Posted by
ferouxe on Wednesday 4 August 2010
Donald Trump, selebriti usahawan yang terkenal pernah memberi nasihat :
“Lakukan apa yang anda suka, dan suka dengan apa yang anda lakukan“

Memang kita tidak suka membuat perkara yang kita sudah maklum tidak menyukainya. Lebih-lebih lagi jika itu adalah pekerjaan harian kita. Cuba kita perhatikan sindrom / tanda-tanda orang yang tidak berminat dengan pekerjaannya :
-
Awal-awal sebelum hari bekerja sudah mengeluh kerana esok adalah hari kerjanya
-
Sering meluahkan di laman web sosial masalah kerja yang mengganggu hidup hariannya
-
Suka mengambil peluang berehat-rehat ketika waktu kerja
-
Tidak bersemangat dalam melakukan pekerjaannya
-
Manakala yang menariknya terlalu gembira kerana esok adalah hari cuti
-
Kembali pusingan sindrom awal seperti yang permulaan di atas
Tanda-tanda awal yang diri kita tidak suka dengan pekerjaan yang dilakukan akan membawa kepada hasil kerja yang tidak memuaskan. Sebaliknya jika individu yang suka dengan kerjanya, maka segala permasalahan yang dihadapi adalah perkara yang menyeronokkan dalam hidupnya.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan
Posted by
ferouxe on Wednesday 21 July 2010

Apa yang memberi kesan kepada diri kita selepas mendengar satu sessi motivasi yang memberangsangkan jiwa anda..sudah tentu akan datang “S” yang pertama. Kita akan bersemangat, disuruh melompat pun sanggup sampai ke siling. Semangat akan datang dalam jiwa kita tiap kali mendengar kata-kata yang boleh menaikkan motivasi.
Selang selepas 24 jam berlalu, kita masih lagi terngiang-ngiang kata-kata membara oleh penceramah semalam. Kita pun masih lagi kekal, ingin menjadi seperti orang yang berjaya itu. Lama kelamaan kita akan dilanda sindrom “S” yang kedua. Ia adalah Syok Sendiri. Kita pun berangan untuk menjadi seperti si penceramah, sambil menggenggam tangan dan mungkin sanggup melompat dalam bilik selepas bangun dari tidur.
Semua itu tidak membuah kejayaan langsung. Perkara pokok, lakukan “S” yang ketiga. Rancang dan buat SEKARANG.
- Jika ingin menceburi perniagaan, lakukan kajian sekarang,
- Jika ingin mendaftar syarikat, ambil kunci kereta dan pandu ke SSM berhampiran,
- Jika ingin mencari modal, segera mendapatkan maklumat daripada pihak yang menawarkan bantuan perniagaan,
- Jika ingin meningkatkan jualan, keluar dan lakukan aktiviti jualan anda,
- Jika ingin membesarkan perniagaan, besarkan sekarang.
Kejayaan semua orang akan bermula dengan membuat tindakan sekarang. Tidak perlu tertunggu-tunggu menangguh dengan 2 “S” yang pertama itu dulu. Cuba buat dahulu tanpa memikirkan gagal atau tidak berhasilnya cubaan kita.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan
Posted by
ferouxe on Monday 7 June 2010
Seorang pakar motivasi pernah memberi kata hikmah kepada penulis, walaupun terlalu panjang dan agak mengambil masa untuk memahaminya, namun maksudnya sungguh jelas. Ia berbunyi seperti berikut
-
- Ingat kebaikan orang lain kepada diri kita,
- Lupakan kebaikan diri kita kepada orang lain,
- Lupakan kejahatan orang lain kepada diri kita,
- Ingat kejahatan diri kita kepada orang lain.
Kita selalu mengharap agar orang lain memuji segala apa kebaikan yang kita lakukan. Dan tanpa kita sedari kadang-kadang kita mengharap sangat untuk dipuji walaupun membuat perkara yang terlalu kecil. Memang naluri manusia suka dipuji dan dipuja. Tetapi lama kelamaan pujian yang berlebihan ini menjadikan diri kita mula menghampiri sikap takbur.
Manakala kita juga selalu mengingati kejahatan orang lain kepada diri kita. Kadang-kadang walaupun kecil kesalahan yang mereka lakukan, kita akan ingat selalu atau sering diungkapkan dengan ayat ”Ingat sampai mati”. Ini pun memang kita terbuat dalam kehidupan kita.
Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada diri sendiri dan kepada pembaca sekelian, mulai hari ini, kurangkan sifat ingin dipuji, buat kebaikan sekalipun sebesar zarah secara senyap, manakala maafkan rakan-rakan kita yang telah membuat kesilapan kecil kepada diri kita. Ini adalah langkah bagaimana kita boleh memiliki keperibadian yang mulia.
Selepas itu mulalah mengingati segala kebaikan yang dilakukan oleh orang lain kepada diri kita, ucapakan terima kasih walaupun mereka membuat kebaikan terlalu kecil. Dan yang utama sering ingati segala kesilapan yang mungkin kita lakukan, ucapkan kemaafan kepada mereka agar mereka tidak terasa hati kepada diri kita.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan
Posted by
ferouxe on Monday 31 May 2010

Jika seorang individu telah melakukan kesilapan, ini bukan bermakna kesemua ahli dalam kelompoknya adalah sepertinya. Perkara ini selalu berlaku apabila kita menghakimi sesebuah organisasi khususnya apabila mengkaji kelompok peniaga.
Kita selalu menemui kes-kes sebegini yang berpunca akibat tidak puas hati dalam menjalankan urusan, justeru itu kita menuduh bahawa organisasi itu tidak mempunyai perkhidmatan yang diharapkan.
Silap faham dalam berkomunikasi sering kali berlaku yang mengakibatkan konflik tidak puas hati pelanggan dengan peniaga. Seorang usahawan perlu mengkaji diri sendiri bagaimana dia perlu menjaga tatacara komunikasi yang berhemah semasa berbicara.
Kaji dengan teliti segala permasalahan yang telah dihadapi. Lebih elok jika membuat soal selidik kepada semua pihak yang berkaitan dalam permasalahan ini. Cuba berfikir dengan minda yang waras dan jangan bertindak dengan penuh emosi.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan
Posted by
ferouxe on Wednesday 12 May 2010
Ada tiga jenis kumpulan tanah :
Kumpulan pertama : Tanah yang boleh menyerap air hujan dan ia menjadi subur. Oleh yang demikian banyak tanaman boleh tumbuh dan memberi kebaikan kepada orang ramai
Kumpulan kedua : Tanah yang tidak boleh menyerap air hujan. Tetapi boleh menakung air. Takungan air itu boleh lagi memberi kebaikan kepada orang ramai dan hidupan sekitar.
Kumpulan ketiga : Tanah yang apabila hujan turun tidak boleh menyerap dan tidak boleh menakung air. Sebaliknya mengalirkan air ketempat lain. Manusia dan hidupan lain tidak boleh mendapat manfaat daripada keadaan ini.
Analogi ini merujuk bagaimana kita semua manusia perlu ada tanggungjawab terhadap mencari ilmu, mengamalkan ilmu dan menyebarkan ilmu.
Kumpulan tanah pertama : Manusia yang mengamalkan ilmu dan boleh menyebarkan ilmu itu kepada orang lain sebagai manfaat bersama.
Kumpulan tanah kedua : Manusia yang sukar mengamalkan ilmu tetapi menyebarkan kepada orang lain dan memberikan kebaikan kepada mereka.
Kumpulan tanah ketiga : Manusia yang tidak mengamalkan ilmu dan tidak berusaha untuk menyebarkan ilmu demi kebaikan orang lain.
Dimanakah kita?
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan
Posted by
ferouxe on Thursday 22 April 2010
Umairah (bukan nama sebenar) membesar sebagai anak kedua dalam keluarga kelas pertengahan. Bapanya seorang guru yang menitik berat pelajaran anak-anaknya. Kakaknya seorang pelajar cemerlang dan berjaya dalam peperiksaan besar hingga melayakkan diri untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.
Tekanan dalam pembelajaran mula di rasai selepas mendapat keputusan kurang memberangsangkan dalam peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran), kakaknya memarahi akibat tidak bertanyakan segala permasalahan, ini mempengaruhi bapanya untuk turut serta bengang dengan keputusan yang tidak boleh menyamai tahap pelajaran kakak Umairah.
