dapatkan sekarang ebook

Archive for April, 2008

Gagal selepas 1000 kegigihan

Posted by ferouxe on Tuesday 29 April 2008

Sebagai seorang usahawan yang bekerja keras setiap hari untuk mengejar kejayaan, dia tidak akan lari daripada menemui kegagalan. Ada ketika anda merancang dengan teliti dan berusaha dengan gigih tetapi tidak seratus peratus yang dapat.  Dan ada ketika anda lipat gandakan usaha untuk kali kedua tetapi terus gagal tidak seperti yang diimpikan.

Pada saat ini, sebagai muslim kita perlu menerima ketentuan ilahi bahawa segala apa yang dirancang akan ditentukan oleh yang maha esa. Kita fikir sudah gagal tetapi ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih gagal daripada diri kita. Sentiasa muhasabah dan reda dengan ketentuannya.

Langkah kedua perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi. Memang ada individu tertentu yang apabila hilang sabar dia lupa segala-galanya. Dia fikirkan dengan memarahi orang lain akan menghilangkan kesabarannya. Tidak…kita perlu beristighfar dan duduk bertenang memikirkan kenapa berlaku kegagalan sedemikian rupa.

Seterusnya carilah rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk berkongsi kesedihan anda. Jika kita menyimpan kesedihan dalam jiwa kelak akan merosakkan badan. Luahkan perasaan dengan rakan / pasangan / ibubapa. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan-rakan seperti bersukan, berkelah, melancong dan lain-lain. Aktiviti yang menyeronokkan sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan kita. 

Posted in Motivasi | Comment

Berpandangan jauh dalam membina perniagaan

Posted by ferouxe on Friday 25 April 2008

Sememangnya tugas membina empayer perniagaan bukan kerja yang mudah. Banyak rintangan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh insan yang bernama usahawan sebelum mengecapi kejayaan. Bermula dengan syarikat kecil yang diuruskan oleh seorang, maju setapak ke saiz yang sederhana dengan memiliki berpuluh atau beratus pekerja dan pergi lebih jauh dengan memiliki aset perniagaan jutaan ringgit. Begitulah perjalanan yang harus diimpikan hari demi hari.

Tiada jalan singkat dalam menuju ke destinasi itu, hanya kesabaran dan usaha yang gigih yang perlu di laburkan setiap hari. Perlu diingat ini adalah satu perjalanan yang jauh dan seorang usahawan perlu memikirkan lebih jauh daripada perjalanan yang harus ditempuhi. Sememangnya sukar untuk dizahirkan makna ini dengan perkataan, melainkan anda menceburi bidang ini anda boleh betul-betul merasai keadaannya.

Dia perlu merancang pentadbiran yang lebih cekap apabila saiz perniagaan yang membesar hari demi hari, dia perlu membaiki mutu perkhidmatan untuk mengekalkan kesetiaan oleh pelanggan, dia perlu mencari peluang-peluang perniagaan / pelaburan baru untuk mengembangkan empayer perniagaan, dia perlu sentiasa melihat persaingan yang ada disekelilingnya dan dia juga perlu membuat persediaan apabila berlaku perkara yang tidak disangka. 

Ambil masa tidak kurang 1 jam untuk memikirkan sendiri atau dengan pasukan anda. Dengar pandangan dan luahan orang lain kerana kita banyak belajar dengan mendengar daripada bercakap. 

Posted in Bina Niaga | Comment

Kecekapan melaksanakan tugas

Posted by ferouxe on Thursday 24 April 2008

Sebelum pergi jauh membincangkan pengurusan syarikat gergasi, mari kita melihat kemahiran kecekapan bekerja oleh diri kita sendiri. Jika kita sendiri tidak cekap bekerja bagaimana hendak mengetuai pasukan yang mempunyai beribu malah puluh ribu pekerja di serata dunia. Semua ini bermula dengan individu yang bernama saya.

