Posted by
ferouxe on Monday 31 March 2008
Salah satu manfaat asas yang ditawarkan dalam pelan Takaful Keluarga ialah perlindungan pendapatan keluarga atau selalu diertikan sebagai perlindungan kewangan keluarga akibat berlakunya kematian. Sering kali timbul silap faham dikalangan sebilangan besar rakyat Malaysia khasnya kaum Melayu yang yang mengatakan nyawa seseorang disamakan dengan nilaian RM sekian sekian apabila mengambil pelan takaful.
Harga nyawa tidak boleh disamakan dengan perlindungann asas Takaful Keluaraga. Apabila mengambil pelan takaful kita menyertai satu kelompok yang setuju membantu satu sama lain sekiranya berlaku musibah dikalangan peserta. Bayaran sumbangan yang dibayar di pecah ke satu bentuk tabung simpanan dan satu bentuk tabung derma. Kita sebagai peserta takaful dapat menyimpan untuk masa depan dengan berdisplin dan pada masa yang sama kita mendapat perlindungan kewangan sekiranya berlaku kepada diri kita sendiri.
Jika kita ditakdirkan tidak menerima musibah, maka kita secara tidak langsung dapat membantu berpuluh-puluh anak yatim atau balu ditempat lain yang mengalami gangguan kewangan akibat kematian pencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kehidupan mereka.
Posted by
ferouxe on Saturday 29 March 2008
Seorang anak kecil sedang bermain di halaman rumah sambil ditemani oleh bapanya yang khusyuk membaca akhbar dihujung minggu. Dengan tidak semena-mena anak kecil itu tertangkap seekor anak burung yang terjatuh daripada sarang diatas pokok berhampiran halaman rumah mereka. Lalu anak kecil itu membawa ketempat bapanya untuk memberi teka-teki berkenaan nasib anak burung itu. Apa yang akan ditanya ialah adakah anak burung didalam genggamannya itu hidup atau mati???.
Apabila sampai ketempat bapanya, anak kecil itu terus bertanya seperti yang di
rancangkan, setelah mendengar pertanyaan anaknya yang manja itu, bapanya tersenyum sebentar. Kemudian dia menjawab, anakku, nasib anak burung ini di tangan kamu. Jika kamu menggenggamnya hingga anak burung sesak nafas ia akan mati. Tetapi jika kamu melepaskan, ia akan terbang kembali ke sarangnya.
Begitulah sama seperti kehidupan kita. Kejayaan dan kegagalan adalah pilihan diri anda sendiri. Jika anda memilih Jalan Kejayaan, maka tangan anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dan juga sebaliknya. Pilih jalan yang betul kerana pilihan ditangan anda. Tiada yang mustahil.
Posted by
ferouxe on Saturday 29 March 2008
Binausahawan.com tertarik dengan rencana di akhbar Utusan Malaysia yang ditulis oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bertarikh 26 Mac 2008 bertajuk Unisel mahu bina usahawan. Selain sebab tajuk rencana hampir menyamai alamat laman web ini, ini satu perkembangan positif yang ditunjukkan oleh pihak pengajian tinggi untuk melahirkan usahawan-usahawan di dalam bidang industri.
Pendedahan awal berkaitan pekerjaan adalah sangat penting dalam usaha menjadi usahawan. Di alam pekerjaan kita dapat belajar banyak “soft skill” yang tidak dipelajari di menara gading. Apa yang dipelajari oleh pelajar di pusat pengajian tinggi kebanyakannya menjurus kepada menghafal fakta sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Usaha murni Unisel sangat dialu-alukan memandangkan ramai graduan yang memasuki bidang pekerjaan tidak dapat bersaing dengan produktif akibat kekurangan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Apatah lagi untuk ingin menceburi bidang keusahawanan. Penguasaan bahasa, memantapkan imej diri, membina keyakinan diri, bijak menangani situasi getir, mewujudkan daya saing, merancang kejayaan masa depan adalah antara perkara-perkara yang perlu bagi seorang bakal graduan kuasai untuk memilih menjadi usahawan.
Posted by
ferouxe on Wednesday 26 March 2008
Berbeza dengan sifat orang yang berjaya, orang yang gagal akan mencari beribu-ribu alasan atau penyebab kenapa dia gagal. Dia akan menyalahkan produknya yang tidak setanding dalam pasaran, kemahuan pasaran yang tidak menepati penawaran perkhidmatannya, pekerja-pekerja yang tidak produktif dan ada kalanya menyalahkan pasaran dunia yang mengakibatkan kegagalan perniagaannya.
Lebih dahsyat lagi menyalahkan ibubapa yang tidak memberi tunjuk ajar, jiran yang tidak membantu menggunakan perkhidmatannya, ketua kampung yang tidak memberikan projek dan kerajaan yang tidak memberi subsidi. Mereka yang gagal sentiasa berfikir, tetapi apa yang mereka fikirkan ialah sebab-sebab kenapa mereka tidak boleh buat. Halangan minda adalah sahabat karib orang gagal. Itulah sebabnya mereka telah awal-awal lagi menyediakan pelbagai alasan yang muna”sabah” ataupun muna”sarawak” kenapa mereka gagal walhal belum mendapat keputusannya lagi.
