dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Perancangan Kewangan’

Pengurusan Dana Persaraan

Posted by ferouxe on Wednesday 30 June 2010

Simpanan dalam pelbagai instrumen pelaburan yang memberikan pulangan yang baik adalah satu perancangan kewangan yang wajar. Sebaiknya mulakan dengan konsisten sejak mula-mula lagi melangkah ke alam pekerjaan. Oleh yang demikian kita sudah mempunyai tempoh yang panjang untuk menyimpan. Berbanding jika kita baru memulakan simpanan pada 2-3 tahun sebelum umur bersara, maka pendeklah tempohnya.

Menyimpan dalam institusi pelaburan yang mempunyai pulangan yang besar lebih baik daripada menyimpan dengan institusi yang memberi sedikit pulangan. Ini bermakna wang anda bekerja keras dan memberikan gaji kepada anda dengan jumlah yang lebih. Dan sudah tentunya pastikan tempat simpanan anda di iktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai institusi pelaburan yang sah.

Menyimpan untuk dana persaraan bermakna menyimpan untuk kegunaan pada usia emas. Jadi harap maklum bahawa segala perbelanjaan semasa perlulah diambil daripada akaun kegunaan semasa sahaja. Walau apapun yang terjadi jadikan akaun simpanan persaraan adalah untuk masa depan anda sahaja. Tiada kaitan untuk kegunaan masa kini.

Bagi individu yang memulakan simpanan pada usia muda, maka tempoh yang panjang sebelum usia persaraan berbagai-bagai situasi akan datang. Maka persiapkan diri dengan segala jangkaan yang kita tidak sangka datang menimpa. Kematian, cacat kekal, sakit kritikal mahupun kemalangan adalah antara risiko yang dimaksudkan. Simpanan yang mempunyai elemen perlindungan kewangan disamping menyediakan pulangan yang lumayan adalah cara terbaik dalam salah satu penyediaan dana simpanan anda kelak.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Simpanan Daripada Pendapatan

Posted by ferouxe on Friday 7 May 2010

 

Ada dua perbandingan yang boleh kita renungkan apabila melihat dua individu yang menguruskan simpanannya.

Encik A : Pendapatan RM10,000, Simpanan RM500

Encik B : Pendapatan RM5000, Simpanan RM500

 

 Jumlah simpanan yang sama, namun Encik A hanya dapat menyimpan 5% daripada pendapatan beliau berbanding Encik B berjaya menyimpan 10% daripada gajinya.

Walaupun mempunyai pendapatan separuh daripada gaji Encik A, untuk jangkamasa panjang, Encik B mampu menyamai simpanan dengan Encik A.

Bagaimana Encik B boleh membuat simpanan begini.

Apa yang boleh dikaji, Encik B mengawal perbelanjaan daripada gaji bulanannya. Dia tidak memandu kereta yang terlalu mahal, makan di restoran yang sederhana, dan tidak membeli menggunakan kad kredit melebihi kemampuannya.

Manakala Encik A, memandu kereta yang mahal, selalu makan di restoran ternama dan menggunakan kemudahan kredit untuk membeli tanpa berfikir panjang. Ini mengakibatkan beliau menghadapi sindrom perbelanjaan yang banyak menghampiri jumlah gajinya.

Ini adalah contoh mudah bagaimana keinginan untuk berbelanja berlebihan akan menggugat keupayaan untuk menyimpan. Walaupun gaji kita besar ini tidak bermakna kita boleh berbelanja tanpa kawalan. Pada akhirnya perbezaan kekuatan kewangan antara individu bukanlah diukur dengan pendapatan tetapi bagaimana di berjaya membuat tabungan.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Tips Pengurusan Kredit

Posted by ferouxe on Monday 25 January 2010

Ekonomi mengajar kita cara pengurusan kewangan dengan sumber yang terhad untuk kebaikan individu ataupun syarikat yang dimiliki. Bukan sahaja individu, malah jika kita yang memiliki perniagaan perlu mengawalselia keluar masuk aliran tunai. Ini menjamin kewangan syarikat mampu untuk menampung kekuatan pergerakan syarikat bagi jangka masa panjang.

Sebelum kita belajar bagaimana mengurus kredit untuk syarikat yang memakan belanja yang besar, elok jika kita urus kredit dalam kewangan diri kita sendiri. Beberapa tips berikut dapat memberikan panduan bagaimana kita boleh menguruskan kewangan peribadi.

