dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Kesihatan’

Teh Minuman Kesihatan

Posted by ferouxe on Wednesday 25 August 2010

 

Bulan Ramadhan sudah memasuki pusingan kedua. Dalam keadaan ini mungkin perut kita sudah lali dengan kelaparan dan kehausan, lebih-lebih lagi cuaca sekarang agak panas. Sesetengah orang, cabaran utama ketika menjalani ibadah puasa bukanlah kelaparan tetapi kehausan.

Jadi tidak hairanlah sebelum berbuka puasa kita dapat lihat ada beberapa individu bersedia dengan jug besar melebihi 1 liter. Manusia perlukan air dlm kuantiti yang banyak dan jenis air bagaimanakah sesuai untuk kesihatan kita. Dalam menghadiri majlis-majlis berbuka dan perayaan akan datang, pemilihan air minuman yang bijak perlu demi menjaga tahap kesihatan yang optima.

Cadangan untuk menjadikan teh sebagai minuman harian sangat digalakkan. Teh sudah menjadi minuman kegemaran sejak beribu tahun dahulu. Bukan sahaja aromanya yang menyelerakan, malah teh mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Jadikan teh sebagai minuman wajib dalam menu berbuka puasa anda.

Fakta menarik mengenai teh :

  • Komponen semula jadi daun teh membantu menjaga kesihatan mulut. Minum teh tanpa gula untuk mendapatkan kesan optimum.
  • Teh menyumbang kepada penghidaratan badan secara keseluruhan, yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tampak berseri.
  • Minum secawan teh yang kosong setiap dua hingga tiga jam sehari membantu mengekalkan tahap kecerdasan sambil mengurangkan rasa lesu.
  • Minum teh hijau (tanpa susu atau gula) dapat membantu membakar lebih kalori disebabkan kafein dalam teh meningkatkan kadar metabolisme.

Rencana dipetik daripada Akhbar Metro Isnin 23 Ogos 2010.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Kesihatan | Comment

Sabar Dan Fikiran Positif

Posted by ferouxe on Monday 8 February 2010

Kajian pakar di universiti-universiti ternama membuktikan stress, kemarahan dan tiada sabar dalam kehidupan akan menyebabkan merosotnya kesihatan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kecergasan individu, itulah sebabnya orang yang paling kuat adalah orang yang boleh mengawal kemarahannya.

Kita lihat beberapa fakta menarik berkaitan akibat sifat negatif ini :

  • Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan, golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronari.
  • Satu kajian yang dilakukan oleh Brigham and Women’s Hospital dan Harvard Medical School mendapati, mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria.
  • Mengikut satu kajian, pelajar-pelajar dari Harvard yang bersikap pesimistik semasa diwawancara pada tahun 1946 didapati menghadapi pelbagai masalah kesihatan semasa mereka diwawancara semula pada tahun 1980.
  • Kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar dari Virgina Tech yang bersikap pesimistik sering kali menghidap penyakit selsema, sakit kerongkong dan demam influenza.
  • Mereka yang berfikiran negatif sering dihinggapi tekanan atau stres. Dr. Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang yang menyebabkan paras lemak meningkat dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah. Apabila ini berlaku dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.

Maklumat ini dipetik daripada buku motivasi tulisan Dr. Zainal Abidin bertajuk : Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Naskah motivasi yang terbaik pernah dibaca oleh penulis. Saranan penulis, sesiapa yang belum membaca buku ini agar mendapatkannya di kedai-kedai buku berdekatan.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Kesihatan | Comment

Bahaya Rokok

Posted by ferouxe on Wednesday 3 February 2010

Banyak info-info menarik daripada petikan brosur pendidikan yang boleh didapati daripada klinik-klinik kesihatan. Fakta berkaitan rokok :

Rakyat Malaysia menghisap33 juta batang rokok sehari, ini jika dinilaikan mereka membelanjakan RM86 juta sehari hanya untuk menghisap rokok. 

Asap rokok mengeluarkan hampir 4000 bahan kimia beracun dan 53 daripadanya boleh mengakibatkan kanser

Merokok menambahkan risiko penyakir kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat rokok.

90% kanser paru-paru adalah disebabkan oleh merokok

95% sakit kanser paru-paru menemui maut dalam masa 5 tahun setelah dikesan

Seseorang yang menghidu asap rokok orang lain juga menghadapi risiko menghidap kanser paru-paru walaupun dia TIDAK MEROKOK.