Tekanan demi tekanan dalam keluarga membentuk persekitaran yang membelenggu sifat dalam diri Umairah. Beliau sering rasa takut dan rasa rendah diri yang teramat sangat terhadap orang-orang yang berada disekelilingnya. Akibat rasa takut yang teramat sangat beliau menjadi seorang yang merasakan dirinya terlalu bawah lantaran orang lain boleh mempermainkan dirinya.
Faktor persekitaran keluarga ini mempengaruhi sikap Umairah sehingga mencapai umur dewasa. Beliau sering untuk mengelak daripada membuat sesuatu yang tidak logik tanpa banyak soal. Takut menjadi kemarahan orang lain. Walaupun beliau boleh meningkatkan tahap pencapaian pelajarannya, namun dia masih lagi mempunyai sikap rendah diri tahap negatif walaupun semasa alam pekerjaan dalam selepas mendirikan rumah tangga.
Ini adalah salah satu asam garam kehidupan manusia, bagaimana persekitaran keluarga menjadi salah satu faktor membentuk sikap manusia itu apabila dewasa kelak. Selain daripada itu juga rakan sebaya, media dan kawasan kediaman juga boleh menjadi faktor bagaimana pembentukan peribadi manusia.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan
Posted by
ferouxe on Tuesday 13 April 2010
Menghadapi masalah yang boleh membawa kemarahan adalah perkara biasa yang kadang-kadang, malah selalu dihadapi oleh kita semua. Perasaan benci, silap faham dalam komunikasi, kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan oleh orang lain boleh membawa perasaan kemarahan kepada orang lain.
Banyak lokasi dan situasi boleh menyebabkan diri kita menjadi marah. Selalunya kita akan marah kepada orang lain, dan jarang kita menyalahkan kepada diri sendiri. Ini adalah lumrah. Namun sampai bila kita perlu asyik memerahkan muka dan menaikkan suara kepada orang lain.
Apa yang utama, produktiviti tidak akan boleh ditingkatkan jika kita asyik membawa perasaan sebegini selalu. Kawal kemarahan dan redakan degan berbagai-bagai teknik yang boleh digunakan.
- Luahkan permasalahan yang sedang dihadapi kepada orang lain yang boleh dipercayai.
- Membanyakkan aktiviti, kerana melalui cara ini kita boleh melupakan seketika perasaan marah.
- Aktiviti sukan terbukti dapat menghilangkan stress dalam diri. Apabila kita bersukan dengan rakan-rakan, kita menggunakan tubuh badan dalam pergerakan dan melalui pengalaman baru. Secara tidak langsung kurang kita mengingati perasaan marah itu.
- Senyum, berjenaka selalu, jangan terlalu sensitif dalam permasalahan dan tangani masalah dengan sabar. Tarik nafas panjang, atau keluar seketika daripada tempat kemarahan dengan mengambil angin baru.
- Bagi muslim, jika berlaku situasi begini kita digalakkan mengambil wudhuk (membasuh sebahagian anggota badan) dan bersembahyang meminta Allah menenangkan hati kita.
Ingat, apabila manusia marah, matanya akan terbuka, manakala mindanya akan tertutup. Kemarahan akan menyebabkan banyak penyakit dan boleh menampakkan diri terlalu tua daripada usia sebenar. Hindarkan kemarahan dalam diri anda.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###
Posted by
ferouxe on Thursday 1 April 2010
Mendapat duit VSS atau tawaran pemberhentian kerja sukarela sungguh menyeronokkan. Wang yang terlalu banyak, (mengikut pengiraan perkhidmatan yang telah diberikan) belum pernah dirasai, maklumlah selama ini gaji hanya cukup-cukup makan sahaja.
Menjadi orang kaya sementara, menyebabkan ada individu yang melupakan sahaja kehidupan bekerja tetapi berbulan madu seperti murid-murid yang bercuti sekolah. Duduk di rumah sahaja, keluar untuk membeli barangan atau saja-saja keluar untuk menghabiskan duit yang banyak ini.
Tidak perlu memikirkan kepayahan bekerja, tidak perlu memikirkan hendak menambah pendapatan, tidak perlu susah-susah mencari ilmu untuk bekalan sebaliknya hidup bermalas-malasan membiarkan masa berlalu.
