dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Takaful Keluarga’

Tabungan Haji Dengan Pelan Takaful

Posted by ferouxe on Monday 26 April 2010

Peningkatan kos semasa bagi penginapan dan kemudahan pengangkutan semasa musim Haji akan meningkat pada tahun-tahun akan datang. Sumber Berita Harian 15 Mei 2009 menyatakan :

Lembaga Tabung Haji menanggung kos RM2600 bagi setiap jamaah akibat lonjakan kenaikan kos tempat kediaman dan pengangkutan.

Peningkatan ini tidak boleh dielakkan dan sebagai persediaan tabungan, anda digalakkan untuk memulakan simpanan bermula pada hari ini.

Ikhlas Hajj Savings Takaful adalah antara salah satu pelan simpanan bagi persediaan melaksanakan ibadah ini untuk tempoh tertentu pada masa akan datang. Disamping menyimpan, kita juga akan dilindungi sekiranya berlaku musibah iaitu manfaat kematian, hilang upaya kekal yang menyeluruh, khairat kematian dan dana penyakit kritikal. 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Membaca Sijil Pelan Perlindungan Anda

Posted by ferouxe on Wednesday 10 February 2010

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai pengguna adalah tidak mengetahui hak mereka semasa menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Lebih teruk daripada itu pengguna tidak tahu ciri-ciri produk yang boleh dinikmati dengan sepadanan dengan harga yang dibayar.

Jika memperkatakan dari segi konteks ini, masih ramai lagi pengguna pelan insurans hayat / takaful keluarga tidak mengetahui apakah ciri pelan yang mereka boleh nikmati semasa tempoh mencarum.

Kecelaruan sering berlaku apabila pelanggan ingin membuat tuntutan dan sering syarikat pengendali takaful dan insurans akan dipersalahkan jika tidak berjaya membuat tuntuan. Inilah akibat kealpaan diri pengguna itu sendiri.

Oleh yang demikian berikut adalah langkah yang disarankan :

1.Membaca semula dan memahami apa yang terkandung dalam buku polisi pelan takaful anda. Buku polisi adalah dokumen perundangan yang sah.

2.Hubungi wakil / pengendali takaful jika anda sudah lama tidak mendapat buku polisi.

3.Sila buat rujukan sekiranya anda tidak memahami pelan yang diambil.

4.Buat aduan sekiranya terdapat kesilapan pemahaman yang dibentangkan oleh wakil syarikat semasa dalam proses pendaftaran.

5.Ketahui ciri-ciri pelan yang anda pilih dan terma syarat yang tidak membolehkan kita membuat tuntutan.

Jangan mengambil pelan takaful hanya kerana ikutan rakan / paksaan oleh pihak tertentu. Pilih pelan perlindungan kewangan anda sebagai salah satu perancangan kewangan anda yang serius.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Pelan Takaful Keluarga : Manfaat Harian Hospital

Posted by ferouxe on Monday 28 December 2009

Elaun yang akan diberikan sekiranya peserta takaful dikehendaki bermalam di wad hospital kerajaan / swasta untuk menerima rawatan akibat kemalangan ataupun sakit. Jumlah elaun yang diberikan adalah mengikut pelan yang telah diambil. Ada yang mengambil manfaat berjumlah RM50, RM100, RM200 ataupun maksima RM300.

Ini bermakna jika anda mengambil manfaat RM100 sehari dan anda pernah di wadkan selama 7 hari sebagai contoh semasa tempoh perlindungan berjalan, anda layak untuk mendapat elaun ini sebanyak RM700. Ambil perhatian ini adalah duit saguhati / elaun yang diberikan tidak termasuk kos rawatan semasa menginap di hospital.

Pada saat bilakah elaun ini bermakna kepada anda sebagai pemilik sijil takaful? Pemberian elaun ini akan bermakna apabila anda melalui situasi berikut :

*Elaun hospital boleh meringankan beban kos perubatan khasnya kepada pesakit yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

*Anda bekerja / berniaga dan mendapat gaji/keuntungan mengikut aktiviti harian anda. Jika ditakdirkan anda perlu berada di hospital, maka elaun ini boleh menggantikan pendapatan harian anda.

