dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Aktiviti’

Percutian Ekonomi Di Eropah Tengah : Zakopane Poland

Posted by ferouxe on Wednesday 17 February 2010

Ingin menikmati cuti musim sejuk di Eropah Tengah dengan kos yang murah?, Zakopane Poland adalah antara pilihan terbaik kerana pertukaran matawang negara ini hampir sama dengan Ringgit Malaysia. Negara Poland tidak menggunakan matawang Euro, sebaliknya menggunakan matawang yang dikenali sebagai Zolty, 1 Zolty hampir bersamaan RM1.20.

Zakopane terletak di selatan Poland, mempunyai banyak lapangan meluncur ski dan snowboard yang menawarkan harga yang murah serta kualiti lapangan luncur hampir menyamai pusat peranginan ski di Switzerland dan Hokkaido Jepun. Anda boleh menyewa peralatan ski dengan harga RM25 dan menggunakan kemudahan dawai kabel untuk naik ke puncak dengan anggaran RM30 sehari.

Untuk sampai ke Zakopane, kita boleh memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Tambang Murah Krakow, banyak syarikat penerbangan tambang murah Eropah seperti EasyJet dan RyanAir menyediakan penerbangan terus daripada Britain dengan harga menarik, harga tiket boleh dibeli dengan nilai GBP20 jika menempah awal. Belian boleh dibuat melalui online.

Daripada Lapangan terbang Krakow, kita boleh mengambil bas penghantaran terus ke stesyen keretapi dengan percuma. Perjalanan daripada stesyen keretapi Lapangan Terbang Krakow hingga ke pusat bandar Krakow mengambil masa kurang 1 jam dengan kos RM4. Seterusnya kita boleh menggunakan perkhidmatan bas terus ke Zakopane yang mengambil masa 2 jam dengan harga RM18.

Zakopane menarik jutaan peminat sukan ekstrem ski, snowboard, jump ski dan ice skating dengan kos yang murah berbanding di negara Eropah yang lain. Terdapat banyak lapangan ski bagi semua peringkat kemahiran daripada permulaan, pertengahan dan pakar. Ramai penuntut Malaysia di UK memilih tempat ini berbanding ke Scotland kerana kos yang teramat murah.

Selain daripada itu juga kita boleh menikmati pemandangan kawasan Eropah Tengah yang indah di musim sejuk, rumah kayu tradisional yang unik senibinanya, merasai makanan laut yang segar dan sedap disamping minum air paip yang manis rasanya. Terdapat juga barangan kraftangan tradional tempatan daripada kayu dan kulit dijual di pusat bandar. Jangan lupa untuk merasai kuih cheese berbentuk seperti baulu dengan harga 10 sen

Perkara-perkara penting semasa sampai ke negara ini :

1.Pemeriksaan Imigresen di Krakow agak ketat, sila sediakan bukti tiket pulang dan dokumen penginapan yang lengkap bagi proses kemasukan.

2.Cuaca sejuk yang sangat dingin dibawah paras beku walaupun pada bulan Februari, sila bawa pakaian panas yang secukupnya.

3.Hampir semua penduduk Poland tidak fasih berbahasa Inggeris, gunakan daya kreativiti anda berkomunikasi melalui pen, kertas, bahasa isyarat dan juga tidak lupa ”Bahasa Malaysia”.

4.Terdapat banyak hidangan ikan yang segar tetapi agak mahal harganya terutama restoran yang beroperasi berhampiran lapangan ski dan snowboard. Satu hidangan ikan beserta kentang goreng boleh mencapai RM50. (boleh tahan harganya menyamai hidangan di restoran Suria KLCC)

5.Terdapat banyak lapangan ski dan snowboard yang jauh sedikit (dalam lingkungan 5 minit perjalanan) daripada tempat penginapan. Dapatkan pemandu yang menawarkan harga yang berpatutan. Struktur jalan yang licin dan sempit agak merbahaya bagi pelancong yang ingin menyewa kenderaan persendirian.

6.Sukan ski dan snowboard agak merbahaya jika meluncur berseorangan, perlukan pengawasan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman

7.Wanita Poland mempunyai rupa paras yang cantik; bermata biru, berkulit putih, berambut hitam dan tubuh yang langsing, jangan mudah tergoda dengan teguran ramah untuk berbicara kerana wujud sendiket menipu warga asing.

AirAsia X menawarkan penerbangan murah setiap hari daripada LCCT Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Tambang Murah Stansted London. Melalui jaringan penerbangan kos rendah Eropah, anda boleh mendapat sambungan penerbangan ke Krakow dengan tempoh penerbangan selama 2 jam.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Aktiviti | Comment

Aktiviti Rekreasi di Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Posted by ferouxe on Thursday 31 December 2009

Hutan Pendidikan Bukit Gasing ialah salah satu hutan simpan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Siapa yang tidak menyangka ramai di antara kita tidak menyedari kewujudan hutan simpan ini, dan mungkin anda tinggal berjiran / bekerja berhampiran dengan hutan simpan ini.

