dapatkan sekarang ebook

Archive for January, 2008

Kehebatan menjadi usahawan (2)

Posted by ferouxe on Wednesday 30 January 2008

Kemewahan yang sedang dinikmati sebagai usahawan yang berjaya bukanlah hak mutlak kepada dirinya sahaja. Sebagai seorang muslim, harta atau kekayaan yang dianugerahkan perlu disedekahkan kepada individu yang lain. Malah ramai juga jutawan yang bukan muslim mewujudkan yayasan untuk menguruskan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi binausahawan.com, kelebihan memberikan bantuan yang banyak kepada yang memerlukan adalah kehebatan utama apabila menjadi usahawan.

Penyaluran bantuan tidak kira individu tersebut berdaftar atau dengan bantuan senyap, boleh membantu golongan yang memerlukan seperti : 

  1. Orang-orang miskin
  2. Ibu tunggal dan anak-anak yatim
  3. Pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan
  4. Pelajar-pelajar miskin yang memerlukan sumber kewangan untuk pelajaran
  5. Pembinaan sekolah, rumah kebajikan, hospital, masjid dan lain-lain

Bayangkan bantuan RM10 lebih baik daripada RM1, dan sekiranya lebih banyak lagi bantuan dihulurkan inshallah rezeki daripada tuhan akan datang berlipat ganda. Agama Islam sendiri mewajibkan bayaran zakat kepada individu yang layak. Melalui cara begini saluran bantuan kewangan boleh diuruskan dengan cekap dan telus. Adakah anda ingin membayar zakat yang lebih banyak setiap tahun?? Adakah anda berminat untuk membantu orang yang susah??? Jadilah usahawan yang berjaya.

Posted in Keusahawanan | Comment

Kehebatan menjadi usahawan (1)

Posted by ferouxe on Friday 25 January 2008

 Kemiskinan membawa kepada kekufuran. Peratusan kes jenayah meningkat antaranya disebabkan oleh tahap pengangguran yang tinggi. Kes-kes penceraian ada juga hubung kait dengan faktor ekonomi dalam sesebuah keluarga. Itu antara senario yang berlaku apabila kedudukan ekonomi seseorang individu  / keluarga tidak stabil, dan adakalanya individu tersebut melakukan perkara yang membatasi hukum agama akibat keperluan yang mendesak. Justeru itu individu yang berfikiran waras bertindak dengan tindakan yang baik disisi agama dan undang-undang negara.

     Untuk melarikan diri daripada kemisikinan, individu itu perlu bekerja bersungguh-sungguh mencari pendapatan dan jalan terbaik adalah menceburi bidang keusahawanan. Ini bukan cerita baru lagi pada masa kini, cuba kita lihat ramai contoh golongan yang miskin yang bekerja bersungguh-sungguh dengan cara yang halal tidak kira penduduk negara ini atau pendatang ke negara ini. Hasilnya anda lihat sahaja laaa. Apabila kita mempunyai kewangan yang kukuh kita mampu memiliki kediaman yang selesa untuk pembesaran anak, pelajaran yang terbaik untuk anak,  dapat menjaga kebajikan ibubapa yang sudah tua, makan makanan yang halal dan berkhasiat dan berbagai corak kehidupan yang lebih sempurna. 

      Ayat ini sudah tentu anda banyak kali kedengaran. “Saya ingin kaya sebab boleh beli kereta besor, rumah besor dan segalanya besor!!!”. Apabila kita sudah mencapai tahap segalanya besor, sentiasala berpegang dengan ajaran agama kerana kekayaan yang dikecapi sekadar pinjaman sementara daripada tuhan.  Kesimpulannya, apabila kita menjadi usahawan, kita boleh memperbaiki taraf kewangan keluarga kita daripada miskin kepada kaya, daripada baik kepada yang lebih baik asal kita bekerja keras.

Tiada yang mustahil.