1.Menyenaraikan kepentingan perbelanjaan yang mana penting perlu didahulukan.

2.Pastikan pinjaman yang dilakukan mampu memberi pulangan kepada diri / syarikat.

3.Jangan membuat pinjaman melebihi kemampuan kewangan.

4.Memastikan pinjaman perlu diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

5.Elakkan untuk membuat pinjaman melebihi kemampuan hanya semata-mata ingin membeli barangan untuk kemegahan kepada orang lain.

6.Berbincang dengan orang lain kewajaran jika memerlukan membuat pinjaman atau tidak.

7.Senaraikan dan kemaskini selalu hutang semasa supaya memberi panduan berjaga-jaga bagi mengelakkan hutang berlebihan.

 Elakkan menjadi mangsa hutang. Akibat tamak dan tidak tahu menguruskan kredit akan membinasakan diri sendiri. Mulakan langkah yang bijak bagi menjamin kehidupan anda sejahtera daripada dibelenggu masalah bebanan hutang.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Akibat Kelemahan Pengurusan Kredit

Posted by ferouxe on Tuesday 29 December 2009

Kemudahan kredit yang diberikan pada masa kini, memudahkan kita berbelanja tanpa membawa tunai yang banyak. Ini dapat mengelakkan kita daripada menjadi mangsa samun. Namun kemudahan ini mudah disalahguna kerana ramai yang berbelanja melebihi pendapatan.

Akibat keinginan nafsu dan tanpa memikirkan masalah akan datang, ramai yang menjadi mangsa akibat pengurusan kredit yang lemah. Sehingga dilaporkan ada graduan yang baru mendapat pekerjaan juga gagal dalam menguruskan hutang dengan baik. 

Apa yang akan terjadi sekiranya diri kita dibelenggu dengan masalah hutang :

1.Kehidupan diri dan keluarga tidak aman, sering dihubungi dengan penghutang yang mengganggu kehidupan harian.

2.Perbelanjaan tidak terancang, terpaksa menangguh sesuatu perbelanjaan kerana banyak wang diperuntukkan untuk membayar hutang.

3.Amat sukar merancang membuat simpanan dan pelaburan untuk masa depan.

4.Hampir kesemua keluarga yang mempunyai masalah kredit cenderung untuk terjadi masalah keruntuhan rumahtangga.

5.Boleh membawa kepada terpengaruh aktiviti jenayah akibat keperluan wang yang amat terdesak. 

Kawal perbelanjaan anda, kawal hutang anda dan kawal pendapatan anda untuk tidak mudah berhutang dengan berlebih-lebih.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Melancong : Perbelanjaan Atau Pelaburan

Posted by ferouxe on Monday 21 December 2009

Musim cuti sekolah ditambah cuti hari Jumaat berturut-turut membuatkan ramai pekerja senyum selalu pada bulan ini. Mengambil kesempatan musim cuti ini, ramai orang membuat perancangan berjalan-jalan dalam atau luar negeri. Hotel dan rumah penginapan dilaporkan penuh dengan tempahan sejak awal bulan lagi.

Kos untuk melancong dalam ataupun luar negara bergantung kepada pakej yang diambil, menempah hotel lima bintang sudah tentu lebih mahal daripada harga rumah tumpangan / chalet di pusat peranginan. Memang tidak salah kita luangkan masa untuk mengambil cuti berjalan-jalan bersama kawan / keluarga sebagai penghargaan kepada diri sendiri setelah setahun penat bekerja.

Membayar perbelanjaan untuk bercuti mungkin boleh di anggap sebagai perbelanjaan semasa ataupun pelaburan untuk masa depan. Ia bergantung kepada bagaimana individu itu sendiri yang menggunakan peluang melancong sebagai satu peluang untuk berhibur ataupun peluang melancong sebagai satu proses pembelajaran di alam realiti.

Percutian boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan untuk masa depan jika kita gunakan sepenuhnya masa percutian itu dalam mengenali keadaan sekeliling. Pergaulan dengan penduduk setempat menambahkan ilmu dalam kebudayaan dan corak masyarakat setempat. Memerhati dengan teliti suasana kehidupan masyarakat lain memberikan input yang berguna lebih daripada pembacaan.

Bagi perspektif seorang usahawan, banyak pembelajaran yang akan diperolehi apabila mereka bercuti lebih-lebih lagi berada jauh daripada masyarakat sendiri. Jauh perjalanan luas pandangan, begitu ungkapan yang boleh diberikan jika kita boleh mencedok corak kehidupan masyarakat luar yang sesuai boleh dibawa kedalam masyarakat sendiri.

