dapatkan sekarang ebook

Archive for February, 2008

Kehebatan menjadi usahawan (Kesimpulan)

Posted by ferouxe on Thursday 28 February 2008

Ada individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerena melihat faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari daripada terkongkong dengan kehidupan kerja makan gaji. Dan sepanjang pengalaman saya mendidik usahawan baru, ada yang bermula dengan ingin membayar hutang kereta. Lama kelamaan selepas mengharungi perit maung mereka boleh menjadikan kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Ada 1001 lagi kehebatan menjadi seorang usahawan yang hanya boleh diketahui jika anda sendiri menceburi bidang ini. Hasrat binausahawan.com ialah mempopularkan kerjaya usahawan sama seperti kerjaya makan gaji. Masih ramai individu yang menutup minda bahawa usahawan hanya untuk orang sudah berumur atau jika tiada alternatif pekerjaan lain dan beberapa alasan lagi. Bidang ini banyak dugaan sama seperti kehidupan makan gaji tetapi memberikan kelebihan dari segi kewangan, kemahiran diri dan lain-lain. Sebagai seorang muslim kita juga perlu ingat bahawa pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan niat baik, pelaksanaan menurut syariah dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Kehebatan menjadi usahawan (5)

Posted by ferouxe on Wednesday 27 February 2008

Antara faktor utama penjajahan kuasa Eropah ke sebelah Asia adalah untuk mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus pada peringkat permulaan. Semasa giatnya revolusi perindustrian seperti tercipta makanan dalam tin dan kereta, Tanah Melayu ketika itu tidak terkecuali menerima limpahan rezeki. Banyak lombong bijih timah dibuka dan ladang-ladang getah diterokai. Tanah Melayu menjadi makmur dengan permintaan tinggi daripada hasil komoditi tersebut.

Siapakah yang memainkan peranan dalam revolusi itu…? Selain daripada pemerintah, usahawan-usahawan pada ketika itu memainkan peranan utama menjana hasil. Pelombong, pemilik ladang, pemilik kilang pemprosesan, syarikat pengangkutan dan banyak usahawan yang terlibat dalam jaringan ini. Dan sehingga hari ini apabila revolusi internet mula berkembang sejak 1990an lagi, banyak usahawan-usahawan internet muncul satu demi satu. Usahawan yang tidak berkaitan dengan internet sekalipun mempunyai kepentingan dan menyumbang dalam revolusi ini. Binausahawan.com juga berbangga kerana kami juga adalah sebahagian daripada revolusi internet.

 Satu kebanggaan kerana apabila anda menyertai bidang keusahawanan, tidak kira apa jua bidang sekalipun, anda akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam revolusi ekonomi dunia. Kehidupan dunia berkembang maju, teknologi baru yang sering dikatakan akan muncul selepas internet ialah Nanoteknologi. Suatu yang menarik jika kita semua sebagai usahawan akan jadi “pemain utama” dalam revolusi baru ini.

Teknik “Teaching” dan Teknik “Coaching” (Kesimpulan)

Posted by ferouxe on Monday 25 February 2008

     Membuat urusan dengan manusia bukanlah perkara senang berbanding dengan membuat urusan dengan mesin. Mesin tidak mempunyai perasaan dan tidak boleh berkata-kata. Apabila bercakap dari sudut perspektif keusahawanan, kita perlu menjaga adab tatasusila bukan sahaja dengan pelanggan malah dengan pekerja bawahan kita. Semua manusia mempunyai kelemahan walaupun dia adalah seorang Presiden syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan tahunan berbillion ringgit.