Posted in Keusahawanan | Comment

Kehebatan menjadi usahawan

Posted by ferouxe on Thursday 24 January 2008

     Menjadi seorang usahawan adalah salah satu kerjaya untuk mendapatkan nafkah yang sudah tidak asing lagi dalam diri kita semua. Alamat laman web ini pun menggunakan perkataan usahawan dan pokok perbincangan berkisar terhadap keusahawanan. Apa itu usahawan? apa kelebihan menjadi usahawan? bagaimana usahawan bekerja? bagaimana dia menghadapi cabaran dan apa kepentingan golongan ini dalam masyarakat?. Tajuk ini akan dikupaskan berdasarkan pengalaman penulis sebagai rujukan kepada yang baru berkecimpung dalam dunia ini. Namun demikian kami binausahawan.com mengalu-alukan idea / pandangan pembaca sebagai perkongsian ilmu bersama antara kita.

Berikut adalah pengertian “usahawan” merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha;keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~.

              Ramai individu sudah mula menceburi bidang keusahawanan, mungkin kerana desakan ekonomi, ingin cuba-cuba, mengikut rakan-rakan yang sudah berjaya, mengisi masa lapang atau sudah “nampak” peluang cerah dalam kerjaya ini. Ramai juga individu yang berjaya dan menjadi nama besar dalam dunia keusahawanan masa kini. Namun demikian terdapat juga golongan yang tidak berjaya mempertahankan bisnes mereka hingga hari ini. Ada yang tutup bisnes dan kembali makan gaji. Ada yang tidak fokus menjalankan perniagaan, terlalu banyak bisnes yang diuruskan dengan alasan ingin meluaskan perniagaan. Perkara ini sering berlaku dan hingga hari ini perniagaan mereka hanya cukup makan sahaja kerana pada hakikatnya mereka menjalankan operasi perniagaan yang memerlukan masa dan kudrat yang banyak, berbanding menguruskan perniagaan yang memerlukan ilmu dan pengalaman yang banyak.

     Beberapa keluaran ini bukan sahaja ditujukan kepada bakal usahawan, malah kepada ibubapa bakal usahawan, pasangan (suami/isteri) bakal usahawan, adik-beradik bakal usahawan dan rakan-rakan bakal usahawan. Golongan ini yang paling hampir dengan mereka dan kadangkala golongan ini tidak memahami cabaran dan dugaan seorang usahawan kerana kerjaya ini memerlukan pengorbanan yang besar dan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu golongan ini akan merasai kemanisan kejayaan seorang usahawan. Hidup mewah dan pangkat yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi sebelum merasai kemanisan mereka perlu membayar harga kejayaan dengan kepahitan melalui ranjau dan onak duri sepanjang perjalanan sebelum kejayaan.

    

District Line & Kelana Jaya Line

Posted by ferouxe on Monday 21 January 2008

     Syabas diucapkan kepada pengguna pengangkutan awam yang sabar bersesak-sesak untuk pergi ke pejabat awal pagi dan pulang pada waktu petang. Apabila kita menggunakan sistem pengangkutan ini bermakna kita dapat menjimatkan penggunaan petrol, tol dan bayaran parking yang sudah tentu mahal terutama di Lembah Klang. Dan secara tidak langsung kita dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya yang menyumbang banyak pencemaran asap dan bunyi di ibu kota. Penggunaan keretapi dalam bandar adalah pilihan utama sebagai alternatif pengangkutan yang cekap di negara maju dan kini rakyat Malaysia (khasnya di Kuala Lumpur) yang menggunakan pengangkutan ini meningkat hari demi hari.

      Mungkin yang berada di luar negara contohnya London sudah biasa menggunakan sistem pengangkutan ini seperti District Line, Piccadilly Line  dan Central Line. Bagi penduduk Kuala Lumpur pula mereka sudah biasa dengan Kelana Jaya Line, Ampang Line, Monorel dan KTM komuter. Walau apapun kesesakan yang dialami, berbagai orang boleh kita lihat dalam kenderaan ini. Ketika waktu puncak di Kuala Lumpur khasnya di dalam Kelana Jaya Line anda boleh lihat berbagai kaum / warganegara yang ada. Ada Melayu, Cina, India, Jawa, Boyan, Arab, Bangla, Indon, Nepal dan berbagai-bagai lagi. Sama juga seperti dalam District Line di London anda boleh lihat bukan sahaja orang Inggeris, malah orang Perancis, Sepanyol, Jerman, Arab, Pakistan, Cina, Jepun dan ada ketikanya anda bernasib baik boleh berjumpa dengan orang Kelate.