Menghisap rokok boleh menyebabkan gejala berikut

1.Nafas berbau
2.Gigi kuning
3.Angin ahmar
4.Mati pucuk
5.Masalah kewangan
6.Ketagihan dadah
7.Batuk berterusan
8.Serangan jantung

Mulakan berhenti merokok dengan :

1.Buang semua peralatan merokok
2.Beritahu rakan dan saudara mara tentang keinginan anda
3.Libatkan diri dengan aktiviti yang sihat
4.Minum lebih banyak air, jangan minum minuman yang merangsang anda untuk merokok
5.Belajar untuk menolak tawaran merokok, jauhi daripada perokok
6.Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
7.Sekiranya datang perasaan untuk merokok, tarik nafas panjang-panjang, minum air atau pergi mandi.

Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk mengubati sesetengah pesakit yang berpunca daripada sikap perokok yang degil. Adakah saluran kewangan ini perlu diteruskan? 

Pastikan kehidupan kita sihat sejahtera, jangan jadikan rokok sebagai jambatan kesengsaraan diri dan orang lain.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Kesihatan | Comment

Puasa : Terapi Kesihatan

Posted by ferouxe on Tuesday 15 September 2009

Ibadah puasa yang diamalkan oleh umat Islam pada ketika ini adalah perbuatan yang menahan diri daripada makan dan minum daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Banyak kelebihan dari segi perspektif kesihatan bagaimana puasa itu sendiri dapat menyihatkan tubuh badan. Amalan ini bukanlah menyeksa diri dimana kita tidak makan dan minum dalam tempoh yang terlalu lama.

Apa yang lebih penting apabila menjalani amalan ini, kita dapat mengurangkan aktiviti makan dan menjadikan organ dalaman dapat berehat sama seperti anggota badan yang lain.

Selain daripada itu juga kita dapat membuang toksik-toksik dalam badan akibat pengambilan pemakanan yang berlebihan sebelum ini. Secara tidak langsung ia akan menjadikan tubuh badan kita kembali sihat.

Budaya menjadikan bulan puasa sebagai bulan pesta makanan perlulah dielakkan. Selain daripada dapat mengelakkan pembaziran hanya mengikut nafsu, ini akan menjadikan bulan puasa bulan makan yang lebih daripada bulan-bulan yang lain.

Kembali ke tujuan asal, budaya makan berlebih-lebihan pada bulan puasa tidak menjadikan diri kita sihat tetapi akan belaku sebaliknya. Oleh itu, kita perlu mengawal sedikit demi sedikit pemakanan kita agar matlamat puasa untuk kesihatan tercapai dan dapat menjalani ibadah lain kepada tuhan dengan lebih selesa.

Minamata Byo (Minamata Disease)

Posted by ferouxe on Tuesday 21 July 2009

Pada tahun 1950an Tanah Melayu sedang dalam era perjuangan menuntut kemerdekaan. Kesedaran terhadap betapa pentingya penyatuan dalam membentuk kerajaan maka tertubuh banyak parti-parti politik pada masa itu. Manakala jauh dari rantau ini, Jepun sedang dalam proses pembangunan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi Jepun pada ketika itu melebih 12% setahun dan sering diungkapkan pertumbuhan pesat ini dengan kata (Koudou Keizai Seichou).

Hasil kepesatan ekonomi Jepun pada masa itu telah membawa satu malapetaka yang disebut Minamata Byo ataupun di terjemahkan sebagai Penyakit Minamata. Malapetaka ini berlaku di Wilayah Kumamoto Selatan Jepun dimana terdapat banyak kematian dan penyakit saraf tidak kira manusia ataupun haiwan. Hasil kajian mendapati bahawa hasil toksik daripada kilang berdekatan dialirkan kedalam sungai yang menuju ke kawasan pantai.

Bahan-bahan buangan ini telah menjadi makanan ikan dan rantai makanan ini terus menjadi bersambung kepada manusia kerana ramai nelayan tanpa menyedari menangkap ikan-ikan yang bertoksik ini untuk dijadikan makanan. Apa yang membimbangkan bahawa trend ini akan berlarutan ke negara ini. Hasil kajian mendapati ikan-ikan di perairan pantai negara kita seperti Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu mengandungi sisa merkuri iaitu sisa daripada kilang yang merbahaya.