Kami di binausahawan.com sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain bahawa seorang usahawan yang berjaya sentiasa mencari peluang dan orang yang gagal sering mencari alasan.
Posted by
ferouxe on Tuesday 25 March 2008
Salah satu lagi ciri seorang yang berjaya adalah sentiasa mencari peluang. Mereka akan sentiasa memikirkan peluang-peluang baru yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan mereka. Tidak kira dalam keadaan sibuk, serius atau dalam gelak ketawa dalam jamuan.
Kita imbas kembali bagaimana Mendiang Lim Goh Tong terfikir untuk membuat satu taman tema dipuncak bukit???. Ia bermula ketika beliau ingin mengambil angin keluar sekejap ketika menghadiri satu keraian. Lihat…beginilah sifat seorang usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan untuk mencari peluang walaupun jika difikirkan pada ketika itu adalah “happy hour” beliau..
Mulai hari ini, sentiasa memikirkan bagaimana ingin membesarkan perniagaan anda, bagaimana mencipta produk yang lebih dinamik, bagaimana untuk meningkatkan jualan syarikat, bagaimana menambahkan lagi peluang-peluang perniagaan dan lain-lain.
Posted by
ferouxe on Saturday 22 March 2008
Bayangkan anda sedang memandu kenderaan di Jalan Kuching menuju ke Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi. Perjalanan pada mulanya berjalan lancar di kawasan Selayang tetapi kira-kira 3km sebelum menghampiri bulatan Jalan Duta kelajuan semakin perlahan disebabkan kenderaan dihadapan mula memperlahankan kenderaanya. Kenapa perlahan ni?? anda resah memikirkan bahawa jam sudah pukul 10.15 pagi, sepatutnya pada ketika ini jalan sudah lancar memandangkan waktu puncak selalunya berakhir pada kira-kira pukul 9 pagi..
Kenderaan bergerak perlahan, dan apa yang terjadi dihadapan didapati sebuah lori besar membawa buah-buahan terbalik menyebabkan banyak kotak buah-buahan bertebaran di jalan raya. Kenderaan yang melalui Jalan Kuching akan lancar ketika ada 3 laluan, tetapi menjadi sesak kerana hanya satu laluan sahaja yang boleh gunakan.
Perumpamaan ini sesuai dengan apa yang terjadi dalam sistem saluran darah kita apabila laluan darah yang pada ketika dulunya 3 laluan tetapi sekarang telah menjadi 1 laluan. Faktor saluran darah menjadi sempit bukan kerana lori yang terbalik, tetapi lapisan yang dipanggil “plak” yang terjadi daripada gumpalan lemak yang tertampal dalam saluran darah. Ini menjadikan darah mengalami kesukaran melalui jalan yang sempit dan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah ke organ tertentu. Dan jika darah tidak sampai ke otak akan menyebabkan kegagalan organ badan lain untuk berfungsi.
*Angin ahmar adalah salah satu penyakit kronik yang dilindungai dalam pelan takaful keluarga. Sila rujuk ruangan produk untuk keterangan lebih lanjut.
Posted by
ferouxe on Friday 21 March 2008
Banyak perbezaan yang dapat kita lihat antara orang yang berjaya dan orang yang gagal. Tanda aras perbezaan dalam konteks motivasi kali ini bukanlah dilihat pada kejayaan mendapat wang ringgit, harta benda yang banyak, pangkat yang tinggi malah nama besar yang dapat diukir dalam industri yang diceburi. Ada orang yang gagal pada masa kini, tetapi dia tidak berputus asa berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal penat lelah, dan berjaya pada umur yang lewat. Apakah resepi rahsia yang boleh kita pelajari untuk mengenal orang yang berjaya dengan orang yang gagal.
Ini bermula dengan “Attitude” atau dalam Bahasa Melayu bermaksud sikap adalah antara akar tunjang dalam membezakan orang berjaya dengan orang gagal. Kita perlu bersikap positif supaya jalan yang dilalui akan menemui kejayaan. Semasa menempuhi perjalanan adakalanya kita akan menempuhi berbagai masalah. Oleh yang demikian untuk menjadi orang yang berjaya kita seharunya melihat masalah itu perkara kecil dan biasa kepada semua orang.
Orang yang gagal awal-awal lagi dia akan memikirkan masalah itu PERKARA BESAR Apa yang selalu dikata :
- susah la dapat client asyik kena reject jeee…
- kenapa kursus buat hari ni, hari esok takde ke..
- kereta rosak la tak dapat datang training..