      Begitulah faktor kestabilan ekonomi dan peluang pekerjaan menarik pelbagai warganegara datang untuk mencari nafkah di bandar besar. Tidak perlu pandang ke negara nun jauh di sana, di negara kita ini sendiri dibanjiri ramai warga asing yang datang untuk mencari peluang penghidupan baru. Tidak kira apa jua bidang pekerjaan profesional atau bukan, kita perlu akui bahawa persaingan sengit memang berlaku dalam merebut kek ekonomi. Orang yang rajin bekerja akan maju kehadapan dan tidak mustahil generasi kedua pendatang ini yang akan mendapat kerakyatan Malaysia akan menjadi jutawan suatu hari kelak. Bangun bangsaku, sampai bila lagi kita perlu berpeluk tubuh dan menepuk tangan dengan kejayaan orang lain. Jangan biarkan kita miskin di negara sendiri.  

Posted in Motivasi | Comment

Kad Bantuan Rawatan Hospital

Posted by ferouxe on Thursday 17 January 2008

      Keperluan perlindungan bagi kos rawatan merupakan satu keperluan pada zaman sekarang kerana kos perubatan dianggarkan meningkat sebanyak 13% setiap tahun. Menyedari betapa pentingnya memerlukan kad bantuan rawatan hospital atau sentiasa di sebut medical card, ramai individu di Malaysia sudah mula memiliki kad banduan ini. Takaful Ikhlas Sdn Bhd menyediakan pelan perubatan ini yang memberi banyak manfaat dalam melindungi kewangan kita tatkala di masukkan ke hospital.

     Produk ini yang di beri nama IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL, merupakan satu produk kesihatan yang berfungsi sebagai kemudahan kepada peserta takaful untuk kemasukkan ke hospital panel bagi sebarang kejadian kemalangan dan penyakit-penyakit kritikal. Ia berkemampuan memenuhi keperluan penghospitalan dan pembedahan sehingga RM100,000 had tahunan dan RM400,000 had seumur hidup peserta. Perlindungan sehingga peserta berusia 70 tahun. 

       Berbanding dengan produk kad bantuan rawatan hospital yang lain di pasaran,  IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL tidak mengenakan caj insuran bersama (co insurance). Ini bermakna peserta takaful tidak dibebankan dengan bayaran tambahan ketika proses mendapatkan rawatan di hospital. Tuntutan untuk segala rawatan tradisional sehingga RM200 juga disediakan. Terdapat 5 pelan A,B,C,D,E ditawarkan. Harga yang berpatutan serendah RM267 setahun untuk kanak-kanak minimum umur 30 hari untuk pelan E.

Sebarang pertanyaan boleh email ke :

info@binausahawan.com

Taklimat Kerjaya Usahawan Takaful : 19 Januari 2008

Posted by ferouxe on Tuesday 15 January 2008

*PENGUMUMAN*

Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 19 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
(Tingkat 1 Bilik no 20) No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran  sila hubungi :

Ahmad Azal Afarok  012-284 9527

Posted in Aktiviti | Comment

Perjalanan di jalan raya

Posted by ferouxe on Friday 11 January 2008

         Apabila sampai ke destinasi yang hendak di tuju, seperti contoh perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Shah Alam, kita perlu memulakan perancangan untuk perjalanan seterusnya. Apabila semua urusan selesai kita akan kembali ketempat asal. Dan perancangan perjalanan seterusnya kita akan lakukan pada keesokan pula. Begitulah rutin yang perlu kita lalui hari demi hari, tahun demi tahun. Adakalanya urusan tidak dapat diselesaikan dan terpaksa ditunda ke hari esok.

      Begitulah konteks kehidupan seorang usahawan. Setiap hari beliau perlu menempuhi perjalanan kerana kejayaan bukan titik noktah dalam perjalanan. Kejayaan itu memberikan erti kesanggupan menempuhi halangan perjalanan itu sendiri dalam diri mereka. Pada satu peringkat wang ringgit, harta, pangkat dan pengiktirafan bukan lagi bererti kepada usahawan. Tetapi yang lebih penting kehadiran kita sebagai insan yang kerdil mampu memberi sumbangan besar kepada ramai insan di alam ini.

PENGUMUMAN KHAS

Kami di binausahawan.com sangat perihatin dengan kehilangan mengejut adik Sharlinie semasa bermain di padang permainan beberapa hari lalu. Peristiwa mengejut ini seakan tragedi Adik Nurin berulang lagi. Mari kita sama-sama berdoa dan membantu pihak polis untuk menyelesaikan segera kes ini.