Antara kecekapan yang ingin dibincangkan sebagai contoh bagaimana berurusan dan melayani kerenah pelanggan. Ia bermula apabila kita menerima permasalahan dari pelanggan, menyelesaikan permasalahan pelanggan dan memaklumkan kembali keputusan kepada pelanggan. Kecekapan menyelesaikan masalah dengan pantas adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh diri kita.

Memang satu kerja yang tidak mudah kerana masalah bukan hanya satu / dua  / tiga malah berpuluh-puluh dalam sehari. Oleh yang demikian meletakkan keutamaan dalam menyelesaikan kerja-kerja harian perlu dititik beratkan. Lebih-lebih lagi jika diri kita seorang sahaja yang menjadi peneraju syarikat, tentu memenatkan pada permulaan.

Pelanggan adalah penyumbang pendapatan kepada kita. Jikalau pelanggan tidak suka dengan barangan atau perkhidmatan kita, mereka akan pergi jauh daripada perniagaan kita. Melayani permasalahan pelanggan memang memenatkan, tetapi jikalau kita dapat memenuhi kehendak mereka dangan cepat dan pantas, tidak ragu-ragu lagi mereka adalah “ejen pemasaran” barangan / perkhidmatan kita yang tidak dilantik.

Posted in Bina Niaga | Comment

Membina diri sendiri

Posted by ferouxe on Wednesday 23 April 2008

Membina perniagaan sendiri sehingga maju kehadapan adalah impian oleh semua usahawan tidak kira berada dimana sekalipun. Memajukan perniagaan sendiri memerlukan pengorbanan yang tidak terhingga seakan memelihara anak kecil hingga melihat dia berjaya dewasa kelak.

Seorang usahawan perlu mempunyai pelbagai ciri seperti mempunyai kepimpinan dalam pasukan, pengurusan perniagaan yang cekap, nampak sasaran dihadapan, sentiasa merebut peluang yang ada, mempunyai wawasan, pemikiran yang kreatif, percaya kepada kekuatan sendiri dan banyak lagi yang melibatkan perniagaan yang dimiliki olehnya.

Namun ilmu ini tidak boleh dikuasai dalam masa yang singkat. Anda perlu sabar menghadapinya setiap hari. Walaupun sebesar mana perniagaan yang kita usahakan, mulakan dengan membina diri sendiri. Sangat bagus jika kita memulakan perniagaan kecil yang diusahakan oleh anda sendiri. Dengan kata lain anda bos dan juga anda kuli.

Dalam peringkat ini anda dapat menguji kekuatan anda menguruskan perniagaan kecil anda sendiri. Inshaallah jika anda tabah menghadapi saat-saat yang sukar, tiada yang mustahil untuk menguruskan perniagaan sederhana seterusnya perniagaan besar yang mempunyai berpuluh ribu pekerja akan menjadi kenyataan.

Ruangan baru : Bina Niaga

Posted by ferouxe on Monday 21 April 2008

Secara rasmi, hari ini satu lagi ruangan baru yang melengkapkan panduan tips membina kerjaya sebagai usahawan dilancarkan. Ruangan ini dinamakan Bina Niaga. Ini boleh dimaksudkan sebagai Business Admin, memberi tips-tips ringkas bagaimana menguruskan perniagaan dengan cekap.

Membina perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Ramai orang hanya mengetahui KEJAYAAN MANIS bergelar usahawan yang berjaya. Tetapi dalam menempuhi liku-liku sebelum mengecapi kejayaan seorang usahawan perlu mentadbir dan membina satu pasukan perniagaan yang dinamik. Pengalaman dan ilmu menguruskan perniagaan perlu kita kaji dan kongsi bersama.

Gabungan tips 1. Bina Insan : membina modal insan dalam syarikat, 2. Bina Pasaran : menumpukan aktiviti pemasaran dan jualan dan 3. Bina Niaga : Bagaimana membangunkan dan mentadbir perniagaan, sedikit sebanyak diharap dapat menjadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin mempelajari ilmu keusahawanan. Selamat berjaya!!!