Pintu masuk hutan simpan ini terletak di Seksyen 5 Petaling Jaya, kawasan bekas penempatan kuarters kerajaan. Kawasan hutan simpan ini agak besar hingga ke sempadan Pantai Dalam (berhampiran kediaman Pantai Hill Park).  Anda boleh merasai kedamaian dikawasan ini kerana kawasan ini adalah tempat tinggal sebahagian besar warga emas. 

Hutan simpan adalah salah satu khazanah yang patut kita pelihara untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Berikut adalah antara peraturan apabila berada dalam kawasan hutan simpan :

1.Dilarang sama sekali membuang sampah merata-rata.

2.Mengambil tumbuh-tumbuhan, melakukan perburuan atau menarah tanah dalam kawasan ini.

3.Merosakan harta benda yang terdapat dalam hutan ini.

Kelebihan aktiviti “Jungle Trekking” :

1.Sebagai salah satu aktiviti yang menyihatkan badan.

2.Memupuk erti  bekerjasama dalam pasukan.

3.Menghargai kehijauan alam semulajadi yang memberi keseimbangan dalam ekosistem.  

Bagaimana ingin ke tempat ini :

Melalui Lebuhraya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya daripada Kerinchi, keluar di persimpangan Bangunan KWSP, jalan terus di Jalan Gasing, belok kiri apabila bertemu Jalan Chantek (simpang sebelum Sekolah La Salle), jalan terus dalam 200 meter hingga penghujung jalan dan belok kanan. Bergerak dalam 200 meter dan pintu masuk hutan simpan ada di sebelah kiri.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Aktiviti | Comment

Wajah baru Maybank2U

Posted by ferouxe on Monday 8 September 2008

Portal perbankan internet pertama di Malaysia iaitu Maybank2u.com telah dilancarkan pada tahun 2000, kini setelah beroperasi selama hampir lapan tahun, mempunyai rangkaian pengguna aktif seramai 1 juta, mempunyai transaksi lebih 30 juta sebulan yang bernilai RM3.3 billion. Jumlah nilai transaksi ini sama dengan jumlah nilai transaksi di semua cawangan Maybank di seluruh Malaysia. Ini membuktikan perbankan internet telah mula diterima oleh masyarakat Malaysia. 

Krew binausahawan.com telah dijemput untuk menghadiri sessi preview wajah baru portal maybank2u yang lebih mesra pelanggan di ibukota petang tadi. Sessi ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas bagaimana untuk memperbaiki mutu portal ini. Portal baru ini dijangka akan dilancarkan pada pertengahan Okober. Menurut Vice President MBB (Head Virtual Banking) Encik Ahmad Shareza; wajah baru maybank2u ini banyak melebihkan kehendak pengguna berbanding portal yang sedia ada yang banyak menceritakan berkenaan produk Maybank itu sendiri. Jumlah muka surat telah dikurangkan daripada 3000 kepada 1500 untuk memberi kesenangan kepada semua pengguna perbankan internet ini.

Posted in Aktiviti | Comment

Catatan ceramah motivasi - Haji Amran

Posted by ferouxe on Thursday 26 June 2008

Berikut adalah catatan nota ceramah motivasi oleh Haji Amran pada 18 Jun 2008. Beliau merupakan Pengurus Agensi dan berpengalaman luas dalam bidang insurans dan perancangan kewangan. Antara isi utama yang disampaikan adalah ciri-ciri utama seorang perunding takaful yang berjaya. 

1.Non stop prospecting. Proses mencari pelanggan adalah proses yang mesti diulang ulang ulang setiap hari tanpa rasa penat. Ini untuk menjamin kesinabungan pelanggan baru yang akan datang membawa hasil dalam perniagaan.

2.Daily planning. Jangan melakukan perancangan yang  disaat-saat akhir. Rancang aktiviti anda seboleh-bolehnya sehari sebelum dilakukan. Banyak individu yang masih lagi tiada perancangan dalam memulakan sesuatu hari menyebabkan hari-hari yang dilaluinya tidak mendatangkan hasil.

3.Record keeping. Sistem dokumentasi yang tersusun menjamin kelancaran sesuatu perniagaan. Simpan rekod pelanggan di tempat yang selamat dan jika ada maklumat pelanggan dalam perisian, simpankannya di berbagai tempat untuk mengelakkan kerosakan komputer yang selalu digunakan.

4.Continuous servicing. Ramai usahawan bumiputera mengendahkan proses perkhidmatan selepas jualan. Walaupun nampak pada mata kasar perkhidmatan selepas jualan tidak memberi keuntungan besar tetapi melalui pengalaman binausahawan.com sendiri pelanggan yang berpuas hati akan membawa pelanggan baru kepada kita seolah-olah mereka bekerja membantu perniagaan kita tanpa bayaran satu sen pun.

5.Self development programme. Tidak seharusnya kita asyik menghadiri kursus perancangan kewangan atau takaful sahaja. Kita perlu menghadiri seminar / kursus yang memberi motivasi jitu dalam diri walaupun bayaran yang dikenakan sedikit mahal. Inshallah pulangan daripada pelaburan anda sungguh berbaloi. 