Posted in Keusahawanan | Comment

Liku-liku di jalan raya

Posted by ferouxe on Wednesday 9 January 2008

       Dalam menempuhi perjalanan daripada Shah Alam ke Kuala Lumpur bukan sahaja kesesakan lalu-lintas yang akan mengganggu perjalanan kita. Akan ada pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi samada pemandu itu sedar atau tidak. Sebagai contoh kerosakan kenderaan yang tidak disangka-sangka atau sering kali berlaku tayar pancit menyebabkan kita terpaksa memberhentikan perjalanan. Jika diteruskan akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan mengganggu pengguna jalan yang lain.

     Begitu juga dalam menempuhi perjalanan hidup sebagai seorang usahawan, memang akan berlaku gangguan dan cabaran yang harus kita tempuhi. Dia perlu berikhtiar untuk memastikan halangan itu tidak akan menyekat perjalanan beliau. Seperti contoh pemandu tadi yang dalam perjalanan dia perlu memberhentikan kereta, melihat apa kerosakan yang telah berlaku dan berikhtiar untuk membaiki kerosakan yang sedang dialami. Jadi, sebagai usahawan yang dalam perjalanan, perlu menghadapi situasi ini dengan tenang kerana pelbagai liku-liku yang perlu dihadapi dangan tabah,

     Selain daripada itu, perjalanan Rasullullah semasa penghijrahan ke Madinah adalah satu renungan yang perlu menjadi iktibar kepada kita. Baginda juga menghadapi pelbagai liku-liku kerana kejayaan yang dikecapi bukan datang dengan mudah. Berkat kegigihan baginda dan sahabat yang lain, sinar islam terus berkembang hingga hari ini. 

 Salam Hijrah 1429.

Posted in Keusahawanan | Comment

Lampu isyarat di jalan raya

Posted by ferouxe on Tuesday 8 January 2008

           Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, menggunakan kenderaan sendiri ke pejabat atau untuk melakukan urusan harian masih lagi menjadi pilihan utama memandangkan jaringan kemudahan keretapi masih belum mencangkupi semua kawasan berbanding bandar besar lain seperti di London, Paris dan Tokyo. Ini menyebabkan jumlah kenderaan di jalan raya ketika waktu puncak sangat banyak lebih-lebih lagi ketika menjelangnya perayaan atau banjir kilat. Bagi mereka yang biasa memandu di jalan-jalan sekitar Lembah Klang sudah faham jalan-jalan pintas atau dengan kata lain jalan alternatif untuk mengelak membayar tol.

         Sebagai contoh seorang yang berada di Masjid Negeri Shah Alam dan ingin menghala ke KLCC Jalan Ampang, ada berbagai cara jalan yang boleh kita gunakan sesuai ketika waktu puncak, untuk mengelakkan membayar tol, tempoh perjalanan yang pendek dan mengelakkan kesesakan teruk. Tetapi sedar atau tidak kita perlu menempuh lampu isyarat. Tentulah kalau warna hijau tanda jalan dan warna merah perlu berhenti. Walaupun pelbagai alternatif jalan yang kita gunakan kita masih perlu mematuhi warna lampu isyarat itu.

       Kita semua tidak pernah berfikir menunggukan kesemua lampu isyarat antara Shah Alam dan Kuala Lumpur bewarna hijau baru kita memulakan perjalanan. Dan ia tidak akan berlaku sekalipun kerana jumlah kenderaan berbeza antara lokasi lampu isyarat. Oleh yang demikian dalam perjalanan menuju kejayaan adakalanya kita perlu berhenti di lampu merah, berjalan ketika lampu hijau, dan bersedia untuk berhenti ketika lampu kuning dan yang paling penting, kita tidak boleh menunggu saat kesemua lampu isyarat bewarna hijau baru hendak memulakan perjalanan. 

Posted in Motivasi | Comment

Taklimat Kerjaya Usahawan Takaful : 19 Januari 2008

Posted by ferouxe on Friday 4 January 2008

*PENGUMUMAN*

Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 19 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
(Tingkat 1 Bilik no 20) No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi
UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran SILA KLIK DISINI

Posted in Aktiviti | Comment