Gunakan masa percutian anda sebagai masa beharga yang memberikan pulangan pelaburan untuk masa depan.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Pewarisan Harta

Posted by ferouxe on Monday 30 November 2009

William Chen (bukan nama sebenar) warga Malaysia berketurunan Cina, telah menamakan kekasihnya sebagai penama semasa mula-mula membuka akaun KWSP. Namun jodoh mereka tidak panjang, William akhirnya berkahwin dengan wanita lain. Akibat kesibukan dengan kerja, William terlupa menukar penama untuk akaun KWSP.

Hayat William tidak panjang, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berumur 37 tahun semasa kerjaya beliau sedang meningkat naik. Apa yang menimbulkan permasalahan ialah balu beliau terpaksa berhadapan bahawa harta dalam KWSP milik mendiang William yang bernilai hampir RM500,000 akan diberikan kepada bekas kekasih William.

Ini adalah sebahagian cerita-cerita benar yang terjadi akibat tiada perancangan dalam urusan pewarisan. Ada terjadi kisah perebutan harta tinggalan yang berlaku kepada seorang lelaki yang berkahwin kali kedua secara senyap dan bermacam-macam lagi, yang penting kita semua perlu ambil tahu sebagai persiapan sebelum memejamkan mata buat kali terakhir.

Selesaikan urusan pewarisan dengan bijak agar pihak lain tidak akan menerima kesusahan kemudian hari.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Inflasi : Kenaikan Harga

Posted by ferouxe on Thursday 9 July 2009

Harga sebungkus nasil lemak pada tahun 1984 ialah RM0.30 tetapi

Harga nasi lemak sebungkus di kios Petronas dengan saiz yang sama ialah RM2 pada 2009.

Senario kenaikan harga bagi barangan seperti ini dipanggil inflasi. Harga barangan akan ditentukan berkait rapat dengan permintaan, penawaran dan kos untuk menghasilkan barangan tersebut. Dalam sejarah, kenaikan harga yang melampau pernah berlaku di Jerman yang mana harga barang meningkat 400% dalam masa 48 jam !!!

Inflasi yang berlaku akan mengurangkan kuasa beli bagi barangan tersebut. Jika harga  sebungkus nasi lemak kita jadikan contoh, pada tahun 1984 kita boleh membeli 10 bungkus dengan harga RM3 tetapi kini, kita perlu membayar RM20 untuk membeli jumlah dan saiz yang sama.

Bank pusat ataupun kita panggil Bank Negara bertanggungjawab memastikan kadar inflasi dalam paras yang selamat. Sebagai contoh, Bank of England yang berfungsi sebagai bank pusat United Kingdom telah menjadi badan bebas baru-baru ini. Tugas utama mereka untuk memastikan tahap inflasi dalam paras 2%, dan pencapaian ini sungguh membanggakan dimana untuk 3 tahun kebelakangan ini, harga barangan di UK tidak lebih pada paras itu. 

Begitu juga apabila berlaku kenaikan harga dalam barangan keperluan, pendapatan kita perlu selari dengan kenaikan harga ini. Bagaimana anda meningkatkan pendapatan diri anda. Bagi yang bekerja sebagai usahawan sudah tentu dia akan menjawab akan meningkatkan produktiviti syarikatnya. Bagi yang bekerja makan gaji… 

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Pengurusan Cukai

Posted by ferouxe on Friday 12 June 2009

Membuat pembayaran cukai adalah tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia bagi menyumbangkan sumber kewangan kepada pembangunan negara. Kutipan cukai akan disalurkan untuk membiayai kos membangunkan kemudahan untuk kegunaaan orang ramai seperti jambatan, jalanraya, dewan serbaguna, sekolah, hospital, gaji penjawat awam dan pelbagai kos yang ditampung untuk meringankan beban kewangan rakyat.

Bagi di negara maju seperti Amerika, sumber cukai ini disalurkan kepada orang miskin / penganggur dalam bentuk elaun. Sungguh menakjubkan. Hasil prestasi ekonomi semasa yang baik akan menaikkan jumlah kutipan cukai dan ini dapat memberikan sumber kewangan yang besar untuk membangunkan negara. Namun ada lagi timbul isu penyalahgunaan kuasa untuk mengaut keuntungan daripada projek tertentu yang menggunakan sumber kewangan negara.