Jualan memenuhi permintaan

Posted by ferouxe on Friday 18 April 2008

Aktiviti jualan mempunyai hubung kait rapat dengan belian. Apabila kita menjual bermakna kita menawarkan barangan / perkhidmatan. Dan apabila kita membeli kita meminta barangan / perkhidmatan. Oleh yang demikian penawaran dan permintaan akan merubahkan harga barangan tersebut.

Sejak zaman dahulu hingga hari ini, barangan yang dijual akan memenuhi kehendak yang diperlukan oleh setiap manusia. Tentu sekali apabila lapar kita memerlukan makanan, cuaca sejuk menghendakkan kita membeli baju panas, memerlukan rumah untuk sebagai tempat perlindungan. Dewasa kini banyak barangan / perkhidmatan yang telah menjadi keperluan asas di zaman serba canggih ini. Kita memerlukan telefon bimbit, komputer, internet dan kenderaan untuk pergerakan.

Apabila kita membuat keputusan memulakan perniagaan, bermakna kita akan membuat jualan, dan apabila kita membuat keputusan memulakan jualan carilah barangan yang memenuhi permintaan pasaran diluar. Menjual bukanlah meminta-meminta wang dari orang ramai seperti yang sering dilihat, fenomena ini menyebabkan orang akan merasakan menjual satu pekerjaan yang “low class”.

Buangkan persepsi ini kerana apabila kita menjual, kita memenuhi permintaan keperluan orang lain. Pekerjaan ini adalah mulia jangan memandang hina orang menjual walaupun menjual kerepek di ATM bank pada waktu malam…. 

Posted in Bina Pasaran | Comment

Mengenali aktiviti jualan

Posted by ferouxe on Thursday 17 April 2008

Proses menjual tidak kira menjual barangan dan perkhidmatan adalah salah satu aktiviti yang telah lama wujud zaman beribu tahun lalu. Semua sudah ketahui apabila proses jual beli bermula satu pihak memberi barangan dan satu pihak memberi wang sebagai pertukaran. Barangan yang dibeli adalah untuk memenuhi keperluan harian kita.

Sesiapa pun tidak pernah lari dari aktiviti membeli. Jika kita hitung dengan bilangan, sedarkah sepanjang hari kita terlibat dengan banyak aktiviti membeli berbanding dengan aktiviti menjual. Walaupun si anak kecil telah mengenali proses ini sejak 3-4 tahun untuk memiliki barangan yang diminatinya.

Ditambah pula latar belakang kehidupan khasnya masyarakat melayu yang sebahagian besar keluarga datang dari kelompok makan gaji menyebabkan aktiviti jualan sedikit terasing daripada suasana kehidupan mereka. Lain pula dengan masyarakat cina di negara kita, anak-anak kecil sudah biasa dengan suasana menjual. Sebagai contoh kedai-kedai menjual alatulis, membaiki / servis kereta, mencuci foto dan pelbagai lagi diuruskan bersama oleh ahli keluarga. 

Pendedahan awal sejak kecil melihat ibubapa mereka menjual, anak-anak kecil ini pun sering kali terlibat menolong perniagaan ibubapa mereka ketika musim cuti sekolah. Ini adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan aktiviti menjual sedikit janggal dalam masyarakat melayu. Dekati aktiviti ini dan buangkan rasa sifat malu anda…tiada yang mustahil.

Posted in Bina Pasaran | Comment

Ruangan baru : Bina Pasaran

Posted by ferouxe on Wednesday 16 April 2008

Bermula hari ini satu lagi ruangan baru dalam laman web binausahawan.com dilancarkan. Kategori ini bertajuk “Bina Pasaran”. Topik-topik yang dibincangkan dalam kategori ini berkait rapat dengan “Sales & Marketing”.