Lebih menakutkan, terdapat kandungi tinggi merkuri dalam rambut nelayan di Terengganu yang menjadikan ikan sebagai diet harian mereka. Sebelum kejadian ini berlaku dengan lebih serius di negara ini, pihak kerajaan, swasta, NGO dan orang ramai perlu memelihara kebersihan sungai daripada pencemaran bahan buangan daripada kilang yang boleh membahaya kehidupan kita juga. Tindakan tegas seharusnya dikenakan kepada pemilik kilang yang sewenang-wenangnya membuang sisa buangan ke dalam sungai.

Posted in Kesihatan | Comment

Mengawal Habit Pemakanan yang Sihat

Posted by ferouxe on Monday 8 June 2009

Mengawal jumlah hidangan untuk makan adalah penting dalam menjaga diet yang seimbang. Jadual berikut adalah contoh jadual pemakanan yang dicadangkan dalam sehari :

  1. Hidangan pertama : 7 pagi Sarapan pagi
  2. Hidangan kedua     : 10 pagi Minum ringan pagi
  3. Hidangan ketiga     : 1 petang Makan tengahari
  4. Hidangan keempat : 4 petang Minum ringan petang
  5. Hidangan kelima     : 7 malam Makan malam

Makan ringan dalam hidangan kedua dan keempat berfungsi mengelakkan kita terlalu lapar sebelum makan tengahari / malam. Jika kita menahan perut hingga terlalu lapar, menyebabkan kita akan mengambil makan tengahari / malam dengan jumlah yang terlalu banyak.

Jangan rasa bersalah untuk mengambil makanan seperti coklat / ais krim, tetapi kita perlu makan dengan kadar sederhana. Jangan membiasakan diri untuk tidak mengambil sarapan. Sehinggakan kita berpuasa sekalipun, bersahur adalah penting. Ini adalah kerana jika kita tidak mengambil sarapan, ia berupaya menurunkan tahap metabolisme badan.

Fakta ini adalah rujukan :Membersnewsletter “What’s up” Fitness First Jun 2009

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Kesihatan | Comment

Air Untuk Kesihatan

Posted by ferouxe on Monday 25 May 2009

Kita disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 10 gelas atau 2 liter setiap hari. Disaat cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini, meminum air dapat menurunkan suhu badan yang panas. Bawa sebotol air setiap hari dan jangan menunggu rasa dahaga baru kita meminum air.

Air mempunyai banyak fungsi dalam anggota badan kita. Minum air sekurang-kurangnya 5 gelas setiap hari boleh mengurangkan kanser usus sebanyak 45%, kanser payu dara 79% dan kanser pundi kencing 50%. Jangan bimbang sekiranya anda membuang air kerap kali kerana ia adalah proses semulajadi menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan daripada badan.

Menurut Michael Long Pakar Air Bertauliah WQA yang dipetik daripada Metro Ahad 24 Mei 2009 ruangan Sihat :

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, pembentukan batu karang”

Oleh yang demikian minum air dengan banyak bagi menjamin kesihatan tubuh badan anda. Pastikan juga air yang anda minum setiap hari adalah daripada sumber yang bersih.

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Kesihatan | Comment

Makanan untuk kesihatan

Posted by ferouxe on Wednesday 25 February 2009

Memilih makanan dalam sajian harian amat mustahak kerana ia antara sebab yang akan menentukan tahap kesihatan kita selepas umur meningkat. Tabiat pemilihan makanan yang mengandungi banyak kolesterol dan berlemak, sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan jika tidak dikawal seawal mungkin. Memang diakui makanan berlemak, kolesterol, manis adalah sedap di lidah kita. Namun kita tidak boleh memakannya dengan kuantiti yang banyak.

Makanan yang mengandungi serat seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran sangat bagus untuk diri kita kerana ia mempunyai zat yang baik untuk kesihatan, melawaskan najis dan antara ejen yang menyerapkan kolestrol dalam badan. Oleh yang demikian adalah lebih baik kita makan setiap hari. Kesihatan adalah aset utama yang akan memberikan kekuatan seorang usahawan untuk terus bekerja. Jadi, berhati-hati semasa memilih makanan dalam diet anda.

Menjaga kesihatan adalah salah satu tips dalam Ebook Panduan Minda Usahawan cemerlang. Dapatkan Ebook ini dengan percuma dengan mendaftar di ruangan newsletter. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca Ebook terbaru ini. Penulis dalam proses menyiapkan Ebook berkaitan keusahawanan dan inshaallah akan dilancarkan dalam tahun ini.