*Pasangan / anak anda mengidap penyakit yang memerlukan rawatan dalam tempoh yang lama di hospital, dan anda sebagai pasangan / penjaga tiada pilihan lain terpaksa memohon cuti tanpa gaji (ada ketikanya terpaksa berhenti), dan pada ketika inilah elaun ini sungguh bermakna bagi manampung kos harian.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Perlindungan Kewangan Untuk Ketua Keluarga

Posted by ferouxe on Friday 23 October 2009
Puan Jamilah (bukan nama sebenar) adalah surirumah biasa yang tinggal di selatan tanahair. Beliau baru sahaja kehilangan suaminya yang meninggal dunia akibat kanser usus. Dalam keadaan yang langsung tidak bekerja (surirumah sepenuh masa), Puan Jamilah selama ini mengharapkan pendapatan suaminya yang membuat bisnes berkaitan trading.

Sejurus selepas kematian suaminya, Puan Jamilah menghadapi seribu satu masalah kewangan. Pinjaman perumahan yang tiada perlindungan gadai janji, menyebabkan beliau sendiri terpaksa menanggung bayaran hutang bulanan yang mencecah RM800 sebulan. Akibat tidak mengambil langsung hal ehwal urusniaga suaminya, beliau menjadi buntu melihat keluar masuk aliran tunai yang terpaksa ditanggung olehnya. Pemiutang datang setiap hari meminta hutang perniagaan suaminya.

Lebih malang lagi, arwah suaminya tidak langsung membuat wasiat dan menjadi agak lambat dan sukar untuk mendapatkan tuntutan harta simati. Akibat suaminya tidak mengambil pelan perlindungan kewangan, ia memeritkan lagi situasi kewangan Puan Jamilah untuk mendapatkan bantuan kewangan segera. Adik beradik simati bersimpati tetapi apakan daya berapa banyak bantuan boleh dihulurkankan kerana masing-masing juga mempunyai tanggungjawab keluarga.  

Situasi ini banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, dan ini baru sahaja berlaku kepada rakan penulis sendiri. Kita terlalu sensitif apabila bercakap soal kematian. Tidak langsung mahu sebut kerana takut menyinggung perasaan orang lain. Lebih-lebih lagi jika soalan ini diajukan kepada ketua keluarga.

Disebalik itu, kita sebenarnya betul betul tidak sensitif dalam menyediakan perlindungan kewangan dengan serius. Budaya ingin bersuara mengenai persediaan kewangan sebelum kematian, pewarisan dan hal ehwal perniagaan keluarga seharusnya dibincangkan dengan serius tanpa memikirkan soal jaga hati pihak-pihak lain. Ini memastikan tidak akan berlaku masalah besar jika ketua keluarga menghadapi musibah pada masa akan datang.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Takaful Keluarga : Manfaat Perlindungan Penyakit Kritikal

Posted by ferouxe on Friday 28 August 2009
  1. Salah satu ciri yang terdapat dalam pelan takaful keluarga adalah manfaat bantuan kewangan sekiranya mengidap penyakit kritikal.
  2. Terdapat 40 jenis penyakit kritikal yang dilindungi dan senarai penyakit ini ada dalam ruangan produk. Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Manfaat ini akan memberikan pampasan kepada peserta yang disahkan oleh doktor telah mengidap salah satu penyakit yang disenaraikan.
  4. Jumlah perlindungan yang ditawarkan bermula dengan RM10,000 dan hingga maksima RM500,000 mengikut terma dan syarat.
  5. Perlindungan ini secara tidak langsung akan memberikan ketenangan minda kepada peserta sekiranya berlaku musibah penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
  6. Selain daripada itu juga kita dapat mengelakkan permasalahan keperluan kewangan sehinggakan terpaksa membuat pelbagai pinjaman ataupun memohon bantuan orang ramai hanya kerana ingin membuat rawatan penyakit sendiri.
  7. Penyakit kritikal bukan lagi menjadi penyakit orang tua / berumur, dengan gaya hidup mewah, orang-orang muda masa kini juga terdedah dengan risiko mengidap penyakit kritikal pada usia yang masih muda.
  8. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan kita agar mempunyai salah satu pelan perlindungan kewangan jika mengidap musibah yang tidak disangka-sangka ini.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

Cerita tauladan : Perlindungan Kewangan Keluarga

Posted by ferouxe on Thursday 12 March 2009

Puan Rosnah (bukan nama sebenar) baru kematian suaminya yang meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa bulan yang lalu. Umur yang baru masuk 37 tahun memberikan cabaran kepada beliau untuk menanggung kehidupan 5 orang anaknya.