Posted in Aktiviti | Comment

Memulakan kerjaya sebagai usahawan

Posted by ferouxe on Monday 14 April 2008

Ada pelbagai cara untuk mempelajari selok-belok ilmu keusahawanan untuk persediaan sebelum memasuki ke dunia perniagaan yang sebenar. Membaca buku-buku berkenaan ilmu keusahawanan adalah langkah awal yang bagus. Disamping itu juga membaca blog-blog yang berkaitan terutama blog binausahawan juga sangat-sangat dialukan. Bagi yang datang dari keluarga yang menjalankan perniagaan tentu ini adalah makanan mereka sejak dari kecil lagi.

Langkah seterusnya ialah menyertai /  bergaul rapat dengan kelompok usahawan. Hati-hati dengan penipuan atau janji-janji palsu pihak yang tidak bertanggungjawab. Binausahawan.com adalah kumpulan usahawan yang terdiri daripada perunding takaful yang memasarkan produk takaful keluarga secara separuh masa atau sepenuh masa. Taklimat ringkas tentang kerjaya ini akan diadakan pada hari Sabtu ini 19 April 2008 3 petang bertempat di Bangunan Takaful Ikhlas PJ.

Pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :

Ahmad Azal Afarok 012-284 9527

Posted in Aktiviti | Comment

Taklimat Kerjaya Usahawan Takaful : 19 April 2008

Posted by ferouxe on Monday 7 April 2008

PENGUMUMAN*

Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 19 April 2008 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
(Tingkat 1 Bilik no 20) No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran  sila hubungi :

Ahmad Azal Afarok  012-284 9527

Posted in Aktiviti | Comment

Pembelajaran dalam berpasukan

Posted by ferouxe on Monday 17 March 2008

Bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang keusahawan takaful, antara langkah awal dalam pembelajran adalah mempelajari ilmu pemasaran produk. Kepada yang berpengalaman dalam bidang jualan tentulah tiada masalah pada permulaan. Kami krew binausahawan.com sentiasa mengadakan aktiviti promosi dan bagi sesiapa yang ingin memulakan kerjaya sebagai usahawan tetapi tiada pengalaman ini adalah peluang emas melihat dan mempelajari bagaimana mempromosikan produk. Kami semua sedia membantu memberi tunjuk ajar. Inilah hikmah kerja berpasukan. Jemput hadir ke taklimat ringkas pengenalan kerjaya. Maklumat lengkap seperti dibawah. Jika anda mempunyai rakan atau saudara mara yang ingin menceburi kerjaya ini, harap sebarkan perkara ini kepada mereka.

Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 22 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
(Tingkat 1 Bilik no 20) No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran  sila hubungi :

Ahmad Azal Afarok  012-284 9527

Posted in Aktiviti | Comment

Taklimat Kerjaya Usahawan Takaful : 22 Mac 2008

Posted by ferouxe on Tuesday 4 March 2008

*PENGUMUMAN*

Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 22 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
(Tingkat 1 Bilik no 20) No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran  sila hubungi :

Ahmad Azal Afarok  012-284 9527

Posted in Aktiviti | Comment

Taklimat Kerjaya Usahawan Takaful : 16 Februari 2008

Posted by ferouxe on Monday 11 February 2008

Ramai individu ingin berkecimpung sebagai usahawan. Mungkin sebagai usahawan kecil-kecilan pada permulaan adalah satu perancangan yang baik. Ini adalah kerana dengan terlibat secara kecil-kecilan modal yang diperlukan juga adalah kecil.

Bagi yang tiada langsung pengalaman anda seharusnya perlu mencari rakan / guru yang boleh dipercayai untuk memberi tunjuk ajar semasa memulakan perniagaan anda. Pengalaman, bimbingan dan tunjuk ajar adalah sangat penting dalam kerjaya ini berbanding buku-buku dan artikel keusahawanan dan motivasi.

Kami di binausahawan.com, bersedia membantu dan memberi tunjuk ajar bagaimana ingin memulakan kerjaya sebagai usahawan takaful.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sessi taklimat kerjaya  sila klik disini

Posted in Aktiviti | Comment

Taklimat Kerjaya Usahawan Takaful : 16 Februari 2008

Posted by ferouxe on Monday 4 February 2008

*PENGUMUMAN*

Taklimat khas : Pengenalan Kerjaya Sebagai Usahawan Takaful
Tarikh : 16 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : Pejabat Operasi binausahawan.com
(Tingkat 1 Bilik no 20) No 14, Jalan 19/1 Petaling Jaya (Berdekatan Bulatan Rothman / Kampus Matrikulasi UIAM PJ / Hospital Universiti PJ)
Bayaran : Percuma
Anda dijemput hadir.
Untuk pertanyaan atau pendaftaran  sila hubungi :

Ahmad Azal Afarok  012-284 9527

Posted in Aktiviti | Comment