 

Posted in Kesihatan | Comment

Mengukur kesihatan jantung

Posted by ferouxe on Monday 1 December 2008

Bagi yang biasa mengunjungi gimnasium di mana kita boleh membuat latihan-latihan bagi meningkatkan mutu kecergasan, anda akan dapat melihat mesin pengukur degupan jantung bagi setiap peralatan cardio atau “cardiovascular equipment“. Antara contoh peralatan cardio seperti yang biasa kita lihat dalam iklan di akhbar atau televisyen ialah treadmill. Mesin yang membolehkan kita berjalan, berjoging dan berlari.

Peralatan cardio berfungsi untuk menguatkan tahap stamina kita, menguruskan badan disamping memperkuatkan kekuatan jantung mengepam darah. Bagaimana kita boleh mengetahui tahap kecergasan jantung kita….

 1.Memastikan tahap maksimum degupan jantung : 220-umur anda = …………adalah tahap maksimum degupan jantung dalam seminit. (jika umur anda adalah 30, bermakna tahap degupan jantung yang maksimum ialah 190 degupan seminit.)

2.Pastikan limit bawah bagi degupan jantung anda dengan mendarabkan 0.6 : (190 x 0.6 = 114)

3.Pastikan limit atas bagi degupan jantung anda dengan mendarabkan 0.8 : (190 x 0.8 = 152)

Limit bawah dan limit atas adalah satu limit dimana kita perlu memastikan bahawa degupan jantung kita pada umur tertentu mesti berada dalam lingkungan sedemikian.

Apabila anda menggunakan peralatan cardio tadi, pastikan limit degupan jantung anda. Jika anda melakukan senaman dengan terlalu kuat, jantung akan berdegup dengan laju dan sensor akan membaca seterusnya monitor akan memberitahu bahawa degupan jantung anda terlalu kuat. Anda dikehendaki memperlahankan aktiviti senaman anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Untuk mengukur tahap kecergasan jantung anda, pastikan sebelum memulakan senaman baca tahap degupan jantung dengan sensor di peralatan cardio, ulangi lagi selepas beberapa minggu dan bulan. Jika tahap degupan jantung semasa dalam keadaan rehat menurun, bermakna anda telah berjaya meningkatkan tahap kekuatan jantung mengepam darah.

Dapatkan nasihat daripada trainer gimnasium berhampiran anda bagaimana meningkatkan tahap kecergasan anda. 

Posted in Kesihatan | Comment

Sayangi diri anda

Posted by ferouxe on Tuesday 7 October 2008

Akibat terlalu sibuk dengan perniagaan/pekerjaan dan komitmen keatas keluarga adalah sebab utama yang biasa diberikan untuk menolak pelawaan menghadiri aktiviti riadah. Keghairahan masyarakat masakini dalam kerjaya mereka menyebabkan hidup mereka didedikasi sepenuhnya untuk mengejar kejayaan dalam hidup. Belum lagi yang bekerja makan gaji, malah golongan ini kadang-kadang bekerja lebih teruk daripada golongan usahawan.

Bagi yang telah berkeluarga mereka memberikan alasan ingin meluangakn masa disamping pasangan dan tiada masa untuk beriadah. Walaubagaimanapun mereka masih muncul dalam majlis makan-makan, seperti berbuka puasa di bulan lepas, majlis rumah terbuka dibulan ini dan majlis perkahwinan pada bulan akan datang. Menghadiri majlis makan-makan tiada salahnya tetapi akibatnya akan berlaku bila tiada keseimbangan antara “masuk keluar” dalam tubuh badan jika anda tidak melakukan langsung aktiviti riadah.

Makanan yang kita makan kadang-kadang terkandung toksik yang merbahaya kepada tubuh badan. Jadi aktiviti bersenam akan memberikan keseimbangan dalam tubuh badan kita kerana apabila kita aktif bersenam maka toksik dalam badan akan terkeluar dan mengurangkan lemak-lemak yang berlebihan. Kita juga akan sentiasa sihat dan bertenaga. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit moden zaman kini yang banyak diakibatkan oleh corak diet harian kita.

Oleh yang demikian, bagi anda yang sentiasa bekerja kuat sepanjang minggu, luangkankan masa 3-4 jam dalam seminggu untuk bersenam. Tiada alasan bagi yang berkeluarga kerana aktiviti berjoging dan berjalan kaki di taman bersama keluarga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan juga memberikan didikan yang baik kepada anak kecil betapa pentingnya menjaga kesihatan. Kita tidak mahu mempunyai harta yang melimpah ruah, pangkat yang tinggi tetapi diri terlantar di katil pada usia yang masih muda.

Posted in Kesihatan | Comment