  majikan kita. Ada kalanya cerita-cerita motivasi juga dihidangkan untuk menaikkan semangat kita untuk belajar atau bekerja.

Sama seperti pencuri yang mencuri wang atau harta benda. Pencuri motivasi lebih bahaya daripada golongan pencuri yang tradisional ini. Mereka berada dimana-mana ; di pejabat, di bilik kuliah. di kedai mamak. di pasaraya malahan tidur sekatil dengan anda setiap malam. Hati-hati kerana mereka tidak mahu melihat kesungguhan anda untuk bermotivasi. Mereka mencuri bukan dengan senjata tetapi hanya berkata seperti sedemikian :

Eleeehh kau mana boleh buat macam tuu…

Emmmmm jangan mimpi la..kau bukan pandai cakap orang putih

Kesian…takde kerja lain yang mulia daripada berniaga kat pasar malam ni…

Takyahhla buat kerja ni, awak dah tua…

Mustahil…orang kita mana pernah buat lagi kat luar negara..

Jauhilah daripada golongan ini, jika anda ada kedengaran suara-suara yang berkata sedemikian atau mempunyai maksud yang hampir sama, mereka bertujuan untuk mencuri motivasi diri anda.

Posted in Motivasi | Comment

Harta sudah banyak

Posted by ferouxe on Monday 12 May 2008

“Saya sudah ada banyak duit dan harta, tidak perlukan perlindungan kewangan lagi”

“Saya sudah mengambil berbelas sijil perlindungan takaful, cukuplah”

“Perniagaan saya sudah cukup memberi penghidupan kepada anak-anak saya jikalau saya sudah tiada”

Mengambil pelan takaful keluaraga bukan sahaja untuk perlindungan kewangan keluarga seperti yang diungkapkan dalam ayat-ayat diatas. Ada lagi motif utama untuk menyertai pelan ini khas jika kita mempunyai kewangan yang berlebihan.

…..Membuat kerja amal.

 Jika kita mempunyai kewangan yang kukuh, menyertai pelan takaful boleh disampingkan dengan kerja-kerja amal. Simpanlah setiap bulan kerana melalui simpanan ini sebahagian akan didermakan ke tabung perlindungan. Dan sekiranya kita ditakdirkan tiada lagi didunia ini, wariskan manfaat pampasan takaful kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.

Rebut peluang bukan tunggu peluang (Kesimpulan)

Posted by ferouxe on Saturday 10 May 2008

Berbanding dengan usahawan yang berjaya pula, mereka sentiasa merebut peluang-peluang baru. Melalui proses yang sama mereka merebut peluang tidak kira peluang itu peluang keemasan ataupun peluang yang biasa-biasa sahaja. Ini menjadikan hasil perniagaan mereka bertambah maju tahun demi tahun.

Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang sedang berjalan di Kuala Lumpur pada ketika ini adalah salah satu peluang yang kita semua patut rebut. Industri barangan dan perkhidmatan yang halal mempunyai masa depan yang cerah kerana populasi muslim yang besar di serata dunia menginginkan satu produk yang halal dan bebas daripada unsur riba. Seharusnya anda sebagai usahawan ataupun bakal usahawan merebut peluang ini kerana jika anda tidak bertindak, orang lain yang akan merebut peluang ini daripada anda.

Oleh yang demikian, kita sebagai usahawan seharusnya menghayati ciri keusahawanan ini dengan sepenuh hati. Rebut peluang yang ada disekeliling kita dimana kita berada. Jangan nantikan cuaca sudah cerah baru ingin membuka kedai.

Posted in Keusahawanan | Comment

Rebut peluang bukan tunggu peluang (2)

Posted by ferouxe on Thursday 8 May 2008

Sememangnya setiap hari kita akan berhadapan dengan berbagai peluang. Kadang-kadang kita dapat menggunakan peluang itu dengan baik dan kadang-kadang berlaku sebaliknya. Peluang keemasan tidak akan datang beribu kali dalam kehidupan kita. Berbanding peluang yang bukan keemasan, ia bukanlah tidak bernilai, tetapi jika dihimpun sedikit demi sedikit nilaiannya melebihi nilai peluang keemasan.