Sudah habis air mata untuk beliau tangisi, tiada masa lagi untuk berduka kerana setiap yang hidup akan merasai mati. Kini beliau merancang untuk memulakan kehidupan semula. Suami beliau tidak meninggalkan apa-apa harta / duit simpanan tetapi beliau telah menyertai pelan takaful 2 bulan sebelum meninggal dunia.

Pampasan yang telah diberikan oleh syarikat pengendali takaful adalah sebanyak RM130,000 sedikit sebanyak meringankan beban keluarga Puan Rosnah. Bergantung dengan duit pampasan ini beliau melunaskan segala hutang peninggalan arwah. Umur yang meningkat menyukarkan bagi Puan Rosnah mendapatkan pekerjaan.

Setelah berfikir panjang, baki duit pampasan ini digunakan oleh beliau untuk membeli mesin pembakar kuih baulu. Berkat kesungguhan dalam perniagaan, kini Puan Rosnah telah boleh menyara keluarga dengan mengusahakan kuih tradisional ini. Kini beliau telah menyedari betapa pentingnya menabung dan menyertai pelan takaful dalam melindungi kewangan keluarga. Manfaat perlindungan kewangan keluarga dapat meringankan bebanan waris dan yang lebih penting dapat memberi nafas baru untuk menyambung kehidupan.

 ### Ingin mendapat maklumat lanjut mengenai produk takaful perlindungan kewangan keluarga sila email ke : info@binausahawan.com ###

Takaful Keluarga : Manfaat ketika hilang upaya kekal menyeluruh

Posted by ferouxe on Monday 29 December 2008

Kita semua menggunakan masa dan tenaga untuk mencari nafkah seharian, ada yang mencari nafkah dengan membanting padi di sawah kampung sehingga menguruskan perniagaan di pejabat yang besar. Tidak kira apa pekerjaan sekalipun manusia akan menggunakan kudrat untuk mencari sesuap nasi setiap hari. Namun jika manusia itu tidak dapat bergerak ataupun terlantar di katil akibat hilang upaya kekal yang menyeluruh, dia tetap memerlukan wang ringgit untuk meneruskan kehidupan bukan sahaja untuk dirinya malah untuk tanggungan beliau.

Di saat ini pelan takaful keluarga akan memberikan manfaat dalam bentuk wang ringgit yang akan meringankan beban kewangan peserta serta keluarga peserta jika berlaku hilang upaya kekal yang menyeluruh. Tidak kira akibat kemalangan ataupun sakit yang mengakibatkan peserta tidak dapat mencari nafkah untuk hidupnya, pelan takaful keluarga berupaya meringankan segala tanggungan dalam kehidupan peserta yang menyertai pelan ini. Justeru itu, semasa kita masih lagi sihat tubuh badan dan mempunyai masa, maka kita berpeluang menyertai pelan ini.

Sebarang pertanyaan sila email kepada : info@binausahawan.com

Krew binausahawan.com ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca muslimin dan muslimat tidak kira berada dimana sekalipun. Mari kita tingkatkan produktiviti yang lebih baik berbanding tahun yang lalu.   

Takaful Keluarga : Perlindungan Kewangan Keluarga

Posted by ferouxe on Friday 12 December 2008

Ketua keluarga bertanggungjawab menyediakan makan minum serta keperluan untuk meneruskan kehidupan bagi sesebuah keluarga. Tidak kira ibu atau bapa, trend tanggungjawab kewangan keluarga pada masa kini terletak di bahu kedua-dua pihak ini. Ini menyebabkan segala peruntukan kewangan sesebuah keluarga bersumberkan pendapatan mereka berdua.

Apa akan jadi jika ada di antara mereka berdua tidak dapat lagi meneruskan kehidupan akibat kematian yang tidak disangka? Dan bagaimana pula jika salah seorang daripada mereka terlantar lumpuh menyebabkan sebelah pihak berbelah bahagi untuk mencari nafkah ataupun menjaga pasangan yang masih hidup lagi.

Belum ditambah lagi tekanan kos untuk membesarkan anak-anak yang mana kos sentiasa meningkat saban tahun walaupun harga minyak turun kebelakangan ini. Selalunya apabila bebanan demi bebanan menimpa, sumber kewangan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan segala simpanan yang ada.