    Satu skill yang menarik sekiranya anda dapat “melatih” pekerja anda dengan secara tidak langsung mereka akan membuat sumbangan besar kepada syarikat. Berbanding dengan teknik ”mengajar”, pekerja itu akan sentiasa mengikut satu idea untuk satu kerja sehingga dia bersara kelak. Melalui teknik melatih, pekerja diberikan kebebasan berfikir berkenaan sesuatu idea dan bagaimana untuk mengembangkan lagi idea itu. Dan akan berlaku apabila kita juga boleh belajar idea baru daripada mereka. Ini tidak merugikan kita sebagai pemilik perniagaan. Jangan biarkan pekerja anda jadi “Pak Turut” sepanjang masa dan ini akan mengganggu emosi mereka jika keadaan ini berterusan. Jika berlarutan mereka akan berpindah bekerja ke syarikat yang lain. Ini merugikan anda kerana merekrut pekerja baru memakan kos yang tinggi.

   Mengikut kesesuaian anda sebagai pemilik syarikat, kadang-kadang idea yang dilontarkan boleh digunakan pakai dan ada kalanya tidak boleh diguna. Sentiasa berbincang dengan situasi yang harmoni moga tiada perbalahan berlaku. Semasa berbincang sering tanya pendapatan mereka. Dengan cara ini kita boleh tahu pemahaman mereka berkenaan sesuatu tugas. Banyak kali berlaku, pekerja hanya tahu melakukan tugas itu, tetapi mereka tidak menghayati / memahami erti disebalik tugas mereka. Untuk mendapat hasil daripada teknik ini bukan mengambil masa yang singkat, kita perlu tekun semasa latihan dan sabar menghadapi kerenah pekerja kita. Mereka juga adalah manusia biasa seperti kita. Tiada yang mustahil

Posted in Bina Insan | Comment

Teknik “Teaching” dan Teknik “Coaching” (3)

Posted by ferouxe on Friday 22 February 2008

Berbanding teknik “Coaching” yang banyak menitikberatkan aspek supaya diri seseorang itu berfikir dan mengambil keputusan yang berbagai-bagai mengikut situasi, lebih membawa banyak kebaikan kepada kualiti kerja seseorang.

 Seseorang itu perlu berfikir membuat keputusan sendiri dan tidak hanya apa yang dipelajari. Dalam bidang sukan bolasepak contohnya, Roberto Carlos adalah salah seorang pemain pertahanan Brazil yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Jika beliau hanya mematuhi satu arahan daripada jurulatih iaitu apabila mendapat bola terus buangkan ke petak lawan, keadaan pertahanan akan menjadi kucar-kacir dan pasukan tidak dapat memenangi perlawanan. Beliau perlu berfikir dan membuat pelbagai keputusan apabila bola sampai ke kakinya. Pelbagai cara yang boleh dilakukannya, sepak ke pemain tengah, membuat larian ke petak lawan dan kadang-kadang terus membuat jaringan gol dari jarak jauh. (Roberto Carlos mempunyai sepakan jauh yang padu).

Apa yang boleh diaplikasikan adalah kita perlu memberikan kebebasan pekerja kita berfikir kreatif membuat keputusan. Apa yang kita ajarkan cara A boleh digunakan pada situasi D. Mungkin apabila peluang yang kita berikan, pekerja kita boleh gunakan cara A untuk situasi D, E dan F!!. Tidak salah kita menerima idea pekerja kita sendiri, asalkan tidak lari dari objektif asal. Bayangkan 10% sahaja daripada pekerja kita yang boleh menyumbangkan idea2 menarik untuk kebaikan perniagaan, syarikat kita sendiri akan lebih maju kehadapan.

  

Posted in Bina Insan | Comment

Teknik “Teaching” dan Teknik “Coaching” (2)

Posted by ferouxe on Wednesday 20 February 2008

Kita semua telah melalui zaman persekolahan dan juga sebahagian besar telah juga melepasi tahap institut pengajian tinggi (IPT). Di peringkat tertinggi kita di ajar berbagai ilmu untuk bekalan masa depan. Berbanding di negara-negara sebelah Eropah, di Malaysia atau sebahagian besar negara Asia, kita diajar sejak kecil pelbagai ilmu untuk persediaan terdekat; iaitu peperiksaan, dengan kata lain kita belajar untuk peperiksaan. Kecemerlangan pelajar adalah diukur apabila mempunyai markah tertinggi dalam peperiksaan.