Bagi kita sebagai pembayar cukai, kita perlu tahu prosidur bagi pengiraan cukai dan beberapa pelepasan yang telah diistiharkan oleh kerajaan. Antara pelepasan cukai yang berkaitan dengan pelan insurans dan takaful adalah tidak melebihi RM6000 setahun untuk pembayaran takaful keluarga / insurans hayat / KWSP. Bagi pembayaran takaful pendidikan / takaful perubatan / insurans pendidikan / insurans perubatan; pelepasan pendapatan bercukai adalah RM3000 setahun.

Berbagai lagi pelepasan dan rebat cukai yang diberikan sekiranya kita dapat merujuk manual pengiraan cukai sebelum membuat pembayaran cukai pada setiap akhir tahun.  Bagi anda sebagai usahawan, sudah seharusnya anda perlu selalu mengemaskini akaun untuk pengiraan untung rugi pada setiap akhir tahun. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pengurusan Pelaburan

Posted by ferouxe on Saturday 30 May 2009

Lebihan wang daripada pendapatan bulanan, jika disimpan dalam instrumen pelaburan yang sah disisi undang-undang negara kelak akan memberikan pulangan yang lumayan. Malah lebih daripada itu boleh menjana pendapatan sama seperti apa yang dibuat oleh jutawan yang hidup pada ketika ini.

Membuat pelaburan adalah kegemaran oleh masyarakat negara kita. Tidak perlu membuat promosi yang meluas seperti pengurusan risiko, ramai golongan daripada pelbagai lapisan masyarakat inginkan pendapatan daripada pelaburan yang dibuat. Wang akan bekerja untuk kita menghasilkan keuntungan apabila kita membuat pelaburan. Oleh sebab kesedaran itu ramai antara kita ingin membuat pelaburan di saat usia muda lagi.

Namun yang menjadi masalah adalah pelaburan yang dianggap tidak diterima akal peratus keuntungannya. Malah ada syarikat pelaburan di Malaysia yang menawarkan keuntungan melebihi keuntungan yang dijana oleh Warren Buffet; Billionaire dalam bidang pelaburan yang terkenal. Syarikat yang tumbuh sebegini adalah gimik skim pelaburan piramid yang masih lagi mampu menipu daya pelabur.

Bagi seorang muslim, memilih pelaburan yang halal dari segi hukum agama adalah sangat dituntut bagi menyempurnakan kehidupan yang bersih daripada sumber yang meragukan. Pelaburan dalam menurut Agama Islam melarang penganutnya untuk terlibat dalam aktiviti perjudian, arak atau apa yang terlibat dalam penyediaannya dan apa-apa yang tidak jelas dalam proses jual beli.

Bagi anda yang ingin memulakan pelaburan untuk tujuan jangka pendek, sederhana dan panjang, anda dicadangkan agar membuat kajian dan mendapatkan nasihat daripada perunding pelaburan yang bertauliah. Bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diduga untuk masa akan datang, buat pelaburan dalam pelbagai instrumen seperti yang dipesan jangan simpan telur dalam satu bakul yang sama.

Pengurusan Perlindungan Risiko

Posted by ferouxe on Thursday 30 April 2009

Menyediakan perlindungan kewangan adalah salah satu cabang penting dalam perancangan kewangan. Dan sememangnya penulis terlibat secara serius dalam mempromosikan pelan takaful sebagai salah satu sumber pendapatan.

Menyediakan pelan perlindungan kewangan sama seperti menyediakan payung sebelum hujan. Kita tidak tahu bila hujan akan turun dan sama juga kita tidak boleh mengetahui bila diri kita akan menghadapi musibah.

Sebagai persediaan jika berlaku musibah, kita memerlukan pelan perlindungan kewangan takaful yang menyediakan pelbagai manfaat bantuan kewangan sekiranya peserta mengalami musibah seperti kematian, hilang upaya kekal yang menyeluruh, penyakit kritikal dan rawatan penghospitalan.

Pelan takaful juga mempunyai elemen simpanan yang akan memberikan keuntungan kepada peserta. Penyata simpanan, penyata pembayaran dan sijil yang menerangkan butiran terperinci mengenai pelan yang telah disertai akan diberikan selepas permohonan diluluskan.

###BinaUsahawan.com menyediakan penerangan percuma kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelan perlindungan takaful. Sila email kepada : info@BinaUsahawan.com###