Namun sia-sia sahaja hasil penat lelah simpanan yang telah mencapai berpuluh ribu, jika terpaksa digunakan walhal kita telah ada mekanisme perlindungan kewangan keluarga melalui perancangan menyertai pelan takaful keluarga. Melalui penyertaan pelan takaful keluarga kita boleh mendapat pampasan kewangan khasnya jika berlaku kematian ataupun hilang upaya kekal menyeluruh yang mengakibatkan kita tidak dapat bekerja.    

Sijil Pelan Takaful Keluarga

Posted by ferouxe on Friday 7 November 2008

Apabila anda bersetuju untuk memulakan pelan Takaful Keluarga ada beberapa perkara utama yang seharusnya anda ketahui. Buku sijil takaful ini akan diberikan setelah anda membuat bayaran pertama dan setelah permohonan takaful anda telah diluluskan. Butiran pelan yang diambil ada tercatat dalam sijil takaful keluarga. Contohnya Manfaat Kematian RMxx,xxx ; Manfaat Hilang Upaya Kekal Menyeluruh RMxx,xxx ; Manfaat Penyakit Kritikal RMxx,xxx dan lain-lain tercatat jelas dalam muka depan sijil takaful keluarga anda.

Selain dari itu juga terdapat juga terma-terma dan syarat-syarat terkandung dalam buku sijil takaful keluarga. Perkara ini mencerita apakah syarat-syarat yang berkaitan dengan perlindungan yang anda ambil sepanjang pelan ini berkuatkuasa. Ambil masa yang lapang untuk membaca buku sijil ini. Banyak peserta takaful hanya mengingati nasihat perunding ketika mula mengambil pelan dan tidak mengambil perhatian tentang kandungan dalam sijil ini. Ini antara sebab kejadian silap faham dan masalah besar akan timbul ketika proses tuntutan.

Jika tidak memahami maksud dalam sijil anda, hubungi perunding takaful anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Perkara lain yang tidak kurang penting adalah memastikan ejaan nama peserta adalah betul. Alamat surat menyurat perlu diubah jika berpindah ketempat lain dan dinasihatkan untuk mengemaskini nama pewaris jika pewaris lama telah meninggal dunia. Simpan buku sijil Takaful Keluarga anda ditempat yang senang dijumpai dan maklumkan kepada pasangan ataupun waris keluarga terdekat yang anda sedang menyertai pelan takaful ini.

Jika menghadapi masalah dengan sijil pelan Takaful Keluarga kepunyaan anda, sila email kepada saya. Segala rundingan adalah percuma.

info@binausahawan.com

 

Simpanan untuk persaraan

Posted by ferouxe on Thursday 18 September 2008

Jika sesebuah keluarga itu kehilangan orang yang tersayang pada usia muda tentu akan menyedihkan dan memberi kesengsaraan lebih-lebih lagi jika dia adalah ketua sebuah keluarga. Namun jika hidup terlalu lama pun juga akan memberi impak dalam struktur kewangan sesebuah keluarga. Apabila mencapai usia emas, perbelanjaan khasnya dalam menjalani kehidupan sebagai pesara berbeza berbanding usia ketika bekerja. Mereka juga memerlukan sejumlah wang yang kadang kala melebihi perbelanjaan daripada usia muda.

Melihat kepada faktor ini, warga emas juga memerlukan sumber kewangan untuk menjamin keselesaan dalam kehidupan kita. Adakah anda sebagai warga muda ingin meminta belas kasihan mendapat sumber kewangan daripada anak anda apabila usia lanjut kelak. Mereka juga memerlukan wang untuk membesarkan anak mereka kelak. Putaran sindrom meminta belas kasihan daripada anak tidak akan putus jika anda melakukan perubahan sekarang!!!

Bermula dengan membuat simpanan adalah salah satu perancangan kewangan yang disarankan. Menyimpan sedikit demi sedikit ketika usia muda perlu dilakukan kepada generasi kini moga pada usia lanjut kelak kita tidak akan mengalami kesusahan dalam mendapatkan sumber kewangan. Menyimpan dalam Pelan Takaful Keluarga, adalah salah satu cara yang biasa diamalkan oleh individu masa kini. Simpanan ini biloh digunakan untuk kegunaan masa depan disamping memberi pampasan kewangan jika berlaku musibah kepada penyimpan samada kematian, hilang upaya kekal yang menyeluruh dan mengidap 40 jenis penyakit kritikal.