 

 Di sekolah kita diajar pelbagai ilmu pengetahuan. Sebagai contoh :

1.Sejarah : Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

2.Matematik : Y= mX + c

3.Sains : Air mendidih pada suhu 100 darjah celsius

Kita akan menghafal maklumat ini, dah sudah tentu sangat berguna ketika menjawab peperiksaan kelak. Apa akan jadi, jika teknik pengajaran ini digunakan kepada pekerja kita. Menyuruh menghafal A, B, C untuk digunakan pada situasi C,D,E . Memang mereka akan patuh melakukannya tetapi adakah ia membantu dalam perkembangan perniagaan kita untuk jangka masa panjang dan yang lebih penting kualiti kerja pekerja itu sendiri.

Berbanding teknik “Coaching” yang banyak menitikberatkan aspek untuk berfikir…   

Posted in Bina Insan | Comment

Teknik “Teaching” dan Teknik “Coaching” (1)

Posted by ferouxe on Tuesday 19 February 2008

Pekerja adalah aset penting dalam sesebuah perniagaan. Dalam menceburi bidang ini selain menyediakan dan memasarkan produk/perkhidmatan yang bagus, kita juga perlu mempunyai tenaga sokongan yang menjadi tulang belakang sesebuah perniagaan. Sebagai seorang usahawan kita tidak boleh menguruskan perniagaan sendirian kerana seorang manusia mempunyai masa dan tenaga yang terhad. Oleh yang demikian satu pasukan yang mantap menjamin kemajuan perniagaan yang cemerlang untuk masa hadapan.

Bekerja dalam satu syarikat yang anda uruskan sendiri, tidak kira kecil atau besar menuntut untuk bekerjasama dalam satu pasukan. Tidak kira ketua yang diatas sehingga pekerja bawahan, persefahaman dan tolong-menolong sebagai satu pasukan penting untuk menjamin kejayaan syarikat. Pekerja adalah aset utama dalam sesebuah perniagaan. Jika kita dapat melatih pekerja dengan efisien, syarikat akan dapat pergi lebih jauh lagi. Bagaimana kita hendak melatih pekerja kita? Bagaimana kita hendak menguruskan pekerja kita? Bagaimana kita hendak mengekalkan kesetiaan pekerja dengan syarikat kita?

Melalui ruangan baru ini binausahawan.com akan berkongsikan pengalaman, hasil perbincangan dan pembacaan bagaimana menguruskan salah satu “aset” utama dalam perniagaan.Secara rasmi hari ini kategori : bina insan diwujudkan sebagai salah satu tip dalam jalan menjadi usahawan yang berjaya. Terdapat 2 lagi kategori baru yang akan dilancarkan dalam tahun ini. Ia adalah antara unsur utama dalam perniagaan dan keusahawanan yang akan dikongsikan dengan pembaca sekalian. Harap bersabar…  

Posted in Bina Insan | Comment

Kehebatan menjadi usahawan (4)

Posted by ferouxe on Friday 15 February 2008

Mungkin dalam sedar atau tidak, apabila menyertai kelompok usahawan, ia membentuk jaringan yang tidak putus antara satu sama lain. Bermula sahaja dengan kelompok usahawan internet memerlukan komputer untuk bekerja, kelompok pengeluar komputer memerlukan pelbagai pembekal peralatan komputer, kelompok pembekal memerlukan kilang untuk tapak membuat produk, kelompok syarikat pembinaan memerlukan modal daripada bank, dan pihak bank memerlukan pendeposit daripada usahawan yang mempunyai duit yang banyak.

