Industri Teh Premium

Teh telah menjadi minuman yang mempunyai sejarah yang panjang di serata pelusuk dunia. Industri berkaitan teh juga memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang dan industri ini masih kukuh bertahan walau apapun ribut ekonomi melanda.
Idea menyediakan teh yang mempunyai kelas tersendiri, berkualiti dengan pelbagai citarasa adalah suatu yang unik. Ini adalah hasil idea gabungan 2 usahawan iaitu Manoj M Murjani dari Hong kong dan Taha Bouqdib yang menubuhkan perniagaan teh mewah di Singapura.
Perniagaan ini diberi nama The Wellness Group (TWG) Tea ditubuhkan pada 2007. Sehingga kini TWG menjual 100 jenis teh asli serta adunan daripada setiap negara pengeluar teh dunia.
Selain daripada itu juga mereka mengumpulkan pakar wangian dan pakar pastri bagi mengukuhkan jenama teh ini. Pada 2008 mereka membuka kedai dan butik teh gaya Eropah yang pertama di Republic Plaza, Raffles Place.
Syarikat ini berjaya meyakinkan Singapore Airlines dan Harrods London untuk menjadi pengedar teh premium ini. Sungguh menakjubkan walaupun umur syarikat masih muda tetapi berkat usaha serta idea perniagaan yang menarik boleh membawa syarikat lebih jauh.
Mencari pasaran baru dengan idea perniagaan yang kreatif adalah salah satu cara usahawan bertindak. Kita perlu berfikir keluar daripada kepompong perniagaan biasa, dan mendahului pasaran dengan membawa idea yang unik dengan sedikit penambahbaik dalam menguruskan perniagaan.
Rencana di petik daripada akhbar Kosmo 30 Jun 2010
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan







Apabila pertama kali melangkah ke premis ini, penulis membayangkan bahawa perniagaan ini adalah hasil pelaburan syarikat besar dan ternama. Namun setelah mendapat liputan dalam beberapa akhbar tempatan, agak terkejut juga, MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn Bhd bermula menjual buah-buahan dengan basikal roda tiga di tepi jalan sahaja.