Dalam menentukan kekuatan dalam perniagaan, jualan selalu dipanggil jantung sebuah syarikat. Melalui aktiviti ini hasil keuntungan daripada jualan menjadi penanda aras kekuatan sesebuah syarikat. Topik ini juga sangat terkenal dalam subjek di universiti.

Walaubagaimanapun, maklumat daripada kategori bina pasaran yang dikongsikan kepada pembaca adalah melalui pengalaman dan pembelajaran daripada alam sebenar bidang perniagaan. Banyak orang mempunyai pengalaman menjual sesuatu barang…

Anda bagaimana???  Ada pengalaman yang menarik???

Posted in Bina Pasaran | Comment

Memulakan kerjaya sebagai usahawan

Posted by ferouxe on Monday 14 April 2008

Ada pelbagai cara untuk mempelajari selok-belok ilmu keusahawanan untuk persediaan sebelum memasuki ke dunia perniagaan yang sebenar. Membaca buku-buku berkenaan ilmu keusahawanan adalah langkah awal yang bagus. Disamping itu juga membaca blog-blog yang berkaitan terutama blog binausahawan juga sangat-sangat dialukan. Bagi yang datang dari keluarga yang menjalankan perniagaan tentu ini adalah makanan mereka sejak dari kecil lagi.

Langkah seterusnya ialah menyertai /  bergaul rapat dengan kelompok usahawan. Hati-hati dengan penipuan atau janji-janji palsu pihak yang tidak bertanggungjawab. Binausahawan.com adalah kumpulan usahawan yang terdiri daripada perunding takaful yang memasarkan produk takaful keluarga secara separuh masa atau sepenuh masa. Taklimat ringkas tentang kerjaya ini akan diadakan pada hari Sabtu ini 19 April 2008 3 petang bertempat di Bangunan Takaful Ikhlas PJ.

Pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :

Ahmad Azal Afarok 012-284 9527

Posted in Aktiviti | Comment

Mencari usahawan salun di Pulau Pinang

Posted by ferouxe on Tuesday 8 April 2008

Satu rencana menarik hasil tulisan Zunaidah Zainun wartawan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Susah cari salun rambut Melayu di P. Pinang”. Rencana yang menceritakan kesedaran wartawan itu yang baru-baru ini tersedar bahawa tiada usahawan salun melayu di negeri Pulau Pinang. Kurangnya penglibatan ramai bumiputera melayu yang telah mengambil jurusan kemahiran di sekolah Teknik & Vokasional tidak dimanfaat untuk menjana pendapatan sebagai usahawan. Sampai bila lagi bangsa kita memilih jalan untuk makan gaji atau terlalu mengimpikan perniagaan yang cepat memberikan keuntungan besar.

Walaupun kerajaan bersilih ganti, pemimpin bertukar ganti, pelbagai promosi diperkenalkan untuk menarik usahawan muda, budaya mencari rezeki dengan melalui keusahawanan belum cukup popular setanding bekerja di pejabat dengan berhawa dingin walaupun bergaji RM1800 sahaja. Tidak kira yang berkelulusan SPM atau ijazah luar negara masih memilih jalan makan gaji (atau sering diungkap dengan ”makan sabun”) dengan alasan kestabilan kewangan untuk masa hadapan dan berbagai-bagai alasan untuk dijadikan penyedap hati.

Bangun rakan-rakan sekalian!!!, sudah sampai masanya kita tidak boleh mengharapkan subsidi / pertolongan kerajaan. Jika budaya ini diteruskan sedikit demi sedikit kita akan menghidap penyakit tiada daya saing dengan bangsa lain. Persaingan dengan bangsa lain hendaklah dengan erti kata persaingan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat umum. Jika perniagaan kecil seperti salun rambut tidak banyak diceburi oleh usahawan melayu bagaimana untuk bangsa kita membangunkan perniagaan besar tanpa bantuan kerajaaan. Fikirkan…