Bukan itu sahaja dalam jaringan ini juga muncul jaringan yang tiada kaitan, seperti kelompok syarikat pembinaan memerlukan pelan perlindungan takaful untuk pekerja, kelompok kilang memerlukan tempat makan untuk pekerjanya dan kelompok perbankan memerlukan syarikat yang membaikpulih penghawa dingin pejabat. Bayangkan anda sebagai usahawan adalah sebahagian dalam jaringan ini. Kita memerlukan antara satu sama lain, persaingan adalah bagus untuk produktiviti, bukan untuk menjatuhkan pihak yang lain. 

Dan sudah tentunya jika kita tidak menyertai kelompok ini, harga perkhidmatan dan barangan senang-senang sahaja dikawal oleh kelompok tertentu. Oleh yang demikian mari kita sama-sama mengembeleng tenaga kerana banyak lagi ruang-ruang jaringan yang perlu diisi daripada kelompok bumiputera. Tiada yang mustahil.   

Posted in Keusahawanan | Comment

Ikhlas Warga Emas Takaful

Posted by ferouxe on Wednesday 13 February 2008

Takaful untuk warga emas khas untuk wargenagara Malaysia yang berumur 50 tahun hingga 80 tahun telah dibuka penyertaannya dengan masa yang terhad bermula 15 Februari hingga 15 Mei 2008. Ia memberi perlindungan kewangan akibat kematian disebabkan kemalangan dan biasa.

Untuk penyertaan minimum pembayaran ialah RM50 sebulan dan maksimum pembayaran ialah RM250 sebulan bagi setiap individu. Sijil takaful akan tamat apabila peserta berumur 85 tahun. Nilaian tunai akan diserahkan selepas tempoh matang kelak.

Selain meringankan beban kewangan sekiranya berlaku kematian, pelan ini sesuai dijadikan hadiah daripada anak kepada ibubapa mereka sebagai tanda kasih sayang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh email kepada alamat berikut :

info@binausahawan.com

Lekas!! daftarkan pelan takaful warga emas untuk ibubapa anda sebelum tarikh penyertaan ditutup!!!

Penyakit kronik

Posted by ferouxe on Tuesday 12 February 2008

Sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan penyakit kanser adalah antara penyakit kronik utama yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia. Cara pemakanan, kurang aktiviti senaman, pencemaran antara penymbang berlaku penyakit ini.

Cara terbaik untuk mengurang risiko penyakit ini ialah dengan makan makanan yang sihat seperti makanan organik serta mengamalkan cara hidup sihat seperti banyakkan aktiviti senaman dan regangan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Mengubati penyakit kronik bukanlah murah. Kos perbelanjaan perubatan di hospital swasta tersangat mahal dan seperti kita maklum kos perubatan meningkat 13% setahun. Walaupun kita cuba mencegah penyakit ini daripada ketika usia muda, persediaan kewangan untuk merawat penyakit ini jika ditakdirkan berlaku adalah sangat mustahak. Sediakan tabung kecemasan anda tatkala di usia muda lagi. 

Taklimat Kerjaya Usahawan Takaful : 16 Februari 2008

Posted by ferouxe on Monday 11 February 2008

Ramai individu ingin berkecimpung sebagai usahawan. Mungkin sebagai usahawan kecil-kecilan pada permulaan adalah satu perancangan yang baik. Ini adalah kerana dengan terlibat secara kecil-kecilan modal yang diperlukan juga adalah kecil.

Bagi yang tiada langsung pengalaman anda seharusnya perlu mencari rakan / guru yang boleh dipercayai untuk memberi tunjuk ajar semasa memulakan perniagaan anda. Pengalaman, bimbingan dan tunjuk ajar adalah sangat penting dalam kerjaya ini berbanding buku-buku dan artikel keusahawanan dan motivasi.

Kami di binausahawan.com, bersedia membantu dan memberi tunjuk ajar bagaimana ingin memulakan kerjaya sebagai usahawan takaful.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sessi taklimat kerjaya  sila klik disini

Posted in Aktiviti | Comment