- apasal asyik meeting jeee tak dapat buat promosi
- maaf ada kenduri rumah kawan tak dapat join buat promosi
Dan bermacam-macam masalah yang baginya perkara besar seolah-olah di seorang Menteri. Orang yang berjaya dalam perjuangannya menghadapi masalah sama seperti diatas, mereka menganggap ini semua perkara kecil dan menjadi rutin kepada perjalanan usahawan yang berjaya. Sentiasa berpegang dengan kata-kata :
Orang berjaya melihat masalah adalah perkara kecil, orang gagal melihat masalah adalah PERKARA BESAR.
Posted by
ferouxe on Monday 17 March 2008
Bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang keusahawan takaful, antara langkah awal dalam pembelajran adalah
mempelajari ilmu pemasaran produk. Kepada yang berpengalaman dalam bidang jualan tentulah tiada masalah pada permulaan. Kami krew binausahawan.com sentiasa mengadakan aktiviti promosi dan bagi sesiapa yang ingin memulakan kerjaya sebagai usahawan tetapi tiada pengalaman ini adalah peluang emas melihat dan mempelajari bagaimana mempromosikan produk. Kami semua sedia membantu memberi tunjuk ajar. Inilah hikmah kerja berpasukan. Jemput hadir ke taklimat ringkas pengenalan kerjaya. Maklumat lengkap seperti dibawah. Jika anda mempunyai rakan atau saudara mara yang ingin menceburi kerjaya ini, harap sebarkan perkara ini kepada mereka.
Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 22 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
(Tingkat 1 Bilik no 20) No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :
Ahmad Azal Afarok 012-284 9527
Posted by
ferouxe on Friday 14 March 2008
Setelah selesai mencatatkan urusan / aktiviti yang akan dilakukan, apakah yang harus kita buat untuk menjamin kerja yang dirangka itu benar-benar dilaksanakan??. Memang wujud lagi gejala terlupa bagi sesetengah individu walaupun dia mempunyai telefon bimbit Nokia Communicator beharga ribuan ringgit yang diusung kemana-mana.
Langkah mudah untuk mengelakkan terjadi gejala ini ialah dengan menjadikan melihat buku perancangan harian dijadikan rutin sebelum memulakan kerja setiap pagi. Ada diantara kita suka memulakan hari dipejabat dengan membaca internet, menghisap rokok, membaca surat khabar, dan ada kalanya bersarapan hingga 1 jam. Emmmm harap-harap jangan la ya…Jadikan satu amalan apabila sampai di meja pejabat setiap pagi untuk meluangkan masa tidak sampai 30 saat melihat buku perancangan harian. Ada lebih baik melihat ketika dirumah lagi supaya kita sudah mempunyai persediaan mental dan fizikal sebelum memulakan hari.
Oleh yang demikian, bermula harian ini, catatkan segala urusan yang akan dilakukan dan selalulah melihat buku perancangan aktiviti harian anda. Selalu disebut dalam kata-kata hikmah :
“Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi gagal untuk merancang”
Moga tips mudah ini menjadi asas dalam menuju usahawan yang cemerlang.
Posted by
ferouxe on Thursday 13 March 2008
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sindrom terlupa-terlupa-terlupa atau berbagai alasan yang dipengakhirannya berbalik kepada lupa, dapatkan satu buku perancangan aktiviti harian. Mungkin sesetengah individu mempunyai laptop, PDA, handphone dan perlbagai alatan canggih yang senang dibawa kemana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa untuk mencatatkan kegiatan harian. Sebilangan besar krew binausahawan.com menggunakan diari tahunan yang hanya tidak sampai RM30 boleh didapati dimana-mana kedai alatulis dan buku.
Seterusnya, pastikan buku perancangan aktiviti harian yang anda gunakan apabila dibuka mukasurat terkandung ruangan harian untuk aktiviti pada hari Isnin disebelah kiri sehingga aktiviti pada hari Ahad di sebelah kanan buku. Ini memudahkan kita melihat secara imbas apa yang akan kita lakukan dalam minggu tersebut dan mempunyai masa membuat persediaan mental dan fizikal. Bawa kemana-mana buku anda, dan catitkan setiap kali perkara yang anda lakukan pada masa hadapan kedalam buku anda. Catatkan walaupun bagi anda perkara remeh seperti membeli bawang, menggunting rambut, bersukan dengan rakan atau menghadiri jemputan.
Apabila kita berada disituasi yang tidak memerlukan membawa buku catatan seperti
sedang bermain tennis atau sedang menikmati makan tengahari akan berlaku keadaan yang memerlukan kita mencatatkan perkara yang akan dilakukan. Atau bakal pelanggan / pelanggan / rakan niaga menelefon kita menghendaki membuat sesuatu perkara pada masa akan datang, apa yang perlu kita buat catatkan nota peringatan kedalam telefon bimbit anda. Dan apabila ada ruang masa, pindahkan segala catatan kedalam buku perancangan aktiviti harian. Terdapat berpuluh-puluh perkara yang perlu diingat, perlu dibuat, perlu disemak, perlu dikembali, pada ketika kita terlalu sibuk dalam sehari, catatkan semuanya sebelum terlupa…