dapatkan sekarang ebook

Archive for November, 2007

Ketahui Penyakit Wanita

Posted by ferouxe on Thursday 29 November 2007

mammo_breast_cancer.jpg      

Imej melalui mammography, kiri adalah payu dara yang normal dan sebelah kanan adalah payu dara yang mengalami kanser .

          Kesedaran terhadap penyakit khusus wanita semakin meningkat hari demi hari. Tetapi kaum lelaki kurang arif mengetahui penyakit wanita selain kanser payu dara. Bersama ini disenaraikann antara penyakit wanita yang dilindungi dibawah pelan Takaful Wanita :

  1. Kanser Payu Dara
  2. Kanser Servik Uteri
  3. Kanser Tiub Fallopian
  4. Kanser Ovari
  5. Kanser Uterus
  6. Kanser Vagina / Vulva
  7. Systemetic Lupus Erthematosus bersama Lupus Nephritis
  8. Rheumatoid Arthritis dengan komplikasi
  9. Karsinoma in - situ payu dara dan servik uteri
  10. Komplikasi kehamilan seperti  Mol Hydatidiform
  11. Penyakit kongenital bayi seperti Spina bifida 

Keterangan panyakit dengan bahasa yang mudah akan ditulis pada keluaran akan datang.

 

Posted in Kesihatan | Comment

Menyemai Budaya Menyimpan

Posted by ferouxe on Wednesday 28 November 2007

      “Sediakan payung sebelum hujan” begitulah peribahasa yang biasa ditulis atau diucapkan dalam kehidupan kita. Ia bermakna kita perlu membuat persediaan sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini dalam kehidupan kita. Banyak perkara yang kita perlu membuat persediaan samada kita sedar atau tidak. Kita perlu mengisi petrol sebelum memulakan perjalanan, membuat ulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan, melihat kiri kanan sebelum melintas jalan dan berbagai-bagai lagi.

       Persediaan kewangan pun adalah salah satu keperluan yang kita tidak boleh lari. Kita terpaksa menghadapi 1001 kesulitan jika tidak membuat persediaan kewangan yakni melakukan SIMPANAN. Musibah yaang datang tidak akan mengira kita dalam keadaan senang atau apa lagi susah. Dikala musibah telah datang penyesalan tidak bermakna lagi. Masyarakat kita telah lama mempunyai budaya menyimpan wang. Lihat saja filem Bujang Lapok lakonan Tan Sri P Ramlee, semasa rumahnya terbakar akibat perbuatan khianat Syarif Dol (Samseng Kampung Dusun) beliau menyesal tidak sudah, bukan kerana rumah terbakar tetapi memikirkan wang untuk pernikahannya yang terbakar. Tetapi mujurlah pada sebelum kejadian itu Cik Salma sempat menyimpan wang di pejabat pos. Dalam babak ini pejabat pos berjaya menyelamatkan perkahwinan mereka berdua yang mengharapkan simpanan Cik Salma. :-)

      Oleh yang demikian budaya menyimpan wang perlu disemai kepada semua lapisan masyarakat. Banyak institusi kewangan masa kini menyediakan produk simpanan yang menawarkan pelbagai manfaat. Elakkan budaya berbelanja melebihi pendapatan. Setiap hasil titik peluh yang kita usaha setiap hari mestilah di “hadiah” kan kepada diri kita sendiri dahulu sebelum di “hadiah” kepada orang lain.     

Harga Sebuah Kejayaan

Posted by ferouxe on Tuesday 27 November 2007

      Ramai individu ataupun organisasi inginkan kejayaan apabila ditanya berkenaan cita-citanya. Jika ditanya peringkat umur anak kecil sekalipun tentu mereka akan menjawab sesuatu yang positif untuk masa depannya. Tetapi kejayaan tidak senang datang kepada diri kita seperti kita menghirup udara. Anda perlu membayar dengan harga yang mahal untuk mendapatkannya. MEMBAYAR???…pengertian ini ramai yang sudah faham…tetapi penghayatan dalam dunia realiti masih kurang..(macam pengkritik AF lak)

     Apabila kita pergi ke kedai / pasaraya / restoran / pusat membeli belah untuk tujuan membeli sesuatu anda perlu memastikan wang yang cukup untuk membeli. Jika tidak anda tidak akan dapat memiliki barang tersebut. Lebih mahal harga barang tersebut lebih banyak wang yang anda perlu cari. Sama maksudnya dengan harga kejayaan, jika anda ingin kejayaan yang lebih besar anda perlu membayar dengan lebih mahal.

         Harga disini bukan sahaja modal wang ringgit atau ilmu pengetahuan tetapi yang lebih mustahak adalah ketahanan dalam menghadapi  cabaran liku-liku perjuangan. Lebih besar kejayaan itu lebih besar kepayahan yang anda perlu hadapi. Persoalannya disini sanggupkah anda membayar harga kejayaan untuk diri anda sendiri ???

Posted in Motivasi | Comment

Salam Pembuka Kata

Posted by ferouxe on Monday 26 November 2007

Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

       Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Salam perkenalan. Nama saya Ahmad Azal Afarok .Saya pada ketika ini memiliki agensi pemasaran produk takaful dan pada waktu yang sama melatih perunding-perunding takaful  baru yang ingin bergiat aktif dalam bidang keusahawanan ini. Tujuan utama saya mengasaskan laman web ini adalah untuk mempromosikan kerjaya sebagai usahawan adalah salah satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cemerlang.

       Sejak akhir-akhir ini banyak paparan maklumat daripada media tentang kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan yang berkait kepada kurangnya pegangan ekuiti oleh bumiputra berbanding kaum lain. Lebih utama kerajaan sedang mempromosikan Malaysia sebagai Halal Hub di rantau ini. Apakah tanggungjawab kita? Terbaru saya memetik  tulisan Bisik-Bisik Awang Selamat daripada Utusan Malaysia 20 November 2007 :  “Negara jiran itu kini menjadi pengeksport ayam halal terbesar dari rantau ini ke Asia Barat. Keseluruhan eksport produk halal Thailand berjumlah AS$6.8 bilion.”

     Mempromosikan kerjaya usahawan bukan terletak dibahu agensi kerajaan atau syarikat GLC, tetapi usahawan-usahawan kecil atau sederhana perlu berganding bahu bersama-sama memperjuangkan matlamat ini. Dengan tidak secara langsung ia mewujudkan jaringan sesama kita. Saya yakin dengan platform ini ramai usahawan baru muncul tidak kira anda adalah pakcik, makcik, abang, kakak, rakan sebaya dan juga adik - adik yang baru tamat pembelajaran. Inshallah produk halal di negara kita bukan lagi dikuasai oleh bukan muslim jika kita semua mula bekerja bersungguh-sungguh daripada sekarang. Tiada yang Mustahil. 

Posted in Keusahawanan | Comment

Taklimat Kerjaya

Posted by ferouxe on Monday 19 November 2007

*PENGUMUMAN*

Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 15 Disember 2007 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi
UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran SILA KLIK DISINI