Kehidupan ini sungguh mengujakan, dan masa akan cepat berlalu. Duit yang ada tidak akan bertambah sebaliknya akan berkurang hari demi hari. Mulai daripada itu sepenerima VSS akan mula memikirkan cara kembali untuk bekerja. Dan selalunya dia akan kembali ke kehidupan yang susah suatu ketika dahulu. Sungguh malang sekali.
Adakah baiknya jika kesenangan sementara ini di gunakan untuk menambahkan ilmu yang juga akan menambahkan pendapatan untuk jangka masa panjang. Jangan bazirkan masa dan wang yang ada. Gunakan kesempatan ini untuk berjaya menjadi usahawan.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan
Posted by
ferouxe on Tuesday 2 February 2010
Air adalah kurniaan tuhan untuk kegunaan manusia di bumi. Tanpa makanan untuk beberapa hari, manusia masih berupaya untuk hidup. Namun tanpa air, manusia akan cepat lesu akibat penghidratan. Air juga sangat penting dalam membantu melancarkan kehidupan manusia.
Hasil kajian oleh saintis, molekul air boleh berubah imej mengikut perkataan yang disebutkan kepadanya. Ini bermaksud, jika kita berkata-kata baik di hadapan air, maka molekul air akan membentuk rupa yang indah dan sebaliknya jika berlaku jika perkataan yang tidak baik.
Sama juga terjadi kepada manusia, 60% daripada badan manusia adalah air. Dan fikirkan jika kita selalu berkata perkara yang sia-sia. Maka diri manusia itu yang mempunyai kandungan air akan membentuk sifat yang tidak baik dan memberi kesan kepada sifat diri manusia itu sendiri. Adat masyarakat Melayu juga melarang supaya bergaduh bercakap yang tidak baik apabila berada di hadapan makanan.
Mulakan hari ini mulakan untuk bercakap perkara yang baik tidak kira berada dimana sekalipun. Tuturkan perkataan yang mulia dan tunjukkan sifat yang baik sebagai contoh dan tauladan kepada orang lain. Perkataan yang diucapkan akan membentuk keperibadian seseorang.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###
Posted by
ferouxe on Saturday 30 January 2010
Tenaga yang menarik objek daripada atas muka bumi terus jatuh ke tanah dipanggil graviti. Memang sejak dahulu hingga kini tenaga ini tidak boleh nampak dengan mata kasar, hanya kesan melalui tarikan graviti ini menjadikan kita boleh melakukan aktiviti harian tanpa terawang-awang di atas awan.
Penemuan yang tidak dirancang oleh saintis terkenal Sir Isaac Newton membuka banyak jalan penciptaan dalam dunia sains hingga hari ini. Dari segi sains pemikiran dalam konteks motivasi perniagaan, contoh graviti mempunyai banyak perkaitan dalam kehidupan seharian ini. Sememangnya tenaga graviti tidak boleh nampak dengan mata kasar, namun kesan daripada tenaga ini mampu dikaji dan dihitung untuk dicontohi oleh orang lain.
Kemahiran pengurusan masa, pengurusan yang cekap, kegigihan dalam pekerjaan, keyakinan dalam diri, nampak peluang dihadapan, tidak menumpukan kegagalan dan lain-lain perlu bagi seorang usahawan dalam mencapai kejayaan. Namun sifat ini tidak nampak pada muka usahawan malah pada mata kasar kita semua. Tetapi kita boleh nampak kesan kemahiran ini daripada hasil yang ditonjolkan oleh usahawan itu.
Kita perlu yakin bahawa kemahiran ini wujud walau tidak nampak dalam mata kasar dan perlu ada bagi setiap individu yang ingin berjaya. Sering terjadi kepada individu yang mula mengorak langkah yang berjaya dimana keyakinan kepada kemahiran ini timbul tenggelam.
Ada masa dia yakin dengan kewujudan kemahiran ini dan ada masa dia lalai dan melayan perasaan kegagalan yang dihadapi. Justeru itu bagi memantapkan kemahiran dalam diri itu, sentiasa memperingati diri untuk memperkuatkan diri tanpa dipengaruhi anasir negatif. Masukkan nilai-nilai positif melalui pembacaan, menonton bahan ilmiah dan pergaulan dengan orang yang telah berjaya.