Oleh yang demikian antara ciri awal usahawan yang gagal ialah dia sentiasa menunggu peluang. Dia bukan sahaja menunggu peluang keemasan datang kepada dia tetapi dia juga menunggu peluang biasa datang melayang ke tempatnya. Menunggu pelanggan datang ke kedai tanpa membuat promosi perniagaan, menunggu cuaca elok tetapi sebenarnya boleh menggunakan kenderaan alternatif sebagai pengangkutan, menunggu harga bahan mentah jatuh tetapi bahan mentah lain masih boleh digunakan, menunggu 1001 keadaan / situasi baru ingin memulakan perniagaan.

Sifat negatif yang patut dihindarkan seperti ini akan menjuruskan kita sebagai usahawan yang gagal. Dia awal-awal lagi gagal kerana menunggu peluang datang kepadanya. Kita sebagai usahawan yang cemerlang kita perlu merebut peluang seakan-akan anak ayam  yang kelaparan. 

Posted in Keusahawanan | Comment

Rebut peluang bukan tunggu peluang (1)

Posted by ferouxe on Wednesday 7 May 2008

Peluang ada dimana-mana. Peluang untuk belajar, peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi, peluang untuk bersosial dan berbagai lagi. Dalam konteks keusahawanan, peluang memulakan perniagaan terbentang luas di negara ini.

Kerajaan khasnya telah menyediakan pelbagai peluang untuk memulakan perniagaan. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai asas perniagaan seminar-seminar dan kursus memulakan perniagaan disediakan. Bantuan kewangan pun disediakan bagi yang tidak mempunyai modal permulaan.Pesekitaran perniagaan dinegara kita masih berupaya untuk memberi peluang rezeki yang melimpah ruah.

Kemajuan internet pun sama memberi kita peluang membuat perniagaan jauh beribu batu dari komputer kita. Kita boleh mempelajari pelbagai ilmu daripada internet dengan percuma yang suatu ketika dahulu adalah mustahil untuk didapati. Binausahawan.com juga memberikan peluang kepada individu yang ingin menghampiri dunia keusahawanan. Tips dan perkongsian pengalaman daripada kami dapat melengkapkan diri sebagai ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan di alam realiti.

Posted in Keusahawanan | Comment

Hilangnya sebuah permata

Posted by ferouxe on Saturday 3 May 2008

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Kehilangan beliau begitu tidak disangka pada mulanya kerana pemergian ke Amerika Syarikat adalah untuk membuat pemeriksaan rutin isterinya yang mengidap penyakit kanser payu dara.

Pemergian beliau turut dirasai oleh ramai tokoh koporat tanahair yang menyifatkan beliau salah seorang yang menaikkan imej Malaysia dalam bidang industri automotif. Mempunyai sifat yang kuat bekerja, allahyarham memulakan perniagaan menjual kereta terpakai pada ketika usia 21 tahun dan hingga hari ini Kumpulan Naza mempunyai mempunyai 14 cabang perniagaan, antaranya perdagangan kereta dan motosikal, pembuatan, kejuruteraan, perladangan, kredit dan pajakan, hartanah, operasi perhotelan, makanan serta agensi insurans.

Beliau bukan sahaja meninggalkan aset perniagaan berjuta ringgit tetapi aset yang paling mahal adalah kegigihan beliau mengembangkan perniagaan yang sepatutnya kita contohi dan teladani. Kegigihan beliau dalam perniagaannya menaikkan nama beliau antara usahawan melayu yang berjaya dalam bidang industri automotif.

Mari kita sedekahkan surah Al-Fatihah dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

Posted in Khas | Comment

Sebab Mendapat Berkat

Posted by ferouxe on Saturday 3 May 2008

Rezeki yang kita cari sepanjang hari mestilah dengan niat untuk mendapatkan keberkatan. Tidak berkat rezeki itu jika kemewahan yang didapati menyebabkan kita semakin hari semakin lalai dengan suruhan Allah. Oleh itu mari kita bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam dengan niat rezeki yang didapati akan mendekatkan diri kita dengan perintah Allah. Berikut adalah sambungan sebab mendapat berkat :

1.Niat kerana Allah

2.Bertakwa

3.Membaca Al-Quran

4.Berdoa

5.Tidak kedekut

6.Mengikut sunnah

7.Istiqamah

8.Tidak meminta

9.Infaq

10.Mendirikan solat

11.Sentiasa beristighfar

12.Bertawakal kepada Allah

13.Jujur dalam muamalat

14.Melaksanakan kerja di awal pagi.

Posted in Khas | Comment